Friday, 29 August 2014

Ergh!!!

Assalammualaikum.. okeh harini aku nak post pasal rasa annoying yang menebal.. skit aty smua ada la.. ergh.. susahnya nak cakap rasa yang ada dalam hati ni pada masa ni..

Firstly, rasa sakit hati bila dibagi harapan palsu.. harapan minggu ni dapat jumpa MrAirForce.. tapi tak dapat.. last minute tak dapat cuti.. erghh..

Second, dah rancang semua benda... dah siap booking hotel dah nak pergi langkawi.. semua dah siap.. then tak dapat pergi.. disebabkan punca maslah pertama tadi..

Third, tinggal aku berdua dengan ros.. sabtu ros kerja ofis and kfc.. then malam aku sorang kat rumah la citernya... then ahd and isnin mlam aku akan sorg2 jugak..

Kalau la aku tahu mcam ni jadinya.. baik aku balik johor.. even aku sakit hati nak balik johor.. tapi mungkin tak sesakit ni kot raseny.. dibagi harapan nak jmpe.. dah siap suruh aku survey smua.. then dia yang ade mslah... igt aku ni ape?? sakitnya hati.. aku dah tanya da banyak kali confirm ke dapat cuti... kata dapat.. tapi akhirnya mcam ni..

Memang betul la kata kawan aku.. aku ni makin kurus bukan sebab aku diet.. tapi hidup aku yang penuh masalah ni.. masalah orang sekeliling aku yang ske buat hidup aku kucar-kacir.. seriusly aku mnyesal.. menyesal bercinta lagi..

Aku seksa hati aku sendiri... bila orang dah hadir dalam hidup aku.. kenapa mesti nak buat hidup aku ni macam hidup diaorg? semua benda nak aku ikut cakap diaorg.. diaorg yang nak uruskn hidup aku.. ape kehendak dan kemahuan aku ditolak.. aku tak layak ke nak buat yang terbaik untuk hidup aku sendiri??

Bila aku dah bagi peluang, memaafkan.. aku jugak yang terluka... bukan orang lain bukan siapa-siapa.. aku.. aku yang sakit.. yang orang hanya tahu.. tak apa... AZMIERA boleh maafkan, AZMIERA boleh bagi peluang.. salah jugak bila terlalu baik.. entahla... hati sabar ye... maafkan aku sebab tak jaga kau.. satu hari nanti kau akan bahagia jgak.. aaminn.. 

Tuesday, 26 August 2014

Pendam..

Pendam..

Pendam
amat payah untuk aku leraikan mahupun terangkan
memendam untuk menjaga hati
atas dasar mengalah
aku memilih untuk pendam
berdiri diam
aku tetap tunduk mengalah
demi insan yang aku sayang
yang amat aku hormati
tapi ternyata sia-sia
bila ianya tidak dihargai
tak dipandang walaupun sekali
yang dilihat, disanjung
hanyalah insan yang pernah melukai
melukai hati mereka sendiri
itulah yang sentiasa mereka sanjungi
walaupun hanya diri ini yang menangani
yang menghadapi
setiap perbuatan insan yang mereka sanjung
hanya yang mereka pandang hanya dia
 kerana aku melukai perasaan dia sedikit
aku dijadikan bahan ungkitan
segalanya diperkatakan
segalanya salah pada matanya
salah pada mata mereka
aku pergi membawa hati
pergi membawa diri
menjaga hati sendiri
agar tiada yang tersakiti
agar tiada yang terluka lagi
aku tahu walaupun aku pergi
tak akan ada yang datang mencari
sebab aku tidak dihargai
tak mampu menandingi
yang seorang lagi
biarlah aku pergi
perlahan-lahan berlari
manjaga apa yang penting untuk diri
maafkan kesilapan diri
andai ada yang pernah dilukai
tidak terlintas untuk melakukan begini
tetapi tulus dari hati
biarlah aku pergi..

Monday, 25 August 2014

Sekali Lagi...

Assalammualaikum... post untk hrini.. Sekali lagi.. yup Sekali lagi aku terluka dan terluka... Ok.. Sekali lagi ni lagu dari kumpulan spoon.. kalau korang penah dengar la kan.. aku ni memang pelik skit.. layan lagu yang ada kaitan dgan hdup and prasaan aku sndri.. in simple word.. jiwang... jiwang ke? aku pun tak tahu... sampaikan FARAH and ATYN setiap kali aku karaoke dia orang akan cakap.. aku tak pernah dengar lagu yang AZ nanyi.. hahahaha... sengal kan.. dengar la lagu ni seriusly siapa pun akan ske.. tapi kalau faham lah maksud tersiratnya... ceh3.. minah bunga ni.. haha..

Okeh nak dijadikan cerita aku pun bagi la link youtube lagu ni kat aizad.. and the result... die sentap.. hahaha.. sebab die tak suka lirik dalam lagu ni... itulah yang perasaan aku cuba sampaikan kat dia sebenarnya... lebih baik aku jaga hati aku dari terluka tanpa orang yang aku sayang.. biarlah hilang biarlah pergi tak akan aku cari lagi.. tak mungkin la selepas beberapa kali aku terluka...

Lirik ni yang paling dia tak suka... "Tidak ku dendam,Di atas perbuatan mu itu,Cuma ku harap ,usahlah kau kembali,Kepada diri ini oh kasih... Biarku hilang insan yang ku sayang,Namun tak rela diri ini kau terus sakiti lagi,Biarku hilang insan yang ku sayang,Namun tak rela diri,Engkau terus sakiti lagi,Sekali lagi.."

Kenapa sentap dengan ayat ni.. sakit dan tak boleh terima? ini lah ape yang aku rasa.. aku dapat maafkn dia mungkin... tapi untuk aku lupakan kesakitan dengan dia tak mudah.. ye memang aku akui aku yang pergi tinggalkan dia... tapi sebab luka yang dia bagi.. kalau tak mungkin aku bersama dia lagi.. tak ada ape lagi yang dia nak kesalkan sebab die dah ada insan yang boleh bagi dia bahgia macam mana aku ade insan yang bahagiakan aku sekarang ni..

Aizad izwan.. semakin lama aku dekat dengan kau semakin sakit perasaan aku ni.. semakin banyak yang aku makan hati.. andai semua ni balasan untuk aku tinggalkan kau and pergi... kau dah berjaya sakitkan aku.. aku harap kau puas.. dan aku  janji aku akan perlahan-perlahan pergi... aku akan doakan kau.. in sha ALLAH.. :)

Sekali Lagi 

Bila cinta bermula
Hidup bercahaya
Menyinari ruang gelap gelita
Oh hanya menyelinap jiwa
Merawat pedih luka cinta

Cinta kian lama mekar di jiwa
Harum ditanam sehingga berbunga
Itu semua tinggal kenangan saja
Amat pedih ku rasa
Apa yang di idam ini kecundang
Di pertengahan jalan

Sungguh kau kejam
Mencalarkan luka yang pernah kau rawat
Membiarkan aku dalam derita
Sebak dalam dada

Tidak ku dendam
Di atas perbuatan mu itu
Cuma ku harap usahlah kau kembali
Kepada diri ini oh kasih

Biarku hilang insan yang ku sayang
Namun tak rela diri ini kau terus sakiti lagi
Biarku hilang insan yang ku sayang
Namun tak rela diri
Engkau terus sakiti lagi
Sekali lagi

Bodoh Sangat Ke Aku?



Assalammualaikum... post aku harini nak cerita pasal kesilpan and kbodohan aku..aku pun kadang kadang tak faham dengan perasaan sendiri jugak... seriusly... aku dgn aizad izwan berkawan... ok.. kitaorg berkawan..

Part paling sakit bile kena bodohkn.. aku penah post psal die dgn girl yang join infosys skali dgn kitaorg... then die ckp la die dgn girl tu xde pape.. kalau ade pape pun hak die la.. siapa aku kan.. aku pun dah ade org yg sygkan aku... hrgai aku dri dia...

Nak dijadikan cerita... sabtu haritu aku lepak dengan die.. die dgan lappy die nak tgok movie la... then die g bli mknan.. aku pun apa lagi stalker la lappy die.. and yang sgt la aku tak sngka... ad dua folder pic girl yang dia kata dia tak ada pape tu? dalam lappy die dgn jumlah yg agk byk gak la... kalau tak ada pape.. tak kan la sampai simpan pic... alsan girl tu yang sent then slalu tnya oke tak apa yang girl tu pkai.. Helloo.. ikt logik.. kalau aku tak ada pape dengan someone tu bkan mudah aku nak sent pic aku and dijadikan koleksi someone tu kan..? ingat aku bodoh..? tapi malangnya memang aku bodoh.. bodoh percayakan die..

aku igt... 4/5/2014 die post pic die gan girl tu dkt insta and wchat die.. smggu tak contact aku... smggu lpas tu cntct aku... mrayu bgai... mula la buat ayt bunga2... then aku un pcya la blik... haish aku pun tak tau la hati ni kan... then 22/5/2014 die kluar lagi dgan girl tu ikt trikh yg at pic die dgn girl tu.. what the... ape die cbe bktikan and tnjukkan kat aku ni??

Seriusly.. aku menangis smahunya malam tu.. ak menangs sbb aku rasa bodoh.. senangny aku percaya.. senangnya aku iyakan and senangnya aku berkawan... berkali-kali dia lukakan tpi tetap jugak aku lyan kan dia.. hati ni kadang kadang aku tak faham jugak...

Then aku pun amik kputusan ckup la smpai sini aku penat sgt kne bodoh mcm tu.. bru aku nak pergi jauh... dia eksident mlm tdi... die call aku tapi aku xsedar... aku tak angkt.. pagi tdi bru la ak col die balik.. trok jugak.. die kne lggar lari.. tak mampu lagi aku nak pergi.. haish...

Bodoh sangat ke aku ni? bila hanya satu hati yang aku jaga.. sedangkan ada hati yang selayaknya aku jaga... aku sangat bsyukur... dia sangat memahami.. thanks Mr Air Force.. in sha ALLAH myra akn cbe slesaikan semua benda ni ye... thanks sbar and ttap ada dkat situ.. even skit kan sbenarnya.. maaf.. maaf.. and maaf..

Aizad Izwan... semua benda ni akan tamat...maaf...


Thursday, 21 August 2014

Kenapa?

Assalammualaikum.. entry kedua kli ni nk ckap psl KENAPA... KENAPA? kenapa ek? hahhahaha.. sbb tu la nk tulis entry ni... xthu KENAPA dengan jiwa lara ak ni... ceh ayat nak jiwa lara kan...?? kelas kau jah... haha... nak buat entry sedih jadi entry lawak lak kan... biasa la kan bila jiwa yang tengah lara ni ting tong cam ni la jadinya kan.. huhu..


Ayat gambar ni je dah tahu betapa sakitnya aku.. aku tak tahu KENAPA.. aku memang nak kan perhatian... yup perhatian dari insan yang aku sayang la.. siapa lagi.. aku yang tak faham or ape aku pun tak tahu... then timbul isu ni "KENAPA?" yup dah kenapa dengan perasaan aku nie kan.. ak pun pelik la.. boleh lak malam tadi aku melalak satu malam sampai tertido... hasilnya... taraaa.. mata aku sebesar bola ping pong pun terhasil... hahaha... ni la akibatnya... mungkin dah lama sangat aku tak menangis kot... kan.. atau pun perasaan yang aku pendam tak terluah ni.. aku pun tak tahu la KENAPA...

Puncanya sebab marahkan ejam sebab tak teman aku malam tadi macam biasa... aku tunggu dia.. aku col dia tak angkat.. aku dah terbiasa.. tido bertemankan col or skype.. ni semua gara-gara di manjakan la ni.. bila dah tak dapat perhatian macam ni la kan.. and then muncul satu perasaan yang tak sepatutnya... and aku tak tahu KENAPA perasaan ni muncul..


Perasaan perlukan teman.. teman giler-giler dulu.. melayan aku kalau aku tak ada mood.. bagi aku makan banyak2.. hahaha.. and aku pun kuat makan bila dengan dia... selamba je aku makan nasi... makan sate lagi... selamba badak buat perangai buruk aku.. hahaha.. bila perasaan aku lain macam dia akan bawak aku amik angin malam... sembang benda merepek.. gurau kasar, tengok gelagat org then pandang satu sama lain dgan isyrat jgn glak wlupun dalam hati berdekah2 gelak tgok glgat org... rndukan saat tu smua... hahaha... feeling lebih lak ni aiyak.. senang citer in a simple word aku tetiba rindukan AIZAD IZWAN..


Benda tu tak akan kembali and akan susah untuk kembali.. susahkn bila nk buat smua bnde mcam biasa.. aku pun tak tahu la.. kalau dia boleh buat semua bnde mcam biasa.. mungkin kita org boleh jadi kawan baik yang paling terbaik kan,, aku boleh buat smua bnda macam biasa.. sebb aku mngaku ego aku mmg tinggi.. so aku boleh lawan semua tu macam mana aku dengan rony dlu.. lama-lama perasaan tu akan lenyap sendiri.. then aku and rony boleh kawan macam biasa.. mungkin situasi aku tak lama macam mana dgan aizad izwan yang dah 3 tahun.. semua tak akan jadi kalau tak ada punca kau dan aku pun tahu puncaya apa... aizad izwan kalau la kau boleh faham dan ikhlaskn bnda yang jadi.. mungkin kita tak seserabut ni kan..

Permainan jiwa ni memang hebat... hanya ALLAH yang maha mengetahui jodoh aku.. biarlah hanya DIA yang tentukan...



Berkabung..

Assalammualaikum.. harini ak nk post entry ak psal upacara perkabungan untuk mangsa MH17.. harini merupakan hari yang suram buat seluruh rakyat Malaysia...


Bagi menghormati harini satu ofis ak pun pkai la pkaian yang ada wrna htam... tak baju yang hitam.. tdug hitam.. ini merupakan satu tragedi yang terburuk kepada negara selepas kehilangan MH370.. pesawat penerbangan kita ditembak jatuh semasa penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.. pesawat penerbangan ini disangka pesawat pejuang oleh kerana konflik dua negara Ukraine dan Rusia... Dengan penumpang seramai 283 dan anak kapal seramai 15 orang.. tiada yang terselamat.. mayat bergelimpangan semasa ditemui... tak mampu dibayangkan keadaan mangsa..

Kes ini msih dalam siasatan, jadi tiada kata ataupun komen yang mampu dilontarkan lagi mengenai isu ini.. cuma satu yang ak ingat kata-kata Tun M.. Secanggih-canggih teknologi ketenteraan sudah tidak mampu kah membezakan antara pesawat penerbangan awam dengan pesawat ketenteraan.. secara logiknya memang itu la yang akan semua orang berfikir.. biarkan sahaja pihak berwajib menguruskan kes ini.. dan semoga ianya selesai tidak lama lagi bagi menuntut keadilan buat keluarga mangsa...

Tak mampu nak digambarkan luluh hati keluarga yang terlibat... Tragedi ini terjadi sewaktu kita masih dalam bulan ramadhan dan sedang menantikan syawal menjelma.. apa pun yang pasti... kita bersama mendoakan mereka yang terlibat tenang di sana,, dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...



Wednesday, 20 August 2014

Inspirasi Dari Andai Hatiku Bersuara



ANDAI HATIKU BERSUARA

Andai hatiku bersuara
Pasti banyak yang terluka
Kerana tidak pernah menyangka
Apa yang selama ini aku rasa
Seperti insan biasa
Aku juga ingin merasa
Merasa untuk bahagia
Sukar untuk aku cerita
Kisah hati yang penuh duka
Pernah terluka
Pernah di dua
Sakitnya hanya aku sahaja yang rasa
Orang lain hanya mampu tertawa
Melihat aku menanggung sengsara
Namun senyuman masih mampu aku pamer untuk mereka
Mendoakan mereka bahagia
Menunjukkan aku mampu berdiri tanpa mereka
Meneruskan kehidupan yang penuh seksa
Walau hati terluka menanggung sengsara
Aku tetap bahagia seadanya
Kerana segalanya mematangkan aku
Untuk tetap berjalan meneruskan  kehidupan
Yang beronak dan berliku
Tanpa sesiapa yang mengetahui
Apa yang tersimpan dalam hati ini..

Andai Hatiku Bersuara..

Assalammualaikum.. entry ak kali ni ak nk crite psal lagu yang ak bru dngar kat youtube.. entah mcm mna gtal lak tgan ak nk dgr lagu ni.. dari penyanyi baru... gaya die mcm APIT yang nanyikan lagu tak ku sangka tak ku duga tu.. but yang pasti CHOMEL ni perempuan.. tak tahu kenapa perwatakan die yang macam tomboy tu maybe ada kisah sebaliknya.. okeh tak nk komen psal personaliti die.. itu hak die.. the main things is suara die sedap and lagu ni tersangat la menyentuh hati aku...
Kenapa tersentuh hati?? mungkin liriknya sama dengan apa yang aku rasa,,, andai hatiku bersuara mungkin sama kan.. huhuhu... ni la dikatakan jiwang melarat... bak kata org setiap lagu yang disukai oleh setiap perempuan ada kisah disebaliknya.. mungkin terlalu banyak kisah la ak melyan lagu yang mcm ni.. huhuhu.. apa pun.. layan la lagu ni gerenti xmenyesal.. thumbs up chomel..
Lagu Andai Hatiku Bersuara
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.
Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.
Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

Tuesday, 19 August 2014

Dulu..


Kalau dulu hati ini terluka
Kalau dulu bibir hanya mempamer duka
Tetapi sekarang yang ada hanya gembira
Berada di samping si dia
Yang telah menunggu sekian lama
Kembali untuk membasuh luka
Membuang segala duka
Agar terpelihara cinta
Yang suatu masa dulu aku sangka
Akan mati di arus masa
Tetapi itu semua khayalan sahaja
Belum sempat pun aku meratap luka
Meratap sedih atas segala cerita
Dia kembali menceriakan suasana
Suasana yang aku rasakan mati
Tetapi kehadiran dia disisi
Amat aku hargai
Dia amat memahami
Masa yang aku perlukan untuk diri
Melupakan sidia dulu yang peernah berada dihati
3 Tahun mengukir janji
Berikrar cinta dan setia
Mengukir impian bersama
Semua itu tidak mudah
Aku harap dia mampu bertahan
Bertahan untuk menyintai diri ini
Sebagaimana dia bertahan selama hari ini..


Hanya Kami Yang Memahami...

Assalammualaikum.. Entry harini aku nak update pasal aku dan mr.AirForce aku la... hehe.. psal ape? hanya kami yang tahu.. eceh tajuk dah macam novel tak siap and drama yang tak laku... hahaha...

Semalam boleh pulak kan aku dengan die berlawan puisi... hahaha.. puisi ke??? ceh.. ayat cincai mancai nak kata puisi.. bak tajuk aku harini... hanya kami yang tahu.. hahaha... okeh jom bace puisi yang tak seberapa ni.. hahaha

Aku : 

Lelaki
Mudah sungguh kau menabur janji
Dengan begitu mudah kau memungkiri
Apakah memang sudah begitu lumrahnya lelaki
Aku pernah menyintai
Tetapi cintaku dikhianati
Kebaikan sering disalah erti
Atau aku yang tak mampu memahami
Adakah begini takdir diri
Hidup sentiasa diselubungi sepi
Hingga serik untk menyintai lagi
Apakah hati ini untuk disakiti dan dilukai
bukan untuk dilindungi dan dihargai
Mungkin benar kata pujangga sakti
Bahawa cinta lelaki sukar untuk dipercayai
Kerana ia mampu membunuh cinta dalam hati

Dia:

Wanita
Cintamu sejati
Bermula cintamu dari hati
Namun tidak kah kau mengerti
Cinta lelaki itu
Bukan hanya menabur janji
Dan bukan pula untuk menyakiti
Tapi cinta lelaki
Untuk orang yang betul-betul dia sayangi

Aku:

Andai tiada peluang diberi
Apakah nasib cinta si lelaki
Hanya mampu mendiamkan diri
Berdiri sendiri menyesali kesilapan diri
Termanggu melihat si kekasih dibawa lari
Hati yang dinanti dibiarkan sepi
Adakah begitu nasib diri

Dia:

Peluang yang diberi
Menjadi keinsafan diri
Untuk terus berdiri
Menegakkan cinta sejati
Si kekasih berlari pergi
Telah kembali
Alangkah indah rasa dihati
Mampu bercinta sekali lagi
Ku mohon sepuluh jari
Memohon kemaafan yang pasti
Andai dapat menebus diri
Akan ku turuti segala yang dihajati
Biarkan kasih ini
Terus bersemi
Menjadi cerita suatu hari nanti

Aku :

Andai cintamu cinta pasti
Tak ku halang niat murni
Untuk sentiasa berdiri di sisi
Untuk menebus segala kesilapan diri
Menunaikan janji yang tak ditepati
Moga perhubungan ini diberkati
Dengan redha ilahi
Dan keluarga sendiri
Segalanya terserah pada diri
Untuk Menjaganya Nanti

Aaminn... hahaha... tak ada keje saja mencari kerja... nasib baik la mr.AirForce tu boleh nk faham peragai awek die yang pelik ni kadang-kadang.. and layankan je kerenah orang tua yang perangai macam budak-budak ni... maaf ye mr.AirForce... hrap awk xmnyesal.. hehe... :)



Wednesday, 6 August 2014

Rindukah Aku?


Rindukah aku 
Bila dia menyepi?
Rindukah hati
Bila dia berdiam diri?
Perlukah aku mencari?
Bila dia tidak menghargai?
Peluang sudah pernah aku beri..
Perlukah aku berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Berterusan memberi harapan pada hati
Bahawa kau akan setia pada diri ini
Sedangkan berulangkali
Hati ini telah kau sakiti
Kenapa harus kau yang aku cinta dulu?
Kenapa harus kau yang aku jumpa dulu?
Saat hati terluka
Engkau datang menyembuh luka
Tetap kini kau juga menambah luka
Menambah sengsara pada hati yang lara
Sungguh kau tidak ku sangka
Membiarkan aku berduka
Termanggu tanpa kata..


Nukilan Asli Dari Hati:

Apa Gunanya?


Apa gunanya kau hadir
Jika hanya seketika cuma
Seperti angin yang menyapa
Datang dan berlalu pergi
Apakah aku ini hanya
Tempat persinggahan cuma?
Selepas puas engkau
Memberikan harapan
Menabur janji
Engkau pergi menyepikan diri
Perasaan ini kompleks
Sukar untuk difahami
Kadang kadang keliru
Kadang kadang celaru
Apakah Ini Khayalanku
Bermimpi diruang waktu
Bila semua kesakitan ini akan berlalu
ya ALLAH bantulah hambamu
agar aku dapat berlalu
menghadapi rintangan seiring waktu..

Nukilan Asli Dari Hati:

Kesilapan..



Tak Terungkap
Tak Tercakap
Tak Terluah
Itulah Yang Aku Rasa
Bila Banyak Yang Aku Pendam
Banyak Yang Aku Sorokkan
Rasa Malu, Marah
Dengan Diri Aku Sendiri
Kesilapan Yang Terpaksa Dihadapi
Rasa Yang Terpaksa Aku Tanggug
Apabila Ia Tersingkap
Tiada Kata Lain Yang Mampu Terluah
Menyesal, Menyesal Dan Menyesal
Namun Terlambat Semuanya Itu
Segalanya Sudah Terjadi
Terpaksa Aku Telan Dan Jalani
Kesilapan Diri Sendiri
In Sha ALLAH
ALLAH Maha Mengetahui
Apa Sebenarnya Terjadi
Kerana Kesilapan Diri Aku Sendiri...

Nukilan Asli Dari Hati : Azmiera Aznieyza Bt Roslan @ arz_weird

Melangkah Pergi...



Aku Harus Melangkah Pergi
Agar Segala Kesilapan Diri
Dapat Aku Tebus Sendiri
Agar Aku Tidak Menyesal Nanti
Biarlah Aku Pergi
Janganlah Kau Tanyakan Lagi
Kerana Aku Tak Sanggup Lagi
Menahan Sakit Disini
Inilah Yang Terbaik Untuk Kau
Dan Juga Diriku
Agar Semuanya Tenang
Agar Semuanya Berbeza
Agar Semuanya Terjaga
Aku Tak Sanggup Menahan
Rasa Ini Dalam Diri
Rasa Bersalah
Rasa Berdosa
Biarlah Aku Pergi
Mencari Ketenangan Yang Hakiki

Nukilan Asli Dari Hati : Azmiera Aznieyza Bt Roslan @ arz_weird