Sunday, 28 September 2014

Workout..



Assalammualaikum..

Workout?? untuk apa? hahaha... okeh harini aku nak cerita yang aku baru terjebak untuk ikut budak rumah aku nadia and akak office aku untuk buat workout.. workout ni untuk apa? mesti ramai yang dah tahu semua ni kan lagi-lagi sekarang ni banyak artis yang dah mula untuk buat workout ni..

Workout atau bahasa mudahnya.. menguruskan badan dengan cara yang bersenam dengan cara yang betul dengan dilatih oleh seorang trainer.. dan the result akan dapat body yang sngat cantik contoh macam nana al-haleq seorang trainer yang juga buat workout ni..

Jadi sabtu yang lepas terjebak la aku join budak ni pergi gym.. hahaha...



ini hanyalah gambaran semata sahaja.. so dapat bayangkan lah keadaannya.. walaupun gym yang kita orang pergi tu tak la secantik ni.. seriusly tu lah kali pertama dengan tersangat la ramai lelaki... malunya tak payah cakap la kan...

Aku dah kurus buat apa aku nak workout kn?? tu lah yang selalu orang kurus akan cakap.. benda ni untuk dapatkan body yang cantik.. menjaga aset katanya.. mak jemah sangat.. hahaha.. aku ni pun tak tahu sampai bila bertahan.. sebab dah lama tinggalkan dunia sukan and lasak ni sejak injured dulu.. im mentaly traumatized.. hahahaha.. 

Aku cuba buat apa yang mampu jela... asalkan aku nampak sihat cukup la kan... so pada yang mengadu bila makan takut berat naik semua.. apa kata cuba buat workout ni.. mana tahu korang akan suka.. and yang pasti pada yang dah bersuami.. suami dah tak pandang perempuan lain dah.. kat awak jer.. hahaha.. macam aku dah kawin jer kan.. hehe..

Selamat mencuba... chaiyok2.. go fitness.. :)

Friday, 26 September 2014

Problem...



Assalammualaikum..

Problem, atau bahasa melayunya masalah.. hahaha.. siapa yang tak pernah ada masalah dalam hidup die?? ade ke? tak caya lah... hahaha.. setiap manusia adalah masalah, antara masalah dengan diri sendiri ke, dengan orang lain ke, ataupun orang yang bagi masalah kat kita kan?? hahaha..

Macam tu jugak la hidup aku ni.. masalah tak pernah surut.. apalah nasib badan... sudah jatuh ditimpa tangga, tangga besi pulak tuh.. sakit tau.. hahaha..


Yeke people with the greatest advice usually have the most problems?? hahaha.. aku macam setuju dengan statement ni.. yelah kan.. orang tak akan bagi nasihat kalau dia sendiri tak pernah mengalami kan? dan dia tak akan bagi nasihat kalau dia tak survive dari masalah tuh kan? huhuhu...


Sebelum masalah ni jadi.. someone cakap dengan aku suruh bertahan.. maaf sayang.. aku tak kuat.. tak mampu aku nak hamparkan harapan yang lebih jauh pada kau... semakin banyak harapan aku bagi pada kau.. semakin kosong dan jauh aku rasa antara kita.. maaf aku terpaksa menjauhkan jarak antara kita..

Bukan aku tak cuba.. aku mencuba sampai harini, saat ni.. tapi aku tak mampu lagi untuk bermain dengan hati kau.. cinta kau.. kau terlalu baik dan sempurna untuk perempuan yang seperti aku yang masih menanti dan masih belum mampu menghilangkan cinta dalam hati ini.. kisah lama aku tak mampu untuk aku buang begitu sahaja.. maaf..

Biarlah aku sendirian seketika.. untuk menghilangkan semua masalah dan keresahan ni,,, mencari kembali diri aku ni.. in sha ALLAH.. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku.. :)


Wednesday, 24 September 2014

Bonda Bedah & Mak Temah..



Assalammualaikum..

Bonda bedah and Mak temah?? siapakah? hahaha.. Kalau korang semua ni kaki youtube korang mesti akan kenal dengan diaorang.. 


Inilah muka diaorang.. Bonda Bedah dan Mak Temah.. diaorang asal dari negara jiran kita jer... Singapore.. huhuhuhu.. 

untuk lebih story korang boleh baca kat sini : Bonda Bedah & Mak Temah..

korang akan tahu lebih detail and serba sedikit tentang diaorang.. apa yang bestnya tentang diaorang?
video yang diaorang buat dan uploadkan tu semua adalah apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita antara kita sedar atau pun tidak..

Contohnya video diaorang mengenai perbezaan Mak-mak di negara asia dan mak-mak di negara luar.. apa yang disampaikan sangat betul dan dengan cara yang sangat kelakar... aku gelak tak henti.. selain tu jugak diaorang ada buat pasal kepercayaaan orang-orang dulu macam menyanyi kat dapur dapat kawin lelaki tua, pasal makanan melayu, pasal perkara-perkara yang terjadi sebelum raya, waktu raya dan waktu puasa.. sangat enjoy dengan watak yang sangat mak-mak... hahaha...

Kalau korang semua dalam keadaan stress bila tengok video diaorang ni.. gerenti.. akan pecah perot.. huhuhu.. apa pun aku harap diaorang akan terus muncul dengan idea-idea yang lebih diluar kotak kita dan terus berjaya... aaminn...

#korangmemangthebestamongthebest

Monday, 22 September 2014

Jiwa..


JIWA

Ku keseorangan lagi
Ku mencari jiwa yang kini pergi
Tiada erti lagi aku disini
Andai jiwa aku mati..

Bukan aku tidak berusaha mencari
Tapi segalanya semakin laju berlari
Sehingga tidak mampu aku capai lagi
Cinta yang dulu bercambah dalam hati..

Bukan kau tidak sempurna
Malah kau lebih dari segalanya
Lebih layak kau memberi cinta
Pada insan yang tahu maknanya..

Hatiku pernah terluka
Aku silap dalam menyusun kata
Tindakan aku merosakkan segala
Jiwa dan lara semakin tersiksa..

Tidak sanggup rasanya menambah luka
Luka dihati orang sekeliling kita
Yang berharap kita bersama
Hingga ke syurga hendakNya..

Namun apakan daya diri
Bila aku tak mampu lagi berdiri
Berada disisimu lagi
kerana semuanya telah mati..

Bukan mudah aku menghampar cinta
Cintaku pernah dikhianati
Diriku pernah diperjudi
Hati selalu disakiti..

Mungkin aku terlalu mementingkan diri
Tanpa memikirkan perasaan dan hati
Sakit yang kau alami
Maafkan diri ini..

Aku perlu mencari kembali
Separuh jiwa ku yang pergi
Separuh diri yang hanyut sepi
Kerana keseronokan duniawi..

Kita tersilap dalam buat keputusan
Keputusan untuk hidup bersama
Kerana rasa mungkin tidak lagi sama
Seperti saat kau pergi tanpa kata..

Maafkan aku
Merobek mimpi yang kau anyam
Meranapkan istana bahagia yang kau cipta
Aku harus lakukan sebelum ianya bernanah luka..

Maafkan aku
Melemparkan harapan
Mengukir janji
Yang akhirnya aku sendiri khianati..

Aku tahu harapan kau setinggi langit
Untuk jadikan aku yang halal disisi
Tapi ianya perlukan dua hati
Bagaimana ianya akan terjadi dengan satu hati?

Begitu banyak pengorbanan yang kau beri
Tiada satu yang kau hargai
Kau cuba jadi yang terbaik
Tetapi segalanya tetap tidak dihati..

Aku bukanlah pencinta terbaik
Untuk ada disisi orang terbaik
Cinta kau terlalu bererti
Untuk seseorang seperti aku ini..

Aku lakukan semua ini untuk kebaikan
Sebelum lebih banyak harapan
Lebih banyak janji yang dimungkiri
Aku perlu melangkah pergi..

Hinalah diri ini
Caci makilah diri ini
Andai itu yang seharusnya kau beri
Aku terima dengan rela hati
Kerana kesilapan diri sendiri..

Jiwa ini kadang rumit
Mencari yang tak harus dicari
Menolak apa yang perlu dihargai
Maafkan sekali lagi..

Terima kasih untuk rasa yang kau beri
Untuk keikhlasan yang kau bagi
Untuk kasih sayang yang tak tertandingi
Terima kasih wahai si pencinta hati..

Ikhlaskanlah perpisahan ini
Aku doakan yang terbaik
Untuk kau dan diri ini
Semoga segalanya bertemu penamatnya
Satu hari nanti
Dan andai saat itu aku dah tiada lagi
Halalkan segalanya yang pernah kau beri..




Nukilan Khas:

Empty..



Assalammualaikum..

Empty?? Entry aku sekarang sangat suka mengunakan bahasa omputih walaupun hakikat omputih aku tak ada la bagus mana.. try and error la ni.. cewah.. hahaha..

Apa yang aku nak cakap pasal empty atau bahasa melayu nya kosong?? apa yang kosong? yang kosong adalah jiwa raga aku sendiri.. aku tak tahu kenapa, mana silapnya.. perasaan aku dengan MrAirforce(MA) tak sama macam aku dengan Aizad(AA).. walaupun AA menyakitkan aku..

Pada awalnya aku rasa macam mana perasaan tu.. tapi lama-lama perasaan tu pudar.. hanyut entah kemana... tak macam bila aku dengan AA... perasaan tu sentiasa ada walaupun setiap hari depan mata berkepit..

Perasaan berdebar bila nak jumpa.. perasaan malu-malu bila nak cakap benda pelik.. memang dengan MA pun aku malu.. tapi tak sama.. aku tak tahu kenapa.. perasaan ni dah lama... tapi aku mencuba..

Terlalu cepat ke hubungan aku dengan MA sampai aku rasa macam ni?


Aku rasa sesuatu yang hilang.. aku pun tak tahu kenapa.. dah terlalu jauh hubungan ni untuk aku berhenti... bagi ruang pada hati sendiri.. aku takut.. semua benda macam dalam keadaan salah sekarang ni... Minggu lepas baru je aku jumpa dia.. tapi waktu aku jumpa dia.. saat aku cuba nak dapatkan kepastian.. benda sama aku rasa.. kosong.. tak rasa apa-apa.. iya aku ketawa, aku gembira,, tapi keadaan tak sama... perasaan ni memang gila sangat..

Terlalu banyak sangat benda yang dia bagi pada aku.. sampaikan orang cakap dia tabur duit pada aku... aku tak mintak semua tu.. kadang-kadang kerisauan dia yang tak nak tengok aku susah buat dia macam tu.. dia cuba bagi yang terbaik untuk aku sebab dia tak sentiasa ada dengan aku.. tapi orang cuma mampu lihat luaran je.. tak apa aku faham.. aku pun penat nak tutup mulut orang..


Kadang-kadang bila orang tanya dan cakap benda ni pada aku.. ada jawapan lain disebaliknya... semalam.. nadia cakap benda sama macam bob pernah cakap.. aku kurus bukan sebab kau kurus.. tapi sebab aku banyak masalah.. aku banyak memikir.. betul ke?

Aku perlukan masa untuk sendirian ke? mungkin jugak.. banyak kesilapan yang aku buat yang buat jiwa aku tak tenang.. malam aku tak lena.. mungkin aku patut pergi.. pergi untuk menyendiri..


Semoga ALLAH bagi aku petunjuk.. untuk diri aku sendiri.. untuk hati aku sendiri.. mungkin aku dah terleka dengan dunia sampai aku rasa jauh dariNYA.. semoga segalanya kembali pada dulu... aaminn..

Photoshoot Ke Syok Sendiri?



Assalammualaikum..

Photoshoot ke syok sendiri?? hahaha.. Okeh nak disebabkan teknologi sekarang yang semakin maju, dengan penciptaan yang sangat lak tak terfikir.. banyak benda yang kadang-kadang kita ketinggalan...
contonhya macam monopod.. apa kegunaan monopod?? haha.. untuk berselfie? apa pulak selfie? selfie tu trend dan kegilaan orang ramai sekarang.. dalam bahasa mudah mengambil gambar sendiri la.. tapi untuk berselfie beramai-ramai perlukan monopod untuk menampakkan keseluruhan kawasan dan memenuhkan gambar dengan ramai orang.. hahaha.. faham tak ape yang aku cuba sampaikan? hahaha.. fahamkan la ye..

Disebabkan kegilaan bermonopod dan berselfie ni.. housemate aku si ros ajak aku teman die nak ambik gambar.. apa lagi aku pun terjebak dalam ini cerita la.. meh aku share pic aku dengan dia..












Inilah namanya kegilaan.. keluar semata untuk photoshoot yang sangat la syok sendiri ni.. hahaha...
dan kesempatan ni jugak la aku pun mula laber posing sakan..









Nampak tak kegilaan aku kat situ.. hahaha.. bila aku kenang balik.. kelakar jugak.. dulu aku sangat la benci untuk bergambar disebabkan kondisi kulit aku yang sangat macam dayang senandung, badan yang agak berisi, buatkan aku sendiri tak confident dengan diri aku.. bukan aku cuba bermegah tapi..aku bersyukur.. aku mampu buktikan yang aku boleh jadi lebih baik dari orang lain yang cakap macam-macam pasal aku dulu sebab diri aku.. huhuhu...

so konklusinya?? sayangi lah diri korang.. buktikan diri korang lebih baik dari orang lain dan kehidupan yang korang lalui lebih indah dari apa yag diaorang cuba katakan.. wah gramatis gitu ayat aku.. 

#fulloflove #imymemine

Tahniah Syu.. #Throwback..



Assalammualaikum...

Tahniah syu... atas tali pertunangan yang dah diikat... nampaknya kawan aku sorang ni dah tak boleh la join group single mingle.. hahaha.. awak da dipetik orang tau.. hahaha..

13/9 lepas.. secara rasminya kawan baik aku, merangkap housemate dekat ipoh dah jadi tunangan orang.. teruja sangat aku.. haha.. kenapa pulak aku yang nak teruja ek?? hahaha.. yelah sebab kawan aku ni dah bina tapak masjid dia.. tak lama lagi in sha ALLAH.. berapa bulan lagi jadi isteri orang pulak.. seronoknya.. hahaha

Waktu majlis syu tu.. aku pergi dengan MrAirForce aku la siapa lagi.. lepastu adik and budak kecik kesayangan aku pun nak ikut.. aku bawak jelah.. dah macam anak aku dah aku jaga.. hahaha.. lepastu sekali ambik arni.. arni pun kawan baik merangkap housemate aku jugak.. sangat la teruja belum sempat turun kereta dah berkepohci.. hahaha.. siapa yang mulakan? of coz la aku.. hahaha..

Jom tengok sekitar majlis syu tunang.. huhu..












Sangat la bahagia aku tengok kawan aku dah bertunang.. dan semua orang sibuk bertanya bila pulak aku punya masa?? hahaha.. sangat la lambat lagi sebab aku nak kejar apa yang aku nak dulu.. huhu..
sekali lagi tahniah ye syu.. nanti aku datang makan nasi minyak pulak ye.. hehe..

Aku sentiasa doakan kawan-kawan aku bahagia.. semoga satu hari bahagia tu akan jadi milik aku jugak... aaminn..


Thursday, 18 September 2014

Donut..



Assalammualaikum..

Donut? kenapa aku nak update pasal donut pulak ni? hahaha.. ok.. semalam aku keluar teman housemate aku nadia ambik barang dekat bakal kakak ipar dia.. huhuhu.. jumpa dekat giant usj..
so kitaorang pun pergi la makan.. lepas makan aku nampak j.co doughnut... seriusly aku nak try...

So aku dengan nadia pun beli la.. hehe.. sebabnya aku ni sangat la perempuan kampung.. aku memang tak pernah rase donut jco... yang aku selalu makan... big apple dengan dunkin doughnut jer.. nampak tak kampung dan jakun tenuknya aku kat situ.. hahaha..

Aku nak try sebab member aku cakap sedap dari big apple.. yeke? hahaha..


Belinya satu je pun.. hahaha.. aku makan lebih kurang je big apple.. cuma rasa topping lebih sedap.. macam rasanya kena lah.. tak manis dan cukup rasa.. cewahhh.. komen panjang berjela... donut je pun... hahahaha...

Tak apa lah yang penting dekat sini aku dah cuba apa yang aku tak pernah cuba, jumpa... maklum la.. kejakunan tahap tenuk kat zoo... hahaha.. so lepas ni layan jco jela.. cewah.. bukan pengemar donut pun.. hahaha..

Pada yang kejakunan tenuk macam aku ni tak pernah rasa.. pergi la rasa... berlambak kat KL ni.. murah jer.. cuba jangan tak cuba... #akuyangdahketinggalansuruhorangmakansedih...

The Way You Treat Me..



Assalammualaikum..

The way you treat me.. wah.. tajuk entry nak orang putih gitu.. curlass kau maria.. maria ker?? hahaha.. ok.. nak kupas pasal topik harini.. pernah tak terjadi kat korang semua bila korang layan orang lain sebaik mungkin.. perangai sesuci pembersih pinggan magkuk sunlight.. tapi apa yang korang dapat balik hanyalah benda yang sangat lah korang unexpected... sakit kan??

And benda ni lah yang tengah terjadi pada aku sekarang ni..


Ok.. post  semalam aku cerita pasal aku wish birthday si AA.. then bila dah aku wish.. dia cuba untuk start balik la semua perbualan kitaorang.. ok.. aku terima sebagai kawan... tapi yang paling sakitnya.. dia balas balik apa yang dia nak tahu kena tunggu 4 tahun baru balas.. hellooo... kau cuba buat aku yang terkejar kat kau ke? apa permainan kau sebenarnya ni? pelik jugak aku..

Adakah sebab kau tahu perasaan aku masih kat kau so kau nak buat macam aku ni sampah la? kau nak tunjuk pada semua orang yang aku masih gigih akan mencari kau lagi? macam tu ke yang kau nak?

Yes.. aku sangat la mengakui untuk buang perasaan selama 3 tahun kat kau tu bukan mudah.. tapi jangan buat aku macam tunggul yang tak ada perasaan.. ye memang aku yang tinggalkan kau.. kalau ini cara kau untuk menyakitkan aku.. ok.. aku terima.. tapi bila aku nak pergi terus.. kau halang.. bila aku katakan macam ni.. kau cuba nafikan... apa sebenarnya..?


Kau layan aku macam aku ni satu pilihan buat kau... hello.. aku cari kau sebab kau pernah buat baik pada aku.. semua kebaikan kau aku ingat.. so aku cuba buat benda yang sama.. tapi jangan nak take granted atas semua ni sebab nak sakitkan aku..

Kalau kau benci.. katakan je benci... kalau kau meluat.. cakap.. aku boleh pergi.. kau nak balas and nak sakitkan aku sebanyak mana lagi AA? sebanyak mana? aku cuba diamkan.. buat kau tak nampak aku.. tapi kadang kau mencari.. kau bertanya.. mana aku, kenapa aku.. bila aku cuba ada untuk kau.. kau buat aku betul macam pengemis..

Kalau aku layan kau macam mana cara kau layan aku.. mungkin kau dah lama tinggalkan aku dulu.. kau boleh faham semua ni? kau boleh rasa? mesti la tak.. sebab apa? sebab kau terlalu fikirkan tentang diri kau sorang, hati kau sendiri, hidup kau sendiri... and that was so selfish la...

Terima kasih la yer untuk layanan kau ni... pastinya satu hari kau akan rasa apa yang aku rasa.. rasa jadi pengemis, rasa jadi terhegeh-hegeh, kifarah tu ada kerana ALLAH sentiasa ada...

Happy Birthday..



Assalammualaikum..

Happy Birthday.. hanya mampu aku ungkap dan ucap dalam hati sahaja.. apa kena mengena ek?? hahaha.. birthday siapa??? hahaha.. semalam 17/9 birthday si dia.. AIZAD IZWAN MOHD FAUZI... salah ke aku nak wish? saat hari penting dia??

Sejujurnya.. selama aku mengenali dia.. tak pernah sekali pun birthday dia yang aku sambut kn.. macam buat suprise ke.. belikan apa-apa ke.. mesti setiap kali birthday dia.. aku dalam kesusahan dan tak mampu gembirakan dia... itulah sebab nya.. aku teringat nak wish dia..

Setiap kali birthday aku.. dia lah yang pertama akan fikir nak beli ape. bagi ape, nak buat suprise macam mana.. aku tahu semua tu dari budak-budak ni.. teringat lak suprise birthday yang dia buat untuk aku.. serius aku sangat terharu..

Benda terakhir aku bagi pada dia yang berharga dan mahal.. wallet jenama CAMEL ACTIVE.. gaji pertama aku kerja parkson aku belikan untuk dia.. khas untuk dia.. itu sebab lah bila ejam cakap pasal wallet.. aku memang nak belikan untuk ejam bila dia mengadu wallet dia dah rosak.. tapi aku tak nak la.. apa benda yang aku buat untuk aizad semuanya sama.. biarlah dia dapat yang lain dari aku.. bukan yang sama macam aizad dapat...


Semalam genap la umur dia yang ke 22... semua orang halang aku dari wish birthday dia.. tapi kedegilan aku nak jugak wish pada dia... tanpa pengetahuan sesiapa.. hanya ejam je yang tahu.. and dia ingatkan aku benda yang aku akan buat pada dia bila birthday dia.. benda simple tapi bermakna bagi dia.. mungkin.. huhuhu

Tapi.. mungkin jugak awek dia dah buat something special untuk dia... kan?? aku doakan yang terbaik untuk dia.. dan semoga dia akan kuat untuk lupakan aku.. aaminn..

Apa pun aku harapkan yang terbaik untuk hidup dia.. aku sayang kau sebagai kawan aizad izwan... 

Tuesday, 16 September 2014

Reunion..



Assalammualaikum..

Topik harini... reunion.. reunion apa ye? hahaha.. ok.. reunion bsekolah menengah aku dulu... sekolah tekni. PD.. sgt2 la excited.. setelah sekian lama,,, dekat 4 tahun jugak la kan tak berjumpa and berkumpul.. mana ada yang terjumpa and terstudy satu tempat pun nak jumpa susah.. macam aku dengan daus and amoi.. hahaha.. amoi?? mesti ingat perempuan.. dia lelaki tapi oleh disebabkan keputihan kulit die yang macam amoi tu.. timbul la panggilan amoi.. huhuhu..

Sebenarnya dah banyak kali jugak merancang.. tapi tak pernah menjadi.. disebabkan kesibukan... cewah.. macam sekarang tak ada life lain pulak kan? haaha... of coz ada cuma tak se busy dulu... ramai antara kitaorag dah habis study and bekerja.. so boleh la kan...

Trip yang dirancang ni katanya nak kumpul dekat BUKIT CERAKAH.. seronok ke? hahaha.. seronok katanya... budak ni ramai dah survey tempat.. aku as usual aku follow jer.. aku memang jenis macam ni.. hahaha...

Dekat bukit cerakah dia orang kata ada rumah 4 musim, boleh cycling.. byak lagi la.... keterujaan aku terserlah dengan dah macam muka tapir senyum dah.. hahaha... 


Disebabkan aku pun tak pernah pergi.. aku culik la gambar ni dekat google.. huhuhu... macam-macam kan ada dekat sini.. tak sabar rasenya nak pergi.. 18/10 ni berkumpul la kembali budak Civil Engineering Teknik PD 2009/2010...

Semua dah lain.. semua dah berubah.. makin cantik.. makin gojes.. aku jer tak berubah.. still macam tu.. segan pulak aku nak pergi.. rase rendah diri sangat.. huhu... tak apalah.. jadilah jelah apa adanya aku kan.. hehehe..

Semoga pertemuan ini dipermudahkan dan segala kekusutan dulu terhapus dengan pertemuan ni.. aaminn.. :)

Friday, 12 September 2014

Lelaki Mulut Joyah..


Assalammualaikum...

Korang mesti selalu jumpa kalau perempuan mulut ala makcik2 mengumpat depan rumah.. tu dah perkara biasa dan lumrah bagi perempuan kan... tapi.. kalau lelaki yang mulut joyah macam makcik2 makan sambal belacan terlebih ni mesti pelik kan?

Itulah yang aku rase sekarang.. bila aku jumpa sorang laki yang tersangat la menyibuk hal perempuan dan rase diri sendiri bagus dengan mulut yang nak melaga-lagakan orang.. aku ingat lelaki ni jenis yang tak akan ambil port pasal hal perempuan..


ha.. menjoyah macam ni aku tahu la perempuan punya bab,, ini lelaki yang sibuk.. tak rare la brader,, huhu.. nasib la isteri ko tu kan... hahaha.. dah la cakap tak nak kalah.. ape orang ade kau nak ada... semua orang boleh kau pun boleh sedangkan bila nak buat tak tahu... cehh...

Haish.. harap aku dapat bersabar la.. diam-diam aku bila bersuara nanti sentap ulu hati.. maaf la yer.. huhu.. aku sangat tak berminat dengan lelaki yang masuk campur hal perempuan kalau setakat nak tahu cerita then tutup mulut aku respect... tapi.. ko nak join perli dengan orang sana lain.. orang sini lain.. tak nice la bro.. huhu

Aku yang tahu cerita pun still buat-buat tak tahu.. sebab tak ada kaitan even terkena tempias rintik-rintik hujan tuh.. haha.. rileks la bro.. da besar kan..

#moralofstory
#jadilelakijanganmenyibuk
#gentleman

Thursday, 11 September 2014

Balik Ke Kampung...



Assalammualaikum..

Harini aku nak kongsi ke excitedan nya aku nie untuk pulang ke kampung setelah sebulan lebih rasanya aku tak balik... atas sebab2 yang agak munasabah... aku tak balik and tak col mak aku.. #maaf..


Malam tadi aku dah bungkus siap dah semua keperluan yang aku akan perlukan.. cewah... keperluan ke ???? hahaha.. Aku ada satu penyakit yang memang tak dapat nak diubati.. penyakit untuk bungkus bawak balik semua benda yang tak penting tapi anggap penting lastly.. benda yang betul penting yang aku tertinggal.. hahaha

Seriusly.. setiap kali aku balik... even selama 3 hari 2 malam... barang yang aku akan bawak melebih-lebih.. tak pakai pun.. buat berat beg je... itulah penyakit aku.. sebab perasaan aku yang rase.. cukup ke, cukup ke.. sedangkan balik bukan pergi mana pun... hahaha.. kalau korang pun sama dengan aku.. kita memang geng la.. hahaha..

Harini aku balik bawak beg belakang je satu... itu pun banyak giler benda aku sumbat.. dan aku tak tahu ape yang aku bwak... hahaha.. surely bile sampai sana akan ada barang tinggal.. tapi harap-harap tak lah..

Hahaha.. itu je yang aku nak share excited tenuk aku nak balik kampung.. and nak datang tengok member baik aku tunang tu excited macam aku yang nak tunang.. semoga segalanya dipermudahkan.. aaminn..

kluang... mu tunggu aku datang... hahaaha

Iri Hati @ Cemburu...

Assalammualaikum.. post aku kali ni aku nak post pasal iri hati @ cemburu.. apakah aku cuba sampaikan? hahaha..

Okeh la ini kejadian yang berlaku sekeliling aku.. orang yang ada pangkat dan jawatan mula menindas orang yang dia tak suka.. lebih kepada diskriminasi la.. pilih-pilih bulu.. mana yang berkenan dia mula lah akan sayang, suka... bila yang tak berkenan.. ada sahaja yang tak kena.. boleh ke nak buat macam tu?

Apakah ini disebabkan perasaan iri hati @ cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada? 


mugkin betul ape yang dicakapkan ini kan.. sebab diaorang tak ada apa yang kita ada tu yang cemburu..


Inilah salah satu penyakit manusia yang tak mungkin akan mudah di buang tapi... cemburu, dengki, iri hati biarlah dari sudut yang positif kan?

Come on people... bukak minda,,, kita bukan duduk tahun dulu-dulu.. bukak pemikiran.. pandang kehadapan.. barulah boleh maju diri sendiri dan orang lain pun happy..

Ya Allah.. jauhkanlah aku dari penyakit ini.. seandainya ada biarlah untuk kebaikan diri aku sendiri..

Selongkar..

Assalammualaikum.. harini aku nak post pasal selongkar.. apa yang aku selongkar?? Dah berapa hari dah aku selongkar benda ni.. baru aku nak update.. hahaha..

Aku selongkar twitter aku sendiri.. ape yang aku jumpa?? dalam senarai pic twitter yang aku post ada pic aku dengan dia.. dia siapa? haruslah aizad izwan... dulu-dulu mana lah ada kisah aku dengan MrAirforce aku tuh..

Terdiam jugak aku sekejap dengan caption yang aku sendiri tulis... pic anniversary aku dengan dia.. selamanya aku dengan dia.. then mula la... tiba-tiba ada lagu latar kat belakang.. lagu sedih.. and tiba-tiba fikiran melayang mengenang kembali memori daun ketupat palas tau.. hahaha.. drama sangat..

Seriusly aku sangat lupa pasal pic dekat twitter sebab aku fikir aku dah padam semua.. pada fizikal.. luaran.. ye memang aku boleh padam semua.. tapi memori daun ketupat palas tuh? hahaha...


Aku bukan setakat cuba dah tahap struggle dah untuk lupakan.. tapi hati kan? tu la orang cakap.. cinta ni gila.. yang menyakitkan tu lah yang akan kita kejar dan ingat... yang bahagia dan depan mata tak hirau sampai la terlepas semuanya..

Aku? andai dah takdir aku untuk bahagia tu tak ada.. aku redha.. kalau Mr Airforce mula give up untuk tunggu aku... aku faham sangat dah... sebab siapa la sanggup bersabar kan.. tapi andai sebaliknya.. alhamdulillah la... :)



In sha ALLAH aku akan cuba untuk buang perasaan ni.. walaupun ada sahaja halangannya.. bermacam dugaan bila aku nak lupakan.. terbau minyak wangi die la.. nampak org pkai beg sama mcam dia la.. jumpa org muka seiras la.. fikiran terbayang kemanisan aku dengan dia dulu la.. tiba-tiba benda tu datang.. and bila je semua benda tu datang.. aku akan doakan dia jugak melupakan aku and bahagia dengan makwe die.. sentiasa fikir macam tu so akan cepat la aku lupakan... :)

Semua pic tu bialah.. aku tak nak padam.. bukan untuk diingati... untuk tnjuk aku kuat untuk pamerkan kisah aku yang dulu.. sebab tak ada apa yag perlu aku sorok.. aku pernah bahagia dengan dia dulu.. and bialah memori tu kat situ...:)

Aku kuat dan aku tahu tu...