Tuesday, 19 February 2019

12 Jan 2019, Farah Corner Baring..



Assalammualaikum..

Untuk  beberapa entry yang aku sendiri dah banyak terlepas dengan banyak isu diri sendiri aku baru nak share semula dengan korang.. Cewah macam la ramai sangat kan yang follow.. alaa nak feeling kejap apa salahnya.. hahaha

12 Jan 2019 yang lepas dengan rasminya sahabat baik aka nenek yang paling ada dan sentiasa kenal aku macam mana dari 2009 sampai la 2019 ni dah pun jadi tunangan orang, siap family aku dengan dia dah macam family jugak dan aku bersyukur tuh sebab aku memang sangat suka bila family aku dapat berkenalan dan baik dengan family kawan baik aku.. sebab aku rasa macam happy dan bahagia yang susah nak cakap and atleast bila aku nak keluar ke apa kemana family aku tahu siapa dan macam mana orang aku berkawan.. Sebab restu dan kepercayaan mak ayah aku tuh memang aku sentiasa jaga dari dulu..



Siapa sangka dan menduga kan kawan terbaik aku ni mulanya orang tahu memang tak punya sesiapa tapi disaat hujungnya dia bagi sekali corner baring amik kau semua orang tak sangka.. hahaha.. jodoh kan rahsia ALLAH.. sekali datang tuh tak terjangka kan.. nenek aku bahagia untuk kau dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau dunia akhirat.. setiap nasihat dan pandangan orang tuh semua tak salah, tak siapa betul pun jugak, semua orang bagi pandangan dan nasihat berdasarkan skop orang tuh, jadi berbeza orang, berbeza pendapat.. tapi yang terutama apa kata hati kau nak kan.. itu paling utama sentiasa ingat tuh..

Mulanya aku sendiri macam tak sangka tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ni kan.. kalau ALLAH dah cakap Kun Fayakun, siapa boleh sangkal, sejauh-jauh pergi yang paling dekat tuh la sebenarnya jodoh.. hahaha.. semoga perkenalan dan segala perancangan di permudahkan hingga ke majlisnya yee.. aaminn.. I'm soooo excited for you.. hahaha and aku cantik banget sih..



Mengenali nenek ni bererti mengenali jugak semua kawan baik dia, dan aku tak sangka aku boleh berada dalam kalangan manusia yang baik dan tersangat baik ni jugak.. aku bersyukur sebab aku punya jugak family tak tersangka kan..

Dari cuma kenal dia, habis semua aku dapat kenal sebaiknya.. alhamdulillah.. betul orang cakap siapa yang ada dengan kita itulah akan mencerminkan kita, semoga aku dapat tempias baiknya hati-hati diaorang ni.. dan semoga persahabatan ini kekal hingga syurga.. aaminn..

2 dah jadi mak budak, 3 dah touchdown tinggal lagi 2 orang menunggu masa juga... semoga segala perancangan di permudahkan dan dapat dicapai sebaiknya.. dan semoga kita kuat dalam menghadapi ujian menuju ke jalan halal ni.. bila dah dalam situasi ni, syaiton-syaiton banyak le nak memusnahkan hubungan ni, semoga kesabaran dan kekuatan milik kita semua.. aaminn..

Much love from me :

-Arz_Weird-



No comments: