Monday, 5 November 2018

UNIKL Convo (MIIT) 2018



Assalammualaikum..

14-10-2018.. Hari kejadian sebenar dan paling bermakna.. saat yang ditunggu selama 3 tahun setengah.. macam tak sangka untuk 3 tahun setengah yang penuh suka duka dalam masa satu hari rasa macam puteri.. hahaha..

Waktu kejadian aku pakai semula baju tunang aku je semula sebab tak pakai lagi untuk mana2 majlis tapi kain asal aku tukar jahit lain sebab kain asal meleret betul macam princess.. sayang tapi kalau aku simpan pun aku nak pakai pergi mana kan? hahaha.. dan aku pun akan jimat kos aku.. hahaha.. nampak tak permainan dekat situ.. bijak tak saya.. hahahaha




Setiap kejayaan aku ni.. aku hadiahkan untuk kedua mak ayah aku dan family aku yang banyak mendoakan aku berkat redha mak ayah aku jadikan apa yang aku ada sekarang..



Untuk segala kegigihan aku.. siap excident.. bertongkat nak present FYP.. hantar hardcover report.. pergi last kelas.. kesana sini dengan tongkat.. jumpa manusia2 yang memberikan aku macam2 pengalaman hidup buat aku lebih kenal "DUNIA" itu semacam apa.. ya ALLAH terima kasih untuk segalanya..




Dan kesempatan untuk bersama manusia yang cintakan aku sebanyaknya terima kasih untuk ada.. dan sampai bila2 aku harap sentiasa ada.. dulu diploma kita berakhir konvo dengan sebagai "EX" je.. untuk degree tak sangka percaturan ALLAH itu indah belaka.. orang ada dengan dia sebagai "TUNANG" dia.. semoga segala urusan kita akan dipermudahkan.. aaminn.. terima kasih untuk hadiah tuh.. tak sangka pulak akan dapat suprise tuh.. mula tengok2 je tak sangka dia belikan.. sebab nak sama geng Vivo.. thanks sayang.. next master hadiahkan kereta pulak ye sebab time tuh orang dah jadi isteri dia dah.. hahahha.. promise sayang.. terima kasih.. hahahahaha





Dan ada dengan sahabat yang crack giler.. ok kalini naim dah ada.. waktu ni pun sebenarnya dia terpaksa je.. tengok la muka dia.. hahahhaha.. (gurau je..).. terima kasih sahabat untuk perjalanan indah ini.. moga setiap jalan yang kita ada dan ambil lepas ni yang terbaik untuk kehidupan masing-masing.. arz sayang korang ingat tuh.. hahaha..

Dan untuk kemanisan ni aku harap tercapai untuk "Master" aku pulak.. aku pun dah dapat offer dari UNIKL untuk sambung Master start Jan 2019.. bersyukur aku punya keluarga yang tak menyekat apa yang aku nak kejarkan dan punya tunang yang sangat menyokong untuk apa yang mengembirakan aku.. dan keluarga dia jugak yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik dan menerima aku sebaiknya.. berkat untuk ada disamping manusia2 yang baik satu nikmat tak terucap..

Terima kasih jugak sahabat yang mendoakan yang tak ada gambarnya.. korang tahu korang siapa.. Farah, Atin, Ajaa, Nadia, Jun, Suhaili, Family Farah, Iq and sesiapa yang mendoakan aku dalam diam aku harap doa yang baik2 juga untuk kalian.. Moga kebencian atau sakit hati atau yang terluka akan terubat dengan kasih sayang.. love you all.. much love from me..

The Dara's Tinggal Kenangan..



Assalammualaikum..

Untuk post sebelum ni aku bagitahu apa aku akan cerita kejadian mengapakah apakah dan bagaimanakah Pre Convo tanpa Kak Ain kan.. so meh aku jelaskan kenapa dia nya ngak ada bersama kami..

Entah mana silap dan salah tapi keadaan ni terjadi bila masing2 mungkin dah ada kehidupan masing2 dan Kak Ain pun udah punya laki.. hahaha.. so start situ bermula segala awkard moment and berbagai awkard la.. and start terasa hati sana sini..

Bila kau rasa kau anggap orang tuh kawan baik tapi dia tak anggap kau pape macam tuh.. boleh buat insta story tapi tak dapat nak balas ws group.. sampaila saat bergurau.. yang mana cakap group dah mendap.. dia boleh bubarkan group ws tuh.. entahla tak faham situasi tuh.. so start dari situ and dia pun tak mencari kitaorang ke apa.. so kami pun merelakan la dia pergi.. sebab dia punya kehidupan baru dan mungkin kehidupan tuh yang paling dia nak tunggu sangat.. so kawan2 ni tak perlu sudah..




Untuk segala benda yang selama ni buat sesama dan kemana semua berempat.. hanya kerana satu perkara boleh mengubah segalanya.. sebab itulah pengajaran terbesar.. tak semua atas dunia akan kekal bersama selamanya.. kerana status, pangkat dan sedikit benda akan merubah manusia untuk banyak perkara.. antara yang membawa kebaikan atau yang menyakitkan itu atas pilihan..

Semoga yang bertiga ni mampu kekal hingga akhirnya.. ingat janji manis kita in sha ALLAH.. even dah lepas kahwin kalau nak travel tuh mesti sesama jugak.. girls day out.. hahahha.. kitaorang doakan yang terbaik untuk kehidupan Kak Ain.. tapi cuma penat bila orang yang nampak akan pertikai.. dan tertanya kenapa dan inilah penjelasannya tak banyak sikit dapat pemahaman semua.. dan untuk setiap kali yang dah melangkah pergi..maaf untuk kembali pada kami tiada yang kedua kali dan itu apa yang sendiri perlu fahami..

Moga aku sentiasa ingat dan tak mudah lupa walau dengan apa aku ada.. siapa yang sentiasa ada jatuh bangun aku sampai aku tutup mata.. aaminn..

Sunday, 4 November 2018

Al-Kisah Pre Convo Geng PikapHati & D'Ginger



Assalammualaikum..

Walaupun sudah sebulan berlalu.. eh silap.. baru 3 minggu.. hahaha.. berakhir sudah satu kenangan indah selepas 3 tahun setengah mengharung pelbagai dugaan, cabaran, onak ranjau, jatuh tersungkur.. semua benda rasa dalam 3 tahun setengah ni yang membuat aku lebih mengenal DUNIA ini semacam mana..

Sebelum kejadian sebenar 14-10-2018.. seminggu awal aku dengan Geng PikapHati and D'Ginger dah memulakan macam biasa la.. apa yang akan dibuat bila ambil baju konvo awal.. hahah pre-convo la kan.. dengan semangat waja, wira, saga nya kami... hahaha.. meh aku belanja sikit gambar pre-convo kami..

Geng Pikap-Hati :  Photographer Hareez + Kawan Dia (Lupa Nama) kalau ada yang berkenan dengan gambar-gambar ni.. boleh nanti Pm untuk apa2  job.. gambar pun diedit oleh Hareez... 









D'Ginger : Untuk photoshoot ni pulak aku dengan budak2 ni gunakan khidmat Mustika Soraya Mustaza.. hahaha panjang kan nama.. sebab nama dia unik n sweet je bila sebut panjang.. Andai ada yang berminat jugak untuk gambar2 ni boleh Pm untuk apa-apa job..










Inilah antara moment kami untuk yang terakhirnya bergelar student degree UNIKL MIIT.. untuk sampai rasa senyuman yang macam ni.. semua benda la rasa.. bergaduh sesama kitaorang? tipulah tak ada.. cuma tak pernah nak jadi besar-besar sebab nilai sahabat tuh dah faham.. kalau sekadar biasa memang dah banyak dah agaknya tak suka dengan aku,ika n munie.. nasiblah masih ada yang sudi memahami dan menerima kitaorang seadanya tanpa penilaian buruk.. and aku seronok rasa keikhlasan tuh sampai habis waktu yang ada bersama ni..

Sekarang bila semua dah ada komitment masing-masing terasa betul kenangan dulu tuh.. masa dulu yang bergaduh tak hargai tuh.. tapi itulah yang mengajar erti kedewasaan sebenarnya.. dan untuk segala rasa aku dah karangkan dan di momentkan dalam instagram aku.. dan moga bila aku tak ada.. semua kata-kata yang indah tuh jadi ingatan untuk korang agar korang tahu aku sayang giler kat korang.. thanks jadi sahabat aku atas dunia dan moga kita kekal ada sampai akhirat dan bergelak ketawa dalam syurga.. aaminn..

psstttt... Naim missing in Action dalam gambar.. (sebab dia dah taknak kawan dengan kitaorang).. hahahahhaa... Kak Ain?? Next post aku story kenapa.. tungguuu..


Alhamdulillah Rezeki Dari Yang Esa..


Assalammualaikum..

Selepas 4 bulan menyepi atas kesibukan diri melanda dan berbagai macam benda nak uruskan.. Dikesempatan waktu bos tak ada ni.. aku gunakanlah sebaiknya.. hahaha.. Aku pun dengan kepenatan semalam pindah rumah baru.. so biarlah chill kejap sebelum nak hadap error untuk project baru aku dapat khamis lepas.. hahaha

Aik cerita project ni?? untuk kesunyian aku selama ni.. aku sebenarnya sibuk mencari kerja dan alhamdulillah.. 07-08-2018 rezeki aku pun tiba tapi sebelum tuh aku kerja sementara dekat butik tudung Al-Humaira.. macam biasa la.. sebelum aku nak berhijrah aku akan pastikan simpanan aku cukup untuk segala perbelanjaan akan datang..

Dari Bandar Baru Seri Putra.. aku pun kembali semula memulakan hidup dekat Kuala Lumpur.. gittue sangat bunyi.. hahaha.. sebelum pekerjaan yang ini.. aku dah sebenarnya mendapat pekerjaan yang lainnya.. dan selama sebulan aku menunggu panggil masuk.. offer email dah dapat tapi tarikh lapor diri sentiasa berubah-rubah yang akhirnya aku sendiri tarik diri.. untuk 14 interview tanpa putus asa aku pergi jugak dengan bermacam memori.. akhirnya aku berjaya dapatkan pekerjaan yang selayaknya aku.. alhamdulillah..

Promark Strategies Sdn Bhd.. Company yang ke 13 aku IV dan selepas menunggu.. sebenarnya 5/6 company jugak yang offer tapi aku pilih mana yang sebetul-betulnya kena dengan kemampuan aku.. Aku menerima jawatan sebagai Software Developer yang mana aku cuma perlu membina dan maintaince internal system yang tak memerlukan aku tekanan dari customer.. alhamdulillah..|

Untuk segala kepahitan aku terima 14 IV.. aku menerima hikmah yang tak tersangka.. sebulan aku kerja sini aku terus di offer sebagai permenant staff.. aku bersyukur tak terhingga.. sungguh Rahmat ALLAH tu besar dan luas.. Sebelum aku terima jawatan ni.. aku dah pun terima jawatan sebagai SL1M Trainee dekat Maybank.. tapi hari yang sama aku nak hantar surat confirmation hari yang sama bos aku call aku.. Rezeki tak pernah salah alamat cuma mahu sabar atau tak je.. so jangan putus asa ye semua.. in sha ALLAH rezeki semua mesti ada yang jauh lebih baik..


Alhamdulillah.. dulu masa belajar tak ada siapa percaya kemampuan aku.. yang ada cuma kawan-kawan dan SV kami Madam Azizah.. dan ini adalah bukti kegigihan aku dalam membuktikan cakap-cakap orang pada aku dan kawan-kawan aku yang mana munie pun dah involve dalam development dan ika pun da involve development dalan 3 bulan then ika dapat better offer dekat melaka.. eventhough mungkin sampai sekarang ada yang meragui kemampuan kami.. tapi syukur.. ada yang memberi kepercayaan untuk kami curahkan ilmu kami ada..

Untuk aku dalam bidang asp.net.. satu benda baru yang aku perlu belajar dan aku bersyukur diletakkan dengan sekumpulana manusia yang tak pernah kedekut ilmu.. yang sentiasa membantu.. Alhamdulillah.. sungguh nikmat ALLAH mana yang mahu kau dustakan bila mana setiap jalan cerita kau ALLAH susunkan yang terbaik walau terkadang aku cuma "Manusia" tak sempurna.. Semoga yang baik2 akan terus datang dari kata-kata yang baik2.. aaminn..