Wednesday, 13 December 2017

Luar Jangkaan..


Assalammualaikum..

Kalau post aku yang sebelum ni aku cakap aku sibuk dengan FYP aku sampai berhabuk blog aku.. sekarang aku dah bebas dan lepas Alhamdulillah.. dan penulisan aku dekat blog aku akan teruskan dengan kerajinan mulai harini.. in sha ALLAH.. apa yang luar jangkaan sangat ni tajuk entry aku kalini.. so jom aku mulakan cerita dengan bismillah..

30 Oct 2017.. tarikh yang aku tak akan lupa sampai bila-bila dan akan jadi pengajaran buat aku sampai habis hayat.. tapi kalau benda nak jadi aku nak elak macam mana pulak kan? hahaha.. kenapa dan mengapa.. tarikh tu tarikh yang ALLH duga dan uji aku dengan segala nikmat yang ALLAH bagi pada aku ditarik sekejap.. aku excident motor.. aku admit 2 hari dekat hospital.. sampai masuk operation theatre.. benda yang paling aku tak nak tapi jadi ujian buat aku.. aku redha dan terima segalanya dengan ikhlas sebab tetap juga masih diberi peluang bernafas sampai saat ni..

waktu kejadian aku dengan munie.. dalam perjalanan nak ke rumah akak aku nak ambik kereta untuk pergi presentation 3 Nov jumaat nya tuh.. dengan haritu nak dijadikan cerita memang banyak petanda yang ALLAH dah tunjuk tapi entah kenapa nak jugak naik motor dari KL ke Sendayan.. Bila semua orang tanya, semua marah and terkejut sebab perjalanan tu jauh..

Tengahari tu pulak kiteorang berdua ni pergi intreview internship dekat kelana jaya.. suasana hari kejadian tu memang lain macam.. waktu nak kesana hujan selebatnya, berhenti teduh rumah orang, tinggalkan motor rumah orang tu and naik grab pergi tempat interview.. waktu tempah grab pun jadi petanda pada kiteorang bila orang grab tak dapat cari location rumah yang kiteorang berteduh tuh.. and bila dah nampak kiteorang driver tu cakap.. saya dah lalu depan rumah ni dekat 10 kali.. and kiteorang pun mampu cakap sorry jela and nasib driver tu baik..

Dan kami pun sampai lah kat tempat interview tu.. lepas interview nak cari kedai makan pulak.. kawasan tu mostly kedai makan dah tutup and yang ada pun mamak jer.. dugaan gila satu hari tu.. end up makan dekat 7e.. aku makan bubur segera munie makan maggi cup.. sambil la menunggu grab dari high demand nak dapat harga rendah.. penyudah mintak tolong kawan munie hantar sampai tempat motor.. itu pun kena bebel dengan kawan munie sebab kawasan kiteorang letak motor tu kawasan indo dan sangat bahaya.. nak buat macam mana keadaan terdesak kan.. huhu

Dan lepastu bermula la perjalanan.. pergi kearah sendayan.. kiteorang singgah ioi dulu sebab nak isi perut yang dari pagi tak makan.. kiteorang lepaskan magrib dan 8.30 kiteorang pun mulakan perjalanan.. munie ada tanya aku motor aku bunyi-bunyi tak apa ke.. sebab plug aku dah nak habis apinya so memang bunyi.. then isi minyak baru gerak..

Aku dengan munie excident sebelum simpang 4 Kota Warisan.. so situ area Dengkil.. tiba-tiba motor aku hilang kawalan sebab tayar pecah and benda last aku ingat aku berjaya bawak motor aku ke tepi lepastu aku terpress lagi minyak dan aku terus padam.. rupanya aku tak sedarkan diri aku bleeding teruk yang sangat teruk..


munie jela saksi kejadian dia yang nampak semua benda sebab dia dalam keadaan sedar dan dia sangat takut bila dia kejut aku, aku tak bangun..  bila aku sedar pulak munie cakap aku meracau teruk.. marah-marah nak bangun, bising fikir fyp aku dekat orang yang datang tolong.. perangai seorang azmiera terserlah.. hahahha.. ambulance sampai tapi tak boleh nak gerak sebab aku tak nak baring dan aku terpaksa diikat biar aku tak gerak.. betul azmiera ni seorang yang degil la kan.. tapi aku bersyukur sampai saat ni aku ada peluang ni lagi mungkin untuk aku perbetulkan banyak benda yang tak selesai atas dunia ni lagi kan.. amboi bercakap macam amalan dah cukup kan nak kesana.. hahaha

kecederaan aku agak teruk berbanding munie.. aku kena jahit dekat dahi yang mana memang nampak dah macam gengster dah.. munie kena jahit dekat jari.. dan muka dia sama la habis macam aku tapi dia tak ada jahit cuma tergesek bahagian kiri.. kecederaan aku sampai daging aku habis dan dalam terutama buku lali aku daging aku habis and pergelangan tangan kiri aku.. yang sampai sekarang parut masih merah lagi kadang aku nak nangis tapi untuk apa.. aku kena redha kan.. dan kejadian ni beri aku satu hikmah besar yang buat aku sedar besarnya cinta ALLAH pada hambaNYA yang kadang alpa and lupa dengan dia..

rasa post ni dah terlalu panjang.. banyak benda nak cerita lagi.. disebabkan kejadian ni aku dengan munie dapat tunda nak present FYP kiteorang dan aku MC selama 16 hari.. nanti aku share cerita pengalaman hospital pulak ye.. cukup sharing aku sampai sini.. nanti aku update lagi.. adios..