Tuesday, 31 March 2015

Assignment : Magazine..



Assalammualaikum..

Cerita ni dah berlapuk pun sebenarnya cerita minggu lepas pasal assignment BI untuk menghasilkan satu majalah mengenai UNIKL MIIT tercinta ni.. hehehe.. so aku dengan team aku pun apa lagi... perah segala idea la.. dengan jadikan muka-muka tak berapa gojes ni.. *yang tak gojes aku sorang jer.. hahaha.. untuk jadi cover page... and aku pulak dilantik sebagai ketua editor.. tapi yang banyak edit... si sarah... nampak tak?? hahahaa..



dengan bertemakan biru putih... kitaorang pun pergi la shoot.. buat editing.. and alhamdulillah... taraaaaa... siap jugak...


Cover page lupa pulak aku nak transfer dari fon masuk ke laptop ni.. maklum... walaupun fon aku besar gajah tapi susah nak update blog pakai fon.. leceeehh bak hang... hahahah.. so ini jer la yang mampu tunjuk... ketua editor.. berposing baca majalah sendiri yang tak seberapa tuh... hahaha..

Harap full mark la kan.. kenyit-kenyit mata sikit dekat Sir Maswan... hahaha...  apa pun ni pengalaman baru and berbeza sangat dengan waktu aku diploma... semua benda saling berlawan... siapa yang terbaik... and semua nak perfect...

Harap aku boleh biasakan keadaan kat sini lama-lama nanti.. aaminn..


Peneman Dua Hari..



Assalammualaikum..

Berbalik kepada post pertama aku tadi.. ada someone yang aku nak say THANKS... hehehe.. siapa?? ada la... hahaha... *kau ingat kau siapa nak berahsia sangat?? hahaha.. aku nak ucap berbanyak THANKS.. ok tuh BM paling teruk pernah aku tengok.. hahaha.. pada Mohamad Izham Ismail.. yang datang terkedek dari jauh.. semata nak teman aku and kawan-kawan aku meniaga keropok lekor.. eh... hahaha...

Ramai yang tertanya apa hubungan aku dengan dia... Jeng.. Jeng.. Jeng.. susah aku nak cakap kan hubungan aku dengan dia.. Its very very very complicated.. hahaha.. ada jodoh ada la kan?? macam tuh boleh?? hahaha..

Dia sangat baik la... penyokong,pendengar, yang baik buat aku... kadang dia jugak adalah punch bag tak berbayar aku.. tempat aku luahkn marah semua la.. nasib kau la kenal orang macam aku ni kan... hahaha... dia ada waktu aku susah and senang... bukan macam sesetengah orang yang cakap nak aku and akan ada sentiasa dengan aku.. tapi... HARREEMMM... hahaha.. banyak sangat alasan tak boleh jugak... annoying tahu?? annoying... pada insan tuh.. aku harap kau bahagia la kan...

Dia la jugak yang jaga makan minum kitaorang yang memanjang tak sempat nak makan... senang citer jadi macai tak bergaji la kan... haahaha.. import juga mari... hahaha... thanks layan kami bertiga..

and the best part aku dapat kumpul buku puisi... *ok ni lari tajuk sikit.. hahaha



Thanks alot coz always be there for me.. even you have to through all the thing that can make you give up on me... thanks always support me for what i want and love to do... thanks,thanks and thanks..

*BI terabur... tapi saja nak test... hahaha.. faham sendiri la punch line yang aku cuba nak sampaikan... hehehe...


RANTAI ART FESTIVAL



Assalammualaikum..

Kesibukan melanda hari-hari aku.. hehehe... so hari ni barulah boleh jengah dekat dalam blog aku yang selalu terbiar ni kan.. masa aku limitad untuk hadap blog aku ni.. walaupun memang minat aku untuk menulis blog ni kan..

Siapa ada pergi Rantai Art minggu lepas?? angkat tangan... korang ada nampak tak booth kecil comey lotey dengan 3 orang cek mek molek yang datang dari bangla... eh... hahaha... kalau ada itu la aku,ajaa and ain(membe ajaa).. bukak booth... untuk pertama kali.. pengalaman paling bermakna dan berharga pada aku.. sangat suka....


Ini gambar waktu malam akhir tuh.. tutup booth.. bergambar dengan akak Lia yang comel ni... sangat comel.. kenal dengan mak cik sebelah lagi sorang tuh... harung hujan panas sama-sama... sangat kelakar... hahaha



Second pic pulak... kawan baik aku sanggup datang nak tengok booth aku... thanks Farah.. walaupun kau tak beli... *marah.. hahahah.. yang pic terakhir lak gambar aku dengan si kembar aku kenal waktu Poli dulu.. orang first aku jumpa diaorang yang terus berakhir dengan disaster.. bergaduh teruk... tapi... tak sangka diaorang nak datang and ingat lagi aku..

Ramai jugak la kawan yang tak sangka aku jumpa dekat sini... kelakar semua ada la... lawak sangat.. apa pun ni pengalaman best yang buat aku bersemangat nak meniaga.. in sha ALLAH ada rezeki aku memulakan langkah... aaminn...

Monday, 23 March 2015

Potret - Akim & The Majistret



Assalammualaikum..


Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret
Entah kenapa aku bila dengar lagu ni jer perasaan tuh macam menusuk lak... rase macam something yang akan buat aku macam nak nangis... aku pun tak tahu kenapa... mungkin makna lagu ni yang nak buatkan aku nangis.. haish.. entah kenapa entah ada yang rasa yang kurang dalam jiwa ni... mungkin aku da mula lalai kot... jauh dari DIA.. tuh buat perasaan aku macam ni... in sha ALLAH aku akan cuba dekat kembali....

Drama Talak..



Assalammualaikum..

Rindunya aku untuk menulis.. cuti seminggu mid sem aku habiskan dekat rumah.. aku habiskan dengan makan, tido, siapkan assignment aku jela.. yang lain.. memang tak ada la aku nak buka sangat dengan kerenah budak-budak kecik yang mak aku jaga tak ada la kesempatan aku nak menulis nya pun... hehe..

Siapa ada tengok drama Talak yang baru je disiarkan dekat TV3 ahad malam haritu.. mesti ramai yang tengok kan??.. gandingan pelakon Diana Daniella dengan Fizo Omar sebagai watak utama dalam cerita ni.. cerita ni pasal Fizo sebagai seorang suami yang sangat la tak percayakan isteri dia.. disebabkan Diana ada kawan baik lelaki yang dari kecik dan dari kampung yang sama.. kemesraan tuh jadi punca untuk Fizo melafazkan taklik yang akhirnya memakan diri dia sendiri..

3bulan diaorang tetap hidup bersama sebab Fizo yang takut untuk berterus terang.. dan perempuan yang tidur dengan Fizo pun dah mengandungkan anak Fizo disebabkan ketelanjuran diaorang.


Lafaz taklik tuh menyebabkan jatuhnya talak kepada isteri dia... dan akhirnya.. rumahtangga diaorang pun berkecai... haish... takut bila benda macam ni memang ada dalam realiti kehidupan kita ni kan.. dalam kes ni.. aku sangat salahkan lelaki ni.. bila dalam kes ni tak nak bertanggungjawab, siap suruh perempuan tuh gugurkan kandungan tuh.. aku paling benci keadaan ni...

Semua lelaki ni tak bagi kepercayaan pada perempuan tuh disebabkan pentingkan diri dan rasa cemburu... si isteri dah sanggup tukar profession kerja demi nak turut apa je kemahuan suami and demi kebahagian rumahtangga diaorang tapi tak dihargai.. arghhh... sangat emosi aku kat sini..

Hati perempuan sekali dah terluka... memang tak ada maaf.. dan pengajaran dari cerita ni... Talak bukan satu permainan dalam rumahtangga.. kejujuran dan kesetiaan tuh penting dalam perhubungan... tapi.. andai semua dugaan ni terjadi... yang mampu pun jadi terkuat Ikhlas and Redha dengan semuanya dan pasti akan ada hikmah.. in sha ALLAH..

Monday, 16 March 2015

Kau Kena Mula Terima Hakikat..



Assalammualaikum..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan entry ni... aku tak tahu nak luahkan apa lagi.. yang aku tahu.. cukup la.. aku dah penat.. penat kenapa? sebab aku kena layan baik orang yang tak pernah faham and tahu yang dia sakitkan aku... dia datang macam tak ada apa... then expect aku boleh lupakan semua.. nope.. tak semudah tu.. banyak kali aku bagi peluang berkawan.. ada dengan dia.. tapi dia tak hargai aku pun... dia nak aku macam mana lagi??


Then satu hari... ada orang bagi aku screenshot ni.. aku pun tak tahu nak buat reaksi macam mana... aku da start lupakan dia.. lupakan perasaan rindukan dia.. cintakan dia... aku da buang perasaan tuh.. sebab bagi aku cukup la dengan apa dia buat... tapi dia tak pernah faham...

Aizad izwan...apa sahaja yang kau buat.. luka aku tak akan mudah kau ubati... sebab aku yang tersakiti... walaupun aku yang pergi... biarlah kau tak fahami... ape yang aku alami... biar aku simpan sampai akhir nanti... moga bahagia menanti buat kau satu saat nanti... aku... penat... biar aku pergi..

Sunday, 15 March 2015

Bridemaids.. Tahniah Olive..



Assalammualaikum...

Dua hari yang memenatkan bila terlibat dengan wedding budak sekolah teknik dulu.. lagi-lagi aku yang jadi bridemaids... sangat kelakar..

Nak dijadikan cerita... budak yang kahwin ni pun.. Ainatul Mardiah ni aku memang tak pernah pun rapat waktu sekolah.. kenal macam tu jela.. tapi tak sangka aku boleh involve dalam hari bersejarah dia.. tu la kan.. jalan yang ALLAH nak tunjuk tu kita tak akan sangka langsung..


Ni waktu nikah.. 


waktu sanding..


Yang terlibat.. jadi bridemaids.. huhu

Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar.. and dia pun dah selamat jadi isteri orang.. and mula la soalan lain akan menyusul.. aku bila pulak.. hahaha.. lambat lagi.. study lagi...

Ain selamat menjalani kehidupan sebagai isteri orang.. jadi isteri yang taat and setia pada suami.. in sha ALLAH doakan kau kekal sampai syurga.. aaminn..

Wednesday, 11 March 2015

Pantai Kerachut (Teluk Bahang)



Assalammualaikum..

Waktu macam ni.. aku masih lagi dekat kampus tunggu bas yang kadang memang tak pernah nak punctual.. hahaha.. kadang nak berangin jugak.. tapi.. nak buat macam mana.. tulah transport yang ada untuk balik ke hostel..

Harini jugak la kali pertama aku join meeting kelab rekreasi.. agak krik2.. tapi.. excited dengan list aktiviti yang dibentangkan.. wah ayat aku.. bentang sangat.. hahaha..

Ok untuk event pertama kelab ni dalam masa terdekat ni.. 3,4,5 April ni.. akan ada mind & soul aktiviti dekat pantai kerachut penang.. meh aku share sikit gambar pantai kerachut tuh..


Nampak nice kan.. harap aktiviti ni dapat jalan senice tempatnya la.. aku pun dah lama sangat tak bercamping.. mandi pantai.. sungai.. hiking... rindu semua tuh..

Harap ni permulaan aku untuk mengisi semua benda yang kosong dalam hidup aku... ditambah pulak kehadiran budak2 sengal memeriahkan suasana hidup aku.. thanks korang.. 

Tuesday, 10 March 2015

Math Punya Pasal



Assalammualaikum..

As a blogger sepatutnya kena rajin update.. aku pulak.. biarkan jer blog aku berhabuk and berhabuk.. hahaha.. So benda yang aku nak cerita harini.. pasal study aku la ape lagi..

Kenapa dengan study aku?? Ok jer semua alhamdulillah.. cumaaa... masalah suject math.. aku paling lemah dalam math.. tapi bila masuk sini.. aku boleh adapt math.. sebab sangat la ramai suka share ilmu..

First things yang aku fikir bila degree.. semua akan mula pentingkan diri.. selamatkan diri masing-masing.. tapi sama jer.. hahahaha.. malah lagi advance pun ada...

Tapi bila semalam dah dipecahkan group untuk subject math tuh buat assignment ikut group yang dah ditetapkan.. baru la aku berani nak tegur lelaki.. sebab aku macam ade satu perasaan sangat malu pada lelaki yang aku tak kenal..

Tapi nak dijadikan cerita semalam terkeluar sikit perangai pelik aku tuh.. membahan orang, buat lawak sengal.. haish.. aku tak orang kenal aku... buat aku tak wujud.. lagi baik.. aku dengan dunia aku... hehehe..


Apa pun aku rasa ok la.. dak lelaki kat sini.. tak pilih perempuan mana cantik je nak buat kawan.. tak macam poli dulu.. yang HOT jer nak dijadikan kawan.. yang cantik, vogue the vass.. so kat situ confident level aku pun low la.. tapi sebenarnya masuk sini lagi low.. semua pakat muka flawless.. aku yang segan.. hahaha.. aku harap.. macam mana aku kat poli dulu.. tak ada sapa kenal.. or suka or crush kat aku.. macam tu jugak kat sini.. buat aku tak wujud lagi bagus.. hahaha.. senang hidup aku.. hehe..

Mungkin sebab kepelikan perangai aku ni.. istilah arz_weird ni wujud.... ape pun aku bahagia dengan kehidupan aku.. :)

Thursday, 5 March 2015

Dah Bercerita..



Assalammualaikum..

Masukkan entry banyak harini sebab bosan teruk.. hahaha.. apa yang aku dah bercerita.. haha... siap aku buat tajuk entry aku ni pulak kan.. alkisah... cewah.. hahaha...

Sejak kali pertama aku masuk sini.. tak siapa tahu kisah lelaki dalam hidup aku.. siapa yang hadir siapa yang pergi... sampai la harini.. aku siap tunjuk gambar semua.. and diaorang pun dah kenal and tengok muka..

Yang diaorang tahu aku memang jarang and tak ada la nak berkawan or kenalan sangat dengan budak lelaki dekat unikl tuh... same goes macam waktu aku kat poli.. memang tak ada pun yang kenal aku.. aku pun tak kenal orang.. sad life.. haha.. tapi bagus jugak la kan... sekurangnya tak ada la mak minah or mak joyah nak menyibuk life aku.. hahaha..


Rony Surya Hidayat Nasib


Aizad Izwan Mohd Fauzi


Mohamad Izham Ismail

Tiga lelaki berbeza ni lah lelaki yang penting dalam pengalaman hidup aku... dalam banyak suka duka hidup aku and harini akhirnya aku bercerita tentang diaorang pada kawan aku dekat sini.. hahaha.. bialah diaorang semua tahu..

Setiap dari 3 lelaki ni semua ajar aku banyak benda ade suka ade duka.. penah ad, pernah faham aku, dengar cerita aku.. aku bersyukur kenal diaorang walaupun ada banyak benda aku kesalkan bila aku dah tak dengan diaorang.. 

Andai takdir aku bersama salah sorang dari diaorang ni.. aku redha and terima dengan hati terbuka... tapi kalau tak.. mungkin diaorang cuma ada dalam jalan hidup aku.. tapi bukan untuk bersama aku... aku percaya perancangan ALLAH lebih besar dari ape yang aku rancang..

So just smile, keep head up, keep walking.. :)



Stop Standing And Start Walking..



Assalammualaikum..

Disebab kan kebosanan yang melampau dan ada masa yang terluang... aku pun ambil la kesempatan ni untuk update blog aku harini.. hehehe.. bosan terok sangat macam ni la kan.. mengenai entry aku harini... aku dah kenapa kan? pasal mental koyak lagi ker? ke jiwa yang kacau? aku pun tak tahu la... poning den ni..


Aku pernah update qoute ni kat moment wechat aku... then ade yang komen and tulis.. "Stop Standing And Start Walking.." aku pun dah faham la maksud dia.. aku kadang tak tahu.. betol ker tak semua ni.. terkadang aku rasa macam tak.. kadang aku rasa macam betul.. aku pun malas nak fikir lagi.. kalau nak dia akan usaha kan?

"When someone truly cares about you... They make an effort not an excuse.."

So bia jela... aku happy apa ada walau dalaman rosak terok.. Peace yaww,,

Sunday, 1 March 2015

Menyusahkan?



Assalammualaikum..

Menyusahkan? kadang bila perkataan ni disebut.. tak semena airmata aku mesti mengalir.. entah kenapa.. mungkin banyak yang dah aku dengar.. banyak jugak yang aku dah pendam... aku tak tahu.. cara apa untuk meluah.. dekat mana aku nak kongsi rasa.. sukar orang nak fahami.. apa yang aku cuba jalani..

Terkadang aku nak berlari jauh menyendiri... melepaskan semua dalam hati.. tapi.. semua tuh... tak terucap dan terungkap.. bila aku kembali dalam realiti... sakit yang aku rasai.. terkadang aku terfikir.. salah aku kah semua ini.. tak layak kah aku untuk mendapat apa yang aku ingin.. tak bolehkah orang lain berkorban untuk aku sekali.. sedangkan aku boleh mengalah berjuta kali.. aku juga punya hati.. aku juga punya rasa.. tapi.. aku bagaikan tak wujud dalam dunia mereka...


Kalau orang lain boleh.. kenapa tidak aku.? kadang aku rasa tersisih.. dalam ketawa aku.. penuh duka sejuta yang tak terucap.. orang pertikai.. kenapa mesti aku menangis.. kenapa mudah airmata mengalir.. sebab aku tak tahu.. bagaimana lagi aku nak buang rasa ini...


Aku kuat? mungkin sebab itu? tapi aku tetap perempuan... jiwa aku, hati aku milik seorang perempuan... andai ini ujian buat aku.. aku redha... tapi... kadang aku dah tak mampu.. bertahan untuk semua ini... diam,tunduk,mengalah..

Ya ALLAH.. aku terima segala perancangan mu.. dalam hidupku... aku mohon satu.. kuatkan dan tabahkan diri aku... aaminn..

Putus Asa..


Assalammualaikum..

Disebabkan mata masih tak mengantuk lagi.. dengan risau tengok muka aku sendiri aku nak share satu luahan hati aku pasal kulit sensitif aku.. Putus asa? apa kena mengena? yup.. aku putus asa dah nak cari produk and makan supplement untuk hilangkan jerawat and bekas jerawat dekat muka aku ni..

Kulit sensitif.. aku memang mengaku kulit aku agak sensitif dengan keadaan yang kotor.. terutama air.. kalau orang lain maybe ade jerawat then hilang.. aku ni pulak.. bekas jerawat aku mesti akan ketara sangat and tersangat la lama nak hilang... akhirnya aku kena touch up make up untuk tutup sikit.. tapi sampai bila..

Aku penat? yes.. aku penat nak bermake up semua.. sebab asalnya tuh bukan diri aku.. siapa la yang tak impikan kulit yang cantik kan? kadang ade orang tegur and buat gurauan kat muka aku ni.. walaupun nampak aku gelak.. kadang aku sentap jugak.. sebab muka diaorang semua bersih kan.. then bahan aku.. lagi la aku down...

Pernah makan supplement? mesti la pernah dah banyak aku makan dah.. dulu aku makan minyak ikan.. oke lah.. tapi badan aku yang cepat naik.. then aku amik minyak ikan campur apa entah aku pun dah lupa.. tetap juga jerawat naik sebab aku duk hostel waktu diploma.. bila da kerja.. aku makan pulak try KColly.. ok la.. tapi aku terpaksa stop sebab kekangan duit.. then last try aku makan PHYTO Collagen pulak.. tapi tak ada effect.. so dengan tak ada duit.. aku stop la sekarang.. huhu..



Tak ada lagi ke idea nak hilangkan semua ni tanpa duit.. letih la.. haish.. down giler kadang nak hadap orang.. memang la tak teruk mana.. tapi nak compare kan dengan budak sini.. aku jalan pun tunduk je.. malas aku nak orang tengok muka aku.. sampai macam tuh sekali aku rasa malu..

Redha jela kan.. hadap jela.. aku putus asa..

Mama Turns 46..



Assalammualaikum..

Kesibukan yang melanda.. membuatkan aku jarang lagi nak menjenguk ke blog aku ni kan.. mama turns 46.. kelas kan tajuk aku.. hahaha.. memandangkan hari ni hujung minggu... segala urusan mendobi dan mengemas aku dah pun siapkan awal sebab sabtu pun aku ade kelas so ade la masa aku harini nak menulis kan..

1 MAC setiap tahun merupakan hari yang paling aku and adik beradik aku akan lumba-lumba nak wish dulu or lumba untuk bagi ucapan paling best kat mama aku sebab hari lahir dia kan.. sama jugak la macam harini.. hehehe..


Kau..
Insan istimewa dalam hidupku..
Sentiasa ada disebelahku..
Membesarkan tanpa mengharapkan balasan buatmu..
Ikhlas melentur insan yang banyak laku.
Kau..
Pendorong semangat diriku..
Membangkitkan aku diwaktu aku mengalah kaku.
Sentiasa mendoakan kejayaan aku..
Tidak pernah meninggalkan aku diwaktu kegagalan datang meluru..
Tanpa jemu kau sentiasa berada dibelakangku..
Kau..
Bagaikan bintang dikala malamku..
Bagaikan matahari disiang hariku..
Terima kasih untuk semua itu..
Kau satu tiada pengganti dalam hidupku..
Dan kau adalah mamaku..

-Kak Ngah-

Ini jela yang mampu aku coretkan khas untuk mama aku.. Tiada yang lebih indah bila aku dapat berikan kejayaan kepada kedua orang tua aku.. mereka nyawaku di dunia.. in sha ALLAH akan aku balas segala penat lelah mereka.. Terima Kasih ALLAH.. kurniakan aku insan istimewa...

SELAMAT HARI LAHIR MAMA... I LOVE YOU..