Tuesday, 19 February 2019

Azmiera Turns 26 !! Sakit Penghapus Dosa..



Assalammualaikum..

9 Feb 2019, maka genaplah dengan rasminya seorang manusia bernama Azmiera Aznieyza Bt Roslan berumur 26 tahun.. Alhamdulillah dan bersyukur tak terhingga untuk peluang yang ALLAH berikan untuk aku dapat terus beribadah sebaiknya sebelum aku menutup mata nanti kan.. tapi untuk tahun ni sambutan dan apa aku dapat memang lain macam.. dugaan mungkin.. meh aku cerita..

Malam 8hb tuh aku balik dan aku mula rasa macam nak demam, dan aku pun rest la kejap bila sampai rumah tuh, tapi bila aku bangun je dari tidur, aku rasa satu badan aku sakit dan kepanasan.. Tapi malam tuh aku tetap keluar sebab Aizad Izwan nak sambut bufday aku la kan malam tuh.. so aku pun keluar ingatkan demam biasa yang dedar kejap je tuh..

Tepat pukul 12 aku pun sambut bufday aku dengan Aizad Izwan.. dia belikan aku kek yang aku suka and belanja MCD sebab aku rasa tuh je tempat aku nak lepak sebab nak makan bubur katenya.. tapi tak makan pun sebab selera aku memang out la kan..



Tapi lepas tuh aku rasa badan aku makin panas dan panas, sampai aku rasa sendi aku sakit nak jalan rasa tak larat.. sampai ke Hosp Serdang aku dibawaknya.. tapi tak lepas masuk kena tunggu 4 jam sebab kes banyak, then terus la pergi klinik swasta dan aku pun dapat la MC sebab aku memang demam..


Hasil ubat dan MC untuk aku tak pergi kelas dan kerja la kan.. esoknya sampai ahad tuh aku demam lagi teruk dan teruk, panas aku tak surut sampai tahap aku nak jalan macam kena ngensot nak bukak pintu untuk Aizad Izwan datang amik aku.. So ke Hosp Kajang pulak kalini sebab Aizad Izwan betul lupa Hosp terdekat yang ada..

End of the story yang bergegas sana sini, sebenarnya aku kena denggi.. patut la lain macam penangan demam sampai rasa tak boleh nak jalan and berdiri..




Hasil untuk masuk air semua, aku kena masuk air dalam 4 botol je sebab aku sendiri boleh telan air, dan aku pun tak sanggup dengan jarum dekat tangan yang menyusahkan dan menyakitkan aku untuk bergerak.. Platlet aku drop dan aku punya demam tak kebah dalam 5 hari.. dari jumaat sampai selasa..

Aku start admit dari hari ahad sampai rabu je.. itu pun waktu aku discharged aku punya Platlet masih rendah bawah 60 lagi tapi sebab aku punya yang lain dah poitive and cell darah putih aku pun naik so dapat la aku keluar..



Selama aku 4 hari dekat hosp siapa lagi la kan yang sudi meluangkan masa dan menghabiskan masa dan manusia yang aku susahkan kalau bukan Aizad Izwan.. terima kasih untuk ada dalam pelbagai keadaan dan perangai seorang Azmiera ni la kan.. Thanks sayang untuk segalanya.. Me love you more and more..

Ibu Aizad Izwan pun datang waktu last day aku kena discharged tuh, siap aku request sambal ayam lagi, agak tak malu tapi terasa nak makan.. pedulik.. hahaha.. waktu aku discharged ibu terus bawak aku balik ke Klawang untuk ibu dapat tengok-tengokkan aku yelah family aku tak sampai lagi dari Johor, sebab mak aku pun dengan jaga budak, ayah aku kerja.. aku faham situasi tuh.. terima kasih ibu untuk kasih sayang yang ikhlas tuh.. aku siap kena bahan, untung la mak mentua sayang.. hehehe siapa nak rugi kan?

Untuk 26 tahun ni, aku dapat rasa dan makin terasa, betapa ramainya orang-orang yang sangat concern and sayangkan aku, hari first aku admit, Ajaa suruh tunang dia siap hantarkan bubur and air 100 Plus.. serius aku terharu tak dapat nak luahkan betapa aku bersyukur ada manusia-manusia yang terbaik dan terlalu baik untuk aku.. alhamdulillah..

Dan tahun ni jugak ramai yang mendoakan dan wish bufday aku.. untuk setiap doa dan kata-kata yang baik tu, aku doakan segalanya dipulangkan semula pada kalian.. aaminn ya rabb alamin.. jadi tahun ni merupakan starter pack bufday yang agak mencabar buat aku tapi buat aku sedar, besarnya rahmat dan nikmat ALLAH SWT yang tak terjangkau.. aku bersyukur tuh.. semoga tahun ini memberikan 1001 hikmah dan kekuatan untuk aku didunia dan akhirat.. aaminn..

Much Love From Me:

-Arz_Weird-



12 Jan 2019, Farah Corner Baring..



Assalammualaikum..

Untuk  beberapa entry yang aku sendiri dah banyak terlepas dengan banyak isu diri sendiri aku baru nak share semula dengan korang.. Cewah macam la ramai sangat kan yang follow.. alaa nak feeling kejap apa salahnya.. hahaha

12 Jan 2019 yang lepas dengan rasminya sahabat baik aka nenek yang paling ada dan sentiasa kenal aku macam mana dari 2009 sampai la 2019 ni dah pun jadi tunangan orang, siap family aku dengan dia dah macam family jugak dan aku bersyukur tuh sebab aku memang sangat suka bila family aku dapat berkenalan dan baik dengan family kawan baik aku.. sebab aku rasa macam happy dan bahagia yang susah nak cakap and atleast bila aku nak keluar ke apa kemana family aku tahu siapa dan macam mana orang aku berkawan.. Sebab restu dan kepercayaan mak ayah aku tuh memang aku sentiasa jaga dari dulu..



Siapa sangka dan menduga kan kawan terbaik aku ni mulanya orang tahu memang tak punya sesiapa tapi disaat hujungnya dia bagi sekali corner baring amik kau semua orang tak sangka.. hahaha.. jodoh kan rahsia ALLAH.. sekali datang tuh tak terjangka kan.. nenek aku bahagia untuk kau dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau dunia akhirat.. setiap nasihat dan pandangan orang tuh semua tak salah, tak siapa betul pun jugak, semua orang bagi pandangan dan nasihat berdasarkan skop orang tuh, jadi berbeza orang, berbeza pendapat.. tapi yang terutama apa kata hati kau nak kan.. itu paling utama sentiasa ingat tuh..

Mulanya aku sendiri macam tak sangka tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ni kan.. kalau ALLAH dah cakap Kun Fayakun, siapa boleh sangkal, sejauh-jauh pergi yang paling dekat tuh la sebenarnya jodoh.. hahaha.. semoga perkenalan dan segala perancangan di permudahkan hingga ke majlisnya yee.. aaminn.. I'm soooo excited for you.. hahaha and aku cantik banget sih..



Mengenali nenek ni bererti mengenali jugak semua kawan baik dia, dan aku tak sangka aku boleh berada dalam kalangan manusia yang baik dan tersangat baik ni jugak.. aku bersyukur sebab aku punya jugak family tak tersangka kan..

Dari cuma kenal dia, habis semua aku dapat kenal sebaiknya.. alhamdulillah.. betul orang cakap siapa yang ada dengan kita itulah akan mencerminkan kita, semoga aku dapat tempias baiknya hati-hati diaorang ni.. dan semoga persahabatan ini kekal hingga syurga.. aaminn..

2 dah jadi mak budak, 3 dah touchdown tinggal lagi 2 orang menunggu masa juga... semoga segala perancangan di permudahkan dan dapat dicapai sebaiknya.. dan semoga kita kuat dalam menghadapi ujian menuju ke jalan halal ni.. bila dah dalam situasi ni, syaiton-syaiton banyak le nak memusnahkan hubungan ni, semoga kesabaran dan kekuatan milik kita semua.. aaminn..

Much love from me :

-Arz_Weird-