Thursday, 16 October 2014

Nikon D3100.. Permulaan Baru..



Assalammualaikum..

Nikon D3100.. kamera baru fuyooo.. itulah ayat orang yang dapat tahu bila ejam hadiahkan aku kamera ni.. bukan aku meminta mahupun memaksa... dengan rela dan ikhlas die memberi untuk mengubat kesunyian hati dan membuat aku tersenyum gembira.. terima kasih..

Minat ker aku pada kamera? haha.. jawapan : sangat minat, teramat!.. hahaha,, tapi belum berkemampuan.. and inilah yang dinamakan rezeki.. perlahan-lahan segala impian aku dah pun dapat dicapai.. alhamdulillah..


Tergamam diam seribu bahasa.. tak tahu nak cakap macam mana.. yang pasti tak mampu nak balas dengan kata terima kasih... tak cukup semua tu... tapi aku gembira sangat.. aku suka sangat tengok gambar yang ade cerita disebaliknya.. so minat aku pada photography memang dah lama.. cuma tak ada barang dan juga guru.. nasib baik ada abang ofis aku ni yang juga photographer aku ambil sedikit ilmu dari dia.. dan dia pun tak kedekut malah suka sangat aku nak belajar dengan dia.. yelah bidang dia kan.. hehe..

Perlahan-lahan aku kumpul kemahiran.. pada dasarnya nampak tamak... tapi aku nak menguasai tak banyak sedikit pun jadi buat ilmu dan bekalan masa hadapan.. sebab sekarang pendidikan bukan lagi satu tahap untuk menilai kepandai atau apa pun.. kemahiran yang lebih penting sedangkan tokoh-tokoh terkaya dan berjaya bukan lah dari golongan bijak pandai tapi golongan berkemahiran tinggi.. dari apa yang aku nampak la..

Bila kita banyak kemahiran banyak benda yang boleh kita buat dan rancang ada je benda boleh kita buat dengan kemahiran yang kita ada.. in sha ALLAH aku akan cuba gunakan yang peluang yang baik untuk benda baik..

update cuma nak cakap thanks jer kat ejam.. tapi melarat lak bercerita.. inilah yang terjadi bila jari jemariku menari atas keyboard.. tak boleh berhenti..

#thanksalotuntuksemuayangindahni

Hari Yang Dinanti..



Assalammualaikum..

Entry harini aku nak tulis pasal hari yang dinanti? apakah? aku nak kahwin ke? hahaha.. memang tak la kan.. ok.. esoko 18/10/2014 adalah hari dimana berkumpulnya kembali budak kelas PKA2 (Pengajian Kejuruteraan Awam) Sekolah Teknik Port Dickson..



Budak kelas aku ni tak lah ramai mana.. dalam 18 orang jer.. yang dapat pergi ni pun dalam 10 orang jer.. ada yang hadapi masalah dan hal yang tak dapat dielakkan.. tak apalah kan.. teruskan je apa yang dirancang.. kalau nak tunggu semua ada memang susah memanjang.. hahaha...

Atas tu gambar aku dengan dak kelas aku.. cuba la cari aku.. dan seriusly sangat berbeza dengan yang sekarang hasil penggunaan produk dan jugak colagen tambahan yang aku ambil.. hahaa.. mengaku kan.. apa salahnya untuk cantik.. cantik ke?? hahaha ( mata diatas tangan dibahu).. haha..

Aku dekat kelas? aku ni tak ada la rapat mana dengan dak kelas aku.. aku suka dengan dunia aku dan buat hal sendiri jer.. so jarak antara aku dengan dak kelas aku sangat la jauh beribu batu.. kawan yang paling aku rapat pun sorang jer... FARAH.. haha.. sadis betul kehidupan aku ni.. haha..

Reunion yang pertama kalinya ni akan di adakan dekat kuantan pahang... jauhnya? yeer sangat jauh.. sambil menyelam minum air.. cuci mata... jauh dari segalanya... tak ada lah nak mengadap bandar KL ni kan.. huhuhu..

aktiviti utama kami apa lagi.. BBQ... yang lain tuh sampingan... macam karaoke, bowling, mandi sungai.. hahaha.. aku layankan jelah... aku pulak akan jadi camerawoman kat sana dengan mereka-mereka ni.. harap lah boleh enjoy..

Perjumpaan kali ni nak buang segala yang keruh dulu la kan.. dah besar.. bila ingat balik kelakar pun ada.. bergaduh.. hahaha..


Ni adalah gambar terakhir kelas aku waktu jamuan kelas tingkatan 5.. baru lepas main baling selipar.. so.. apa pulak yang bakal diadakan kat sana? tunggu masa jelah kan... haha.. tak sabar menunggu besok.. harap segalanya dipermudahkan.. aaminn..


Wednesday, 15 October 2014

Dracula Untold Menghina Islam??



Assalammualaikum..

Oleh dek kerana kesibukan jarang sangat dah aku nak updatte blog aku ni.. ini pun aku curi sikit masa untuk hilang kan lelah aku.. huhu.. apa yang aku nak share harini? aku nak cerita pasal filem Dracula Untold yang sekarang tengah ditayangkan kat wayang.. kenapa aku nak share sebab jalan ceritanya yang sangat la memutar belitkan fakta sejarah islam...

Dua kali jugak aku pergi tengok.. first dengan si dia sebab nak tengok sendiri and rasa apa yang dikatakan menghina dan memang sah.. menghina sultan Turki yang juga sultan Muhamed AlFateh..
ilmu aku tak la sebanyak mana untuk aku mengulas tentang isu ni.. tapi korang boleh review dekat link ni... Tekan Sini.. korang semua kan lebih faham kenapa isu ni hangat di perkatakan..

So kalau korang nak tahu korang boleh la pergi tengok dan kalau tak nak pun tak apa sebab tak merugikan korang pun.. hehehe...


Lelah..


LELAH

Aku lelah
Bila aku sentiasa mengalah
Aku lelah
Bila dengan mudahnya aku kalah

Aku lelah berdiri disitu sentiasa buat dirimu
Namun kau tidak pernah sekalipun
Melihat aku yang berada disitu
Menyedari akan kewujudanku

Aku lelah bila kau masih tidak mampu
Melupakan kisah lalu dirimu
Sedangkan kini aku sentiasa disisi
Yang sentiasa membantu untuk kau berdiri

Aku lelah untuk bertahan
Lelah untuk melawan perasaan ini
Perasaan untuk menyintai
Perasaan untuk merindui
Sedangkan kau tidak pernah menyedari

Maafkan diri ini
Terlanjur menyintai dirimu
Sedangkan aku sendiri tahu
Aku tidak layak menyintai
Insan seindah mentari

Aku tidak punya apa
Yang aku punya hanya cinta
Cinta tulus untuk membuatmu bahagia
Menghilangkan derita yang ada

Izinkan aku menyusun langkah
Untuk mendekati
Untuk menghampiri
Hatimu yang telah lama terluka
Dek kerana setia

Izinkan aku membasuh luka
Agar segalanya kembali ceria
Agar tiada lagi lelah
Dan tak akan mudah aku mengalah
Mengaku kalah
Menawan cintamu yang indah


Nukilan khas :

Friday, 10 October 2014

Kenapa Baru Sekarang?



Assalammualaikum..

Kenapa baru sekarang?? ye itulah tajuk yang aku nak ceritakan harini.. zaman sekolah menengah aku mungkin tak semanis orang lain.. waktu sekolah dulu adalah benda yang aku tak nak ingat sangat sekarang.. sebab apa? sebab banyak yang pahit dari manis.. itulah hidup aku yang aku kena lalui..

Bermulanya hidup aku masuk sekolah menengah aku kehilangan kawan baik aku.. hanya kerana mulut orang lain.. pergaduhan kecil yang jadi besar, jiwa memberontak, zaman bercinta monyet, punca aku hilang semua kemanisan tu..

Jujur aku katakan yang aku sangat la tak mengikuti perkembangan  fesyen ke apa yang menampakkan aku remaja yang trend yang buat orang main-mainkan aku.. dulu aku sanggup kena marah semata nak ikut akak angkat kononnya pergi bandar.. akhirnya aku dapat tahu.. akak angkat aku tu just nak tengok gaya aku pergi bandar je.. cara aku dress up dan akhirnya benda tu memalukan aku sendiri.. serius maruah aku macam kena pijak.. tapi aku je yang rasa benda tu..

Kedua, bila kawan aku sendiri nak berkenalan dengan sepupu aku.. akhirnya aku yang terheret dalam hubungan diaorg dengan cakap aku ni nak main-mainkan kawan aku sendiri.. kau yang nak bercinta dan kenal kenapa aku terheret? habis semuanya dicakap salah aku... macam-macam gelaran digelar.. bila ingat balik aku malu jadi diri aku sendiri..

Ketiga, aku kena serang dengan pakwe orang.. aku ingat lagi.. aku kena tendang kat kaki aku dengan lelaki.. aku tahan malu, aku tahan sakit.. seriusly.. aku malu giler.. macam-macam aku kena.. kalau kena serang tu tak payah cakap la.. ada gaduh sebab lelaki.. bila aku fikir balik.. salah aku ke semua tuh? jahat sangat ke aku..

Ni semua aku rasa waktu aku sekolah dekat SMK YONG PENG.. sekolah yang aku rasa aku tak nak berpaling lagi.. banyak duka dari gembira.. banyak sengsara dari ketawa.. tapi kenapa baru sekarang pulak semua budak yang sekolah dulu yang banyak cakap pasal aku yang fitnah aku buatkan aku jatuh tersungkur teruk datang nak add aku kat FB.. kau tak suka.. kau kutuk.. lepastu kau datang cari balik.. tengok sekarang siapa yang jilat siapa.. agak kasar tapi ini yang terpendam..

Ya aku akui aku memang accept diaorang semua jadi friends aku kat FB.. sebab.. aku nak diaorang tengok kehidupan aku sekarang dah lain.. azmiera dulu bukan azmiera yang sama diaorang kenal.. azmiera yang hodoh.. yang diaorang cakap macam-macam.. at the end.. kehidupan diaorang yang macam mana sekarang.. mungkin ini kifarah buat diaorang yang cakap buruk pasal aku..

Berdendam? yes aku berdendam.. sebab aku tak dapat kemanisan remaja aku disebabkan diaorang.. aku tak ramai kawan.. aku ramai yang membenci.. so apa yang diaorang harap? aku lupakan? aku maafkan.. diaorang kejar aku sekarang sebab dengan siapa aku ada sekarang.. dengan ejam.. itulah sebabnya and sekarang diaorang nak stalker aku silakan tapi jangan cemburu dengan kehidupan aku sekrang yang jauh lebih baik and terima kasih buat aku jadi kuat yer..

aku bersyukur dengan ujian yang ALLAH beri.. aku redha.. tapi untuk memaafkan bukan cara aku..



#sekaliakusayangsampaimatiakusayang
#sekaliakubencisampaimatiakubenci

Wednesday, 8 October 2014

Salam AidilAdha Yang Terlewat..



Assalammualaikum..

Disebabkan kesibukan dan kekangan waktu.. ttak dapat aku nak kongsi pasal raya aidiladha aku tahun ni.. agak lewat jugak aku nak post pasal ni.. huhu.. sibuk macam aku ni perdana menteri pulak kan.. hahaha..

Macam mana sambutan aku tahun ni? tahun ni sambutan aidiladha kat tempat aku tak semeriah tahun lepas.. mungkin tahun ni sebab banyak sangat tragedi, so tak suasana raya pun jadi kelam.. tak tahu kenapa..


Tapi yang pasti.. satu benda wajib setiap tahun aku mesti nak makan sup tulang dekat kampung aku.. pergh.. lazatnya tak payah cakap.. rasa dan pekat kuahnya memang tak sama dengan tempat lain.. huhu..

Disebabkan kampung dengan rumah aku tak la jauh mana.. setakat sejam perjalanan.. aku sekeluarga balik kampung pun lewat sikit.. malam pulak ada makan-makan bbq dekat rumah mak cik sedara aku.. seharian perut penuh dengan makanan yang akhirnya berakhir ditandas rumah jugak... hahahaha..

Hari yang sama jugak jatuhnya hari lahir nenek kesayangan aku yang sangat rock.. walaupun cucu gurau kasar.. nenek aku pun sama naik... nenek rock.. and terbaik.. kak ngah doakan nenek panjang umur dan sihat sentiasa yer nek..

Apa yang dapat aku cakap.. raya haji tahun ni suram.. in sha ALLAH mungkin tahun depan lain pulak suasananya kan mana kita tahu..


Selamat Hari Di Lahirkan Affiq..



Assalammualaikum...

Rasanya belum terlambat kot aku nak wish happy birthday untuk adik aku yang lelaki tuh... dua hari lepas birthday dia.. apa yang aku mampu belikan and hadiahkan cuma beg sandang je.. ikhlas lah tuh dari aku.. aku pun dulu tak dapat tau hadiah macam tu... hahhahhaa..


Selamat Hari Di Lahirkan adik ku yang sangat la poyo.. konon suka sangat dengan korea tapi muka macam bangla.. haahaha.. apa pun aku sayang kan kau yer.. aku doakan kau berjaya dalam apa je bidang yang kau ambil dan ape je yang kau buat dalam hidup kau..

Walaupun aku nampak macam endah tak endah kau.. tapi aku sentiasa doakan kau dunia akhirat.. huhu..

#akusayangkaumuhammadazreyaffiqroslan

Tak Biasa...



Assalammualaikum..

Harini aku nak cerita pasal apa yang dah jadi bila nadia dah tak ada kat rumah lagi.. tak biasa.. yup.. itulah perkataan yang sesuai aku cakapkan..

Semalam.. untuk pertama kalinya aku kena tinggal sorang dekat rumah selepas 3 bulan aku dengan nadia sama-sama selama ni.. macam-macam perasaan yang aku rasa semalam.. berkecamuk jiwa.. cewah.. hahaha..

Bila aku teringat nadia.. tiba-tiba nadia pun whatsap aku tanya semua macam mana.. macam tahu-tahu jer yang aku perlukan dia.. and jujur aku cakap aku menangis semalam rindukan dia.. gila ar perasaan ni.. huhuhu..

Dia pun rasa benda sama kot?? tibe feeling sendiri lak orang nak rindukan aku.. hahaha..


Apa pun aku kena jugak biasakan yang nadia memang tak akan ada lagi kat rumah tuh.. so balik jb jela aku jumpa dia.. huhuhu.. nak buat macam mana.. hahaha..

Apa pun aku doakan kau berjaya yer nadia dalam pe je benda yang kau buat and aku akan sentiasa tolong kau kalau aku mampu tolong.. thanks ada dengan aku selama ni..

#akusayangkausangatnadia

Thursday, 2 October 2014

Annabelle...



Assalammualaikum..

Entry harini.. apa yang aku nak share pasal annabelle.. siapa Annabelle? sepupu aku ker? hahaha.. tak adalah.. okeh.. kalau si kaki wayang mesti akan tahu la semalam cerita ni keluar dekat wayang.. dan malam tadi aku pun pergi la tengok dengan akak rumah aku.. kak suraya dan member die... kak amy...


Pada yang dah tengok cerita THE CONJURING.. cerita Annabelle ni cerita yang terjadi sebelum berlakunya The Conjuring... gitu.. hahaha.. dah macam mak jemah bercerita kan.. ke aku tengah buat presentation ni?? hahaha..

Filem ini merupakan spin-off dari 'The Conjuring' yang akan mengisahkan tentang anak patung bernama "Annabelle". Mia merupakan isteri kepada john dan surirumah sepenuh masa, satu hari john menghadiahkan Mia dengan sebuah patung yang dah lama dicari oleh Mia untuk dijadikan hiasan di bilik baby yang bakal lahir. Pada malam setelah kedatangan anak patung tersebut secara tiba-tiba terjadi suatu kejadian ngeri. Pada hari yang sama jugak Mia terdengar jeritan dari rumah jirannya dan menyuruh John untuk pergi melihat keadaan jirannya. Jirannya mati dibunuh kejam. Mia turut diserang, dan penyerang itu merupakan anak gadis jirannya yang sudah lama hilang dan mengikut ajaran sesat. Anak gadis jirannya yang bernama ANNABELLE HIGGINS mati dengan bunuh diri sambil memeluk anak patung yang baru dihadiahkan oleh suaminya.

Setelah kejadian kejam yang terjadi pada jiran dan juga dirinya, Mia dan John memutuskan untuk pindah bersama dengan anaknya yang baru lahir. Setelah berpindah ke rumah baru, mereka terkejut melihat anak patung yang dipeluk Annabelle semasa dia mati turut terbawa semasa berpindah sedangkan John dah pun membuang anak patung tersebut. Pada mulanya  John dan Mia tak mahu berfikir jika kejadian sebelumnya itu disebabkan oleh Annabelle. Namun semakin lama, roh Annabelle yang berada didalam anak patung tersebut mengancam anak John dan Mia. Adakah mereka selamat dari kejadian tersebut?

So amacam plot cerita? ok x? ulasan aku bagi cerita ni.. cerita ni terlalu singkat.. duration dia 1 jam 30 min sahaja.. dan sangat la tidak puas.. plot cerita dah ada.. tapi tak di kembangkan lagi.. aku bagi 3 bintang je dari 5.. huhuhu... and The Conjuring lebih best dari cerita ni.. honestly la..

So siapa yang berminat... boleh la cepat-cepat dapatkan tiket wayang yer.. hahaha... jangan terpengaruh dengan apa yang aku ulas.. alami sendiri.. mana tahu taste korang lain ke kan... huhuhu...  selamat menonton..

Seketika Cuma..



Assalammualaikum..

Amboi... tajuk aku harini macam sedih jer kan? seketika cuma? apa yang seketika? apa yang cuma? hahaha.. harini aku nak cerita pasal classmate aku waktu kat poli dan housemate aku dekat PJ ni..

Siapa? Meh tengok gambar dulu yer.. :)







okeh yang baju kelabu tu la dia SITI NADIA BT MOHSIN... selama 3 bulan aku dekat PJ ni aku sangat dan teramat rapat la dengan dia.. sedangkan waktu belajar dekat poli dulu jarang bercakap.. kalau bercakap pun sebab benda penting.. bila da tinggal bersama.. tak sangka sekepala... dan sangat memahami... seriusly dia sendiri pada mulanya dah terfikir yang dia tak akan masuk dengan aku.. aku pulak tak pernah fikir apa pun... sebab diri aku boleh masuk dengan apa situasi melainkan orang tu memang la aku tak suka... hahaha..

Pada mulanya pun aku sangat la janggal untuk berbual dengan dia sebab memang jarang bercakap dekat poli.. tapi disebabkan selalu ditinggalkan berdua dekat rumah sewa.. makin lama.. kita orang makin rapat and perangai kami boleh masuk.. walaupun karakter berbeza.. tapi kita orang boleh memahami and bertolak ansur dalam banyak hal..

Dia kawan baik aishah budak rumah aku lagi sorang.. tapi bila tinggal bersama... dia kurang dengan aishah sebab aishah sendiri jarang ada dekat rumah... jadi apa je luahan cerita.. masalah kita orang share bersama.. tapi.. harini last aku dengan dia bersama.. sebab malam ni dia akan balik terus ke JB sebab keadaan sini tak sama dengan jiwa dia.. suasana bekerja yang dia rasa dia tak selesa.. so dia akan balik JB rumah dia sendiri dan akan cari kerja kat sana..

Seriusly sedih sangat rasanya.. sebab lepas ni aku akan ditinggalkan sendirian la.. sebab masing-masing ada kehidupan masing-masing.. aku dengan dia tak ada siapa kat sini.. so kami sentiasa bersama.. aku dah terbiasa dengan dia.. haish.. berat lak rasa hati nak biar dia pergi.. hahahaha.. ok sangat drama..

Mulanya jangka aku yang akan keluar dulu dari rumah sebab nak sambung belajar.. akhirnya.. dia dulu yang keluar.. kau tinggalkan aku kan nad.. hahaha.. aku doakan kau akan terus berjaya dengan setiap apa yang kau akan buat lepas ni.. ko jangan lupakan aku.. gosip2 jangan lupa.. hahaha... kawin jangan lupa jemput.. ada masa jengah la balik sini.. and kalau aku balik johor aku try pergi jumpa kau ok.. minyak aku claim kat ko.. sebab aku tahu ko akan rindukan aku.. hahahaha..

Walaupun seketika cuma kita bersama, banyak benda yang kita dah buat, impian, angan-angan, semua nak buat sama-sama.. in sha ALLAH.. semua tu nanti kita plan balik yer... ok.. panjang sangat dah aku menulis.. kesimpulan dari apa yang aku tulis ni... aku nak cakap... aku sayang kan kau nadia... in sha ALLAH kau kawan aku dunia akhirat dan terima kasih sudi terima aku seadanya aku jadi kawan kau... ok tu ayat drama...  GOOD LUCK NADIA MOHSIN.. :)