Monday, 5 November 2018

UNIKL Convo (MIIT) 2018



Assalammualaikum..

14-10-2018.. Hari kejadian sebenar dan paling bermakna.. saat yang ditunggu selama 3 tahun setengah.. macam tak sangka untuk 3 tahun setengah yang penuh suka duka dalam masa satu hari rasa macam puteri.. hahaha..

Waktu kejadian aku pakai semula baju tunang aku je semula sebab tak pakai lagi untuk mana2 majlis tapi kain asal aku tukar jahit lain sebab kain asal meleret betul macam princess.. sayang tapi kalau aku simpan pun aku nak pakai pergi mana kan? hahaha.. dan aku pun akan jimat kos aku.. hahaha.. nampak tak permainan dekat situ.. bijak tak saya.. hahahaha




Setiap kejayaan aku ni.. aku hadiahkan untuk kedua mak ayah aku dan family aku yang banyak mendoakan aku berkat redha mak ayah aku jadikan apa yang aku ada sekarang..



Untuk segala kegigihan aku.. siap excident.. bertongkat nak present FYP.. hantar hardcover report.. pergi last kelas.. kesana sini dengan tongkat.. jumpa manusia2 yang memberikan aku macam2 pengalaman hidup buat aku lebih kenal "DUNIA" itu semacam apa.. ya ALLAH terima kasih untuk segalanya..




Dan kesempatan untuk bersama manusia yang cintakan aku sebanyaknya terima kasih untuk ada.. dan sampai bila2 aku harap sentiasa ada.. dulu diploma kita berakhir konvo dengan sebagai "EX" je.. untuk degree tak sangka percaturan ALLAH itu indah belaka.. orang ada dengan dia sebagai "TUNANG" dia.. semoga segala urusan kita akan dipermudahkan.. aaminn.. terima kasih untuk hadiah tuh.. tak sangka pulak akan dapat suprise tuh.. mula tengok2 je tak sangka dia belikan.. sebab nak sama geng Vivo.. thanks sayang.. next master hadiahkan kereta pulak ye sebab time tuh orang dah jadi isteri dia dah.. hahahha.. promise sayang.. terima kasih.. hahahahaha





Dan ada dengan sahabat yang crack giler.. ok kalini naim dah ada.. waktu ni pun sebenarnya dia terpaksa je.. tengok la muka dia.. hahahhaha.. (gurau je..).. terima kasih sahabat untuk perjalanan indah ini.. moga setiap jalan yang kita ada dan ambil lepas ni yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.. arz sayang korang ingat tuh.. hahaha..

Dan untuk kemanisan ni aku harap tercapai untuk "Master" aku pulak.. aku pun dah dapat offer dari UNIKL untuk sambung Master start Jan 2019.. bersyukur aku punya keluarga yang tak menyekat apa yang aku nak kejarkan dan punya tunang yang sangat menyokong untuk apa yang mengembirakan aku.. dan keluarga dia jugak yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik dan menerima aku sebaiknya.. berkat untuk ada disamping manusia2 yang baik satu nikmat tak terucap..

Terima kasih jugak sahabat yang mendoakan yang tak ada gambarnya.. korang tahu korang siapa.. Farah, Atin, Ajaa, Nadia, Jun, Suhaili, Family Farah, Iq and sesiapa yang mendoakan aku dalam diam aku harap doa yang baik2 juga untuk kalian.. Moga kebencian atau sakit hati atau yang terluka akan terubat dengan kasih sayang.. love you all.. much love from me..

No comments: