Friday, 30 December 2016

Perasaan Sakit Menghadap Si Cakap Belakang..



Assalammualaikum..

Makin lama hidup ni aku tak tahu mana silapnya membesar sebagai manusia yang bila ada salah silap aku jenis kehadapan.. aku akui aku memang akan bertanya straight bukan pada mata orang lain yang kata aku tak matang.. aku bukan jenis suka cakap belakang so apa yang aku dengar aku suka tanya depan orang tuh untuk mintak penjelasan.. sekurangnya aku dah bagi peluang untuk orang tuh bercakap apa yang betul sebab lumrah manusia suka menilai dan aku tak suka menilai orang sesuka hati walhal aku selalu tertipu dengan manusia-manusia durjana yang suka cakap depan aku lain hakikat belakang lain..

Untuk sem ni aku rasa penat nak berhadapan dengan BACKSTABBER yang entahla.. kau pernah jadi kawan aku.. so dah tahu buruk baik aku.. even sekarang yang nampak hanya buruknya aku pada mata kau.. sebab kau tak boleh terima salah diri kau sendiri.. dan kau nak burukkan aku depan orang dengan seolah kau yang menjadi mangsa.. stop jadi innocent boleh?



Betullah macam orang cakap.. BACKSTABBER ni adalah bukan dari musuh kita.. tapi sebenarnya dari kawan kita sendiri.. sebab tuh dont trust people easily kan.. and aku menyesal kenal dengan manusia yang hanya berani cakap belakang tapi bila cakap depan tak mengaku dan penuh dengan alasan.. hey bullshit la... masalahnya sekarang yang tak pernah kenal aku pun.. nak share benda apatah lagi tiba kau nak mencanang cerita.. yang kau nak buka segala cerita.. sedangkan hakikat sebenarnya cerita kau tak tahu pun.. siap cakap aku ni GILA KUASA.. kalau si GILA KUASA ni tak bersuara tak berbunyi.. kau rasa event tuh boleh jalan macam kau nak siap cakap aku nak caras jawatan assistant.. pergi mampus la.. aku bersuara sebab tuh markah KITA.. bukan sendiri.. kalau sendiri PERGI MAMPUS aku tak heran nak tunggang terbalik ke apa.. siapa kenal aku tahu cara aku bekerja..


Bila aku dah jumpa depan tanya depan.. cakap aku tak matang pulak sebab hal remeh.. kalau benda ni hal remeh kau mencanang cerita kat orang buat apa. pastu boleh pulak cakap "BILA ORANG BERCAKAP PASAL KITA.. CARI SALAH DIRI SENDIRI".. hei perempuan.. kalau kau mencanang cerita yang kau dah dengar dari dua belah pihak aku boleh terima... kau tak dengar situasi aku.. tiba pulak nak cakap pasal aku.. rasa nak sepak jer kau.. nasib anak orang kalau anak kera.. melayang saiz 5 kat muka.. so lepas jumpa kau haritu.. harap mulut kau lagi jaga la sebelum nak berkata.. maaflah aku bukan manusia bermuka.. depan baik belakang lain.. aku jenis habis situ settel situ.. tapi aku percaya ALLAH akan balas tiap apa yang kau buat.. aku tunggu masa tuh..


Tuesday, 20 December 2016

Terasa Dan Merasa..



Assalammualaikum..

Apa yang terasa dan merasa ni sebenarnya? entah susah nak aku rungkai masalah yang melanda ni.. mengenali die pada mulanya dia bukan insan yang macam sekarang ni.. aku pun tak faham.. yang pasti pergaduhan antara kami mesti gaduh besar yang gila-gila besar dan semua benda nak di luahkan dan semua benda nk di ungkitkan.. keadaan tak sama macam dulu.. dua-dua dah berubah dan masing-masing tak tahan satu sama lain even sebagai kawan..

Nak kata kami dulu tak bahagia tipu la kan.. banyak ketawa bersama.. dia ada untuk aku sebagai kawan dan peneman.. tapi segalanya berubah... phhhufff.. entah terbang melayang dan hilang..

manusia berubah, perasaan mula berubah tapi tak bermakna perasaan ikhlas dulu yang pernah ada dulu tu hanya permainan semata.. ikhlas dari hati.. tapi makin lama... perangai masing-masing saling dah tak memahami macam dulu.. dua-dua nak menang.. saling menyalahkan satu sama lain.. manisnya dulu dah hilang.. sebab tuh masa diperlukan.. mungkin dengan menjauh.. tapi andai dalam masa menjauh.. masing-masing punya jalan masing-masing.. tak bermakna.. kena saling membenci.. kegagalan buat kita belajar kelemahan diri dalam hubungan.. mungkin takdir tak mampu bawa kita ke jalan yang sama..



Selagi masih dekat.. masing-masing cuma akan saling menyakitkan.. jadi mungkin kali ni aku tak mampu lagi terima.. even sebagai kawan.. bukan buang.. tapi merawat rasa terkilan yang ada.. dan aku harap macam tuh jugak buat dia.. andai rasa membenci dia yang hanya ada pada aku.. aku terima kalau segala kesalahan letak atas bahu.. sebab dah terbiasa sejak dahulu.. dengan apa yang di share dekat fb kalini.. betul buat aku rasa aku perempuan murahan yang ada bawah tapak kaki dia.. serius kali ni aku terasa sangat.. walau alasan dia dah bagi.. tapi mungkin cukup..


Harap semua ini akan jadi pengajaran.. mungkin ALLAH nak tarik aku balik pada DIA yang satu.. sebab terlalu berharap pada manusia yang pastinya memang sudah lama dinyatakan.. pengharapan kepada seorang manusia hanya akan mendatangkan kekecewaan.. aku kena kembali semula.. betulkan apa sepatutnya dan sedayanya aku cuba berdikari tanpa susahkan sesiapa lagi.. kegagalan datang dari sifat aku sendiri.. jadi banyak yang perlu aku cari.. hei awak kat sana.. kita tetap kawan baik sampai bila-bila.. cuma sekarang.. kita rawat apa sepatutnya dulu yer.. andai satu masa berjumpa semula.. mungkin ada hikmah.. jaga diri budak.. and keep smiling as usual you do.. :)



Thursday, 15 December 2016

Selamat Hari Lahir My Hero..



Assalammualaikum..

Sedikit throwback dari 26 nov haritu bersempena ulang tahun kelahiran ayah.. aku pun cuti yang lama la jugak dari bekerja.. sebab aku sendiri dah lama tak balik kampung kan.. so aku pun balik.. tak banyak yang boleh aku buat sebab tak semua adik beradik aku ada.. termampu sahaja.. bawak pergi makan shell out.. jenjalan kluang... ingat mak ayah aku tak rare ke lepak memalam pergi dataran.. jiwa muda masih ada gitue.. hahaha..

video



Sedikit video dan ucapan khas untuk My Hero.. Apa yang kami buat ni tak sebanyak apa yang ayah dengan mama korbankan kan.. besarkan kami sampai harini.. in sha ALLAH andai ada rezeki kak ngah masa hadapan.. banyak benda kak ngah nak buat untuk ayah mama.. balas segalanya.. dan berharap umur ayah dan mama masih panjang untuk sentiasa ada dalam perjalanan kami adik beradik.. aaminn.. kami sayang ayah mama sampai hujung nyawa.. LOVE YOU..

Wednesday, 7 December 2016

Pengakhiran Yang Sama..



Assalammualaikum..

Sebenarnya cerita ni dah lama aku nak share.. banyak yang indah sebenarnya.. tapi tak ada masa yang banyak buat aku tak sempat nak update story banyak pasal dia.. hanya few cerita yang berkisah tentang dia ni kan.. kalau yang semua penah baca dan tahu pasal lelaki upahan dekat Tahan yang layan aku macam puteri raja kat sana.. itulah yang aku nak cerita kat sini harini..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan.. surely dia sendiri pernah terasa sebab aku tak banyak nak update story pasal dia... kekangan internet buat aku jarang sangat nak update sampai banyak benda hanya jadi cerita yang throwback sahaja.. semua nak di throwback susah jugak kan?

Entah mana silap.. keadaan kitaorang makin lama makin parah.. sebab dah terlalu kenal ker.. sifat dia yang overprotetctive sangat ker, kuat cemburu sangat ker yang buat aku sendiri rasa pergi aku pun tak tahu hala tuju... tipu lah aku tak rindu KAMI yang dulu.. first mengenali dia.. dia ada sifat yang macam Mr AirForce.. tapi entah kenapa makin lama keadaan tuh hilang mungkin atas dasar perangai aku jugak yang tak semua boleh tahan.. dari awal aku dah pesan.. tapi makin lama... keadaan makin parah.. semua benda jadi ungkitan antara kitaorang berdua sampai tahap.. nak membenci satu sama lain.. tipulah kalau dalam lubuk hati aku  yang paling dalam.. aku tak sayang dia... bila ingat kenang semua.. dia sahabat, peneman dan seseorang yang ada waktu aku betul-betul jatuh terhempas.. tapi entah kenapa.. keadaan dan masa mengubah.. kiteorang saling menyalah..

Sampai letak kesalahan atas muncul orang lain.. tapi sikap masing-masing menjadi masalah.. ada benda yang indah.. tapi entah kenapa semua tuh bagaikan tak nampak.. aku rindu persahabatan yang mula dulu.. kau jadi penasihat aku yang memahami tanpa paksa.. bukan diri kau yang ada sekarang.. aku akui terkadang aku jadi manusia yang sukar difahami.. mood berubah dalam masa sesaat dan sedetik.. pengalaman dulu buat aku sentiasa menjauhkan kau.. dan juga mungkin membezakan kau.. maaf aku cuma manusia yang penuh kehendak.. dan mungkin kau juga sama.. terkadang bukan kita tak faham tapi sendiri yang nak meragam.. kerenah berlebih dari sewajarnya.. entahlah aku hilang akalnya..

Kejauhan terkadang itu lebih baik untuk saling memperbaiki.. aku tak tahu nak rasa apa yang sepatutnya aku rasa sebab berbanyak kali dicerita pengakhirannya tetap sama.. tiada siapa yang akan tetap ada dan kekal.. entahla.. aku jadi manusia yang tak berhati.. cukuplah ini yang terakhir.. tiada lagi dah pilihan hati walau dah berkali aku cuba menguji.. biarlah aku sendiri kalini.. capai apa yang aku cuba capai.. tanpa sakitkan hati sesiapa lagi.. walau pada mata dia aku ni yang salah biarlah aku tetap yang salah.. biarlah aku dibenci.. satu ketika dia akan berfikir semula.. dan mungkin dia lebih bahagia apa adanya.. dan aku doakan dari jauh sahaja.. entahla aku putus asa.. sebagaimananya dia.. maaf..

Semoga kau bahagia dengan apa yang dialami kini.. dan kau akan terus melupakan aku.. bila sampai waktunya.. jaga diri Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi..


Monday, 5 December 2016

SMTPD In Memories 09/10



Assalammualaikum..

Sedikit throwback dari zaman sekolah dulu kala.. berpunca dari aku attend wedding andak merangkap abang Farah yang juga family dia dah aku anggap macam family sendiri dah.. dah alang2 majlis buat dekat SMPTD.. so kesempatan aku ler untuk throwback.. snap gambar dan yg pasti sempat la aku buat short video yang deep message yang aku nak sampaikan kot.. hehe.. tapi dengan respon yang aku dapat rasanya.. berjaya la kan apa yang aku cuba buat... hehe.. meh aku share sikit video aku..

video

Entah kenapa bila aku teringat pasal SMTPD ni.. yang indah sangat indah yang pahit tersangat pahit sampai tak tertelan.. tapi kat sini lah aku belajar banyak benda yang jadi pengajaran aku dan maybe ada langkah2 yang aku buat jadikan diri aku macam sekarang ni la kan.. kat sekolah ni lah aku jumpa CINTA PERTAMA maybe yang mungkin dengan bahasa mudah CINTA MONYET.. yelah mungkin aku bercinta dengan manusia berperangai KERA kot waktu tuh la... hahaha.. sebab dekat UNIKL sendiri aku jumpa perangai yang sama.. hahahaa.. kejamnya bunyi.. #guraujer.. sebab game aku sedangkan ade awek.. ceh.. huhu.. tapi tuh semua cerita lama la kan.. biasa la umur 16tahun apa nak tahu lagi pulak manusia macam aku ni kan.. blur2 katak jer dulu.. hahaha.. dan aku dengan First couple aku tuh pun dah jadi kawan baik sebab dua2 perangai KERA jugak.. suka gelak tak henti kalau borak ada jer benda nak jadi bahan gelak gila2.. Rony kau tetap kawan aku sampai bila.. hehehe.. so tak payah la nak rasa berdosa sangat dengan apa yang pernah jadi dulu..

Zaman ni lah aku kena game teruk giler pasal CINTA.. entah apa silap aku.. rupanya dah ade awek.. 9bulan dah couple dengan aweknya end up aku baru tahu... nasib la aku tahu.. kalau tak tahu bodoh buta percaya dengan indah yang die tunjuk... menangis sebab aku .. setiap malam gayut nanyikan lagu untuk aku.. pergh kalau diingat balik.. memang cerita korea yang sekarang ni kalah la wey.. hahaha.. drama sangat semua tuh.. dan moment paling aku ingat bila aku dah jadi manusia yang dengan dunia sendiri.. dak laki boleh bertaruh untuk game and dapatkan aku dengan cara couple and tinggalkan aku alasan aku tak layan diaorang.. ingat dalam Lagenda Budak Setan jer ade.. kat sekolah tuh lebih dari setan ade tau.. hahaha.. bila dah besar ni.. ade jugak yang mencari dan aku tengok dah berubah tapi aku manusia yang terkena mana mungkin lupa..

Disebabkan kantoi dan plan diaorang tak dapat game aku.. nak tutup salah ramai2 serang aku.. untuk paksa aku bagitahu siapa yang buka cerita.. siap maki hamun aku.. dan ada yang nak pukul aku lagi.. memang sampai bila aku tak akan lupa.. hahaha.. orang2 yang buat aku tuh pun aku ingat sampai sekarang and ada yang aku tengok life diaorang tunggang terbalik.. kifarah ALLAH tuh kan ada.. huhuhu.. tapi nasib aku ada manusia2 yang pegang erat aku waktu aku jatuh.. terutamanya Farah sentiasa ada dan backup aku.. dan kenal aku macam mana.. sebab tuh utuhnya persahabatann kitaorang sampai sekarang...



Farah tuh manusia yang ada kat tengah dalam dua2 gambar.. dan paling seronok bila kawan2 dia dengan senang terima aku dan sikit tak rasa kekok untuk lepak dengan diaorang dari mula kenal.. sedangkan aku ni jarang sekali ada dengan diaorang.. dan bukan kalangan satu sekolah dengan diaorang.. tapi diaorang ohsem.. huhu.. thanks always be there even kita tak selalu jumpa.. love youu.. muahhh...


Terkadang dalam hidup setiap yang jadi dan mendatang jadikan kita lebih kuat pada masa akan datang dan jadikan pengajaran penting untuk dikongsikan.. jadi untuk setiap benda yang dah jadi.. pedih tapi aku simpan sebagai memori pengajaran terpenting dalam hidup.. tapi tak semua sikap aku boleh ubah.. sebab diri aku sendiri manusia yang lembut hati.. marah macam mana end up satu masa aku akan maafkan semua dan terima.. cuma keadaan kadang buat kita tak selesa dengan apa yang ada depan mata.. harap satu masa aku jumpa penghujung untuk apa yang aku cari dan harap selama ni.. aaminn..