Monday, 28 January 2019

MV Sampai Bila Menusuk Penuh Jiwa



Assalammualaikum..

Harini aku baru perasan dan baru nak mencari official video untuk lagu Misha Omar- Sampai Bila.. lagu dan lirik tak payah aku nak komen memang ternyata penuh makna dan pembawaan misha penuh dengan jiwa lagu ni memang tak akan boleh sangkal la kan.. menusuk dan tertusuk..


Sampai Bila Lirik
Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu
Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri kosong kelam tak bermakna
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Sampai bila
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Songwriters: Bin Shamshiri Mohammad Shahriza / Sharon Anne Paul / Yahya Fedtri


Aku tak tahu kenapa MV dia sangat penuh jiwa.. penuh abstrak yang perlu diterjemah setiap details yang ada.. setiap shoot tuh semua bermakna.. dan paling aku terkesan bila Misha Omar cuba jalan diantara ramai orang dan berdiri statik antara ramai orang tu.. macam satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan..

Bila perasaan aku sekarang ni seolah apa yang digambarkan.. rasa marah yang tak terjawab, rasa yang tak mampu terungkai.. bila manusia yang kau tak kenal tapi boleh kenal kau dan bandingkan kau dengan manusia yang aku pun tak kenal tapi ada kaitan dengan MFH.. seriusly.. dengan siapa lagi dia akan terusan cerita segala benda and buat macam dia sorang je rasa sakit and keep play victim? and aku dibandingkan dengan awek dia sekarang? apa siot permainan dia sebenarnya.. apa dia nak capai sebenarnya..?

Sampai bila semua ni nak tamat dan habis? kita ada kehidupan masing-masing yang kau lagi bahagia dan aku pun dengar awek kau sekarang adalah ciri perempuan idaman yang kau cari.. then kenapa nak cerita jaja kat semua pasal kisah lama? apa kau akan dapat? kau ade persepsi kau sendiri untuk kegagalan hubungan kita dan aku dengan persepsi aku.. kegagalan ni bukan dari sebelah pihak je.. tapi dua-dua pihak.. jangan cuba nak letak beban tuh semua atas aku dan buat macam aku ni kejam pada kau..

Setahun lebih dah semua benda ni.. please cukuplah kau and kawan-kawan kau tak habis untuk judge aku cuma sebab dengar dari sebelah pihak kau.. dulu kau pernah cakap kawan-kawan ni memang akan sentiasa menangkan kawan dan akan nampak salah orang dicerita.. dan kononnya cakap kau matang.. tapi mana matangnya ek?

Kalau kau matang, kalau kau tahu apa itu batas.. pernah kau cari silap kau sendiri? mesti tak pernah kan? sebab kau sentiasa rasa kau betul dan apa kau buat dah tercukup dan kau terusan rasa kau tuh mangsa.. konon aku ni.. tinggalkan kau dan ikut ex aku.. dan konon aku ni tinggalkan kau lepas kau dah berkorban segala benda.. kau buat aku macam aku tak pernah ada bahagiakan aku dan teruk sangat aku buat kau.. aku tak pernah cerita pasal kau dekat orang tak kenal kau dan bukan berkait dengan kisah kita tuh.. tapi kau mencanang kemana sahaja.. aku bersyukur ada manusia boleh bahagiakan kau lebih dari aku.. so sini aku listkan keadaan sebenarnya dan starting semuanya jadi..

1. Bila kau dah start cakap aku "Manusia tak pernah cukup apa ada"
2. Kau cerita dan canang apa kita pernah gaduh yang mana aku tak pernah cerita even kawan baik pun
3. Kau tuduh aku ni perempuan yang nak duit.. siap update status cakap aku dipayung atas bawah sedangkan beg aku tuh mama aku sendiri belanja belikan
4. Setiap kali pergaduhan kau akan biarkan dan kita tak akan contact sampai sebulan, ego kau melangit buat aku macam aku terkejar kau
5. Kau sentiasa meletakkan kehendak kau melebihi keperluan
6. Aku excident tuh, aku sampai macam hegeh suruh kau datang malam tuh tapi kau tak datang pun
7. Sebelum excident tuh kita dah memang sebulan lebih tak contact, seolah hubugan tuh dah tak boleh nak buat apa dah
8. Even aku tengah terlantar, balik dari hosp kau boleh update status, kau cakap "Apa lagi nak tipu, semua dah nampak depan mata", like seriusly, aku tengah terlantar dan kau masih nak letak semua tu utama? kesihatan aku?
9. Kau "babi dan bodoh" kan aku sebab aku tak dapat nak pergi naik Kinabalu dengan kau dan dengan keadaan aku excident tuh
10. Selama lepas excident, tak pernah sekali kau cuba untuk tanya khabar, or turunkan ego kau, kalau kau nak, kau boleh turunkan ego kau, so bila aku dengan manusia yang ada dengan aku kau fuck up

Ni antara apa aku boleh senaraikan tapi aku tak cakap kau tak pernah baik dengan aku.. sebab kau pernah baik dan bahagiakan aku la aku tak pernah cerita pasal kau senang-senang.. tapi apa aku dapat? sekarang kekuatan aku cuma satu Doa.. semoga ALLAH berikan ketenangan pada hati kau dan nampak jalan untuk diri kau sendiri.. dan semoga ada yang dapat memenuhi hati kau tuh.. kau dah dapat apa kau nak tapi seolah hati kau masih tak tenang? aku pernah cakap tak akan ada orang boleh faham kau sebagaimana aku faham kau.. tapi aku harap tuh bukan la satu ayat termakbul.. semoga bahagia dengan jalan dan pilihan kau dan tolong jangan usik jiwa aku lagi dalam apa keadaan pun.. aku dah ada bahagia dan jalan aku.. terima kasih..




















No comments: