Thursday, 23 May 2019

Noktah Dalam Pencarian



Assalammualaikum..

Sekali lagi setelah sekian lama tak mengupdate.. aku nak meneruskan lagi tajuk-tajuk yang terlepas nak diceritakan sebelum ni tapi kekangan masa dan tenaga gittue.. hahaha.. so aku sambung semula kitaran hidup aku yang tak diceritakan..

Noktah dalam pencarian... kenapa ye nak letak noktah dalam pencarian sedangkan selagi mampu cari terbaik.. hahaha tapi dengan usia yang meningkat untuk memulakan kembali semula segala dari mula tu perlu persediaan fizikal dan mental.. takut macam-macam hal la menjadi lagi kan..

Bulan sebelum Farah bertunang.. khabar yang aku nak kongsikan.. my lovely BFF dari teknik.. si Ajaa pun dah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati dia la kan.. si Muhaimi.. tapi aku tak dapat datang atas sedikit kekangan.. ada rasa terkilan.. tapi dalam masa sama memang Ajaa pun buat secara kecil kecilan.. cuma doa aku mampu iringan untuk segala kebaikan dunia akhirat untuk Ajaa and Muhaimi..


Aku happy untuk kebahagiaan kau Ajaa.. untuk lepas segala yang kau dah hadap.. moga kau lebih kuat untuk fasa seterusnya.. Aaminn Ya Rabb.. Aku sayang kau Ajaa.. Ajaa settel bertunang bulan 12, then follow by Farah bulan 1, dan bulan 2 dijayakan juga majlis pertunangan Atyn pulak.. berderet untuk hujung tahun 2018 sampai awal tahun 2019.. Semoga khabar yang baik ini berterusan barakahnya sampai bila-bila.. Aaminn..


Atyn pun dah berjaya menamatkan pencarian.. dua2 manusia yang aku ceritakan ni macam seakan kisah aku jugak.. jauh mencari tapi akhirnya yang paling terdekat depan mata tu lah yang menjadi pillihan untuk tentukan arah yang selama ni belayar tak pasti... eh tiber.. tuh lagu tuh.. hahaha.. tapi lebih kurang la... tapi yang Atyn macam lagu Jason Mraz, Lucky..

"I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again"

Gittue.. hahahaha.. aku tersangat bahagia untuk segala pilihan hidup kawan-kawan aku yang ternyata terbaik untuk kehidupan diaorang... I'm blessed..



Permulaannya aku cuma kenal dua orang ni je.. tapi tak sangka aku dapat diterima dalam keluarga besar persahabatan diaorang... terharu terhadap penerimaan diaorang yang sangat best... Bersyukur sangat..



Keluarga besar yang penuh positive vibes... tak ada dengki iri hati.. segalanya sesama tak berkira walau seinci.. alhamdulillah..



So antara bertujuh tadi.. 2 dah jadi mak budak.. so 4 ni la dengan status yang sama so macam fefeeling la kan... hahahaha.. tapi bulan 3 akan ada lagi majlis.. untuk budak baju meroon tuh pulak.. huhu.. yang sorang lagi Suhaili.. Az doakan semoga someone tu akan jadi somebody pada Su.. aaminn.. hehehe

Semoga segala yang baik dan terbaik untuk kita semua dunia akhirat sampai hujung nyawa.. utuh silaturrahim yang dibina juga segala ikhlas demi Dia yang satu... terima kasih untuk sentiasa ada dan menerima seadanya aku sampai sekarang dan aku harap sampai bebila... sayang korang semua.. 


much love from arzweird..




Thursday, 16 May 2019

Promark Strategies (M) Sdn Bhd.. Terima Kasih Untuk Segalanya..



Assalammualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.. Sekian lama aku tinggalkan coretan kecil kisah kehidupan aku sendiri ni.. baru punya masa untuk diri sendiri untuk update apa yang sepatutnya.. banyak benda kena hold and keep dalam list yang berhabuk je.. semua senarai cerita dengan gambar semua dah ada.. tapi masa itu bukan punya aku.. gittue.. tiber.. hahaha

Untuk first posting aku ni setelah 3 bulan aku tinggalkan dengan pelbagai kisah terjadi dan dugaan aku mulakan kisah pertama pasal resignnya aku dari Promark.. untuk 7 bulan ada dalam company ni.. terlalu banyak benda sayang nak ditinggalkan dan sekarang aku merindui semua tuh..

Tahun 2019 ini tahun yang paling banyak menguji aku dari pelbagai sudut, atas, bawah, depan, kiri, kanan.. sampai tahap aku tak tahu nak bersandar dekat mana dah.. tapi aku kena jugak belajar untuk kuat demi diri sendiri, kalau tak siapa lagi nak kuatkan aku kan?

Jan 2019, orang pertama yang angkat kaki dari department IT, adalah DIAN, senior programmer yang dah kerja 5 tahun.. dalam diam dia hantar dulu surat resign dari aku.. sebab nya dia nak sambung PHD dia and Master MBA dia.. tak tahu la aku otak dia sejenis apa.. tapi dia power gilosss.. sifu aku selama ada dekat company ni, segala benda dia ajar dari A-Z pasal programming lebih lagi aku tak tahu pasal ASP.NET, zero giler waktu aku masuk serius.. tapi nasib dia bersabar dengan aku.. alhamdulillah..


Inilah team membawang aku.. sangat kepoh nak mampus.. hari-hari kalau tak membahan tak caci maki satu sama lain tuh tak sah.. sumpah rinduu.. hahahaha.. ni gambar yang dalam keadaan helok setelah beberapa take tau.. korang tengok betapa kecohnya sebalik gambar ni..



Semata nak panggil nak susun, nak dapat lighting pun kecoh yang semacam ni hanya untuk sekeping gambar berjaya.. hahaha kau rasee macam mana.. and the best part is.. semua dari pelbagai background tapi boleh satu kepala.. hahahaha redha jela kan... and ni gambar last Dian dekat ofis ni... agak sedih weyh.. sebab dia la peneman sebelah meja aku.. apa-apa dia membawang dengan aku dulu baru orang lain.. and apa-apa dia akan panggil aku dulu.. starter pack nak membawang dia , "Miera, you busy, ade kerja ke?", then kalau aku cakap biasa je.. kenapa and dia akan terus bawak kerusi dia dekat aku and memulakan tazkirah membawang tapi timing waktu bos kitaorang tak ada la.. sebab bos aku duk sebelah aku... hahahaha betapa tersepitnya aku kan?..

Dian thanks for everything yang pernah you bagi tunjuk ajar. semoga segala ilmu tuh, dunia akhirat dapat pulangan terbaik untuk you.. Aamin.. In sha ALLAH.. Just take care ok, keep in touch in future tau..

Then, Feb 2019 pulak, aku dengan Yusman menyusul, si bengak a.k.a si yusless.. hahaha.. ampun Yus aku kutuk kau sikit.. hahahaha.. Aku berhenti sebab aku nak fokus dengan kelas aku sabtu and ade isu berkait tuh, then sebab tuh aku berhenti, sebab compulsory company ni kerja sabtu.. so aku and yus pun amik jalan untuk berhenti, yus pulak memang tengah dalam komitment tinggi, baru je nak hidup lepas kahwin, so try luck cari gaji up sikit la.. and alhamdulillah both of us dapat peluang dekat company lain..

Then ni gambar sebelum kami berdua pulak berhenti Feb haritu,




First gambar, adalah duo yang meninggalkan Promark serentak, dua team membawang, siap ada HR, sebab dia pun staff baru.. tapi satu kepala kuat membaha teruk tapi baik la.. kira lepas Dian pergi pengganti membawang tuh, dia lah.. tetap berempat, gambar ketiga tuh, team baru yang ganti aku dan jugak yus..



So gambar yang ni pulak, gambar bos aku, Ng Pek Hiang dengan ketua bahagian design.. semua staff sini termasuk bos aku sangat baik tapi kekangan keadaan buat aku terpaksa pergi.. mungkin ada hikmah kan..





Gambar ni pulak aku dengan my Shah Rukh Khan aka Kumar, sangat baik dan sangat straight forward.. apa-apa cakap direct je tak selindung sangat bagus dia ajar aku untuk stand dengan decision aku.. then dengan dept Acc.. aku tak selalu bercakap tapi lately lepas Dian berhenti kitaorang macam boleh la rapat pergi makan sesama dan ada suprise buat aku tuh tak jangka..



Kak wahida.. hadiahkan aku benda ni.. seriusly tak sangka langsung.. tak tahu nak bagi perasaan macam mana.. tapi aku tak sangka la benda ni aku akan dapat.. terima kasih Kak Wahida untuk hadiah ni.. ada masa kita jumpa lagi ye.. and aku pun dapat teks dari Kak Revathi.. sedih akak tuh cuti sebab bersalin.. semua baik-baik je dengan aku.. sangat berat hati nak tinggalkan.. tapi life must go on kan..



Terima kasih Promark untuk segala pengalaman pertama aku sebagai fresh grad.. Inilah kerja pertama aku dan aku berterima kasih banyak dekat bos aku sebab nampak potensi aku untuk aku capai pengalaman ni walau kadang aku mengamuk sendiri dengan diri sendri yang end up bos aku tolong solvekan kalau coding aku problem.. Terima kasih untuk segala kenangan manis dan pengalaman mengajar aku kehidupan berkerja yang lebih realiti.. bye Promark.. Jumpa lain kali andai ada jodoh... in sha ALLAH..

Tuesday, 19 February 2019

Azmiera Turns 26 !! Sakit Penghapus Dosa..



Assalammualaikum..

9 Feb 2019, maka genaplah dengan rasminya seorang manusia bernama Azmiera Aznieyza Bt Roslan berumur 26 tahun.. Alhamdulillah dan bersyukur tak terhingga untuk peluang yang ALLAH berikan untuk aku dapat terus beribadah sebaiknya sebelum aku menutup mata nanti kan.. tapi untuk tahun ni sambutan dan apa aku dapat memang lain macam.. dugaan mungkin.. meh aku cerita..

Malam 8hb tuh aku balik dan aku mula rasa macam nak demam, dan aku pun rest la kejap bila sampai rumah tuh, tapi bila aku bangun je dari tidur, aku rasa satu badan aku sakit dan kepanasan.. Tapi malam tuh aku tetap keluar sebab Aizad Izwan nak sambut bufday aku la kan malam tuh.. so aku pun keluar ingatkan demam biasa yang dedar kejap je tuh..

Tepat pukul 12 aku pun sambut bufday aku dengan Aizad Izwan.. dia belikan aku kek yang aku suka and belanja MCD sebab aku rasa tuh je tempat aku nak lepak sebab nak makan bubur katenya.. tapi tak makan pun sebab selera aku memang out la kan..



Tapi lepas tuh aku rasa badan aku makin panas dan panas, sampai aku rasa sendi aku sakit nak jalan rasa tak larat.. sampai ke Hosp Serdang aku dibawaknya.. tapi tak lepas masuk kena tunggu 4 jam sebab kes banyak, then terus la pergi klinik swasta dan aku pun dapat la MC sebab aku memang demam..


Hasil ubat dan MC untuk aku tak pergi kelas dan kerja la kan.. esoknya sampai ahad tuh aku demam lagi teruk dan teruk, panas aku tak surut sampai tahap aku nak jalan macam kena ngensot nak bukak pintu untuk Aizad Izwan datang amik aku.. So ke Hosp Kajang pulak kalini sebab Aizad Izwan betul lupa Hosp terdekat yang ada..

End of the story yang bergegas sana sini, sebenarnya aku kena denggi.. patut la lain macam penangan demam sampai rasa tak boleh nak jalan and berdiri..




Hasil untuk masuk air semua, aku kena masuk air dalam 4 botol je sebab aku sendiri boleh telan air, dan aku pun tak sanggup dengan jarum dekat tangan yang menyusahkan dan menyakitkan aku untuk bergerak.. Platlet aku drop dan aku punya demam tak kebah dalam 5 hari.. dari jumaat sampai selasa..

Aku start admit dari hari ahad sampai rabu je.. itu pun waktu aku discharged aku punya Platlet masih rendah bawah 60 lagi tapi sebab aku punya yang lain dah poitive and cell darah putih aku pun naik so dapat la aku keluar..



Selama aku 4 hari dekat hosp siapa lagi la kan yang sudi meluangkan masa dan menghabiskan masa dan manusia yang aku susahkan kalau bukan Aizad Izwan.. terima kasih untuk ada dalam pelbagai keadaan dan perangai seorang Azmiera ni la kan.. Thanks sayang untuk segalanya.. Me love you more and more..

Ibu Aizad Izwan pun datang waktu last day aku kena discharged tuh, siap aku request sambal ayam lagi, agak tak malu tapi terasa nak makan.. pedulik.. hahaha.. waktu aku discharged ibu terus bawak aku balik ke Klawang untuk ibu dapat tengok-tengokkan aku yelah family aku tak sampai lagi dari Johor, sebab mak aku pun dengan jaga budak, ayah aku kerja.. aku faham situasi tuh.. terima kasih ibu untuk kasih sayang yang ikhlas tuh.. aku siap kena bahan, untung la mak mentua sayang.. hehehe siapa nak rugi kan?

Untuk 26 tahun ni, aku dapat rasa dan makin terasa, betapa ramainya orang-orang yang sangat concern and sayangkan aku, hari first aku admit, Ajaa suruh tunang dia siap hantarkan bubur and air 100 Plus.. serius aku terharu tak dapat nak luahkan betapa aku bersyukur ada manusia-manusia yang terbaik dan terlalu baik untuk aku.. alhamdulillah..

Dan tahun ni jugak ramai yang mendoakan dan wish bufday aku.. untuk setiap doa dan kata-kata yang baik tu, aku doakan segalanya dipulangkan semula pada kalian.. aaminn ya rabb alamin.. jadi tahun ni merupakan starter pack bufday yang agak mencabar buat aku tapi buat aku sedar, besarnya rahmat dan nikmat ALLAH SWT yang tak terjangkau.. aku bersyukur tuh.. semoga tahun ini memberikan 1001 hikmah dan kekuatan untuk aku didunia dan akhirat.. aaminn..

Much Love From Me:

-Arz_Weird-



12 Jan 2019, Farah Corner Baring..



Assalammualaikum..

Untuk  beberapa entry yang aku sendiri dah banyak terlepas dengan banyak isu diri sendiri aku baru nak share semula dengan korang.. Cewah macam la ramai sangat kan yang follow.. alaa nak feeling kejap apa salahnya.. hahaha

12 Jan 2019 yang lepas dengan rasminya sahabat baik aka nenek yang paling ada dan sentiasa kenal aku macam mana dari 2009 sampai la 2019 ni dah pun jadi tunangan orang, siap family aku dengan dia dah macam family jugak dan aku bersyukur tuh sebab aku memang sangat suka bila family aku dapat berkenalan dan baik dengan family kawan baik aku.. sebab aku rasa macam happy dan bahagia yang susah nak cakap and atleast bila aku nak keluar ke apa kemana family aku tahu siapa dan macam mana orang aku berkawan.. Sebab restu dan kepercayaan mak ayah aku tuh memang aku sentiasa jaga dari dulu..



Siapa sangka dan menduga kan kawan terbaik aku ni mulanya orang tahu memang tak punya sesiapa tapi disaat hujungnya dia bagi sekali corner baring amik kau semua orang tak sangka.. hahaha.. jodoh kan rahsia ALLAH.. sekali datang tuh tak terjangka kan.. nenek aku bahagia untuk kau dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau dunia akhirat.. setiap nasihat dan pandangan orang tuh semua tak salah, tak siapa betul pun jugak, semua orang bagi pandangan dan nasihat berdasarkan skop orang tuh, jadi berbeza orang, berbeza pendapat.. tapi yang terutama apa kata hati kau nak kan.. itu paling utama sentiasa ingat tuh..

Mulanya aku sendiri macam tak sangka tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ni kan.. kalau ALLAH dah cakap Kun Fayakun, siapa boleh sangkal, sejauh-jauh pergi yang paling dekat tuh la sebenarnya jodoh.. hahaha.. semoga perkenalan dan segala perancangan di permudahkan hingga ke majlisnya yee.. aaminn.. I'm soooo excited for you.. hahaha and aku cantik banget sih..



Mengenali nenek ni bererti mengenali jugak semua kawan baik dia, dan aku tak sangka aku boleh berada dalam kalangan manusia yang baik dan tersangat baik ni jugak.. aku bersyukur sebab aku punya jugak family tak tersangka kan..

Dari cuma kenal dia, habis semua aku dapat kenal sebaiknya.. alhamdulillah.. betul orang cakap siapa yang ada dengan kita itulah akan mencerminkan kita, semoga aku dapat tempias baiknya hati-hati diaorang ni.. dan semoga persahabatan ini kekal hingga syurga.. aaminn..

2 dah jadi mak budak, 3 dah touchdown tinggal lagi 2 orang menunggu masa juga... semoga segala perancangan di permudahkan dan dapat dicapai sebaiknya.. dan semoga kita kuat dalam menghadapi ujian menuju ke jalan halal ni.. bila dah dalam situasi ni, syaiton-syaiton banyak le nak memusnahkan hubungan ni, semoga kesabaran dan kekuatan milik kita semua.. aaminn..

Much love from me :

-Arz_Weird-



Monday, 28 January 2019

MV Sampai Bila Menusuk Penuh Jiwa



Assalammualaikum..

Harini aku baru perasan dan baru nak mencari official video untuk lagu Misha Omar- Sampai Bila.. lagu dan lirik tak payah aku nak komen memang ternyata penuh makna dan pembawaan misha penuh dengan jiwa lagu ni memang tak akan boleh sangkal la kan.. menusuk dan tertusuk..


Sampai Bila Lirik
Andai dapat kau dengar ombak hati ini

Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri kosong kelam tak bermakna
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Sampai bila
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Songwriters: Bin Shamshiri Mohammad Shahriza / Sharon Anne Paul / Yahya Fedtri


Aku tak tahu kenapa MV dia sangat penuh jiwa.. penuh abstrak yang perlu diterjemah setiap details yang ada.. setiap shoot tuh semua bermakna.. dan paling aku terkesan bila Misha Omar cuba jalan diantara ramai orang dan berdiri statik antara ramai orang tu.. macam satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan..

Bila perasaan aku sekarang ni seolah apa yang digambarkan.. rasa marah yang tak terjawab, rasa yang tak mampu terungkai.. bila manusia yang kau tak kenal tapi boleh kenal kau dan bandingkan kau dengan manusia yang aku pun tak kenal tapi ada kaitan dengan MFH.. seriusly.. dengan siapa lagi dia akan terusan cerita segala benda and buat macam dia sorang je rasa sakit and keep play victim? and aku dibandingkan dengan awek dia sekarang? apa siot permainan dia sebenarnya.. apa dia nak capai sebenarnya..?

Sampai bila semua ni nak tamat dan habis? kita ada kehidupan masing-masing yang kau lagi bahagia dan aku pun dengar awek kau sekarang adalah ciri perempuan idaman yang kau cari.. then kenapa nak cerita jaja kat semua pasal kisah lama? apa kau akan dapat? kau ade persepsi kau sendiri untuk kegagalan hubungan kita dan aku dengan persepsi aku.. kegagalan ni bukan dari sebelah pihak je.. tapi dua-dua pihak.. jangan cuba nak letak beban tuh semua atas aku dan buat macam aku ni kejam pada kau..

Setahun lebih dah semua benda ni.. please cukuplah kau and kawan-kawan kau tak habis untuk judge aku cuma sebab dengar dari sebelah pihak kau.. dulu kau pernah cakap kawan-kawan ni memang akan sentiasa menangkan kawan dan akan nampak salah orang dicerita.. dan kononnya cakap kau matang.. tapi mana matangnya ek?

Kalau kau matang, kalau kau tahu apa itu batas.. pernah kau cari silap kau sendiri? mesti tak pernah kan? sebab kau sentiasa rasa kau betul dan apa kau buat dah tercukup dan kau terusan rasa kau tuh mangsa.. konon aku ni.. tinggalkan kau dan ikut ex aku.. dan konon aku ni tinggalkan kau lepas kau dah berkorban segala benda.. kau buat aku macam aku tak pernah ada bahagiakan kau dan teruk sangat aku buat kau.. aku tak pernah cerita pasal kau dekat orang tak kenal kau dan bukan berkait dengan kisah kita tuh.. tapi kau mencanang kemana sahaja.. aku bersyukur ada manusia boleh bahagiakan kau lebih dari aku.. so sini aku listkan keadaan sebenarnya dan starting semuanya jadi..

1. Bila kau dah start cakap aku "Manusia tak pernah cukup apa ada"
2. Kau cerita dan canang apa kita pernah gaduh yang mana aku tak pernah cerita even kawan baik pun
3. Kau tuduh aku ni perempuan yang nak duit.. siap update status cakap aku dipayung atas bawah sedangkan beg aku tuh mama aku sendiri belanja belikan
4. Setiap kali pergaduhan kau akan biarkan dan kita tak akan contact sampai sebulan, ego kau melangit buat aku macam aku terkejar kau
5. Kau sentiasa meletakkan kehendak kau melebihi keperluan
6. Aku excident tuh, aku sampai macam hegeh suruh kau datang malam tuh tapi kau tak datang pun
7. Sebelum excident tuh kita dah memang sebulan lebih tak contact, seolah hubugan tuh dah tak boleh nak buat apa dah
8. Even aku tengah terlantar, balik dari hosp kau boleh update status, kau cakap "Apa lagi nak tipu, semua dah nampak depan mata", like seriusly, aku tengah terlantar dan kau masih nak letak semua tu utama? kesihatan aku?
9. Kau "babi dan bodoh" kan aku sebab aku tak dapat nak pergi naik Kinabalu dengan kau dan dengan keadaan aku excident tuh
10. Selama lepas excident, tak pernah sekali kau cuba untuk tanya khabar, or turunkan ego kau, kalau kau nak, kau boleh turunkan ego kau, so bila aku dengan manusia yang ada dengan aku kau fuck up

Ni antara apa aku boleh senaraikan tapi aku tak cakap kau tak pernah baik dengan aku.. sebab kau pernah baik dan bahagiakan aku la aku tak pernah cerita pasal kau senang-senang.. tapi apa aku dapat? sekarang kekuatan aku cuma satu Doa.. semoga ALLAH berikan ketenangan pada hati kau dan nampak jalan untuk diri kau sendiri.. dan semoga ada yang dapat memenuhi hati kau tuh.. kau dah dapat apa kau nak tapi seolah hati kau masih tak tenang? aku pernah cakap tak akan ada orang boleh faham kau sebagaimana aku faham kau.. tapi aku harap tuh bukan la satu ayat termakbul.. semoga bahagia dengan jalan dan pilihan kau dan tolong jangan usik jiwa aku lagi dalam apa keadaan pun.. aku dah ada bahagia dan jalan aku.. terima kasih..





















Sunday, 27 January 2019

Officially Student Master In Computer Science



Assalammualaikum..

26 Jan 2109.. Bermula lah secara rasminya aku sebagai student Master In Computer Science.. Untuk first day ni waktu bermula pukul 10 dengan sedikit acara alu-aluan dan jamuan ringgan.. alhamdulillah rezeki..

Budak kelas aku seramai 10 orang sahaja dan aku seorang sahaja wakil tunggal dari BSE.. Mula agak krik-krik jugak aku fikir siapa aku nak kawan nak tegur tapi alhamdulillah.. ada juga kawan untuk borak apa semua.. and semua pun tak sombong and mesra.. even 3 orang budak luar dari Unikl.. sorang dari Libya.. yang dua tuh aku dah lupa dari U mana.. hahaha

Tapi seriuss semua sangat terpower dari aku la.. serius rasa kerdil giler.. tapi itulah cabaran diri aku untuk aku buktikan kemampuan sebenar diri aku kan? in sha ALLAH.. sorang classmate tuh chinese boy sangat la energetic dan penuh ilmu dekat dada and dalam masa sama tiba aku rasa aku boleh speaking dengan diaorang-diaorang ni hantu british mana dah masuk badan aku pun tak tahu hari sabtu lepas.. hahaha

So untuk master ni akan mengambil masa 1 1/2 tahun.. May 2020 in sha ALLAH akan habis.. masa bergerak cepat dan semoga aku akan hadapi dengan kuat dan tabah.. dan Oct 2020 tarikh utk konvo.. semoga time plan semua berjalan baik-baik sahaja.. master yang aku buat ni by mixed mode.. yang mana setengah masuk kelas, then proceed untuk research and project.. bila aku dengar tu macam cuak jugak sebab kali ni expectation more and more la kan.. nasib dari awal aku dah ada SV aku.. siapa lagi kalau bukan Madam Azizah kesayangan kami.. yang banyak membantu time degree aku dan moga master ni madam akan membantu dengan lebih lagi in sha ALLAH..



Abaikan gambar aku entah apa-apa pose dia tuh disebabkan tak bersedia.. hahaha.. so waktu acara alu-aluan tuh dapat la beg and dapat mug siap tulis 'Master In Computer Science' adakah lepas mug tuh diisi dan aku minum dan aku akan jadi sepandai Albert Einstein hahahahha.. mimpi lorh..

Semoga tak banyak sikit aku akan dapat aura kepandaian dan positive dari manusia-manusia yang pandai dan baik ni.. dan dapat aku gunakan sebaiknya ilmu yang ada.. aaminn.. dan semoga impian mama ni aku dapat capai untuk ada seorang anak mama jadi tenaga pengajar..

Lillahi Ta Ala segalanya disusun oleh DIA dan semoga penamatnya juga yang baik dari DIA.. semoga korang yang membaca ni juga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat.. aaminn..


Tuesday, 15 January 2019

Next Step, New Challenge..



Assalammualaikum..

Semalam titik permulaan untuk kehidupan aku yang baru akan datang.. kehidupan yang aku tak tahu semacam mana aku akan hadap lagi.. dan apa yang akan aku nampak lagi.. dan kehidupan aku lagi di UNIKL.. tempat mana segalanya bermula rasa makna "Kehilangan" tu..


Bermula 26/01/2019 ni bermula lah kembali kehidupan aku sebagai seorang pelajar dekat UNIKL.. tapi kalini aku sendiri tanpa ada sesiapa lagi.. aku harap segalanya akan baik-baik sahaja untuk aku.. sebab untuk aku masih dan mengulang ditempat yang sama.. sedikit rasa takut tuh masih terselit.. tapi aku tabahkan niat sebenar aku untuk mencapai "Master" aku.. jadi aku kena buang segala perasaan-perasaan lama yang masih menghantui..

Untuk segala urusan ni setakat ni segalanya berjalan lancar kecuali satu.. kerja aku.. disebabkan weekend aku kena kerja dan dalam masa sama aku punya kelas pulak setiap hari sabtu.. aku kena lepaskan salah satu kan.. tak semua benda dalam hidup kita akan dapat kan?.. so management tak boleh nak consider situasi aku.. bos aku ok je.. so notis 2 bulan pun dah bermula dari 10hb haritu.. berdoa semoga akan ada kerja yang ok menanti dan semampunya aku.. sebab aku percaya ALLAH tuh memberi apa yang kita perlu bukan apa kita mahu kan?

Keputusan aku ambil ni atas redha dan kelulusan kedua orang tua aku.. jadi aku percaya selagi mana redha tuh ada.. ada sesuatu yang baik menanti aku dihujung jalan.. rezeki ALLAH tu luas kan? dalam masa sama aku goyah jugak untuk mencari kerja baru.. dengan pengalaman dulu lepas lebih 15 IV aku hadap dan untuk mencari lagi aku rasa penat pulak.. hahaha... shuhh, shuhh jauhkan perasaan ni dalam nak mencari rezeki kan.. tak baik kan?

Untuk aku hadap 3 benda dalam tahun ni.. aku takut aku gagal pulak.. harapnya aku kuat.. Pertamanya pencarian mencari kerja aku, keduanya perkahwinan aku dan ketiganya master aku.. macam beratkan untuk tiga ni tapi aku cuba dan cuba.. in sha ALLAH.. semoga berkat doa kedua mak ayah aku.. perjalanan aku ada cara dan penyelesaiannya.. sebab niat aku cuma satu buat segala demi kebahagian mak ayah aku dengan izin ALLAH SWT..

Semoga cabaran mendatang ni akan menguatkan dan mematangkan aku untuk lebih tak cepat naik angin.. hahaha sebab aku sejenis cepat tertekan sendiri dan mengurangkan kadar tangisan aku untuk tahun ini.. aaminn.. hahaha dan semoga semua juga kuat dalam apa jua benda korang buat ok.. gud luck people...


Tuesday, 8 January 2019

Mudah Sebak..



Assalammualaikum..

Untuk posting harini aku melarikan diri seketika dari kesibukan sebab rasa aku perlu menulis untuk hilangkan rasa stuck dekat kepala ni.. Entah kenapa sejak beberapa harini aku rasa aku jadi manusia yang mudah tersentuh dan sebak tanpa sebab.. Untuk benda kecik pun aku boleh tiba nak menangis.. Apakah kan? memang tengah dalam keadaan tak berapa nak elok la kan sekarang ni.. Kewajipan derma darah tiap bulan tapi kalini lain macam betul jadi cenggengnya.. complicatednya seorang perempuan ni kan.. tapi aku tak depress ye.. no I'm not.. hahaha


Benda teruk lagi macam kalau orang lain dengar akan "Ergh, asal doh kau nak nangis?" hahaha bila aku tengok video wedding orang.. bodoh kan? sebab bila aku dengar lafaz akad tuh dengan taklik tuh aku jadi sebak dan aku rasa aku yang ada dalam situasi tuh.. giler kan sebab aku nampak semua nangis dalam video tuh.. hahaha.. perasaan marah orang pun aku nangis sendiri.. tak faham la seorang Azmiera untuk bulan ni dan starting tahun baru ni.. hahaha


Adakah sebab aku akan dalam keadaan masa yang sangat limited untuk aku uruskan lepasni? Kerja, Master, business and planning wedding? 4 benda penting untuk tahun 2019 ni.. Aku sentiasa doa semoga urusan ni dipermudahkan dan aku kuat dalam perjalanan ni.. Dan setakat ni aku dapat aura dan doa-doa positif dari orang sekeliling aku.. alhamdulillah.. dan ayah aku sendiri yang sponsor untuk Master aku ni bayar yuran semua eventhough aku dah kerja..


Adil ni kawan yang aku tak pernah jumpa langsung tapi baiknya dia dan sentiasa cakap yang baik-baik pada aku tuh rasa macam dia kenal aku dari kecik.. aku start kenal dia dari 2013 then akan jadi macam chipsmore masing-masing tapi bila ada tuh.. macam penasihat terbaik macam abang dengan adik sebab aku sendiri tak ada abang kan.. dia banyak bagi tunjuk ajar aku setiap kali fyp aku.. Terima kasih banyak Adil untuk positive vibes yang sentiasa disalurkan..

And nasihat yang sama jugak dari partner aku dekat tempat kerja bagi.. Senior programmer aku.. dia cakap ini apa yang aku nak then enjoy the moment.. Contoh macam orang main gym.. benda tuh pain tapi sebab itu apa diaorang suka then diaorang akan enjoy the pain.. untuk dapat sesuatu benda tuh kan perlukan banyak pengorbanan dan kepayahan baru kita hargai kan? adakah aku bersedia untuk tekanan akan datang ni? adakah aku tak akan jadi over sensitif lebih dari sekarang ni?

Terkadang aku banyak menunaikan impian orang lain sampai aku tak tahu impian sebenar aku dan aku tak rasa someone boleh faham dan tunaikan impian aku melainkan diri aku sendiri jugak.. dan semoga impian mama aku kalini aku dapat tunaikan dengan mendapatkan segulung Master dan menjadi tenaga pengajar.. ini je aku mampu buat untuk bahagiakan kedua mama ayah aku.. aku menaip semua benda ni pun sambil bergenang.. sebak sangat pulak rasanya.. Adakah aku ni overthinking untuk sesuatu benda yang tak terjadi? sebab aku sejenis yang begitu..

Aku manusia yang paling benci dengan diri sendiri kalau apa aku plan tuh tak menjadi rasa aku gagal buat benda sebaiknya.. sebab sampai sekarang aku masih tak lupa apa yang dulu Mr AirForce cakap dengan aku.. "Aku cuma manusia yang tulis atas kertas tapi tak terjadi pun macam tuh dan apa yang atas kertas cuma atas kertas..".. Benda ni memang aku tak boleh lupa kot yang bunuh semua jiwa aku waktu dia cakap macam ni dekat aku.. tapi aku redha jela... dan mungkin aku bukan terbaik sebab nak dapat terbaik kena dari diri sendiri kan?

I hope that i can get rid all those feeling yang macam cuba membunuh dalaman aku sendiri yang melemahkan aku.. dan kita semua terlindung dari bisikan syaitan laknatullah yang cuba melemahkan apa yang tak sepatutnya dan yang membawa banyak penyakit hati dan jiwa.. Aamin Ya Rabb..