Wednesday, 19 November 2014

Susah Bila Berjanji..



Assalammualaikum..

Satu benda yang aku paling tak suka bila orang mungkir janji.. dah berjanji dah lama.. cakap sure boleh, oke jer.. tapi bila sampai masa... cehh.. hampeh je aku rasa and sangat la aku sakit hati.. kenapa harini entry aku nak marah je ni.. hahaha.. sebab aku sakit hati sangat dari malam tadi.. aku dah tanya awal sangat betul ker.. boleh ker nak teman aku.. akhirnya.. sama jugak... sorry tak dapat sepupu kahwin.. what the.. tak kan sepupu kau kawin kau tak tahu langsung tarikhnya.. jangan berjanji kalau tak mampu nak penuhi.. and itulah sikap kau dari dulu.. haish..

Aku mengamuk-mengamuk ni... siapa yang aku marah.. hahaha.. aku marahkan orang yang ajak aku pergi sekali wedding budak kelas aku ecah merangkap housemate aku kat sini... aku dah plan lama kot.. janji pun dari minggu lepas aku rasa siap dia marah aku lagi banyak tanya... sebab aku nak confirmkan... sekali.. ceh.. ini yang aku dapat.. 


Bukan sekali banyak kali dah jadi macam ni.. suka berjanji and suka mungkiri.. ingat aku suka.. kalau rasa tak boleh cakap tak.. aku tak kisah pun.. bila aku cakap aku nak pergi sendiri.. halang.. then cakap sabar.. nanti confirm balik.. maksudnya.. dia boleh jer pergi or tak pergi kan maksud die.. yup family first tapi kalau berjanji ingat dengan siapa yang dia janji dulu.. aku tak cakap aku sempurna tak pernah mungkir janji ke apa.. at least aku cuba yang terbaik untuk kotakan janji.. kau? usaha pun tak ada.. siap marah aku bila banyak tanya.. "kenapa nak pergi dengan orang lain ke.. asyik tanya jer..."  lepas tu "ker pergi dengan pakwe die??" dah cukup baik dah aku setuju nak pergi dengan dia.. aku lagi kena marah and lastly tak dapat pergi.. perasaan aku macam 360 darjah nak meletup...

Tak apalah.. lepas ni aku pun dah tak ada apa urusan lagi dah dengan dia In Sha ALLAH.. masanya dah tiba untuk aku lupakan lebih banyak lagi.. bukan sikit-sikit.. tapi lebih banyak.. harap semuanya di permudah.. aamin..

Hak Cipta Terpelihara..



Assalammualaikum..

Hak Cipta Terpelihara.. bila mention pasal ni mesti semua orang akan faham.. sesuatu benda yang dicipta tak boleh di tiru 100% sama.. kalau tiru pun nama akan diubah and akan ada jugak la sedikit perbezaan sebab nya hak orang yang mencipta..

Kenapa topik ni yang aku bangkitkan harini ? sebab aku rasa benda yang sama atas kesilapan aku sendiri aku shared karya aku sendiri yang akhirnya boleh di copy and paste and shared tanpa kebenaran aku pun..


Aku bukan nak bergaduh ke apa.. ini adalah karya aku yang aku shared kat insta and di link kan ke facebook.. aku tak sangka lak boleh dijadikan bahan macam ni.. dia buat macam karya dia sendiri.. tak mintak izin aku sendiri pun.. aku dah cakap ini hasil kerja aku.. and dia patut hormat tuh.. dalam masa sama aku kenal lak budak perempuan ni.. aku nak tegur lebih-lebih ada bergaduh.. tapi hak aku.. dalam masa sama aku pun lupa nak letak watermark aku sendiri.. then dengan senang-senang orang boleh ambil..

Marah, sedih, terkilan semua rasa ada dalam hati aku ni.. penat aku susun ayat penat aku susun kata... akhirnya orang buat benda ni jadi seolah-olah dia yang buat.. tergamam jugak aku and banyak kali jugak aku baca takot tersilap pandang.. tapi.. aku tak silap.. ni memang hasil karya aku.. and macam nak luruh hati aku..

Atas nasihat kawan-kawan aku.. aku secure aku punya blog supaya tak boleh copy.. segalanya terpelihara.. peringatan buat diri.. lain kali jangan cuai and lalai.. :'(

Tuesday, 18 November 2014

Akhirnya Ada Yang Kalah..



Assalammualaikum..

Entry aku harini aku nak shared something tentang kisah lama aku.. Nampak macam remeh dan kebudak-budakkan tapi yang rasa cuma aku.. yang sakit hanya aku.. aip.. kenapa marah-marah ni.. sebab rasa ini aku tahan sekian lama... tiba benda ni dibangkitkan kembali... bukan angin puting beliung lagi... ribut taufan katrina dah tahapnya ni..

Alkisah.. dulu... sebelum aku bersekolah dekat sekolah teknik port dickson.. aku pernah sekolah dekat sekolah menengah kebangsaan yong peng.. maaf la kalau aku tak capitalkan nama khas tuh.. kemalasan yang melampau nak tekan caps lock.. hahaha.. sekolah tuh dengan sekolah teknik dua-dua bagi aku kenangan hitam dan pahit tapi dalam bab berkawan... sekolah teknik adlah yang terbaik... aku sangat akui tuh.. even aku pernah sekolah dekat situ.. tak ade seorang pun yang layak aku gelar sebagai "kawan" semuanya "lawan"..

Sekolah tu la aku pernah dimalukan.. diejek dengan panggilan kambing.. kena sepak dengan lelaki.. kena serang ramai-ramai dengan dak form4 and form5.. yang buruk semuanya aku.. aku pun tak tahu apa yang aku dah buat... tak ada sebab pun gaduh tu.. semua gara-gara mulut.. sebab tuh aku tak ramai kawan perempuan sebab its suck oke... nak kena fake 24 jam.. nak jaga hati.. nak control semua benda... hello itu bukan aku... aku azmiera aznieyza roslan yang no filter ok..


Tapi harini dengan tiba-tiba mamat yang pernah sepak aku.. minta maaf dengan aku dengan update status.. dengan tag nama aku.. part sedih aku tak sempat printscreen benda tuh... sebab dia dah padam dan unfriend aku pulak.. haha.. aku rasa tu kerja awek dia.. haha.. tapi aku puas bila akhirnya ada yang kalah selepas sekian lama... nampak tak.. siapa yang bersalah dalam hal selama ni.. aku lagi ker yang salah? even semua boleh cakap ala.. budak-budak punya cerita... sebab tu la aku tak boleh lupa.. baru budak-budak aku kena tempuh semua tu... kau rase?? hahaha

Bila orang persoalkan kau tak maafkan tapi kenapa kau terima diaorang add kau kat fb.. sebabnya? diaorang add aku sebab nak tengok kehidupan aku lebih baik tak dari diaorang.. nak bandingkan kehidupan aku dengan diaorang.. so aku terima and bagi la.. bila aku dah terima diaorang tengok sendiri kehidupan aku.. siapa yang goyang... diaorang.. bukan aku..

Aku bersyukur dengan kehidupan aku.. bukan aku riak... cuma aku nak diaorang tahu kehidupan yang aku ada sekarang adalah kehidupan yang aku bina atas kesakitan yang diaorang bagi pada aku.. umur 14 tahun.. stau sekolah ejek aku dengan panggilan kambing.. kau rasa dengan mental budak 14 tahun aku kuat? jiwa aku memberontak,, akal aku diluar kewarasan aku... tapi tak ada siapa tahu.. sebab aku hanya budak perempuan berumur 14 tahun..


Aku mungkin dah memaafkan jauh dari sudut hati aku.. tapi tak mungkin aku melupakan orang-orang yang pernah sakitkan kehidupan aku.. buat kehidupan aku jadi macam apa.. tak mungkin dan tak akan.. sebab parut tak mungkin akan hilang apatah lagi parut dihati..

Ya ALLAH terima kasih atas segala dugaan yang engkau beri dan terima kasih engkau hadirkan aku sekarang dengan insan yang sangat menyayangi aku di sekeliling aku... alhamdulillah..

Monday, 17 November 2014

Ilham..



Assalammualaikum..

Ilham.. apa yang aku cuba nak katakan? ilham.. apa yang aku cari.. ilham menulis.. itu yang aku cari.. aku suka menulis.. aku suka menyusun kata.. aku suka meluahkan ras melalui pena diatas sehelai kertas...

Tapi entah kenapa jiaw aku kosong untuk aku menulis harini.. mana jiwa aku.. mana rasa aku? aku hilang hanyut dalam keadaan sekeliling.. aku menulis tapi dalam kata tak ada rasa.. dalam idea tak jumpa jiwa.. susun kata aku tunggang terbalik.. kata-kata yang dipadankan tak sesuai mengikut makna.. aku hilang..

Siapa kata menulis tuh sekadar menulis.. andai semua mampu menulis tiada lagi karya agung.. menulis memerlukan jiwa yang membuatkan pembaca dapat rasa dapat tahu.. makna sebalik kata.. terus menusuk dalam jiwa pembaca.. tapi kali ni aku hilang... argh.. semuanya tak kena...

Ya ALLAH.. pulangkanlah kembali jiwa aku.. agar aku tak kosong dalam menyusun kata, menyampaikan rasa.. agar aku dapat berkongsi apa yang ada dalam hati..

Sunday, 16 November 2014

Don’t want to miss a thing



Assalammualaikum..

Don't want to miss a thing.. bila kita sebut ayat ni.. mesti banyak benda yang kita fikir.. kita impi.. kita idamkan.. setiap kali aku dengar lagu ni aku akan ingat pada dia.. aku dulu selalu jugak dengar lagu ni tapi tak makna apa la pada aku.. tapi start dia dah nanyikan lagu ni untuk aku.. setiap baris makna lirik lagu ni aku fahamkan aku ingat.. macam satu janji lak yang di katakan dari dia untuk aku.. and setiap kali aku nak tido pun dia akan teman and nanyikan lagu ni thanks alot..

Banyak benda yang bermain kat fikiran aku.. tapi aku kena fikir siapa yang ada dengan aku sekarang.. yang tak tinggalkan aku sorang sekarang.. yang gapai tangan aku bila aku mula terjatuh.. aku kena tahu.. walaupun aku tak nak kehilangan semua benda tapi aku tak boleh memiliki semua benda.. aku kena tahu and sedar tuh.. jauh sangat dah aku menyimpang.. bawah ni lirik lagu aerosmith-Don’t want to miss a thing korang layan la yer..

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you’re far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where every moment spent with you is a moment I treasure

Don’t wanna close my eyes, I don’t wanna fall asleep
’Cause I’d miss you baby and I don’t wanna miss a thing
’Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I’d still miss you baby and I don’t want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I’m wondering what you’re dreaming
Wondering if it’s me you’re seeing
Then I kiss your eyes and thank God we’re together
I just wanna stay with you in this moment forever, forever and ever

I don’t wanna close my eyes, I don’t wanna fall asleep
’Cause I’d miss you baby and I don’t wanna miss a thing
’Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I’d still miss you baby and I don’t want to miss a thing

I don’t wanna miss one smile, I don’t wanna miss one kiss
I just wanna be with you, right here with you, just like this
I just want to hold you close, feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment for all the rest of time

Don’t wanna close my eyes, don’t wanna fall asleep
’Cause I’d miss you baby and I don’t wanna miss a thing
’Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I’d still miss you baby and I don’t want to miss a thing

I don’t wanna close my eyes, I don’t wanna fall asleep
’Cause I’d miss you baby and I don’t wanna miss a thing
’Cause even when I dream of you the sweetest dream would never do
I’d still miss you baby and I don’t want to miss a thing

I don’t wanna close my eyes, I don’t wanna fall asleep
Yeah, I don’t wanna miss a thing

Takdir..



TAKDIR

Tak pernah aku menyangka
Akhirnya engakau yang aku cinta
Setelah sekian lama
Kita berperang dengan rasa yang sama

Adakah masih ada rindu
Adakah kau masih menunggu
Adakah kau masih setia disitu
Adakah kau tercipta untukku

Akhirnya aku dapat jawapan itu
Jawapan yang selama ini aku tunggu
Kau msih setia disitu
Masih merindui diriku

Tak pernah aku duga
Tak pernah aku sangka
Orang yang tak pernah wujud bagiku
Yang penting bagi diriku
Menyimpan perasaan cinta padaku

Tak tercapai dek akal
Saat kau lafazkan cinta
Saat kau lafaazkan rindu
Buat pertama kalinya

Aku terima dengan niat yang satu
Kau ikhlas menyintaiku
Kau ikhlas menyayangiku
Walaupun ramai yang menentangmu

Percintaan kita terlalu indah 
Sehingga ada yang menabur fitnah
Kau berperang dengan jiwa
kau berperang dengan rasa

Kau diam bisu membeku
Membuat aku terpaku lesu
Mencari jawapan atas apa yang berlaku
Saat itu aku berperang dengan perasaan rindu
Yang hanya mampu aku pendam dalam kalbu

Kesepian kau membuat aku terluka
Kesepian kau membuat aku sengsara
Tiada khabar atau berita
Aku redha andai ini takdir kita

Dalam rindu dalam setia
Hanya doa yang mampu aku titip
Hingga aku terjebak
Dalam cinta yang meragut jiwa

Tak mampu aku cerita
Apa sebenarnya terjadi
Selepas diri kau menyepi
Aku sendirian menghadapi
Keadaan yang menyeksa jiwa

Namun tiba-tiba
Engakau muncul kembali
Memberikan jawapan apa yang terjadi
Tetapi semua sudah terlambat kini
Hati dan rasa sudah mati

Sekali lagi kita hanya mampu menyepi
Hanya berhubung saat rindu datang menyapa
Saat ingatan kembali dijiwa
Saat rasa mengoncang jiwa

Namun yakdir ALLAH
Menemukan kembali kita
Ditempat yang berbeza
Dengan keadaa yang tak sama
Kita kembali menyulam cinta

Kau kini insan yang berbeza
Insan yang aku tak kenali
Begitu juga aku
Yang banyak berubah kini

Kini kau bijak dalam menyusun kata
Matang dalam melontar bicara
Tahu memilih jalannya
Segalanya sudah berbeza

Kau kembali mencambah rasa
Rasa yang pernah kau campak
Tanpa sebarang kata
Rasa yang kini membuat aku bahagia
Lebih dari segala

Terima kasih cinta
Terima kasih sayang
Kau hadir membuang derita
Walaupun adakala kau terluka

Maafkan diri bila belum mampu
Membuang rasa dalam hati
Pada insan yang tak menghargai
Yang hanya melukai

Terimalah aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang punya rasa dan jiwa yang sama
Seperti kau juga

Percaya pada ketentuannya
Percaya pada jalannya
IN SHA ALLAH cinta dalam hati
Akan menjadi yang halal
Suatu hari nanti
Aaminn...

Berkira..



Assalammualaikum..

Berkira bila sebut je benda ni semua orang akan faham.. berkira.. satu sifat ni adalah benda yang aku tak tahu la ada dalam diri aku ker tidak.. bak kata orang kita kena lihat diri sendiri baru boleh menilai orang.. alhamdulillah setakat ni rezeki yang aku dapat tak pernah aku berkira.. topik ni aku bangkitkan bila aku terjumpa makhluk ALLAH yang sangat berkira dalam kehidupan dia..

Aku tersangat la terkilan bila setiap pertolongan ikhlas aku tu menjadi tak ikhlas bila insan yang aku bantu tu berkira-kira dengan apa yang dia ada dengan aku.. saat die susah.. aku cuba yang terbaik untuk tolong dia.. tapi.. balasan yang aku dapat bila setiap sen yang dikeluarkan ditanya..

Contoh ceritanya macam ni... si A ni tak dapat balik kampung.. lepas tu mintak tolong si B untuk hantar dia balik.. si B pun dah bagi semua idea.. sebab si B tak ada kenderaan.. kenderaan yang ada pun kawan si C punya.. si B memang tengah kesempitan wang untuk hantar si A balik kampung.. tapi si A janji akan tanggung semua benda.. jadi si C pun bagi green light untuk guna kereta kawan dia hantar si A.. so untuk pergi si A dah isi minyak.. 2 jam setengah si B drive tak henti straight terus ke kampung si A.. untuk part tuk dah sampai semua balik si C and B isi and support sama la semua kos balik sebab si A kata nak suruh claim.. bila claim kos.. si A boleh pulak tanya minyak ada baki kan..? what the... penat orang drive, duit tol yang tak claim pergi balik.. fikir la.. bila bdn penat drive semua.. even kereta auto.. ingat tak letih ker.. kat situ lah nampak sifat orang yang sangat la nak berkira dan tak berterima kasih..

Kisah macam ni la yang selalu buat aku rasa.. helloo.. orang dah tolong ko willing drive untuk kau, hantat kau pun dah cukup bersyukur.. ko nak balas macam ni... waktu orang lain mintak tolong.. kau susah nak tolong.. bukan sorang nampak.. ramai nampak benda tuh..


orang selalu cakap banyakkan sedekah in sha ALLAH rezeki ALLAH tu ada dan lebih besar dari segala.. tapi bila orang lain mula berkira dan tak hargai pertolongan orang lain.. patut ker kita sentiasa layan baik.. memang la hidup ni jadilah seperti pokok yang berbuah bila dibaling dengan batu.. campakkan dengan buah.. hidup kena sabar dan ikhlas.. tapi aku manusia biasa yang tak terlepas dari perasaan ni..

Setiap bulan aku belanja barang dapur, masak, basuh bilik air.. tapi ada aku nak cakap semua bnda tuh? tak kan? sebab aku buat dengan kemahuan aku sendiri sama-sama.. so nak ungkit apa.. perasaan ni sakit bila aku rasa dipijak dan diambil kesempatan atas apa yang aku dah cuba buat.. aku tak akan berkira kalau orang tak berkira.. hati aku memang tak sampai hati.. tapi sampai bila.. aku tahu.. bahagian aku mungkin menanti kat atas sana.. tapi kalau aku jer sentiasa nak tabur.. penat jugak..

Sharing..



Assalammualaikum..

Jarang sangat sekarang aku nak ada masa update entry untuk blog aku ni.. kesibukan melanda dengan kesihatan diri yang kejap up and down.. harini aku nak update pasal sharing.. apa yang aku nak sharing?? bilang cakap pasal sharing.. banyak benda kita boleh nak sharing kan.. sharing atau bahasa melayunya kongsi.. idea ni tercetus bila aku sembang santai katenya dengan akak rumah aku yang agak aku rapat kak su..

Banyak benda yang kita orang kongsi.. pengalaman hidup.. apa yang dia penah rasa dulu dan sekarang dan macam tuh jugak aku.. dia nasihatkan aku, aku nasihatkan dia apa yang boleh itulah perlunya sharing.. tak semua benda kita boleh nak pendam sorang dan tak semua orang boleh tahu apa yang kita rasa dan ada part mana sesetengah orang tak perlu tahu certain cerita full version sebab kadang-kadang melibatkan hati dan perasaan kan.. huhuu..


Bila kita kongsi satu cerita kita akan tahu kekuatan orang lain menghadapi masalah diaorang and kat situ kita akan pandang diri sendiri dengan cakap orang lain boleh hadapi kenapa kau tak boleh.. sabar dan doa.. tu kekuatan.. teringat kata kawan kak su..

Bila kita tak dapat buat pilihan dan keputusan maknanya kita dah jauh dari dia.. jauh sangat.. jadi semua benda akan berbalik pada DIA yang satu.. hanya dia yang MAHA MENGETAHUI setiap perjalanan dan ketentuan yang sedang kita jalani dan hadapi.. andai langkah kita tersasar dari landasan mungkin ada sebab nya sebab kita hanya insan biasa bernama manusia.. andai tersasar.. kita betulkan peluang sentiasa ada tapi masa akan sentiasa berlalu... gunakan sebaiknya kerana adakala satu saat yang kita sia-siakan dulu sepatutnya saat berharga buat kita semua..

Renungan untuk semua.. dan peringatan buat diri aku sendiri jugak...

Monday, 10 November 2014

Group Whatssap..



Assalammualaikum..

Dah lama rasanya aku tak menyinggah ke sini.. banyak benda yang aku nak tulis dan cerita tapi aku tak ada masa dan kesempatan tuh disebabkan bil broadband yang tak bebayar dan tertunggak.. aiyak.. azmiera, azmiera.. nak buat macam mana dit ada jer nak guna ke lain yang lebih penting lagi pun aku boleh curi masa sikit guna la tenet ofis kan.. hahaha..

Entry aku harini aku nak post pasal group whatssap.. kenapa dengan group whatssap? group whatssap sekolah teknik aku.. macam yang sedia maklum.. aku dengan rony aka ex bf aku satu kelas.. sebelum ni die tak wujud pun dalam group sebab fon dia rosak so aku pun dengan selamba tenuk buat perangai aku jela dengan budak ni.. sekali.. sekarang.. dia dah masuk dalam group... susah meyyy... hahaha..

Apa yang susah and kenapa? yela.. budak ni ada je point bila die masuk and aku masuk.. memang aku dengan die jadi bahan umpatan,kejian dan caci maki.. wah bunyi cam teruk sangat je,, hahaha.. tak ada la gurau senda dan jadi bahan jela dalam group.. buatkan aku bila dia ada.. aku tak akan wujud.. nak mampus.. ade jer nanti yang muncul anasir-anasir jahat.. hahahaha.. lagi-lagi si amoi aka azidi ali..

Bila benda ni jadi langkah aku semakin mengecil la.. nak buat cam mana.. tak nak diungkit kisah yang lama.. malas la nak throwback.. penat la.. aiceeehh.. sakit tau.. hehe.. awkard moment sangat bila dia ada.. aku nak buat macam biasa tapi yang lain pulak buat perangai luar biasa.. haish.. haha..


semua tu jadi pelik.. kalau tak ada diaorang aku dengan dia macam biasa jer.. budak ni jer yang lebih-lebih.. harap diaorang akan buang dah persepsi yang aku dengan rony still ade something.. hahaha.. tu tak mungkin walaupun rony ada la mengeluarkan kenyataan berani mati.. tapi semua tuh dulu.. huhu

Wednesday, 5 November 2014

Pahang vs JDT away Tanjung Malim



Assalammualaikum..

Aku ni agak terlambat untuk mengulas pasal perlawanan antara Pahang and JDT yang berlangsung minggu lepas hari yang sama aku pergi Melaka dengan ajaa.. 

Lepas balik dari Melaka aku dengan ajaa shoot tros balik rumah dia tukar baju semua then lepak dekat danau tengok bola dekat mamak je.. aku malas nak mengulas pasal perlawanan nanti ada yang bash aku jer nanti.. huhuhu..

Nak dijadikan cerita dengan banyak media sosial.. aku dengan ajaa update moments sekali zahir cakap lepak tak ajak sebab die duduk area danau jugak.. setapak.. die pun balik cuti.. lepak la sekali.. bila dah zahir lepak.. ramai pulak yang toucig ajak lepak pulak... semuanya tengah study lagi dekat Tanjung Malim... Poli Behrang.. ramai la dekat sana.. aku kenal tapi bukan la budak kelas aku waktu teknik.. budak Mechy(Mekanikal).. aku terselit sorang budak awam (civil)... hehe..

Then benda yang tak plan... tak habis tengok bola pun terus jer shoot gerak Tanjung Malim.. nasib baik dekat and jalan pun senang jer nak kerumah budak lain tuh.. then malam tuh berkumpul la balik budak Mechy.. dengan aku sekali terseret dalam reunion yang tak di plan.. hahahaha.. kerja gila dan lawak.. tapi best sebab semua dah lain.. ada kehidupan masing-masing.. so bila ingat balik waktu sekolah dulu... ayat masing-masing 'bodoh apa perangai aku kat sekolah dulu macam ni.. hahaha" tapi kat situlah kita belajar jadi orang..

Seriusly.. teknik mengajar aku erti persahabatan.. ikhlas, saling ingat, susah senang.. tak sama macam sekolah yong peng dulu.. just macam the black parade tau... hahaha.. kejam tak aku.. menilai macam tuh.. suka hati aku la.. pandangan aku kan.. hahahaha..


walaupun aku tak pernah sekelas tapi kita pernah berkawan rapat.. korang the best and in sha ALLAH ada jodoh bertemu lagi... huhuhu...

Aku dan Melaka...



Assalammualaikum..

Aku dan Melaka? apa cerita? hahaha.. Minggu lepas aku teman membe aku merangkap kawan waktu aku sekolah teknik dulu pergi melaka.. then apa lagi ter campak balik lak semua kenangan dekat situ..
kenangan apa? hahaha..

Kenangan first anniversary aku dengan aizad izwan.. lelah jugak aku nak tahan semua tuh.. bila aku tengok.. pandang semua tempat yang aku dengan die snap gambar.. haish.. kat melaka la aku bergadoh, merajuk, then happy kat situ..

Kat situ jugak lak aku dapat hadiah pertama aku jam casio.. thanks a lot... haish.. kenapa melaka.. itulah kan.. macam mana aku mengelak pun.. satu masa aku akan kena telan jugak semua tuh kan..








Tapi semua lelah tu dalam hati aku jer.. aku yang rasa semua tuh.. semua tuh kenangan aku yang aku memang tak boleh ubah.. setiap apa yang jadi aku kena teruskan jugak perjalanan aku tuh... sebab semua tuh apa yang terjadi.. apa yang akan datang aku cuba hadapi dengan tenang.. aaminn.. harap macam tu la.. huhuu..


Apa pun jadi aku akan hadap.. rapuh atau jatuh.. semua aku kena rasa agar aku kuat menyembuh luka dihati sendiri.. 

Reunion - Kuantan Pahang - 18/10/2014



Assalammualaikum..

Setelah sekian lama berhabuk sudah blog aku ni.. kesibukan yang melanda diri membuatkan aku tak boleh nak mengadap benda ni 24 jam.. dengan bil broadband aku yang masih tertunggak.. so peluang yang aku ada cuma dekat ofis jela menunjukkan bakat aku menaip dalam kadar masa 1km sesaat.. ok itu tipu.. haahaha..

Berkenaan tajuk entry aku harini.. pasal reunion yang hampir sebulan dah berlalu.. saja nak campak balik... (ayat sekarang).. hahaha.. dengan hanya seramai 10 orang yang join boleh la kan dari tak ada langsung.. biasa la kan... mula cerita semua nak pergi.. last minit.. semua ada hal.. aku ni jela yang tak ada hal dalam dunia ni.. nampak tak ayat toucing... hahaha..

Meh aku belanja gambar sikit.. eh sikit ke banyak?? tengok jela.. hahaha












































Semua dah berubah dan berjaya dengan masing-masing punya bidang and apa yang dah di sambung belajarkan.. hahaha... macam-macam dugaan yang kitaorang kena tempuh apa yang di plan tak menjadi.. semuanya la kucar kacir... tapi tetap happy.. walaupun ada yang sentap semua... hahaha... sorry la yer..

lokasi yang aku dengan kawan-kawan aku pergi pun tak banyak.. pergi gambang waterpark.. tido resort dekat situ jer.. jangan tanya harga sebab free of charge.. then pergi air terjun pancing then teluk cempedak.. itu jela tempat yang besar.. tempat singgahan.. karaoke and mamak pukul 4 pagi.. hahaha..

The best moment dengan gelak ketawa... 4 tahun akan datang pulak kita jumpa dekat Pulau Perhentian pulak yer.. huhuhu...