Tuesday, 17 October 2017

Penangan FYP..



Assalammualaikum.. rasanya dah terlalu lama sangat aku biarkan aku punya blog ni berhabuk dek kerana kebusyan untuk tahun akhir ni kan dengan kerja aku lagi.. yup aku dah official berhenti haritu tapi atas sebab tertentu aku masuk balik kerja.. saja penuhi masa yang ade dengan mencari duit gittue.. hahaha

Penangan FYP untuk degree ni lain macam la dari diploma dulu.. yelakan sebab dulu diploma aku pakai 3 kepala.. yang sekarang ni walau geng berempat tapi sebab base coding lain2 dari awal so bila nak masuk dalam coding masing-masing mesti ada je error yang tak kena.. adeh kadang rasa nak carut jer rasa.. carut yang baik2 la kan.. hahahaha tapi kena la banyakkan sabar sebab nak berjaya mesti la perlukan pengorbanan and of coz la kan dulu and sekarang berbeza.. so hadap jela.. Azmiera kan kuat.. hehehe..

Ditambah pulak dengan drama-drama picisan buat kadang aku rasa down.. Azmiera ni satu kelemahan dia bila dalam hubungan kalah teruk.. tapi cuba dalam berkawan ke apa.. keras kepala, mulut sound tepek tuh semua tak payah cakap sampai orang ingat aku ni jahat sangat.. hahaha nak buat macam mana manusia tak ada yang sempurna and kelemahan aku itu jela.. sebab tu orang suka ambil kesempatan atas kebaikan sebab tahu datang dan pergi pun aku tetap layan baik.. hahaha macam2 manusia..

Ok ni dah melalut jauh just nak inform pada stalker dan yang memang suka baca dairi kehidupan seorang Azmiera ni yang dah lama tak nampak post Azmiera.. ai iz mintak maap la ye.. hehehe.. in sha ALLAH akan ada banyak lagi post lepas ni.. banyak benda yang nak share tak terluah... korang doakan perjalanan arz dipermudahkan ye.. then arz akan share banyak cerita or tips lepas ni.. and arz akan share banyak lagi coretan penulisan arz.. hehehe.. jaga diri semua.. much love from me..

Monday, 22 May 2017

Pretending People Is Suck !



Assalammualaikum..

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika.. hahahaha dah kenapa kan kemain menyanyi di pagi hari yang indah.. macam biasa setiap hari selasa rutin harian aku untuk update blog.. boleh la kan seminggu sekali aku rangkumkan dan update apa yang penting terjadi dalam seminggu.. kalau tiap hari nak update semua nanti orang bosan pulak.. ceh macam blogger terkenal pulak.. yang membaca pun 2,3 kerat orang je ada hati nak cakap orang akan bosan.. hailaa azmiera kau ni lawak ok boleh masuk maharaja lawak.. hahaha ok itu hambar.. masuk point utamanya..

Pretending people is suck.. entah kenapa makin besar ni aku kenal dengan manusia-manusia yang sangat la suka acah baik konon cakap tak terus terang menjaga hati bagai semua tapi sebenarnya belakang aku banyak benda dia putar belit cerita dari apa yng dia cakap bila depan aku and that one of perangai is soooo suck..


Sebenarnya dari pengajaran ni aku dapat sesuatu yang lepas ni aku dah tak boleh lagi nak sesuka hati untuk bercerita dengan orang yang KONON baik dengan aku tapi sebenarnya menggunakan cerita aku sebagai satu bahan untuk memburukkan aku dan jugak satu kebahagiaan untuk tengok aku jatuh.. haish manusia-manusia kenapa la dalam diri tu ada hasad dengki dendam semua?? aku still baik dengan dia sebab dia baik dengan aku tapi tak sangka sebenarnya apa dia cakap depan aku lain dari apa yang jadi belakang aku..

Depan aku dia cakap dia tak suka orang ni.. cerita pada aku apa yang dak tu buat semua tapi belakang aku boleh baik dengan dak tu semua malah siap puji-puji lagi apa yang dak dia tak suka tu buat.. kau ghasssee??? Aku pun tak tahu kenapa aku ni selalu jadi manusia yang mudah kena tipu oleh manusia-manusia yag aku rasa baik dengan aku tapi tak rapat la kan.. macam kawan baik aku semua.. sebab sangka baik aku dengan orang sebab tu la aku macam ni.. dengan hati aku lembut senang nak maafkan orang semua.. so macam ni la yang akhirnya aku rasa orang gelakkan jer aku kat belakang aku.. ceh..


Aku tak kisah kau nak burukkan aku belakang aku semua.. apa yang kau pernah bagi aku pernah nak bayar dan aku tak mintak semua ni.. tapi kau yang kata kau kawan yang akan ada susah aku.. tapi kau lebih teruk dari plastik... bagus la kau dah ada awek yang mana better la untuk kau dan moga kau berubah.. if apa kau nak cakap tu biasa sama dengan perbuatan kau dan kau sibuk cakap buruk orang lain lama-lama ALLAH akan bukak juga buruk kau.. kesimpulan jadi manusia yang perasan bak malaikat.. kita sama-sama hina.. nak jadi penasihat pun jangan la sampai tukar-tukar cerita kau.. kau tu lelaki.. tak padan dengan apa kau sampaikan kat aku.. kalah perempuan perangai kau.. dan kau sangat choiii, annoying and suck..

Mulai saat ni jangan nak bermimpi la kan aku nak bertegur even nak cari kau lagi ye.. boleh pergi MATI.. ok tu marah sangat sebab aku rasa aku kena tipu hidup-hidup dan macam kena game.. ergh.. so nasihat aku berhati-hati la dengan manusia yang buat baik dengan kau,, setiap manusia ada agenda sendiri antara baik atau tak sendiri menilai... adios..

Monday, 15 May 2017

Chemerong Berembun Langsir (CBL) Aku Tawan !



Assalammualaikum..

Trip ni dah sepuluh hari lepas kalau nak dikirakan tarikh harini.. 3-6 May 2017.. Baru harini lah macam biasa setiap pagi selasa memang aku akan mula nak update blog sebab inilah masanya yang mana aku curi waktu tengah lecturer tengah mengajar dan aku tak masuk langsung apa yang di ajar.. so memang dasar kurang ajar aku ni.. hahaha.. #dahkenapa.. dah mula mengarut la aku ni kan.. back to the point dan tajuk utama..

Trip ni first time aku hiking without him by my side.. firstly aku memang berdebar gila sangat tak tahu aku mampu ke tidak tanpa dia.. tapi sebabkan aku saja nak pergi hasil ajakan ikhwan.. sebab nak borak masalah-masalah negara kami berdua.. so aku pun gagahkan untuk naik.. sebab  aku memang akan ada masalah keyakinan diri bila nak naik gunung.. aku akan fikir apa dan macam mana keadaan trek tu.. yang aku tahu dari cerita mulanya.. memang berganda dari Gunung Datuk yang pacak tu dan bila aku tiba dekat tempatnya.. sumpah memang 3x ganda Gunung Datuk.. dan dengan bawak beban yang seriusly sangat berat.. aku pewai teruk.. 12 jam berjalan nak sampai ke puncak air terjun langsir.. bila kena OT(berjalan malam) nasib mental aku tak macam aku dekat Gunung Tahan.. sebab aku dah sediakan barang yang lebih complete nak ke CBL ni berbanding waktu aku naik Gunung Tahan..

Bercakap pasal barang yang complete.. sampai kat sana.. dekat atas puncak air terjun langsir lepas siapkan tempat tidur, makan, mandi semua.. aku dapat cerita pulak yang pihak sana update yang aku ni untung di payung atas bawah.. and waktu tu rasa amarah aku susah nak digambarkan.. aku tak tahu hakikat tuh sebenarnya sebab aku memang dah stop untuk stalk dia dan aku pun dan cakap dengan kawan-kawan aku untuk aku tak nak tahu sebab aku akan sakit nanti.. walhal malam sepanjang perjalanan aku nak ke sana.. aku tak boleh tidur dalam bas memikir banyak benda dan for sure pasal dia dan aku rasa takut nak hiking tanpa dia.. aku fikir beriya rindu semua tapi belakang aku dia cakap aku macam tu.. dan aku sakit..

Hakikat sebalik payung atas bawah dia tuh.. beg yang jadi isu tu duit mama aku bayar kan lebih dari aku separuh harga beg tuh.. dan aku guna duit aku sendiri cuma yang jadi isu orang tolong belikan.. tapi aku bayar ok... sebab aku bukan perempuan yang nak sangat duit lelaki.. tak pernah mintak.. barang hiking sampingan ayah aku bank in rm200 untuk aku beli semua sebab sekarang yang aku nampak lepas aku dapat beg ni mama dengan ayah support betul minat aku yang satu ni.. mungkin lepas kekecewaan teruk aku kalini.. mama dengan ayah bagi aku masa dan sokongan untuk aku ubat hati aku sendiri dengan sokong apa aku nak buat.. aku syukur di kurniakan keluarga yang sangat memahami aku.. aku redha andai buruk aku pada mata dia tak habis.. terserahlah.. aku tutup mulut jela..

Sambung balik cerita gunung.. malam pertama aku.. first time aku tido dalam hammock dan keadaan tuh tak selesa rupanya.. mungkin tak biasa mungkin.. aku dekat sana kalini dijaga oleh semua orang dan aku rasa aku lebih jaga diri aku sendiri.. aku bercampur dengan semua orang dekat sana.. dan dekat sana juga aku dapat jawapan pasal KRUM dengan aku.. berterus terang dengan abang Zul pasal isu yang dia tak suka aku dan aku dapat jawapan aku.. aku sejenis manusia yang suka bertanya depan dan andai ada salah aku.. aku terima dan bila rasionalnya aku.. aku boleh fikir semua benda balik semula.. dan aku sejenis manusia yang lembut hati.. walaupun aku marah gila nak mati tapi bila tiba masa aku dah ok.. aku tak simpan dalam hati dan mudah memaaf.. mungkin sebab tu orang suka pijak hati aku dan suka datang dan pergi..

Pasal bebanan pulak beg yang aku bawak dengan ration.. serius sampai harini biru pada bahu aku masih tak hilang lagi dan kesan bengkak masih ada sikit.. first time aku kena macam tuh dan bengkak teruk orang semua rasa dan pelik bahu aku jadi macam tu.. sampai ada cakap macam span baju.. boleh imagine tak betapa bengkak bahu aku dan itu  kali pertama jugak aku bawak beg 70liter.. aku cuba lawan apa yang mampu dan aku berjaya lawan apa yang aku rasa aku tak boleh buat..




Pengalaman dan pengajaran yang aku dapat waktu aku kat sana.. keupayaan diri kita.. kita jangan limitkan hanya sebab masalah sekeliling.. dalam hidup kebergantungan atas manusia lain ni tak akan kekal lama.. sebab manusia datang dan pergi.. bila kau dah rasa pencapaian kau berseorangan kau akan rasa puas sebab penat lelah kau sendiri.. and i did it.. dan aku mula rasa bersemangat dengan semua sokongan dan semangat dari orang-orang yang tak nak aku berfikir lagi..

Penghargaan terakhir sekali aku memang bagi pada Ikhwan terima kasih banyak atas sokongan dan juga nasihat yang melekat dalam fikiran aku dan terima kasih banyak untuk hantar aku pergi airport sebab nak balik johor and yang part last bila aku punya bahu betul-betul give up.. kau tolong angkatkan sikit nak ke pondok bawah.. terasa menyusahkan tapi pinggang and bahu aku tak dapat nak tahan lagi waktu tuh.. thanks alot kawan dan thanks untuk faham apa aku rasa..

Sunday, 16 April 2017

Broken Inside..



Assalammualaikum..

Menulis kerana perlu menulis mungkin.. masa semacam biasa.. ia berlalu dan berlalu tapi banyak benda masih tersekat di benak.. masa yang aku ada sekarang aku guna untuk meluahkan apa yang aku rasakan..

Seharian aku dalam rumah.. terbaring.. pandang kiri dan kanan mencari jawapan bagi kekosongan yang aku rasa.. entah aku rasa separuh jiwa aku kosong.. tak dapat nak digambarkan perasaan yang aku hadapi tu sendiri..

Macam - macam yang aku dengar.. orang kiri kanan datang, menyampaikan berbagai versi cerita yang datang nya dari mulut pihak sana mengenai aku.. aku bercerita bukan sewenangnya dengan sembarangan orang.. dia boleh bercerita kekurangan aku pada mata dia pada orang yang pernah bermasam muka dengan aku dan dia tak pernah nak peka dengan semua tu.. nasib ada yang sudi mendengar dari pihak aku jugak..

Aku tak pernah harap orang untuk backup aku atas kegagalan perjalanan kisah aku dengan pihak sana.. tapi cukup orang tahu benda ni jadi atas kelemahan aku dan juga dia.. bukan atas kesalahan sesiapa.. diri sendiri.. keputusan dan setiap pilihan adalah atas diri sendiri.. antara nak jadi lebih baik atau sebaliknya..

Bercakap tentang balasan ALLAH.. berkata seolah aku permainkan dia.. kalau aku nak permainkan dia.. buat apa pilihan aku dia.. dari aku pilih dia.. aku boleh permainkan orang lain yang dia mula label aku mata duitan semua.. kalau aku nak harta semua.. bukan dia yang aku pilih pada mulanya.. aku sakit orang yang tahu banyak tentang aku adalah orang sama akan sakitkan aku..

Kenapa aku pilih dia.. sebab kebaikan yang ada pada dia.. kesanggupan die pada mulanya.. nasihat dia.. cerita dia.. semua berubah, aku berubah, dia, kami.. aku nak dia berubah jadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.. utamakan apa yang utama.. tapi makin lama keyakinan aku goyah.. terlalu goyah... bila semua benda dia nak ungkit pengorbanan dia semua.. aku bukan buta untuk tak nampak semua.. aku nampak tersangat nampak.. tapi tak sebanyak usaha die menjaga hati aku terutamanya bila dia dah ada dengan aku tanpa orang lain..

Salahnya bila aku sebagai perempuan untuk nakkan perhatian, buat perangai semua, kalau aku keras macam tuh je.. nanti cakap aku tak feeling lak.. bila aku layan lain dari lain cakap aku buat dia macam ni, macam tuh.. tipu la kalau aku tak rindu kenangan-kenangan manis dulu.. sebelum wujudnya KITA.. adanya kau dengan aku.. so aku rindu kisah kau dengan aku.. first orang yang datang bila aku mental breakdown.. hantar ejam naik flight.. emosi tak stabil.. tak pernah aku fikir kau orangnya yang akan datang teman aku dengan lawak bongok kau tu kan... bercerita banyak benda.. makan KFC.. kau belanja sebab aku belanja wayang.. yess permulaan kita yang macam tuh.. semua hilang.. kenapa kau burukkan aku? sedangkan aku tak bercerita kelemahan kau pada semua.. orang yang aku percaya dan bercerita habis setakat tu jer..

Banyak benda aku ingat terlalu ingat.. kau manusia yang separuh ejam... yang susah nak jangka.. tiba penuh dengan suprise.. tuh aku akui dan aku rindu kesungguhan kau tuh.. itulah yang aku nak sampai bila-bila.. kesungguhan.. macam tuh jugak dalam kehidupan kau.. aku cuma nakkan yang terbaik untuk kehidupan kau.. sekurangnya aku boleh berbangga kau lelaki yang aku pertahankan dari dulu.. kenapa aku tak pertahankan kau.. sebab USAHA.. kau tak USAHA dari semua segi.. kau tak nak dengar sikit pun aku punya pandangan dan nasihat.. bila tiba masa kau ikut apa yang kau rasa.. aku nak KITA usaha untuk KITA dan setiap keputusan kau cuma ada KAU.. bukan KITA.. tuh yang kau tak faham.. aku harap kegagalan KITA buat kau belajar dari kesilapan..kau sempurna.. aku tak cakap kau buat jahat dengan aku sampai la kau malukan aku dengan status2 kau update.. aku terima dan telan tapi kau kena ingat aku bukan manusia tahan tekanan..

Untuk kau tahu.. setiap malam aku nangis memikir macam mana aku nak hadapi hari esok dengan pandangan orang atas aku.. aku sakit.. aku rasa tekanan teruk.. dengan life sendiri yang sememang penat, family, kawan.. kau terus-terusan buat aku.. aku tahu kau pendendam.. tapi hati kau.. tak ada sikit langsung titik putih.. fikir pasal sakit orang lain.. kau tahu kenapa ALLAH jarakkan kita.. sebab kau sendiri selalu lupa dia.. jangan salahkan orang lain.. dengar pandangan dan nasihat orang untuk kebaikan hidup sendiri jugak..


kalau iman aku dah tak ada.. mungkin aku tak menulis lagi waktu ni.. kau tak tahu apa yang aku fikir tiap masa.. aku fikir lebih baik aku mati dari dimalukan, diaibkan macam ni rupa.. ingat balik waktu kau susah aku langsung tak ada untuk tolong kau ker? aku tak pernah langsung ada waktu jatuh kau ker?? aku tak mampu tunjuk macam mana kau tunjuk pada semua orang perlakuan kau atas aku.. tapi macam kau cakap.. ALLAH tu akan membalas.. kau rasa ALLAH tak nampak semua benda kita lalui sama2 selama ni??


Semoga satu hari kau akan tahu.. perbuatan kau adalah apa yang semua orang tak suka.. bercerita kat media sosial.. tak mention tapi semua orang boleh nampak siapa.. Harta tak boleh bawak mati.. dan harta tu tak akan datang kalau tak ada usaha.. kalau kau sedar balasan ALLAH.. buat baik dibalas baik tapi buat jahat dibalas jahat... mungkin balasan atas mengaibkan aku tuh.. tak datang dalam bentuk sama.. tapi aku takut kesusahan pada kau akan datang menimpa.. sebab doa orang teraniaya paling dimakbul ALLAH..

Kau cakap aku pergunakan kau selama ni.. kalau aku perguna kan kau selama ni.. aku tak pernah hulur duit minyak, belanja kau makan, bantu kau waktu kita sama-sama susah... kita sama-sama.. ingat benda tu.. kawan kau tak pernah nak amik kisah apa terbaik untuk kehidupan kau... aku pernah ada kat sisi kau bagi apa terbaik untuk kau tapi kau tak hiraukan dan biarkan aku pergi.. tapi kesalahan kau letak atas aku.. jadi aku terima.. terima kasih untuk semua benda yang memalukan dan mengaibkan aku.. macam apa kau cakap.. semoga ALLAH membalas segala.. pesanan terakhir.. sekali sekala.. tunduk pada DIA untuk cari ketenangan hati.. bukan bercerita pada media sosial yang akhirnya menambah dosa.. aku tetap sayang kau.. dari awal kita kenal dan sampai bila-bila.. sebab baiknya kau sebagai satu ciptaan yang MAHA ESA.. tapi sayang kau merobek indahnya ciptaan tuh.. maafkan segala dosa aku pada mata kau.. ingat satu masa kau akan menyesal dengan semua benda dan anggap satu pengajaran dalam kehidupan sebagai makhluk pendosa..




Monday, 3 April 2017

Ukuran Kematangan



Assalammualaikum..

Sekian lama kesepian.. ceh tak ada la kesepian sangat..  baru seminggu aku biarkan blog aku ni berhabuk kan.. banyak benda nak share tapi masa lapang pulang kurang.. hahaha.. almaklum busy tahap Menteri.. Menteri pun tak sebusy aku mungkin.. hahahaha..

Sebelum aku merepek balik pada tajuk utama.. Ukuran kematangan.. Mengikut kamus dewan, matang bermaksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau keddewasaan pemikiran..

Umur bukan penentu kematangan, usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan seseorang.. Setiap orang perlu berusaha membangkitkan kematangan dalam diri masing-masing dan sentiasa menjaga kematangan diri walau umur baru belasan tahun, dan sepatutnya sudah tahu dan mula merancang kematangan dalam hidup.

Kenapa topik ni yang aku fikirkan dan aku nak share.. sebab perasaan membuak nak meluah rasa bila diri ni untuk pertama kali berhadapan dengan manusia-manusia yang tak berapa nak matang dalam menguruskan banyak benda dalam hidup dan yang pasti aku jugak terpalit..

Waktu diploma dulu adalah peringkat umur yang mana perkenalan pada manusia-manusia yang ada pertama kalinya keluar rumah.. tapi alhamdulillah aku tak pernah menghadapi kesukaran macam mana yang aku hadapi waktu peringkat degree ni.. peringkat yang sepatutnya lebih tinggi tapi aku perlu menghadap pelbagai perangai yang macam budak sekolah, baik dari berkawan sampailah bercinta..

Dari berkawan aku dah hadap bila kawan sendiri cakap aku CEMBURU dengan hubungan dia and kekasih dia.. haa kan dah keluar ayat baku aku.. hahaha.. lepas tuh aku hadap pulak bila aku lagi jadi mangsa tuduhan punca perubahan kawan baik orang lain berubah sejak kenal aku.. AKU lagi yang kena.. macam-macam cakap belakang aku terima dan hadap.. sedangkan orang yang bercakap tentang aku adalah manusia yang tak tahu banyak benda pasal aku.. dan aku redha.. sebab akhirnya sikit-sikit.. ALLAH bagi nampak keburukan sendiri orang yang bercakap tentang aku tuh tanpa perlu banyak benda keluar dari mulut aku.. dan aku bersyukur sangat.. ALLAH mendengar setiap keluhan aku dan sabar tu kadang nikmatnya lebih..

Dari segi bercinta pulak aku jumpa 2 orang.. bercinta tak adalah bercinta sangat senang cerita persahabatan dengan kawan lelaki yang special la dari orang lain... sebab tak rasa tuh macam percintaan sangat.. first lelaki bernama MOHSIN (nama panggilan bukan nama sebenar) hahaha.. yang sebenarnya mencari tempat melepaskan kebosanan dan sebenarnya dah ada awek yang diperam.. kira nak test market.. selama aku dengan dia.. sebab dia pendengar yang sangat baik kot tuh buat aku rasa senang dengan dia.. dia sendiri yang kata aku ni awek dia, siap share bab kahwin dengan aku.. end up ALLAH nak tunjuk semua.. banyak benda terbongkar dan aku bersyukur.. diselamatkan di awal waktu sebelum sakitnya tuh disini.. hahahhaa...

Yang kedua nya aku kenal adalah satu pengalaman lain yang mungkin ALLAH nak aku jalani dan hadapi sebab selama ni aku jumpa orang yang dah cukup besar untuk bezakan baik dan buruk.. aku tak menolak segala kebaikan.. sebab masih ingat setiap kebaikan.. aku tetap terima walau berpuluh juta kali banyak benda yang dia perkatakan dan burukkan tentang aku.. die share banyak benda dekat FB dia pasal aku semua benda dia nak post and share.. yang buatkan aku rasa kalau macam ni pun tak dapat handle banyak benda lagi nak hadap.. die jugak tak dapat nak membezakan keperluan dan kehendak yang mana keperluan yang dia nak tuh tak sesuai dengan situasi yang dia tengah jalani sekarang.. aku nasihatkan untuk kehidupan dia sebagai kawan.. masa depan.. tapi tak nak dengar.. dia pulak nak kata aku tak dengar sebab dia kata aku tak dengar cakap die sebab nasihat die tentang teman hidup... and aku macam...WHATTTTT.. memang usia sekarang ni perlu tapi dia sendiri tak mampu nak jadi matang banyak benda macam mana nak faham situasi perhubungan tuh.. bila aku terangkan A die faham B.. bila aku buat ayat lain sikit.. fahaman die dah berubah dah.. aku yang pening..

Nak dijadikan cerita sampai sekarang perangai sama tak berubah yang buat aku rasa aku nak buat apa semua tersekat punca sebab aku berkawan balik dengan EX aku waktu diploma.. dan die letak kesalahan tuh semua pada bahu aku and aizad.. aku dicakapnya kuat melayan, kejar aizad sebab harta, aizad lak dituduhnya perampas.. sedangkan sebab sebenar atas sikap aku and dia sendiri.. aku ada perangai buruk aku yang dia tak tahan pun tapi dia cakap dia tahan.. aku baran dia lagi baran dan penyudah tak jadi apa.. bila aku marah benda pasal die share kt FB die tanya aku apa beza FB and twitter.. twitter tuh tak sentiasa naik balik bila org like or komen,. tak macam FB dia kan boleh naik balik bila ada komen or like.. tapi dia tak faham.. end up aku jugak yang bersalah... susah aku nak terangkan banyak benda.. yang buat aku give up.. dia bercakap tentang pengorbanan dia, tapi tolak habis semua kebaikan aku macam tak ada secebis kebaikan langsung aku buat..



Jadi aku cuma diamkan diri dan malas nak terangkan banyak benda.. aku ada mencari kawan dia untuk bagi dengar cerita di sebelah pihak aku pulak... tapi kawan dia seolah mengelak pulak.. jadi aku biar jela andai orang keliling dia nak pandang aku lain or fikir aku lain.. sebab aku dah terbiasa macam tuh ada jer orang nak bercerita pasal aku dan aku kecewa sebab dia salah sorang orang yang aku harapkan untuk faham dan hargai aku dari awal aku terima die sebagai kawan tapi tak sangka dia jugak akan burukkan aku sebanyaknya..


Aku kenal ramai orang dah aku tak mampu puaskan hati semua orang.. tapi orang yang aku kenal dulu tak pernah nak buat perangai macam ni.. ALLAH dah tulis setiap perkenalan bersebab jadikan kita lebih baik atau tak.. dan manusia datang dan pergi dalam hidup.. bila kita terlalu rasa cinta atas manusia adalah segalanya tu jadi macam ni.. tak yakin dengan jalan yang ALLAH tentukan.. Rasa tak puas hati banyak benda.. bila aku buat keputusan malas fikir dulu habiskan degree dulu tak boleh terima dia sendiri terumbang ambing habiskn diploma aku bagi semangat untuk tu tapi tak faham apa aku cuba buat.. bagi die nak fikir pasal hubungan, aku tetap kawan dia.. sebelum aku kenal dia.. ada jugak hati yang aku tak hargai dan kecewakan.. tapi tak pernah nak update pape kt sosial media menunjukkan sakit hati or rasa buruknya aku lukakan hati dia.. tapi masih boleh berkawan dan tolong aku bila aku perlukan pertolongan.. sentiasa bersangka baik dan selalu cakap dengan aku.. biarlah kawan dia nak cakap apa.. dia yang kenal and kawan dengan aku dan semua benda dia buat untuk aku ikhlas dia yang nak buat, tak ungkit banyak benda.. sebab aku sentiasa risau bila aku cuma mintak tolong die bila susah bila aku tak ada pape aku tak cari die.. and die sendiri faham and hormat aku sebagai perempuan yang die suka dan sayang (pada yang aku nampak la.. kalau salah tak tahu lah.. hahaha).. sebab die memang tak pernah burukan aku pape.. dia REDHA..


Sekarang aku pegang satu benda.. SABAR.. dan aku tunggu sampai masa ALLAH tunjuk segalanya.. biarlah dia dapat berfikir sejenak apa yang dia buat ni betul ke tidak.. kematangan dia dalam menguruskan peribadi dan keutamaan hidup macam mana.. and aku doakan supaya satu masa.. dia akan jumpa perempuan macam apa dia nak yang terlalu sempurna, ikut cakap dia, mungkin lebih kurang matang untuk senang dia handle.. bukan macam aku yang akan fikir satu benda dari pelbagai sudut.. dan kefahaman aku dan dia berbeza.. aku doakan yang baik-baik.. moga yang baik-baik juga datang untuk hidup aku.. bersikap positif dan benda positif yang datang bak kata Prof Muhaya.. yang buruk tuh sikap manusia yang sempurna hanya ALLAH yang esa.. dan aku cuba kuat hadap segala.. in sha ALLAH.. sebab kawan yang mengenali dan keluarga masih disisi kekal bersama.. 




Monday, 27 March 2017

WaterRafting + Jelajah Ipoh



Assalammualaikum..

Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni.. disebabkan masa yang aku memang tak ada untuk aku melawat kawasan aku ni kan.. so harini aku nak share cerita sikit aku jelajah ipoh sambil mencabar diri dengan team the Dara's aku yang tak cukup korum.. disebabkan ada trip lain dengan family.. kak ain tak dapat nak join trip kalini.. so team aku bergabung jugak dengan team pikaphati yang menjadikan kitaorang 6 orang yang sepatutnya 7..

Perjalanan kitaorang bermula 4.30 pagi 31 Jan 2017 ke sungkai.. punya la excited sangat.. rupanya sungkai tuh tak jauh mana.. kalau gerak pukul 7 sekali pun masih sempat sebelum pkul 10.. benda tuh memang paling lawak dan pengalaman betul.. dlam 45 min ke sejam jer kot aku rasa.. end up.. tido kat tepi highway.. hahaha.. tak apa semangat tuh yang kita mahukan.. yeah.. so lepas tuh dah agak pukul 8 kiteorang pun mencari kedai makan untuk mengisi kekosongan perut masing-masing.. itu pun masih awal nak menunggu guider waterrafting kiteorang.. tepat pukul 10 kiteorang pun jumpa la guider kami or jurulatih la kot.. aku tak sure panggilan untuk diaorang.. huhu

end up dalam pkul 11 lepas semua bersiap.. tukar baju, abang tu settelkan bot untuk waterrafting.. kiteorang dengar penerangan dan praktikal dari abang tu.. and bermula la perjalanan waterrafting.. for sure.. benda ni tersangat seronok dan mencabar diri.. lagi-lagi bila bot kau terbalik.. kau ada bawah bot.. kau panik.. tapi kena belajar tenang.. seram jugak.. banyak jugak air sungai tuh yang aku dah telan.. hahaha.. abang tuh pun sporting gila.. so tak awkard untuk buat waterrafting malah makin rasa yakin nak main.. perasaan takut tuh kurang.. siapa la tak takut dengan deras air kan.. sampai la satu point.. tempat tuh memang paling seram la.. degree dia ada la dalam 60 degree curamnya.. yang akhirnya munie tewas and terjatuh.. tapi sebab pertauliahan abang tuh sendiri.. tak ada apa jadi pun pada munie.. munie dapat di selamatkan.. dalam pukul 2 kiteorang pun dah settel sampai ke end point.. pergi makan dan mula bergerak ke IPOH..

sampai Ipoh dalam 4/5 petang kami pun check in hotel dan mula merehatkan diri.. so malam pertama kami mula bergerak pergi ke Sg Siput.. jumpa siapa lagi.. of coz kesayangan aku la kan.. Mak Cik and Pak Cik.. sedih jugak la apa yang aku nampak.. kesihatan Pak Cik makin merundum grafnya dari last time aku datang Ipoh.. waktu konvo aku.. tangan Pak Cik dah mula bergetar lagi teruk dari dulu.. aku harap dan sentiasa doa.. semua akan baik-baik.. bersembang banyak benda.. banyak yang Mak Cik buka cerita dari dulu.. macam mana persahabatan aku dulu and suruh kiteorang semua berkawan baik-baik.. in sha ALLAH kiteorang akan baik-baik..

So hari kedua kami dipenuhi dengan pergi Taiping.. apa lagi yang ada kat Taiping.. tiba jadi budak sekolah balik.. masuk Zoo sampai 3 jam.. memang beriya betul tengok binatang.. yelah kat zoo binatang betul yang selalu jumpa manusia ni perangai yang macam beruk.. hahahaha.. lepas habis pusing zoo melepak pulak Taman Tasik Taiping tapi tak lama sebab cuaca mencemburui.. gittew.. hahaha.. dapat snap beberapa gambar dan terus cari makanan paling popular kat Taiping apa lagi kalau bukan Mee Udang... so aku pun terpaksa telan apa yang ada.. nasib la tak jadi apa waktu tuh.. kalau tak memang hari ketiga aku failed la dengan muka bengkak.. maybe faham aku nak jenjalan lagi.. so kulit aku behave.. hahaha.. malam pulak kiteorang gerak umah Mak Cha.. akak pada Mak cik merangkap tuan rumah lama yang aku sewa dulu.. saja datang melawat.. dan terus jalan ipoh dan lepak dataran KTM.. memang memori mengamit perasaan betul.. berapa lama aku dekat Ipoh kan.. suka duka jatuh bangun.. semua rasa ada.. bila dah penat so kiteorang pun pulang untuk ambil tenaga untuk keesokan harinya.. huhu..

So last day kami pun berakhir dengan lawatan ke Kelli Castle.. kali kedua aku pergi sebelum ni aku pergi dengan Aizad Izwan n Arni.. sweet habis jalan sana dengan pakai baju warna yang lebih kurang sama.. tapi mungkin gaya dah makib berbeza.. saya dah besar.. hahahaha.. kalau korang semua tahu kisah dan cerita Kellie Castle ni mesti korang tahu banyak kisah sebalik istana konkrit ni.. dan aku pernah jugak post pasal Kellie Castle dekat post aku yang lama dulu.. tapi beberapa tahun yang lepas la kan.. hahahaha.. Sebelum tuh kami makan dulu nasi ganja yang orang duk kata tuh sedap tapi bagi aku biasa dan tetap tak boeh lawan Penang mari jugak.. kari dia kurang umpph.. 3 hari 2 malam yang sangat menyeronokkan dan penuh pengalaman baru dengan sejenis manusia gila-gila yang baru dan aku bahagia.. huhu.. alhamdulillah.. so aku akhirkan dengan share gambar-gambar kami disana.. hehe..












Thursday, 19 January 2017

Memori Gunung Tahan Genap Setahun..



Assalammualaikum..

15 Jan 2017 genap la setahun memori Gunung Tahan dan jugak memori teman lelaki upahan yang sekarang dah tinggal kenangan jugak.. sebenarnya.. moments dan tarikh ni paling aku tunggu.. aku ingat betapa indahnya kenangan dekat hutan tu..

Moment pertama kali aku jejak kaki dekat Gunung tertinggi semenanjung Malaysia dan aku bangga.. selain tu jugak aku bangga sebab dekat sana aku dijaga sebaiknya susah senangnya aku dengan siapa.. yes aku mengaku tuh betapa aku dilayan macam puteri kat sana.. makan, tempat tido, kemas beg, urusan semua.. aku tak pernah lupa walau sikit.. sebab kat situ bermula segalanya..



Memory yang paling terbaik pernah aku ada dan alami dalam hidup aku.. 11 hari bersama tanpa ada dunia lainnya.. benda paling aku nak sangat buat sama sambut sama.. aku nak cakap.. " Dia ingat tak tarikh ni?" setahun dah.. dan start dari sini jugak.. usaha dia makin bertambah untuk ada aku dekat sisi dia.. ada ke akan aku jumpa lelaki yang nak share berus gigi.. sebab berus gigi aku hanyut.. sanggup sidaikan sleeping beg aku sampai sakit kaki.. yes aku ingat semua benda tapi aku tak pandai pamerkan semua..

hei budak.. setahun dah memori ni dan kita pun dah tak bercakap dah antara satu sama lain.. orang cuma nak cakap.. thanks untuk sampai harini.. segala benda orang ingat.. dan orang minta maaf atas kurangnya orang dalam dia bersama berkawan dengan orang.. jaga diri... semoga segala benda yang dia buat di permudahkan dan orang sentiasa doakan kejayaan dia dunia akhirat.. for sure orang tahu dia akan berjaya.. sebab gigihnya dia.. maaf atas segala rasa yang dia fikir orang.. maaf tak mampu jadi sempurna.. orang doakan dia jumpa perempuan sebaiknya lebih dan terbaik.. dia layak selayaknya dapat terbaik.. im just missing you.. the person that im used to be with.. through thick and thin in 2016.. Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi..