Monday, 2 November 2015

Teluk Kampi Penang..



Assalammualaikum..

Bulan ni lah bulan paling sangat aku busy.. pergi camp jer untuk bulan ni setiap hujung minggu.. kadang aku risau aktif sangat akan effect study aku la.. lagi pun sem ni tersangat la teruk aku tengok aku punya kefahaman macam mana la aku nak hadap exam ni kan.. jem teruk aku fikir.. hahaha.. tapi tak apalah nanti aku akan cari masa aku sendiri untuk cover balik semua apa yang aku terrtinggal... harap adalah kan masa tuh... eh2 dah melalut pulak aku ni.. ok entry aku kali ni aku nak share indahnya tempat aku camp kali ni.. 

Camp kali ni dekat penang lama sikit.. hari khamis lagi aku dah gerak ke penang.. tempat ni sama jer tempat dengan Pantai Kerachut yang aku pernah pergi dulu.. cumaaaaa.. dia lagi jauh and sangat mencabar kekuatan kaki sikit sebab nak ketempatnya... tersangat la pacak dia punya bukit... huhu.. tapi kawasan lebih bersih berbanding Kerachut..

Malam sebelum kami bergerak..

Ketibaan dan Sebelum Memulakan pendakian...

Sementara menunggu yang lain..

Game pertama.. Goreng Pisang.. Yang Tak Faham2.. haha

Sebelum Taklimat Pelepasan Anak Penyu..

Team Perempuan MIIT..

Keriangan Pertama Kalinya Pegang Penyu...

Selamat Tinggal Teluk Kampi..

Part Of AJK KRUM..

Family Bonding..

Last Meaning Moment..
Itulah antara pic yang boleh aku share kan.. kalau aku nak share semua beratus perginya.. haha.. Banyak benda yang aku belajar dekat sana... macam mana untuk jadi diri sendiri.. gelak tak ingat dunia... lepaskan segala masalah yang terbuku dekat hati ni.. dengan orang yang mampu menghargai aku dari keluarga aku sendiri.. terima kasih ya ALLAH atas nikmat ni..

Dekat sini jugak dapat pengalaman pegang pernyu and lepaskan anak penyu... itulah moment paling best... and paling tak aku sangka aku boleh pulak menangis lepas dengar single abang emy yang belum release sebab lagu tuh tersangat la deep untuk aku telan... alahai.. perasaan ni giler betul.. dah kecoh semua tahu aku nangis buat malu aku jer... apa pun... yang terjadi dekat penang biarlah kekal di penang... tak perlu di ulang dan tak perlu dibawa ke kl.. sebab yang indah biarlah tersemat indah dalam hati dan ingatan bukan kata-kata... 

-arz_weird-