Tuesday, 15 January 2019

Next Step, New Challenge..



Assalammualaikum..

Semalam titik permulaan untuk kehidupan aku yang baru akan datang.. kehidupan yang aku tak tahu semacam mana aku akan hadap lagi.. dan apa yang akan aku nampak lagi.. dan kehidupan aku lagi di UNIKL.. tempat mana segalanya bermula rasa makna "Kehilangan" tu..


Bermula 26/01/2019 ni bermula lah kembali kehidupan aku sebagai seorang pelajar dekat UNIKL.. tapi kalini aku sendiri tanpa ada sesiapa lagi.. aku harap segalanya akan baik-baik sahaja untuk aku.. sebab untuk aku masih dan mengulang ditempat yang sama.. sedikit rasa takut tuh masih terselit.. tapi aku tabahkan niat sebenar aku untuk mencapai "Master" aku.. jadi aku kena buang segala perasaan-perasaan lama yang masih menghantui..

Untuk segala urusan ni setakat ni segalanya berjalan lancar kecuali satu.. kerja aku.. disebabkan weekend aku kena kerja dan dalam masa sama aku punya kelas pulak setiap hari sabtu.. aku kena lepaskan salah satu kan.. tak semua benda dalam hidup kita akan dapat kan?.. so management tak boleh nak consider situasi aku.. bos aku ok je.. so notis 2 bulan pun dah bermula dari 10hb haritu.. berdoa semoga akan ada kerja yang ok menanti dan semampunya aku.. sebab aku percaya ALLAH tuh memberi apa yang kita perlu bukan apa kita mahu kan?

Keputusan aku ambil ni atas redha dan kelulusan kedua orang tua aku.. jadi aku percaya selagi mana redha tuh ada.. ada sesuatu yang baik menanti aku dihujung jalan.. rezeki ALLAH tu luas kan? dalam masa sama aku goyah jugak untuk mencari kerja baru.. dengan pengalaman dulu lepas lebih 15 IV aku hadap dan untuk mencari lagi aku rasa penat pulak.. hahaha... shuhh, shuhh jauhkan perasaan ni dalam nak mencari rezeki kan.. tak baik kan?

Untuk aku hadap 3 benda dalam tahun ni.. aku takut aku gagal pulak.. harapnya aku kuat.. Pertamanya pencarian mencari kerja aku, keduanya perkahwinan aku dan ketiganya master aku.. macam beratkan untuk tiga ni tapi aku cuba dan cuba.. in sha ALLAH.. semoga berkat doa kedua mak ayah aku.. perjalanan aku ada cara dan penyelesaiannya.. sebab niat aku cuma satu buat segala demi kebahagian mak ayah aku dengan izin ALLAH SWT..

Semoga cabaran mendatang ni akan menguatkan dan mematangkan aku untuk lebih tak cepat naik angin.. hahaha sebab aku sejenis cepat tertekan sendiri dan mengurangkan kadar tangisan aku untuk tahun ini.. aaminn.. hahaha dan semoga semua juga kuat dalam apa jua benda korang buat ok.. gud luck people...


No comments: