Tuesday, 8 January 2019

Mudah Sebak..



Assalammualaikum..

Untuk posting harini aku melarikan diri seketika dari kesibukan sebab rasa aku perlu menulis untuk hilangkan rasa stuck dekat kepala ni.. Entah kenapa sejak beberapa harini aku rasa aku jadi manusia yang mudah tersentuh dan sebak tanpa sebab.. Untuk benda kecik pun aku boleh tiba nak menangis.. Apakah kan? memang tengah dalam keadaan tak berapa nak elok la kan sekarang ni.. Kewajipan derma darah tiap bulan tapi kalini lain macam betul jadi cenggengnya.. complicatednya seorang perempuan ni kan.. tapi aku tak depress ye.. no I'm not.. hahaha


Benda teruk lagi macam kalau orang lain dengar akan "Ergh, asal doh kau nak nangis?" hahaha bila aku tengok video wedding orang.. bodoh kan? sebab bila aku dengar lafaz akad tuh dengan taklik tuh aku jadi sebak dan aku rasa aku yang ada dalam situasi tuh.. giler kan sebab aku nampak semua nangis dalam video tuh.. hahaha.. perasaan marah orang pun aku nangis sendiri.. tak faham la seorang Azmiera untuk bulan ni dan starting tahun baru ni.. hahaha


Adakah sebab aku akan dalam keadaan masa yang sangat limited untuk aku uruskan lepasni? Kerja, Master, business and planning wedding? 4 benda penting untuk tahun 2019 ni.. Aku sentiasa doa semoga urusan ni dipermudahkan dan aku kuat dalam perjalanan ni.. Dan setakat ni aku dapat aura dan doa-doa positif dari orang sekeliling aku.. alhamdulillah.. dan ayah aku sendiri yang sponsor untuk Master aku ni bayar yuran semua eventhough aku dah kerja..


Adil ni kawan yang aku tak pernah jumpa langsung tapi baiknya dia dan sentiasa cakap yang baik-baik pada aku tuh rasa macam dia kenal aku dari kecik.. aku start kenal dia dari 2013 then akan jadi macam chipsmore masing-masing tapi bila ada tuh.. macam penasihat terbaik macam abang dengan adik sebab aku sendiri tak ada abang kan.. dia banyak bagi tunjuk ajar aku setiap kali fyp aku.. Terima kasih banyak Adil untuk positive vibes yang sentiasa disalurkan..

And nasihat yang sama jugak dari partner aku dekat tempat kerja bagi.. Senior programmer aku.. dia cakap ini apa yang aku nak then enjoy the moment.. Contoh macam orang main gym.. benda tuh pain tapi sebab itu apa diaorang suka then diaorang akan enjoy the pain.. untuk dapat sesuatu benda tuh kan perlukan banyak pengorbanan dan kepayahan baru kita hargai kan? adakah aku bersedia untuk tekanan akan datang ni? adakah aku tak akan jadi over sensitif lebih dari sekarang ni?

Terkadang aku banyak menunaikan impian orang lain sampai aku tak tahu impian sebenar aku dan aku tak rasa someone boleh faham dan tunaikan impian aku melainkan diri aku sendiri jugak.. dan semoga impian mama aku kalini aku dapat tunaikan dengan mendapatkan segulung Master dan menjadi tenaga pengajar.. ini je aku mampu buat untuk bahagiakan kedua mama ayah aku.. aku menaip semua benda ni pun sambil bergenang.. sebak sangat pulak rasanya.. Adakah aku ni overthinking untuk sesuatu benda yang tak terjadi? sebab aku sejenis yang begitu..

Aku manusia yang paling benci dengan diri sendiri kalau apa aku plan tuh tak menjadi rasa aku gagal buat benda sebaiknya.. sebab sampai sekarang aku masih tak lupa apa yang dulu Mr AirForce cakap dengan aku.. "Aku cuma manusia yang tulis atas kertas tapi tak terjadi pun macam tuh dan apa yang atas kertas cuma atas kertas..".. Benda ni memang aku tak boleh lupa kot yang bunuh semua jiwa aku waktu dia cakap macam ni dekat aku.. tapi aku redha jela... dan mungkin aku bukan terbaik sebab nak dapat terbaik kena dari diri sendiri kan?

I hope that i can get rid all those feeling yang macam cuba membunuh dalaman aku sendiri yang melemahkan aku.. dan kita semua terlindung dari bisikan syaitan laknatullah yang cuba melemahkan apa yang tak sepatutnya dan yang membawa banyak penyakit hati dan jiwa.. Aamin Ya Rabb..





No comments: