Sunday, 4 November 2018

Alhamdulillah Rezeki Dari Yang Esa..


Assalammualaikum..

Selepas 4 bulan menyepi atas kesibukan diri melanda dan berbagai macam benda nak uruskan.. Dikesempatan waktu bos tak ada ni.. aku gunakanlah sebaiknya.. hahaha.. Aku pun dengan kepenatan semalam pindah rumah baru.. so biarlah chill kejap sebelum nak hadap error untuk project baru aku dapat khamis lepas.. hahaha

Aik cerita project ni?? untuk kesunyian aku selama ni.. aku sebenarnya sibuk mencari kerja dan alhamdulillah.. 07-08-2018 rezeki aku pun tiba tapi sebelum tuh aku kerja sementara dekat butik tudung Al-Humaira.. macam biasa la.. sebelum aku nak berhijrah aku akan pastikan simpanan aku cukup untuk segala perbelanjaan akan datang..

Dari Bandar Baru Seri Putra.. aku pun kembali semula memulakan hidup dekat Kuala Lumpur.. gittue sangat bunyi.. hahaha.. sebelum pekerjaan yang ini.. aku dah sebenarnya mendapat pekerjaan yang lainnya.. dan selama sebulan aku menunggu panggil masuk.. offer email dah dapat tapi tarikh lapor diri sentiasa berubah-rubah yang akhirnya aku sendiri tarik diri.. untuk 14 interview tanpa putus asa aku pergi jugak dengan bermacam memori.. akhirnya aku berjaya dapatkan pekerjaan yang selayaknya aku.. alhamdulillah..

Promark Strategies Sdn Bhd.. Company yang ke 13 aku IV dan selepas menunggu.. sebenarnya 5/6 company jugak yang offer tapi aku pilih mana yang sebetul-betulnya kena dengan kemampuan aku.. Aku menerima jawatan sebagai Software Developer yang mana aku cuma perlu membina dan maintaince internal system yang tak memerlukan aku tekanan dari customer.. alhamdulillah..|

Untuk segala kepahitan aku terima 14 IV.. aku menerima hikmah yang tak tersangka.. sebulan aku kerja sini aku terus di offer sebagai permenant staff.. aku bersyukur tak terhingga.. sungguh Rahmat ALLAH tu besar dan luas.. Sebelum aku terima jawatan ni.. aku dah pun terima jawatan sebagai SL1M Trainee dekat Maybank.. tapi hari yang sama aku nak hantar surat confirmation hari yang sama bos aku call aku.. Rezeki tak pernah salah alamat cuma mahu sabar atau tak je.. so jangan putus asa ye semua.. in sha ALLAH rezeki semua mesti ada yang jauh lebih baik..


Alhamdulillah.. dulu masa belajar tak ada siapa percaya kemampuan aku.. yang ada cuma kawan-kawan dan SV kami Madam Azizah.. dan ini adalah bukti kegigihan aku dalam membuktikan cakap-cakap orang pada aku dan kawan-kawan aku yang mana munie pun dah involve dalam development dan ika pun da involve development dalan 3 bulan then ika dapat better offer dekat melaka.. eventhough mungkin sampai sekarang ada yang meragui kemampuan kami.. tapi syukur.. ada yang memberi kepercayaan untuk kami curahkan ilmu kami ada..

Untuk aku dalam bidang asp.net.. satu benda baru yang aku perlu belajar dan aku bersyukur diletakkan dengan sekumpulana manusia yang tak pernah kedekut ilmu.. yang sentiasa membantu.. Alhamdulillah.. sungguh nikmat ALLAH mana yang mahu kau dustakan bila mana setiap jalan cerita kau ALLAH susunkan yang terbaik walau terkadang aku cuma "Manusia" tak sempurna.. Semoga yang baik2 akan terus datang dari kata-kata yang baik2.. aaminn..

No comments: