Thursday, 31 December 2015

Tahun Baru.. Mulakan Yang Baru..



Assalamualaikum..

Dah lama sangat rasanya aku ketepikan blog ni semua dan tak ada masa untuk aku update semua benda ni.. haish rindu siapa la tak rindu untuk aku menulis balik.. meluah rasa.. berkongsi setiap benda yang bermakna dalam hidup aku ni.. banyak benda yang aku dah terlepas untuk aku kongsikan.. tak apa nanti aku share sikit-sikit yer jangan risau.. eh dah macam jauh sangat jer intro tahun baru ni kan..


Mulanya tahun baru ni aku dah tekad aku akan padam semua benda yang dah jadi tahun 2015.. Tahun ni akan aku mulakan hidup dengan dunia aku yang baru tanpa orang yang selama ni aku harap akan selamanya dengan aku.. tak banyak yang aku harapkan untuk 2016 cukup la untuk aku berjaya hadapi semua yang tengah aku usahakan dan aku bahagia dengan siapa yang masih kekal dengan aku dan akan terus kekal bahagia dengan family aku tercinta.. aaminn..



Hai tahun baru semoga kita boleh bersama hadapi semua in sha ALLAH.. aku harap jugak tahun ni aku dapat jadi muslimah yang lebih baik.. aaminn..