Sunday, 27 January 2019

Officially Student Master In Computer Science



Assalammualaikum..

26 Jan 2109.. Bermula lah secara rasminya aku sebagai student Master In Computer Science.. Untuk first day ni waktu bermula pukul 10 dengan sedikit acara alu-aluan dan jamuan ringgan.. alhamdulillah rezeki..

Budak kelas aku seramai 10 orang sahaja dan aku seorang sahaja wakil tunggal dari BSE.. Mula agak krik-krik jugak aku fikir siapa aku nak kawan nak tegur tapi alhamdulillah.. ada juga kawan untuk borak apa semua.. and semua pun tak sombong and mesra.. even 3 orang budak luar dari Unikl.. sorang dari Libya.. yang dua tuh aku dah lupa dari U mana.. hahaha

Tapi seriuss semua sangat terpower dari aku la.. serius rasa kerdil giler.. tapi itulah cabaran diri aku untuk aku buktikan kemampuan sebenar diri aku kan? in sha ALLAH.. sorang classmate tuh chinese boy sangat la energetic dan penuh ilmu dekat dada and dalam masa sama tiba aku rasa aku boleh speaking dengan diaorang-diaorang ni hantu british mana dah masuk badan aku pun tak tahu hari sabtu lepas.. hahaha

So untuk master ni akan mengambil masa 1 1/2 tahun.. May 2020 in sha ALLAH akan habis.. masa bergerak cepat dan semoga aku akan hadapi dengan kuat dan tabah.. dan Oct 2020 tarikh utk konvo.. semoga time plan semua berjalan baik-baik sahaja.. master yang aku buat ni by mixed mode.. yang mana setengah masuk kelas, then proceed untuk research and project.. bila aku dengar tu macam cuak jugak sebab kali ni expectation more and more la kan.. nasib dari awal aku dah ada SV aku.. siapa lagi kalau bukan Madam Azizah kesayangan kami.. yang banyak membantu time degree aku dan moga master ni madam akan membantu dengan lebih lagi in sha ALLAH..



Abaikan gambar aku entah apa-apa pose dia tuh disebabkan tak bersedia.. hahaha.. so waktu acara alu-aluan tuh dapat la beg and dapat mug siap tulis 'Master In Computer Science' adakah lepas mug tuh diisi dan aku minum dan aku akan jadi sepandai Albert Einstein hahahahha.. mimpi lorh..

Semoga tak banyak sikit aku akan dapat aura kepandaian dan positive dari manusia-manusia yang pandai dan baik ni.. dan dapat aku gunakan sebaiknya ilmu yang ada.. aaminn.. dan semoga impian mama ni aku dapat capai untuk ada seorang anak mama jadi tenaga pengajar..

Lillahi Ta Ala segalanya disusun oleh DIA dan semoga penamatnya juga yang baik dari DIA.. semoga korang yang membaca ni juga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat.. aaminn..


No comments: