Tuesday, 29 March 2016

Perhentian Kami Datang..



Assalammualaikum..

Setelah sekian lama kesibukan melanda dengan aku pun kerja Part Time.. masa untuk diri sendiri tuh dah tak ada.. ni pun last minit jugak kepala aku cakap aku nak join ika.. kalau tak.. aku pun tak kesini.. sebab ika kata nak rileks lepas apa jadi.. aku pun fikir.. aku nak jugak rileks... self reward gittuew katenya... hahaha..

Planning ni ika pergi dengan kawan-kawan POLI dia.. and sebenarnya dah jadi kawan aku dah gelak tak hingat dunia punya.. gosip jumpa, bahan membahan.. so tak ada la istilah AKWARD MOMENT kuar dengan kawan-kawan ika bila sedia maklum mulut aku sendiri pun dah cukup banyak cakap.. hahaha..







Nak cakap pasal keindahan kat sana.. susah aku nak nyatakan.. memang Subhanallah cantiknya.. tapi sampai sana boleh pulak jumpa resort nama MOHSIN.. kau raseee sampai kesana nama dia sentiasa ikut aku.. hahaha.. dah la takut fikir apa jawapan yang bakal aku dapat.. hailaaa.. serammm akak fikirkan semua tuh...

Dekat sana first time aku snorkeling, berenang tengok ikan nemo, abang guide yang sangat la comel dan satu part aku berenang follow dia... sampai budak ni tertinggal dia yang tarik tangan aku and aku takot gilerr sebab dah jauh berenang dia genggam tangan aku sebab tengok aku da risau... aku pulak yang segan sendiri.. gigih cari ikan nemo macam tuh la kan..

Makanan dekat sana so far sangat la Fail.. so sila bawak bekalan sendiri dan kat sana sangat mahai nooookkk... hahaha.. dekat sana pun malam kitaorang akan bersembang luah rasa and gelak sebab buat helium video... paling tak tahan dengar gelak aku sendiri and diaorang suka suruh aku gelak..

Walaupun baru kenal kawan-kawan ika ni.. memang tersangat la satu kepala... dah la aku ni paling muda.. tapi rileks aku kau jer.. orang lain maybe dah panggil akak2.. hahaha... so ak jadi makin dah biasa tak panggil orang atas aku akak...

Apapun terima kasih korang atas semua moment ni dan terima kasih banyak atas nasihat korang... tunggu jela jawapan balik nanti... takottt....

Bebas Meluah Rasa..



Assalammualaikum..

Lepas kejadian pilih memilih tuh jadi.. aku dengan diri aku sendiri yang hilang arah.. nasihat demi nasihat dari kengkawan aku tengok serabutnya aku.. aku buat keputusan untuk pertahankan apa yang aku nak siapa yang aku cinta..

Inspirasi ni pulak aku dapat dari cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.. aku tulis surat luahkan segala rasa tanpa sikit pun selindung sebab ayat dalam cerita tuh "Dengan menulis kita bebas meluahkan rasa"..


Rasa hilang sekejap beban dekat dada.. macam-macam aku luah.. aku rasa cinta rasa rindu.. apa yang jadi ape yang pergi.. lagipun aku bagi ni lepas tuh aku dengan ika larikan diri pergi Pulau Perhentian.. aku nak tenangkan kepala dengan apa yang jadi.. aku pun tak tahu apa yang aku serabutkan oh.. pastinya dengan apa yang jadi,  kena pindah rumah kesekian kali sampai la dah duduk yang rumah sebiji sendiri,, sendiri handle senang, dengan masalah hati so aku pun bawak la diri ni jauh, pergi... hahaha... 

Jawapan kepastian yang aku mintak dari dia lepas aku balik ni.. so apa pun aku tunggu dengan redha dan bertabah la.. hahahaha... doakan kebahagiaan aku gittuew... apa pun yang pasti aku dah cuba kejar cinta aku sendiri sekurang aku dah berjuang.. kan?

Memilih.. Dipaksa Atau Terpaksa?



Assalammualaikum..

Harini aku dapat update sebab curi sikit wifi kampus.. yeay dapat la aku sambung cerita drama sinetron ber episod 360.. hahahaha.. Kenapa lagi tajuk aku macam ni.. sebenarnya semua post ni post lama yang dah patut aku update tapi aku tak update.. huhuhu..

Kalau siapa yang baca kisah Si Senged and Adeq.. korang akan tahu la kenapa aku dalam dilema.. bila aku turun dari Tahan.. benda ni yang aku paling jangka.. PILIHAN.. aku tak boleh mainkan perasaan orang kan... aku sendiri keliru dengan apa yang aku nak.. hailaaa Azmiera...

Aku banyak jarakkan diri aku dengan Mohsin dan ternyata masa aku banyak untuk adik sahaja... aku rasa aku sangat la tak adil kan.. disebabkan semua ni la aku dengan Mohsin bergaduh besar teruk... sampai Mohsin suruh aku buat pilihan aku sendiri... aku tak boleh tamak..

Tapi kalau dalam aku memilih... kalau dia pilihan aku mampu dia berubah untuk bahagia kan aku? dan kalau aku pilih adeq mampu ker pulak aku nak bahagiakan dia orang yang ternyata perasaan aku jatuh..


Disebabkan ni jugak akhirnya aku dengan Mohsin beubah 360 darjah.. dalam hati rindu.. tapi dia yang halau aku.. aku nak buat apa.. aku pun punya ego aku.. tapi effort dia untuk aku?? sekejap cuma.. dia tak tahu betapa aku rindu..

Setiap kali terserempak dekat kampus macam nak giler mengelak dan kalau terserempak.. tangan aku punya sejuk and gigil aku tuh.. jantung aku macam nak melantun keluar jantung aku.. toink toink.. hahaha.. tapi dia tak akan pernah faham pun kan.. Mohamad Ikmal Nasir.. kau ni aku sendiri tak faham macam mana kau sebenarnya.. aku nak pergi tapi hati aku giler nak jugak berdiri kt sisi kau.. moga aku jumpa la jalannya...

Adeq.. dia tetap dengan cara dia dan tak akan pernah berubah dan aku tahu sampai satu ketika.. dia dengan ejam akan sama jugak... akan pergi.. sebab aku tak pandai menghargai.. aku ni pun tak faham.. hati gila tak tahu yang mana... hailaa hati.. be strong untuk kau sendiri boleh?? jangan mudah sayang orang.. pleaseee...

Pendam, Rindu itulah yang aku hadap sampai harini.. Mohsin.. kau tetap dalam hati aku sampai la nanti aku jumpa orang yang mampu aku sayang lagi macam aku sayangkan kau.. moga kau tahu tuh..


Tuesday, 15 March 2016

11 Hari Bulan Madu Di Tahan Bersama Teman Lelaki Upahan



Assalammualaikum..

Kalau post aku sebelum ni pasal seharian yang tak disangka sebelum aku naik tahan.. ni pulak part aku nak cerita 11 hari sepanjang aku ada kat sana siapa yang ada dengan aku sentiasa tak jangka dan tak terduga..

Nak kata aku kenal dia lama tak adalah.. Aku mula rapat dengan dia bulan 10 tahun lepas selama ada dalam satu kelab dia tak pernah pun nak pandang aku.. tapi entah macam mana tiba dia mula nk kenal aku dan terus terang sangat suka kat aku waktu mula kenal dulu... seiingat aku tarikh pertama kali aku keluar dengan dia bila dia sudi datang teman aku waktu ejam naik flight aku menangis tak henti and lepak sensorang dekat NU Sentral.. aku tak sangka dia datang sebab aku harapkan si senged tuh yang datang..





Dilema sungguh aku selama ada dekat sana.. kena usik panggil pengantin baru apa semua... sebab dia jaga aku gila-gila kat sana.. banyak benda tak sangka dia buat untuk aku... kalau orang fikir kitaorang kapel pun memang tak boleh nak salahkan... makan,mandi,treking.. semuanya sama-sama.. oppss tapi depan orang ramai la ok... fikiran tuh betulkan sikit yer..

Paling aku tak sangka kesanggupan dia nak share berus gigi dengan aku gara-gara berus gigi aku hanyut dek arus,beg aku dia yang kemaskan dan tolong punggahkan, tempat tido dia selasakan untuk aku, kalau pakaian aku tak kena and sexy sangat mula la kena tegur and dia suruh tukar, sabar jer kena marah dengan aku.. pastu aku kena marah balik sebab tinggal dia waktu makan.. tak pasal aku melalak malam last.. sebab pertama kali dia marah aku... waktu sejuk aku dia la orang yang pegang tangan aku biar aku tak mengigil, sanggup sejukkan air sebab tahu aku tak minum panas.. argh semua tuh buat aku serba salah pada si senged tuh tau.. si senged tuh dari awal lagi dia tak bagi aku naik sebab adik ni.. eh lupa pulak aku nak kenalkan dia la Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi aka Adeq..

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih selama ada kat sana kau jaga aku macam aku adik kau.. apa semua tentang kebaikan aku kau tegur, kau sabar dengan setiap  kerenah aku.. jujur aku cakap kau ni kadang aku rasa ibarat salinan kedua Ejam... cara kau semua sama macam dia.. aku dapat rasakan semua tuh..

Malam otw balik KL dengan tak sangka dia luahkan perasaan.. aku hanya mampu gelak jela dan aku sendiri keliru dengan benda yang jadi... balik ke dunia realiti.. hanya ada si Mohsin.. kat sana dunia aku dengan dia.. aku pun tak tahu... harap aku akan jumpa jalannya satu hari nanti... sebab aku yakin pasti ramai hati yang akan tersakiti...

Wednesday, 9 March 2016

Seharian Yang Tak Disangka..



Assalammualaikum..

Cerita ni semua throwback yang tak sempat nak aku ceritakan memandangkan kesulitan masa dan internet.. itulah orang nak ada blog kau nak adaa.. tapi internet pun kau tak mampu ada.. sedihhh bak kata orang la kan.. hahaha.. ok selalu permulaan dengan benda merepek itulah azmierakan..

Ok apa yang aku nak cerita pasal sehari sebelum aku naik Tahan.. post sebelum ni pasal aku dah sampai ke puncak kan.. ini pulak kejadian sebelum naik.. kejadian yang sangat pelik dan membahagiakan bagi aku sangat.. haha.. mesti semua tertanya kan.. ok aku start cite.. jeng jeng jeng.. hahaha..

Ceritanya pasal  Mohsin teman aku berjoging la kononnya tapi sebenarnya Haremmmm.. ada ker lepas makan joging.. memang tak la kan lepas tuh dengan lawak bodo Mohsin yang sangat annoying kan aku tuh.. buat aku ketawa tak henti hilang fokus... waktu tuh semangat konon nak FIT balik la kan untuk naik Tahan.. itu pun last minit kan.. 3 hari nak naik baru bagitahu.. mengagau la aku kan... so si senged tu pun baik hati nak teman.. teman makan jer.. lari pun tak sampai satu round.. da tak larat last makan eskrem and selfie lebih memandangkan dia teramat la suka nak menyelfie kat fon aku ni kan... hahaha..

Lepastu malam keluar jugak lagi pergi makan, teman basuh baju.. and paling tak sangka boleh pulak kan aku dengan dia karaoke berdua and haritu semua dia belanja seharian... semoga murah rezeki awak.. 



Lepas tuh esoknya aku nak pergi.. dia la tukang menghantar aku semua.. dan sanggup patah balik sampai berkali sebab tukar beg la, apa la.. mekasih sebab melayan.. The Best Moment yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.. Rindu Tuh Pasti.. Haila budak senged.. Kau buat aku tak keruan jadinya.. sebab kita tak pernah keluar seharian suntuk yang buat benda gila sama-sama macam ni.. hahaha.. seharian yang tak disangka dan akan dirindui sentiasa..


Monday, 7 March 2016

Gunung Tahan Aku Daki (16 Jan-26 Jan 2016)



Assalammualaikum..

Post setelah sekian lama.. hahaha.. bila terpaksa menagih wifi kampus dan aku selalu tak bawak lappy.. bukan apa malas nak bawak tahap cipan sebab berat and kena bawak beg belakang.. Tak ada gaya la kan nanti mana la jodoh nak pandang kan.. haha.. ok azmiera dah merepak.. ok tajuk post aku ni dah lapuk dah pun tapi aku ni ha yang baru terhegeh nak post..

Percaya dengan tak tak sangka aku dapat peluang nak daki Gunung Tahan tahu tak.. Gunung tertinggi dekat semenanjung Malaysia.. semuanya bermula bila dulu waktu first aku join kelab rekreasi UNIKL ni.. ada di bagitahu tentang G7 tentang naik Gunung Tahan.. aku selalu cakap aku nak naik.. waktu dapat tahu sebenarnya dah penuh dah orang hantar nama.. lagi pun ada yang tak bagi aku pergi.. jeles la katanya.. sebab yang pergi tuh ada kawan baik merangkap orang yang ada perasaan pada aku.. tapi aku pergi niat nak merasa untuk naik Gunung dan tak sangka Gunung pertama aku Gunung Tahan dan aku selamat naik dan turun..

Pengalaman dekat sana yang aku nak kongsi bila kau ada dalam kelompok keluarga besar sangat yang kau tak kenal siapa pun.. tapi semua boleh layan kau sebaik-baiknya.. kau belajar erti sabar untuk hadap setiap jalan yang kau naik tuh.. lawan mental perasaan putus asa.. lawan perasaan takut.. perasaan jatuh bangun.. melecet, luka.. semua la.. walau nampak sakit tapi sangat la memberi pengalaman yang berguna.. sikap kerjasama kumpulan dan memahami antara satu sama lain tuh penting..

Perjalanan ambil masa selama 11 hari macam-macam benda jadi.. trek hiking sebenarnya tak ada la susah mana pun.. dan sangat best.. sbb bila orang dengar Gunung Tahan orang akan fikir extremenya tempat tuh.. sebenarnya dah pergi baru tahu.. oh macam ni.. rasa macam jalan  biasa jer... cewah.. nampak tak aku poyo dekat situ... tak tahu 3 hari terakhir tuh aku kenal perkataan PEWAI (tak larat/letih tahap paling tertinggi).. hahaha.. biasa la bila dah terlalu lama dalam hutan kan..

Ni gambar aku waktu kat Puncak dengan kelab KRUM..




Setiap gambar ada cerita.. aku share apa yang aku mampu share jela.. sebab terlalu banyak nak di sharekan.. kat sana la aku jumpa banyak benda pelik yang ternyata memang aku tak pernah jumpa..
dekat sebulan lebih dah masa berlalu.. kenangan tetap terpahat dalam hati.. in sha ALLAH lain kali ada rezeki naik lagi kan.. mungkin gunung lain pulak yang aku daki.. Aaminn.. aku nak kenal banyak lagi benda dalam hidup nak tengok indahnya ciptaan ALLAH yang masih belum aku teroka.. Pada semua walau aku senyap.. tapi jangan risau.. korang sentiasa ada dalam ingatan seiring doa untuk korang.. Rindu Tuh Pasti.. :)