Friday, 15 May 2015

Kesinambungan Kisah Kerachut..



Assalammualaikum..

Kau rasa drama petang Tv3 tuh jer ker ada sambungan kisahnya yang seterusnya... aku pun ada jugak drama dalam cerita aku ni... apa sambungan yang aku nak share kan tuh?.. kisah sambungan drama kerachut la.. hehe kisahnya sangat la memeningkan sampai la sekarang ni tak ada kesudahan..

Dramanya bermula bila ada orang admit kat kau yang dia sukakan kau.. kau rasa.. and dah lama dia perhatikan kau sejak first kau jejakkan kaki dekat Unikl ni.. and ko mesti rasa insecure sekejap kan.. sebab tiba-tiba kau diperhatikan selama ni.. macam mana la kan perangai kau sebelum ni kan.. gelak ketawa aku dah la macam apa..

Aku tak tahu nak rasa teruja or rasa takut.. semua benda jadi satu... risau pun ada bila melibatkan hati dan perasaan orang ni.. kang tak pasal jadi lain kan.. entahla... dalam masa yang sama aku dengan Mr Air Force.. yang akhirnya bergaduh teruk.. dan semuanya.... puffff... lenyap macam tuh jela kan.. persahabatan selama 8 tahun berakhir macam tuh.. aku pun hadap jela... dengan semua barang aku dah dipulangkan... aku redha andai semua ni takdirnya kan.. malas dah aku fikir kan..


So dari aku nak fikir semua kesakitan.. kehilangan demi kehilangan.. biarlah aku jaga hati aku ni dulu dari terus sakit... biarlah aku capai dulu apa yang boleh membahagiakan mama and ayah aku dulu.. dari aku nak fikir pasal benda ni... yang aku sendiri tak pasti tercapai ke aku...kan.. :)

Cerita Tercipta Disini..



Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya aku ada juga masa untuk menjenguk dan habiskan masa depan blog aku ni... rasanya dah lama sangat aku diamkan diri tanpa cerita.. banyak benda yang tak terluah terbuku dalam jiwa raga ni.. ceh macam kecewa kan bunyi nya... okeh lah aku nak mulakan cerita aku yang pertama.. jeng.. jeng.. jeng... hahaha

Alkisah... ingat lagi kan post aku yang pasal Pantai Kerachut Penang tuh? ok harini aku nak cerita perjalanan akukat sana.. rasanya dah dekat sebulan jugak kan aku dah pergi.. tapi baru harini la nak berjemah dalam blog aku ni kan.. hehehe..

First yang aku nak cakap.. pantainya memang sangat cantik... sangat sesuai untuk orang yang kecewa dengan BF... nak lari jauh and sukar dijejaki.. pergi la sini.. disarankan... sebab... tak ada line... hahaha... so memang hidup kau hopeless sangat kat sana...sebab kau aka rasa keseorangan yang kau nak tuh... hahaha..

Oke balik pada tajuk utama... cerita tercipta disini.. apa ceritanya kan?? hahaha.. ok.. aku memang seorang yang sangat gila-gila tapi hanya dengan orang yang aku rapat dan kenal jer.. bukan dengan semua,,, dan aku sangat tak suka tunjukkan siapa diri aku yang sebenar atas sebab.. akan jadi perhatian.. and aku tak sukakan perhatian..

Tapi nak dijadikan ceritanya.. secara tak sengajanya... aku tertonjolkan diri aku.. aku sangat menyesali yer keadaan tuh kawan-kawan.. haha... tapi nak buat macam mana benda da terjadi dan sekarang bala yang menimpa.. aku kena hadap perhatian yang orang bagi pada aku.. bukan nak show off.. tapi tuh keadaannya.. huhu..

Apa jer yang aku buat sampai jadi perhatian?? aku pergi hiking... dengan jalan laju selamba badak aku jer... pastu dengan rare and bergaya aku pergi lawan debat pulak dengan budak-budak ni.. tambah bala bila aku masak pulak time kat sana... seriusly.. semua benda sangat la membuatkan diri aku tambah disaster.. hahaha..

Akhirnya semua da kenal aku... sedangkan dulu time dekat Poli 3tahun aku hidup dengan dunia aku tanpa siapa kenal aku... and aku bebas buat apa jer tak siapa tahu.. sekarang ni.. setiap apa yang aku buat akan jadi spotlight besar pulak.. sampaikan orang panggil aku HOT STUFF.. what the... ak seriusly tak suka semua benda ni.... eh panjang pulak aku mencecehkan.. okeh meh aku share sikit gambar aku dengan budak-budak ni sepanjang aku dekat sana.. hehe..

Pic Sebelum Pergi..
Tunggu bas...
Selamat Pagi Penang..
KRUM

Ketenangan..

Pantai..


Pasembor and Cendol


Bye Penang..

Banyak benda terjadi kesan dari 2 hari 1 malam ni.. kau rasa kau lebih dari hari-hari ni.. apa pulak yang bakal aku hadap?? apa pun ni pengalaman yang sangat la  over seronok.. dah lama sangat aku tak buat benda extreme ni.. lepas injured dulu dah tak pernah lagi aku ikut pergi aktiviti macam ni..

Pengalaman yang baru yang mengubah hidup aku 360 darjah per saat tahu x.. huhu.. apa pun ni lah kenangan manis yang tak mungkin akan aku lupakan... so keep smile... :)











Tuesday, 5 May 2015

Sama Tapi Bukan Dia...



Assalammualaikum..

Rasanya dah lama sangat aku tak menjenguk kan diri aku sendiri untuk hadap blog aku sendiri.. kesibukan yang melanda buat aku lupa sekejap dunia atas talian aku ni.. hahaha.. cewah kemain lagi kan ayat aku ni...

Dah la baru nak menulis... tajuk pulak dah tragis.. kesian... hahaha.. Sama tapi bukan dia.. siapa? hahaha.. jeng jeng jeng..


Yup Syafie Naswip atau lebih terkenal dengan panggilan Mohsin.. nak bermak jemah sekejap.. waktu aku pergi camping dekat Pantai Kerachut Penang... aku dengan tak sengaja terjumpa dalam team camping ni yang muka sangat iras macam dia and panggilan dia Mohsin jugak dekat sini.. haaa.. aku belum cerita lagi kan pengalaman aku dekat Kerachut.. semua tuh sebab kebusyan aku buat aku tak sempat nak share cerita and update dalam blog... nantikan entry aku nanti yer... hehehe..

And THE WORSE.. aku tengah berkawan dengan dia... and benda tuh sangat la kelakar... tak sangka ada orang nak pandang muka hantu mak limah aku ni waktu time camping haritu... and the best part lagi... bala menimpa bukan dia sorang jer sekarang... penambahan kuasa dan jajahan takluk pun bertambah yang membuat aku sangat serabut sekarang... hahaha...

Niat aku cuma satu berkawan dan tambah kenalan...andai apa yang aku buat.. dah buat diaorang salah faham... aku pun tak tahu.. sebab point and focus aku sekarang adalah untuk study.. study.. and study...

Dah la si Mohsin ni senior... memang ada la dia datang lepak sama.. and setiap kali lepak kawan-kawan dia akan pandang aku dengan ika macam jenayah berat bagi diaorang...( aku tak pernah lepak berdua jer dengan dia... huhu.. ) and that things make me suck!... hahaha.. kadang penat jugak nak fikir apa orang nak cakap and nak fikir.. sebab kehidupan sendiri pun tak tersusun. hahaha..

Mesti semua tertanya mana pic dia kan... ok.. disebabkan tak transfer gambar dalam laptop.. so aku tak dapat nak upload pic dia... haahhaa.. tapi serius sama... apa pun dia seorang kawan yang baik...