Sunday, 10 April 2016

Unknwon



Assalammualaikum..

Kalau post aku dulu pasal ika pergi jumpa dia bincang dan nak tahu apa dia kata.. Lepas beberapa hari akhirnya dia hantar dan luahkan apa yang dia nak cakap dalam whatssap pada aku.. 


Dan macam apa yang korang semua nampak.. semua kata-kata dia pada aku tuh ayat cliche.. konon pergi untuk kebahagiaan aku sangat.. please ok.. kau cakap jela kau dah ada perempuan lain.. then konon tak nak kecewakan hati sesiapa.. habis aku ni apa? tak ada hati? bercakap tuh fikir dulu brother..

Benda paling aku sakit sebab dengan banyak alasan dia pergi cari perempuan lain senangnya dia lupakan perasaan tuh.. aku buat salah semua dia terus nak buang.. tapi selama mana dia buat salah aku tetap bagi dia peluang salah ker untuk dia bagi aku peluang jugak itulah yang aku terfikirkan.. dia tak pernah luah benda dia nak luah pada aku... tiba dia buat aku macam ni... aku bukan malaikat untuk tahu semua benda..

Selama ni aku bertahan untuk dia.. walaupun aku makan hati tapi aku tetap nak dia... yelah macam nadia cakap siapa tak bahagia dengan orang kita suka dan sayang.. dan for sure selama ni aku sorang jer yang sayang dia lebih.. dia?? hanya perasaan suka jer maybe... dia halau aku, dia cakap aku ni, block aku tiba-tiba, aku tetap terima walau mulut cakap tak nak.. tapi hati aku tetap cakap tak apalah.. tak apa.. untuk silap aku... phuuuffff.. tiada maaf bagiku.. eerghhh..

Jangan pernah suruh aku cari yang terbaik bila hanya kau yang aku pilih.. tapi tak apa.. aku akan pastikan aku buktikan sesuatu pada kau yang kau sendiri tak terjangka.. dan aku paling pasti satu ketika kau menyesal dan kau akan rasa apa yang aku rasa.. rasa terkhianati, rasa dilukai, rasa harapan dihancurkan...

Yes tahniah.. kalini kau menang dengan jayanya.. kau berjaya runtuhkan tembok ego aku yang selama ni kukuh.. tapi untuk kau aku cuba.. tapi sekarang tembok tuh perlu untuk aku tampal balik.. dan aku cuba gapai bahagia aku...bila kau dah bahagia.. jangan cari aku lagi.. sebab saat kau cari aku... saat tuh aku akan hamburkan segala dendam dan kebencian dalam hati ni.. Janji ALLAH pasti.. kifarah tuh ada.. what goes around comes around.. dan kau.. boleh blah!!

Piala Sukan Dekan 2016



Assalammualaikum...

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu paling sakit dan paling penat dan paling kelam kabut.. hahaha.. sebabnyaaa... jeng jeng jeng..




Haaa.. apa itu.. ok nak cerita la ni kan.. minggu lepas aku dengan tak sangka aku join piala dekan..apa tuh? kiranya kalau dulu sekolah sukan tahunan ni bagi U untuk benda sama jugak dalam masa sama nak selected untuk pergi KSSU.. apa pulak KSSU (Kejohan Sukan-Sukan Unikl).. Game haritu aku main netball.. da lama sangat aku tinggalkan bidang kesukanan ni.. cewah gittue.. aku ingat kan perlawan bodoh-bodoh jer aku pun tak pernah lagi turun training.. ni main redah sekali amik kau.. mendapat banyak kenangan...

Kenangan apa? lutut aku dengan jayanya lebam dan luka gara-gara sliding berebut bola.. dan mulanya game pertama aku dengan team aku kalah teruk sebab aku dengan team aku masing-masing baru nak dapat chemistry tuh..

First game aku dapat position WA(Wall Attack) sekali Center aku boleh pulak krik-krik dan memang dalam game tuh jadi macam blur giler.. aku tak pernah main tahap macam tuh sekali.. sampai la second, third, fourth and last game sebelum masuk final aku lak yang tukar jadi position Center... baru la dapat catch up balik tempo.. tapi itulah rugi pada game pertama.. markah sia-sia hilang kat situ..

Tapi berkat usaha gigih... berjaya... orang kata Rezeki kan.. so ALHAMDULILLAH.. dengan jayanya team aku dapat tempat ketiga.. boleh la kan untuk first timem group and game besar.. satu permulaan yang baik la kan..

Dan aku tak sangka game tuh sampai dua hari dan selama dua hari tuh la aku punya jadual kerja tunggag terbalik.. tak tahu la bos aku nak fikir apa yang penting aku jujur.. aku tak tipu.. tapi asalkan aku masih datang kerja... tapi bulan ni jer aku sibuk... bulan depan nak Final dah ada la busy sikit.. lepas tuh dah boleh kerja dengan jayanya macam biasa... in sha ALLAH ada rezeki dapat la aku capai apa yang aku nak.. hehehe..

Kenapa aku tiba-tiba aktif sukan balik?? sebab aku memang nak sibukkan diri aku dan aku tak nak lagi fikir pasal dia.. atleast aku boleh move on cepat.. Azmiera kan kuat dan sadoo.. mesti boleh.. ok ni dah luar topik.. aku harap lepas ni aku ada lagi peluang bermain untuk game lagi besar.. aaminn..

Wednesday, 6 April 2016

Bertabahlah Duhai Hati..



Assalammualaikum..

Kenapa pulak dengan tajuk aku ni kan?? Tajuk aku ni mengenai jawapan untuk selama ni aku menunggu.. akhirnya aku dah dapat jawapannya.. macam mana aku tahu?? Luahan dia pada orang.. Terima Kasih..

Benda ni jadi bila ika pergi jumpa dia and ada benda sebenarnya budak-budak ni tak bagitahu aku... satu sikap aku.. aku bukan jenis suka stalker nak tengok pasal orang even pasal siapa-siapa melainkan orang bercerita and aku nak tengok benda tuh..

Malam tadi selama 2 jam lebih jugak ika berborak dengan dia aku rasa... ika mulakan cakap dengan aku semua benda jugak malam tadi.. sebenarnya mohsin ada masukkan gambar dengan perempuan lain dekat insta dia.. and selama ni aku tak tahu langsung.. huhu.. bodohnya aku kan??

Benda dia baru masukkan ika kata, Munie, Kak ain, and Tikah tahu and nampak tanya dengan ika... aku?? seriusly tak tahu apa-apa.. sampai la tadi dengan sendiri aku rasa aku  nak tengok gambarnya.. hahaha.. aku dah nampak..

Untuk kesekian kali aku dikecewakan.. akhirnya aku dah penat dengan semua ni dah.. apa yang aku cakap memang betul.. Lelaki yang datang dalam hidup aku ni semua sama jer... datang cuma singgah sekejap, bagi aku rasa bahagia.. then pergi.. Untuk diaorang bertahan dan sabar tuh.. Memang tak ada untuk aku..

Mohsin cakap aku banyak tak jaga hati dia.. dan dia dah tawar hati.. maaf mohsin untuk kali ni.. bukan aku tak jaga... tapi kadang untuk menduga tuh tinggi... mengenali aku baru berapa bulan.. kau tak mampu untuk bertahan.. apatah lagi untuk terus berjalan..

Kurangnya komunikasi antara kita jadi sebab dan punca.. kau suka memendam.. bagi kau semua benda kau nak lupakan... tapi dalam kita meningkat dewasa.. bukan masa jadi macam tuh.. ada benda kita kena ubah dan suarakan..

Jujur aku cakap.. aku ingat kau yang terakhir.. tapi mungkin ni bukan jalan kita kan? kau persoal pasal adeq semua... maaf kadang aku terleka... bersuara andai aku terlalu meluka... ada silap aku jugak.. terlepas pandang benda yang kecil bagi aku besar pada kau..

Sebab kalau kau ada prinsip kau.. prinsip hidup aku cuma satu JUJUR.. aku jujur dengan siapa aku berkawan dan aku cuba jadikan separuh hidup aku dengan kau.. tapi aku tak sangka benda tuh jadi terlalu sakit buat kau.. maaf..

Pasal post gambar.. aku tak jaga batas aku dengan kawan laki.. maaf dalam setiap situasi.. bukan niat aku sakitkan hati kau.. tapi.. kau sendiri tak pernah pasti.. kenapa dengan perempuan ni kau boleh masukkan gambar.. dengan aku dulu? tak pernah? Mungkin silap aku lagi.. maaf..


Aku benci sangat dengan kau Mohsin lepas apa semua jadi sampai sekarang ni.. untuk aku maafkan kau.. ada banyak benda aku nak cakap :

Mampu kau hilangkan rasa suram dalam hati aku lepas kau pergi?
Mampu kau ukir balik senyuman dari tangisan yang aku lepaskan?
Mampu kau betulkan balik janji yang kau lafazkan?
Mampu kau hilangkan rasa sakit yang bergerak disetiap nafas aku?
Mampu kau ubah sesak dalam dada bila aku tak mampu gapai kau?

Andai aku memaafkan sekalipun..
Semua bukan kerana kau..
Tapi sebab diri aku sendiri..
Bergerak tanpa kau..

Pintu yang terbuka dulu dan kembali tertutup kemas
Dan aku pun dah campak kan kunci tuh jauh kelangit ketujuh..
Terima Kasih Cinta..


Merindui kau tuh pasti.. dan membuang kau juga pasti.. aku doakan kau bahagia Mohsin.. Maaf atas segalanya... aku akan anggap kau datang dalam hidup aku sebagai satu pengajaran buat aku.. aku lepaskan kau dengan ikhlas..


Lata Medang, Done Wishlist..



Assalammualaikum..

Minggu lepas aku dengan THE DARA's (group whatssap gegedik aku) berjaya menawan Lata Medang.. setelah sekian lama tak  naik bukit and masuk hutan.. ada satu perasaan lega and seronok nak mati kat situ.. hahaha..

Benda ni memang dah plan lama cuma nak cari waktu and tarikh cantik tuh susah sangat.. biasa la kan kebusyan melanda diri kan.. akhirnya apa yang dirancang jadi jugak..





Lata Medang? kat mana ni kan?? dekat jer jangan risau.. dekat Kuala Kubu Bharu jer.. Perjalanan dari rumah sewa sampai ke Lata Medang ni cuma sejam lebih tapi sebab jalan memang track drift.. perjalanan akan jadi lambat la... macam siput sedut.. huhu

Selama 2 jam trecking akhirnya sampai jugak la kan.. dengan semangat semua yang ada.. gigih walaupun Munie ada rasa nak give up kot la kan.. Sebab memang ada part pacak tuh aku nampak air muka dia da berubah.. tapi aku bangga dengan semangat dia.. Good Job Munie.. kau berjaya lawan kelemahan diri kau yang akhirnya berbaloi..

Sebelum hari nak pergi kiteorang ada google and cari info pasal Lata Medang ni.. sedia maklum pacat and tebuan ada katenya.. tapi bersyukur sangat tak ada time tuh sebab cuaca panas and kering.. kalau tak aku tak dapat bayangkan keadaan budak-budak ni and aku.. Gigihnya semangat diaorang sampai sanggup beli stocking bola sebab kan pacat.. and berjaya jugak lawan..

Kiteorang pun pergi hujung minggu.. memang ramai orang sangat so tak ada la rasa takot walalupun semua perempuan jer kan yang pergi... yang buat kitaorang semangat nak naik Lata Medang sebab kan air terjun dia yang boleh buat main slide.. dan benda tuh aku berjaya buat dengan jayanya... aku paling takut dengan benda-benda tak nampak.. aku fikir kalau aku slide buatnya sakit, terhantuk, hilang ingatan?? hahaha.. ok yang last tuh drama melayu sikit.. tapi serius seberani aku banyak benda aku takot sebenarnya..

Kitaorang satart trecking pukul 10 dan berjaya sampai dalam pkul 12 ker awal sikit entah... hahaha.. lepastuh port sliding tuh memang kitaorang punya la kan.. ramai jugak orang kitaorang kenal.. kawan baru yang nak ajak sekali join aktiviti macam ni.. teruja sangat.. sebab tak sangka.. ada orang sudi nak tegur siap tukar no telefon lagi.. hahaha

Kitaorang lepak mandi sampai pukul 2 jer sebab port tuh makin ramai pulak lepas semua orang nampak kitaorang buat slide dekat situ.. trecking turun.. pukul 4 sampai bawah... pukul 6 sampai rumah.. hehe.. aku pulak yang bawak kereta... ngantuk lepas kena air memang tak ingat dunia la kan,, hahaha.. nasib budak-budak ni melayan dan semua tak tido.. korang lepas ni next trip pulak... in sha ALLAH...

Hasil lepas mandi rehat semua.. aku baru perasan aku sunburn lagi.. dan tangan aku macm pakai stocking balik.. baru nak hilang kesan dari Gunung Tahan.. ada balik.. nak kata panas tuh tak ada la sangat kat atas tuh... susah betul kulit mahal ni... opsss.. hahaha..

Pesanan ikhlas pada orang-orang nak naik Lata Medang... pergilah serius syooookkk... hahaha

Tuesday, 5 April 2016

People Come and People Go...



Assalammualaikum..

Kalau tadi aku post pasal apa yang dah jadi minggu lepas.. ini apa yang benarnya terjadi minggu ni.. Entah apa dan aku tak tahu mana silap.. tiba angin timur laut dia sampai dekat aku.. sampai harini aku dengan dia tak contact.. jumpa dia apatah lagi kan... dia siapa tuh? siapa lagi la kan yang suka sangat bagi angin timur laut die kat aku.. si Adeq la kan..

Memang aku mengaku satu malam tuh aku mood swing sebab aku rindu giler dengan family aku and korang mesti ada satu masa yang korang nak sendirian kan?? aku tak reply text die tapi malam tuh dia yang hantar aku sampai rumah walaupun muka aku tak payah cakap la.. nak senyum pun susah la kan sebab kau tak ada mood... tibe die pun tak ada mood terus hantar aku balik and aku macam biasa la kan drama aku... aku suruh dia pergi jer kalau dia dah penat nak layan aku... so sampai la sekarang ni kan dia diam and dia update yang entah apa-apa dekat FB die.. cakap aku nak la, merungut la, apa la.. dia cakap dia kenal aku, kata dia nak ada dengan aku, tak nak jadi sama dengan orang-orang yang pernah ada dalam hidup aku... tapi dia sama jer... dia baru jer kenal aku baru kerenah aku sikit tak bercakap la contact la.. 

Tipu la kalau aku tak terasa kan... sebab setiap hari dia yang ada dengan aku.. tiba tak ada... dia datang bagi aku harapan.. aku perempuan... tipu la tak terasa harapan tuh kan... tercuit sikit... hari-hari aku sentiasa ada dia.. apa aku nak, kerenah aku semua.. macam mana ejam jaga aku dulu... macam tuh dia jaga aku.. tapi sekarang entah silap mana dah semuanya hilang lesap..





Kalau dia pun nak buat macam mana mohsin buat aku..  memang dia silap besar sebab aku tak akan cari dia lagi dah.. cukup la aku dah rasa terhegeh-hegeh dengan mohsin nak mencari dia nak buat benda sama ker.. kalau dia betul nak ajar aku.. cakap and jujur  bukan nak buat macam mana mohsin buat aku.. apa laki ni semua sama jer ker perangai and sifat diaorang.. datang nak gila-gila lepas tuh pergi ikut suka.. kalau dia ada hati.. aku pun punya hati..

Aku akui mungkin kerenah aku ni sangat la payah nak handle and ada satu part aku ni sukar difahami lanngsung.. tapi itulah hakikat seorang perempuan.. mana-mana makhluk kalau dah nama perempuan kerenah nya mesti sama..

Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi... Terima kasih untuk hari-hari yang kau terbazirkan untuk aku.. betul la.. saat yang terindah tuh hanya sementara... baik aku dengan diri aku sendiri dari nak memikir semua pasal hati orang jer.. stop, stop and stop,,,
 

Cemburu Tak Terkawal..



Assalammualaikum..

Post aku yang sebelum ni aku cerita pasal Kota Buku punya event and macam mana Adeq and Din dah mula bertegur.. Nak dijadikan cerita esoknya aku and Din pun keluar sebab aku pun dengan lesen tak renew lagi and aku sangat la malas nak drive.. sebab aku  nak pergi amik munie.. dah janji sebab aku nak amik barang aku yang sangat la berat mama aku kirim dekat si munie..

Aku pun keluar jela yela kan aku dah bagitahu awal la kan kat Adeq yang aku nak kuar dengan Din aku pun tak ada nak explain lebih sangat pun sebabnya apa.. just aku cakap aku memang dah lama tak kuar dengan Din... apa salahnya aku keluar sebagai kawan kan? Dia pun bukan de buat apa salah dengan aku pun untuk aku tiba rasa nak jauh ker apa semua.. dia baik dengan aku jer..

Aku keluar pun just pergi Times Square makan jer and lepak sembang sementara nak menunggu si munie sampai jer.. tak ada la nak pergi mana pun kan..


Thanks Din belanja makan.. selama aku kuar lepak dengan dia.. sangat la payah kalau aku nak keluar duit sendiri.. ada jer banyak alasan tak bagi aku bayar... hailaa Din... Thanks yer... and dalam masa sama jugak si Adeq pun nak mintak tolong aku buatkan surat absent die tak pergi kelas..

Malam sebelum tuh aku dah tersentap dengan die.. bergaduh aku diam jela kan.. menangis gak aku malam tuh sebab aku terasa sangat dengan apa dia cakap.. dan tak sangka waktu aku kuar dengan din dia tunggu aku dari pukul 8 lebih sampai la aku sampai kat rumah tuh.. sebab nak buat surat dia tuh.. mula dia cakap dia nak buat kerja kat rumah kawan dia so aku pun tak apa la kan... lagi pun munie and adik dia nak pergi makan.. jalan jauh kan.. sian lak..

Apa yang aku mendapat akhirnya muka begang dia la kan and mogok tak nak makan.. aku diam je and layan jela angin timur laut die tuh... cemburu yang gila-gila... sorry adeq.. aku tak sengaja... bukan salah aku lambat apa semua.. kau tunggu aku awal sangat..

Aku pun punya la tak makan sebab nak makan dengan dia... akhirnya.. dia yang ngalah ajak aku g mamak and setel keje dia.. and dia makan aku lak mogok lapar.. ingat dia jer boleh ngade-ngade?? aku pun ade angin aku gak...

Pesanan ikhlas.. adeq.. aku tahu kau sayang aku sangat tapi... please kawal cemburu tuh.. sebab buruk benooo ghupanya kau cemburu tuh... kan? bagi aku masa dan ruang jugak.. kalau kita tak end up dengan macam kau nak.. tak salah kalau kita nak berkawan sampai bila-bila kan??? peaceeee...

Saturday, 2 April 2016

Kota Buku @ Kota Kata



Assalmmualaikum..

Cerita kalini tak ada kaitan dengan yang cerita sebelum ni pun.. pasal kota buku.. event sabtu lepas 26/3/2016.. event tuh under company si Mustika Ratu aka nyet dak umah aku.. huhu.. sebabkan payment sehari rm100 aku pun pergi la kan sekarang ni memang dunia mengejar duit.. selagi boleh aku cari duit selagi mampu aku tak nak mintak dekat ayah aku.. aku usaha sebaiknya la.. huhu..

Event ni pasal support local indie band and juga pemuisi yang bergerak sendiri la kan... aku pun grab la satu buku untuk aku sendiri.. sebab satu masa aku memang nak sangat hasilkan buku aku sendiri.. tapi ilmu aku tak cukup lagi untuk aku pamerkan semua karya-karya aku dan semua tuh banyak berkisar tentang diri aku sendiri jer.. eh da melalut ke tempat lain pulak kan aku ni.. huhu..

Dekat event ni aku dapat jumpa Ismail arifiin aka Lepat yang sangat terkenal dengan nasihat dan kata-kata dia.. aku respect dengan ilmu yang dia ada.. jangan pandang luaran tapi kenal dalam dalaman.. huhu..


Paling aku tak sangka adik dengan si din haritu boleh bertegur dan lepak sesama.. unexpected tapi sekurangnya aku lega satu part yang aku boleh berkawan dengan dua2 dengan senang lenang kan..


Aku harap semua akan dapat penyelesainnya satu hari nanti.. semoga ALLAH bantu aku dalam membuat keputusan aku sendiri dan hati aku jugak..




Gantung..



Assalammualaikum..

Disebabkan harini aku cuti bekerja dan aku mereput dalam kelas ganti SRE dihari sabtu yang indah ni.. aku mereput dekat kampus.. aku pun dengan secara tidak langsung mencuri sedikit wifi tau.. bukan curi hati awak.. hahaha.. cia cia cia.. sementara menunggu part aku untuk tulis semua benda dalam word.. aku pun nak sambung kesinambungan cerita aku yang tak terhabis..

Baliknya aku ke dunia realiti dari perhentian aku pun tak tahu nak rasa apa dengan apa yang aku nak hadap for sure jawapan dari Mohsin la kan.. nak dijadikan cerita.. aku pun dapat la respon dari dia... aku pun keluar makan sama malam tuh.. sebenarnya hati aku macam nak jatuh lantun-lantun kuar dengan dia.. segan semua ade wei.. giler lepas bagi surat semua dengan kondifen nya kau boleh kuar dengan dia.. memang tak la aku nak buat muka cool.. entahla aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. lepas kejadian tuh... benda sama jer jadi lagi aku dengan dia tetap dua insan yang sama yang selalu ego dengan masing2.. aku pun tak tahu nak buat apa dah..



Keadaan sekarang ni tergantung yang dapat aku rasakan... sama ada aku nak terus menunggu ikut kata hati ataupun aku mahu sahaja pergi dari dia... aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia dan apa yang dia mahukan.. maaf andai aku tak dapat memahami kau.. tapi jauh dari sudut hati aku.. aku rindu kita yang dulu.. maaf hati tak mampu menipu..