Friday, 14 December 2018

True Love : Cinta Sejati?



Assalammualaikum..

Selepas dekat sebulan aku meninggalkan alam penulisan ini.. wah nak bersyahdu sangat ayat kan.. hahaha.. disebabkan kerja dan masa yang susah nak susun maka terbiarlah seketika ruangan ini.. wah gittue.. hahahaha.. disebabkan harini aku dah penat nak hadap coding and bos aku pun out of office, esok cuti so mood tuh dah betul malas.. hahaha.. so curi la masa yang hadoo.. macam la ramai nau baca blog aku ni kan.. hahaha

Ok harini aku nak cakap pasal "True Love" atau bahasa melayunya "Cinta Sejati" kekononnya.. hahaha.. sebenarnya banyak je benda yang nak diceritakan pandangan nak bagi dekat blog ni tapi kekangan masa.. tapi tetap degil nak jugak ada blog.. entah aku cuma anggap ini sebagai digital diary aku yang mana mungkin satu hari nanti bila aku nak imbas kembali aku boleh baca balik.. tapi ni pun sebab mood sendu.. semalam aku baca balik post-post aku yang dulu sampai aku tanya balik.. Why?? then tajuk ni pun muncul la..


To love and to be loved dua benda yang semua orang mahukan atas dunia.. even dengan dunia sebelah sana tetap juga memerlukan kecintaan untuk kita ditimbang tara sebelah sana.. bila aku baca post aku sebelum ni.. perjalanan yang aku ada.. aku pun tanya kat diri aku balik.. "how come all those sweet moments can just turn into bitter memories that full of ache?".. bila aku baca dan aku teringat semua benda aku rasa macam, salah aku ke? atau ini pengajaran dalam hidup aku?


Untuk setiap moment yang pernah aku ada.. aku tak pernah lupa dan andai diminta aku cerita segala aku boleh cerita dari seawal dan sekecilnya hingga sebesar perkara.. entah kenapa dan tempat-tempat yang aku pernah ada.. tapi tamparan yang baru ni masih terkesan lagi.. tak macam yang dah berkahwin tu.. entah aku tak tahu kenapa tapi tak bermakna aku tak bahagia dengan tunang aku sekarang.. kalau otak ni boleh reset aku dah reset dah.. hahaha

Bila aku berborak panjang dan bagi pandangan aku dalam benda ni dengan sahabat2 baik aku.. aku cuma boleh cakap ALLAH tahu apa terbaik untuk semua.. apa yang elok pada mata orang lain tak semestinya itu terbaik untuk diri kita dan bukan semua pandangan orang tuh terus jatuh betul dan salah.. sebab pandangan orang tuh adalah atas pandangan dia dalam skop tuh dan orang lain dalam skop orang lain.. mungkin kalau tanya aku apa yang aku risau maybe bab perhatian kalau orang lain memahami tuh terutama contohnya so tak ada betul dan salah dalam pandangan orang lain.. pandangan hanya pandangan..

Macam aku semalam bercerita dengan tunang aku sendiri.. Bila yang first dulu askar, kerja kerajaan, dah mampu dan cukup bagus untuk aku, tapi aku pulak ada benda aku nak kejar dulu.. so end up benda bertembung dekat situ dan silap aku sendiri bila kejauhan tuh buat aku rasa aku memerlukan yang dekat.. akhirnya segalanya berakhir macam tuh dan moment terakhir, berakhir dekat KLIA2.. terhenti disitu selamanya dan itu kali terakhir aku tengok dia dan lepaskan dia pergi dengan sejuta rasa yang tak terungkap dan airmata aku tak berhenti selama aku dekat situ..

Namun tuh jugak titik permulaan takdir aku yang baru yang ALLAH datangkan sinar baru.. ALLAH hantar someone yang agak gila untuk ada dengan aku dan dari situ bermula segalanya sampailah titik terakhirnya bila mana segala yang pada awalnya dah tak konsisten hingga hujungnya.. dari manis yang hujungnya berubah pahit.. dia punya segala rupa dan manis untuk ambil hati orang tua dan itu apa yang baik pada mata orang lain tapi cerita aku.. aku bukan manusia yang dia boleh terima buruknya.. dan segalanya berakhir dengan update dan cerita tak sedap didengar.. benda itu dibiarkan je berlalu dan hanya aku pendam dengan airmata..


Mereka layak mendapat bahagia selayaknya tapi bukan dengan aku dan aku sentiasa doakan itu.. sorang dah ada anak dua dan sorang dah dapat kejar apa yang dia nak kejar dari dulu dan aku tahu dia seronok bebas begitu.. dan aku bersyukur diaorang lebih bahagia tanpa aku yang mana aku tahu aku tak mampu bahagiakan mereka sebegitu.. dan aku bersyukur aku dengan manusia yang mana dapat aku bahagiakan semampunya aku..


Dan tanpa semua pengalaman tuh mungkin aku tak jumpa balik manusia yang aku punya sekarang.. tunang aku yang sekarang adalah manusia yang sederhana dalam segalanya.. mengajar aku segala benda dalam konsep sederhana.. dia yang "Lead" aku bukan aku yang dihadapan dia.. manusia yang mana boleh menjadi tempat segalanya.. pendengar, penerima, segala macam dirinya aku.. dan aku bersyukur tuh dan aku cakap tuh semalam pada dia.. dan kadang dia pun selalu rasa rendah diri dan takut untuk expectation orang lain bila dia dengan aku.. walaupun kisah kitaorang memang penuh plot twist yang tak terjangkau..

Siapa boleh jangka dialah manusia yang aku tak amik kisah walau dia cari aku dari dulu.. boleh jadi manusia yang setiap masa ada dengan aku waktu aku terlantar excident.. kerja siang malam ulang alik nak pastikan aku ok.. dan aku bila dia tak ada aku tanya akak aku mana dia.. sampai akak aku kena col dia update bagitahu kalau aku dah bangun ke apa.. semua jalan cerita bersebab yang indah..


Dan antara nasihat sahabat aku yang betul faham dan sentiasa bagi positive vibes untuk segala benda yang mana juga family dia jaga aku time sakit tuh.. ibu mandikan aku.. aku manusia paling takut buat keputusan tapi manusia-manusia yang disamping aku sekarang manusia yang penuh kasih sayang tanpa benci.. jadi makna "True Love" tu sendiri besar.. kasih sayang yang sebenar-benarnya sebagaimana.. dan bukannya cuma atas kekasih je.. tapi keseluruhannya.. dan bila dalam playlist aku sendiri aku ada lagu "True Love".. korang boleh dengar lagu tuh dan faham maknanya :


Lagu yang Neelofa buat untuk abadikan kisah cinta dia dengan penuh makna.. tapi satu ayat Neelofa yang penuh makna dan aku setuju :

"CINTA ITU MEMBEBASKAN,
JIKA IA KEMBALI,
ITULAH CINTA SEJATI"

"JIKA DIA YANG KU PILIH,
ADALAH JUGA PILIHANMU,
KAU ATURKAN KISAH HIDUP KAMI,
KE SATU DESTINASI YANG KAU REDHAI"

Dan cinta yang kembali dan yang telah ALLAH susunkan atas doa-doa kami adalah apa yang terjadi sekarang.. terima kasih Aizad Izwan yang terus bertahan dan masih mahu bertahan di sisi.. "True Love" juga boleh jadi kau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk manusia yang menyakiti kau dengan ikhlas tanpa balasan dan tak semestinya pengakhiran cerita kita adalah mengikut apa yang kita rancang.. Ikhlas itu mampu membezakan kau dengan manusia yang lainnya dan segalanya bermula dari hati.. Semoga semua yang membaca ni menemui "True Love" yang dapat membahagiakan kalian Dunia Akhirat.. dan tetap percaya disana juga ada "True Love" menanti..  Aaminn..


No comments: