Wednesday, 31 December 2014

Queensland University of Technology - Brisbane, Australia



Assalammualaikum..

Amboi entry last untuk harini curlass sangat tau tajuk.. Queensland University of Technology - Brisbane, Australia.. yeah.. ini bukan mimpi tapi impian yang akan aku cuba penuhi.. in sha ALLAH..




Ni target aku untuk aku ambil MASTER dekat sini... untuk ijazah.. aku ambil dalam Malaysia jer dulu.. lepas dapat segulung ijazah pulak aku akan kerja dulu untuk pengalaman then baru akan proceed untuk permohonan MASTER..

Mungkin lepas semua benda yang jadi dalam hidup aku.. aku mula bangkit untuk kejar apa yang aku impi dulu.. bahagiakan kedua ibu bapa aku dulu baru baru aku akan fikir tentang cinta dan hati aku.. aku tahu ada yang setia menunggu.. tapi andai takdir dan waktu bukan milik kita aku redha..

Bila aku bincang apa yang aku rancang dengan ayah aku.. nampak kegembiraan dari muka ayah aku.. ayah aku boleh cakap lagi "boleh la nanti ayah merasa lawat kak ngah luar negara".. that part sangat touching.. aku cuba tahan.. in sha ALLAH ayah.. kak ngah akan balas balik apa yang ayah dah korbankan.. buat ayah gembira.. dan impian terakhir kak ngah untuk hantar ayah dengan mama pergi haji dengan duit kak ngah sendiri..

Ayah.. Mama.. banyak benda yang kak ngah dah rancang lepas kak ngah lalai and jatuh.. in sha ALLAH.. kak ngah akan dulu kan apa yang penting.. kak ngah tahu mama and ayah sentiasa doakan kejayaan kak ngah.. and kak ngah sentiasa doakan kesejahteraan ayah and mama dunia akhirat..

Aku percaya dan yakin dengan perancangan dan jalan yang ALLAH berikan pada aku.. sebab aku pasti itu yang terbaik.. LA TAHZAN.. itu yang aku akan sentiasa pegang selamanya.. dengan doa dari orang sekeliling aku yang sayangkan aku.. aku percaya aku boleh.. aaminn.. ALHAMDULILLAH..

Tuesday, 30 December 2014

Dia Lebih Baik..



Assalammualaikum..

Dia lebih baik? siapa? bila aku nak tulis entry pasal ni.. serta merta hati aku rasa pedih dan aku jumpa gambar yang aku pernah nampak orang bagi pada aku.. and tu sangat menyakitkan..


Dari gambar ni jer dah tahu pasal siapa yang aku akan tulis.. gambar ni adalah gambar profile whatssap Aizad Izwan(AI).. dan status yang berserta dengan gambar ni adalah "Matanya, pipinya,senyumannya".. okeh tu sangat pedih sebenarnya... mungkin ini rasa yang dia rasa saat aku tak ada dengan dia.. and aku faham tuh..

Sekarang dia dah jumpa Mrs Right dia.. aku tahu dia lebih terbaik dari aku dari segala aspek.. aku bersyukur tuh.. akhirnya dia temu bahagia dia.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.. cuma kadang-kadang aku takut dengan kisah silam antara aku dengan dia yang membuatkan aku lemah andai dia dapat lebih terbaik dari aku... tapi aku ingat nasihat abang ofis aku.. "Kalau dia dapat yang terbaik itu rezeki dia, siapa kita untuk halang ALLAH bagi sesuatu pada hambaNYA tapi jangan lupa juga mungkin ALLAH akan bagi yang lebih terbaik dari apa yang kita ada" aku ingat kata-kata tuh.. dan bila saat aku mendoakan yang buruk tentang dia aku akan ingat pesan akak rumah aku " itu bukan mendoakan, itu dengki"..

Selama kejauhan ni.. banyak benda yang aku tengok dengan persepsi yang lebih meluas.. kenapa benda ni jadi macam ni, kenapa benda tu jadi macam tu.. jangan letakkan kesalahan pada diri orang lain.. tapi mengaku kekurangan diri sendiri dan kesalahan sendiri..

Bila aku bersunggut AI lepaskan aku dan buang aku ketepi sampai lupa siapa yang sentiasa membantu disisi.. abang ofis aku nasihat " pertolongan yang ikhlas tak mengharapkan balasan, kalau myra ikhlas tolong dia, jangan pernah mengharapkan balasan, in sha ALLAH.. balasan itu ALLAH yang akan beri tak di dunia mungkin juga akhirat nanti"..

Ramai insan sekeliling aku yang tahu kepayahan aku, kesakitan aku, bagi nasihat, dorongan yang membina untuk aku terus bangun, ikhlaskan AI pergi.. mungkin kerana aku masih terperangkap dalam memori yang susah dipadam buat aku jadi macam ni.. bukan aku tak nak pergi tapi semakin aku lari.. kenangan makin mengejar untuk menghampiri..

Tapi aku yakin.. AI tak akan kembali mencari lagi... dengan bahagia yang dia ada... dia akan lupakan semua kata dan janji nya yang kini buat aku terperangkap sendiri.. janji untuk kembali mendapatkan aku kembali dan akan pastikan hanya dia yang duduk dipelamin dengan aku.. aku berharap? mungkin tapi aku tersalah mengharap.. harapan tu cuma seketika.. tidak selamanya..

AI pesanan aku yang terakhir.. sekali kau lepaskan aku pergi begini.. jangan pernah kau kembali lagi.. sebab sakit yang kau tinggalkan, harapan dan impian yang kau hancurkan lebih pedih dari apa yang pernah aku rasa dulu.. aku ikhlas mendoakan kau bahagia.. kerana ALLAH dan aku bersyukur juga kau pergi kerana aku mampu kembali kepada cinta yang kekal abadi.. cinta ILAHI..

kita terpesong jauh.. hingga lupa pada DIA mungkin ini yang harus diterima.. aku ikhlas lepaskan semua dan maafkan kesalahan yang ada.. kerana aku tak sanggup hidup terus dengan kenangan kita.. aku akan lupakan segala, semua, tentang kau, tentang kita, in sha ALLAH..

Terima Kasih ALLAH..



Berpisah Jua..



Assalammualaikum..

Amacam tajuk entry aku?? macam tajuk lagu ziana zain  tak? berpisah jua tau.. curlass ayat kau mak jemah.. hahaha.. apa yang berpisah jua?? hahaha.. ade lar..

Okeh la aku nak luahkan yang akhirnya aku sendirian lagi.. tapi kali  ni bukan sendirian yang part kena buang terus.. sendirian untuk aku cari ruang sendiri... dia juga perlukan ruang sendiri.. dah lama baru nak ruang kononnya.. aku pun tak tahu hantu mak limah mana yang merasuk aku untuk aku ambil keputusan berani mati kate kau... hahaha.. tapi aku tahu keputusan ni akan ada hikmah in sha ALLAH..

Alkisahnya aku masih tak dapat lupakan lagi kisam silam merangkap kisah anak-anak monyet bercinta tu.. so aku pun macam tak nak lah terus siksa siapa-siapa kononnya.. then aku ambil keputusan ni... mungkin hati aku sendiri perlukan masa dan mungkin aku juga dah jauh dari cinta NYA..


Aku tahu dan yakin perancangan ALLAH lebih hebat dari segalanya... dan aku yakin ada hikmah.. biarlah aku lari sebentar dari cinta yang melalaikan.. biarkan aku kembali teguh mengejar cinta dariNYA..

Dan aku tahu dia juga akan memahami waktu yang dia dan aku perlukan dalam masa ini.. hingga la waktu tuh menjadi milik kita.. in sha ALLAH...

Terjemah Mimpi??



Assalammualaikum..

Dah lama rasanya aku tak curi sedikit masa untuk aku coretkan kisah aku dalam blog ni... akibat kekangan masa dan jugak masalah-masalah peribadi yang tak dapat di elakkan.. aiiceehhh.. hahahaha.. aku cuma tak ada masa jer.. biasa la hujung tahun kan semua benda nak closing itu nak tukar ini nak tukar.. so dikesempatan dalam kesempitan masa yang ada aku cuba la menulis sebanyak mungkin cerita yang aku akan share nanti yer.. hehe..

Firstly, aku nak cerita pasal terjemah mimpi.. betul ke setiap mimpi tu akan ada maksud?? bila aku tanya dekat Mr Google memang banyak sangat jawapan... tapi cuba la spesifikkan dalam carian islam ker kan.. nak percaya ke tak itu pada diri.. setakat menambah ilmu apa salah... hehehe..

Okeh aku dah melalut macam nak berceramah pulak.. sebenarnya sejak dua menjak ni aku selalu sangat mimpi bertunang aku pun tak tahu kenapa.. bila bangun je aku gelak sendiri.. apa la benda yang aku mimpi ni.. hahaha.. tapi bila aku search dekat Mr Google and aku bukak website ni Tafsir Mimpi aku jumpa jawapan ni :


Okeh tu aku nak gelak part kahwin... tapi part segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan tu aku harap in sha ALLAH jadi kenyataan.. sebab ada perancangan besar yang aku cuba capai dalam hidup aku sekarang ni.. aaminn.. semuanya dengan izin ALLAH...

So pesanan kat sini siapa nak tafsir mimpi dia pergi la kat website yang aku dah link kan pun.. search la apa yang korang nak search jangan percaya 100% pulak... tergelincir iman nanti.. selamat beramal.. hehehe.. tak pasal aku ni.. adios untuk waktu ni..

Wednesday, 3 December 2014

Talent?? Mampu ker??



Assalammualaikum..

Mencuri sedikit masa dengan mengarang secebis luahan rasa.. cewah.. permulaan dah dramatik kan.. haha.. suspen tak??.. hahaha.. kenapa harini aku tulis tajuk ni sebab aku nak cakap pasal diri aku.. aku ada nampak dekat FB satu iklan pertandingan talent.. talent apa tuh?? hahaha.. nak jadi model la katenya... hahaha.. tiba-tiba aku rasa aku nak try.. tapi aku tunggu feed back sampai sekarang.. senyap jer.. hahaha.. nampak sangat la aku tak ada kelayakan... tapi kalau dapat tiba-tiba persoalan kedua aku nak pergi ker?? haahahaha.. ak xsecantik yang ramai-ramai lagi tuh.. self confident tak ada.. huhu.. kalau tak dapat.. aku jadi model untuk bisnes aku and tolong ajaa jela untuk shoot tudung-tudung die.. huhu..

ni antara hasil-hasil perasan sendiri fefeeling model aku.. hahahaha...






dua pic first tuh atas hasil edit orang pro.. abang fad zli yang memang photogrpher wedding.. yang lain aku hentam kromo jer.. huhu.. bialah aku jer simpan bakat yang tak seberapa ni kan.. hehehe..




Selamat Sudah..


Assalammualaikum..

Apa yang selamat sudah? huhu.. tajuk entry aku pulak penuh drama.. ceh.. hehehe.. firstly nak cakap tahniah pada ecah sebab dah pun mendirikan masjid.. alhamdulillah.. 3 tahun perkenalan dekat POLI.. akhirnya cinta sudah menjadi halal..

Aku post gambar ecah soalan lain pulak menyusul... "KAU BILA PULAK??" hahahaha.. adat manusia.. belum kawin tanya bila nak kawin, dah kawin bila nak dapat anak, dah ada anak bila nak ada menantu, dah ada menantu bila nak ade cucu.. ingat aku boleh tahu masa depan aku?? hahahha... emosi lak.. apa yang mampu aku jawab.. "AKU LAMBAT LAGI".. huhuhu..

Aku bersyukur giler bila aizad tak datang.. so aku tak ada la terserempak dengan dia.. aku dah tak nak tengok muka dia lagi dah.. dalam kata manis "BENCI" dalam kata halus "MENYAMPAH" hahaha.. sebab luka ni makin dalam kau toreh.. huhuhu..


Inilah gambar aku dengan budak POLI merangkap kawan ecah.. THISISPUO.. hehehe.. Tahniah ecah moga jadi isteri yang baik dan ibu yang baik.. aaminn.. moga kekal hingga akhir hayat yer.. doakan aku yang next pulak yer.. gataiii dah ni.. in sha ALLAH moga dipermudahkan... nanti iollsss bagitahu semua yer.. hehehehe//

Kembali Terjalin..



Assalammualaikum..

Dah lama rasanya aku tak menyinggah untuk post entry aku kali ni.. huhu.. harini baru ade kelapangan yang aku rasa tak ada la lapang mana.. huhu.. bz sangat tapi ada masa terbuang ni aku pun gunakanlah sebaiknya.. huhuhu..

Tajuk entry fefeeling jiwang kan.. hahaha.. haipp.. fikir jiwang jer.. hahaha.. kadang-kadang jer perasaan aku melayang sekarang dah jarang.. apa yang dah kembali terjalin ni??? aku nak cerita pasal persahabatan aku dengan ajaa..

ajaa ni dulu kawan sekolah teknik aku.. agak rapat jugak la.. sebab jaga junior sama-sama.. bukan agak rapat memang rapat siap pergi sana sini semua tapi tak la semua benda dia share dengan aku.. tapi sejak akhir-akhir ni.. aku dengan dia agak rapat.. semua benda dia ajak aku buat dengan dia and aku pergi mana pun akan ajak dia kalau dia nak ikut..

Alhamdulillah.. yang jauh kembali dekat.. aku senang dengan kehidupan sekarang.. walaupun kawan perempuan aku memang tak ramai tapi aku tahu ada lagi kawan perempuan yang sama gila macam aku... FARAH, ATYN, NADIA,AJAA... Nadia yang tak kenal ajaa boleh rapat and kenal dengan ajaa.. aku suka tu.. in sha ALLAH nanti aku nak kumpulkan semua jadikan kumpulan power puff girl.. eh aku ni dah kenapa.. pengaruh kartoon kuat.. hahaha...




Aku bersyukur dengan siapa yang ade sekeliling aku sekarang.. setiap yang pergi ada pengganti.. dan yang pergi ada sebab dan kebaikan dia pergi.. moga kau bahagia.. dan aku akan terus mengecap bahagia dari ilahi.. terima kasih ALLAH...