Monday, 9 July 2018

Manusia Perantara, Teguran Dari DIA Diatas Sana..


Assalammualaikum..

Setiap manusia itu berjumpa antara satu sama lain bersebab.. antara sebagai satu hikmah ataupun satu dugaan bagi setiap orang untuk mengajar dan memberi pengalaman dalam hidup.. dengan ini akan kita jadi manusia yang lebih tahu mana baik mana buruk.. mana intan permata dan mana kaca..

Aku nak sharekan sedikit cerita aku bersahabat dengan seorang manusia yang banyak menegur aku dari segala benda sebagai seorang sahabat yang mendoakan antara satu sama lain.. untuk teguran dia yang terakhir untuk isu mengenai manusia yang terkadang aku masih teringat dan mimpi sebelum ni.. sekarang dah tak ada lagi dan cerita ni dah berbulan lepas aku simpan sebab tak sempat nak berkongsi dan coretkan dekat sini..

Masalah dan isu ni terjadi lebih parah bila aku dah bertunang dan tiba-tiba makin kerap pulak aku alami mimpi dan teringat dekat manusia yang aku pernah berharap ada dulu yang terakhir ada.. sampai aku cakap dengan manusia perantara ni sebab aku penat.. memang kawan aku yang lain dan tunang aku sendiri tahu cerita ni.. tapi hati tunang aku mesti la aku nak kena jaga kan.. jujur tu kadang membunuh.. jadi kita simpan sikit agar ada hati yang masih boleh dijaga.. untuk segala nasihat aku dan dengar dan dapat tapi mungkin kata-kata tuh belum lagi sampai tahap yang buat aku terdiam kelu..

Sampailah manusia perantara ni cakap beberapa ayat yang membunuh jiwa yang masih teringat pada manusia tu.. antara ayat yang aku ingat dan aku simpan kemas..

"Ego tu bukan satu benda mudah dijatuhkan.. kau kena bersyukur kau ada tunang yang letakkan ego dia paling bawah untuk ada dengan kau dan lelaki ada 9 akal, tunang kau da letakkan satu akal dia sahaja untuk kau selain family dia menjadi keutamaan dia, kau kena hargai dan tahu tuh"

"Ramai orang ada sayang dan support kau sekeliling kau, penuh kasih sayang, takkan sebab seorang yang kau nak kejar cinta yang kau pun tak pasti orang yang kau nak tu akan bagi pulangan macam mana, dan kau sanggup hilang orang lain yang ada sayang kau ramai-ramai termasuk family kau cuma untuk seorang yang kau tak pasti dan tak pernah letakkan ego untuk kau?"

"Az kau kena ingat setiap tutur kata aku sampaikan dekat kau ni.. dengan izin DIA.. segalanya dari DIA.. DIA nak aku sampaikan ni semua untuk kau sedar dan tahu mana yang patut kau tuju.."

Inilah antara bait kata-kata dan nasihat yang membunuh jiwa aku yang lagi satu yang meronta tak tahu mana tuju yang akhirnya aku lebih tahu apa aku nak dalam hidup dan aku bersyukur ALLAH berikan aku satu jalan yang cantik dan satu kehidupan yang indah perlu aku hargai di samping manusia-manusia yang sangat menyayangi aku dunia akhirat..



Inilah manusia perantara yang buat aku sedar tentang kehidupan dan buat aku jadi manusia lebih menghargai tanpa buta tuli mengikut hati.. betul la orang berkata.. ikut hati mati dan aku antara manusia yang terselamat dari hati yang mati tu.. terima kasih untuk segala nasihat yang membuat aku berfikir lebih rasional dan logik tanpa ikut jiwa yang meronta tak pasti..

Untuk Aizad Izwan Mohd Fauzi.. terima kasih sentiasa dan masih ada dan faham tentang segalanya dari dulu sampai saat ni.. sampaikan manusia perantara ni kagum dengan ketabahan Aizad Izwan untuk ada tulus menyayangi dan menerima seadaanya seorang perempuan bernama Azmiera Aznieyza Roslan.. Love you more n more everyday..

Ikhwan Syafiq.. Semoga yang baik dan terbaik juga pulangan untuk kau dunia akhirat.. terima kasih jadi sahabat yang mendengar dan memahami.. in sha ALLAH kau juga akan merasa bahagia yang kau idamkan aku sentiasa doakan.. aaminn..

Pengajaran dari kehidupan yang aku lalui.. hargai manusia yang betul menyayangi kau tanpa persoal semua tanpa mengharap apa balasan bahkan mahukan kebahagiaan kau yang utama hingga sanggup membunuh jiwa dia sendiri.. tak pernah burukkan aku di media social dan tak pernah salahkan aku untuk segala benda yang meletakakan segala percaya pada ALLAH yang esa.. kalau korang ada jumpa manusia seperti ini hargai sebab aku dah punya seorang dan seorang itu Aizad Izwan..

Penang 3.0 - The Last One


Assalammualaikum..

Kewajipan The Dara's setiap kali habis sem dan belajar haruslah ke Penang Ke Kita.. haha.. sebab fokus untuk makan dan makan dekat Penang tu tak akan pernah habis.. sebab nasi kandar dia tak akan sama dengan yang ada dekat mana-mana pun kari dia ammmmmmmaaa yillek sedap.. hahaha.. terliur kan.. saja nak bakar hati semua untuk kesana.. hahaha

Trip kali ni cuma tinggal bertiga yela kan sorang dah jadi mak dara.. so kena nk fikirkan banyak benda orang dah ade husband.. hahaha.. tapi kali ni kami bertiga ajak sekali tunang aku dan kawan dia.. trip kalini banyak jadual masa lari.. dan tiba-tiba banyak tempat kita orang makan dah tak sesedap dulu.. maybe sebab dak kebal kot dengan rasa dia.. yelah 3 tahun setengah dekat unikl 3 kali jugak pergi kesana.. haha setiap tahun tu wajib kau rasa..





Tapi kalini gambar memang cantik -cantik la kan tak tahu la kalau kitaorang dah makin cantik ke.. eh tiber.. hahaha nasib la tunang and kawan dia layan jela kerenah kitaorang walaupun aku dengan tunang aku ada naik hantu sebab benda-benda kecik and masing penat mungkin biasalah perhatian nak lebih mula la kan aku harap kawan-kawan aku tak ada la yang amik kisah tapi aku bersyukur sebab masing-masing memang dah faham and bila benda jadi cepat-cepat cover and redakan benda tu semula.. biasala kan trip lenjan macam ni.. hahaha and kawan dia yang sekepala tuh memang havoc.. aku bersyukur ada dengan manusia-manusia yang penuh kasih sayang dan sentiasa menjadi penguat.. terima kasih sahabat..





Sambil tuh selit jugak la aku buat video untuk aku dengan tunang aku untuk segala benda lepas banyak benda terjadi untuk kali pertama juga kami berjalan jauh sesama bercuti.. terima kasih untuk penat lelah sama-sama realisasikan plan ni.. love you my gemok.. hahaha




Untuk merasa bahagia tu mudah.. hargai manusia yang menghargai.. jangan kejar manusia yang dah lari dan sentiasa bersyukur dengan apa ada depan mata tanpa persoal.. ingat manusia yang ada saat paling tersusah dalam hidup dan saat kau rasa nyawa kau betul dihujungnya.. manusia yang bagi semangat untuk bangkit.. jauhkan diri dari keadaan yang boleh buat kau overthinking sentiasa positif itu kunci untuk kebahagiaan kau ada... in sha ALLAH.. ALLAH lebih mengetahui apa yang tidak diketahui.. Percaya itu..

Untuk next trip.. dah ada plan and dah book dah tiketnya.. semoga dipermudahkan urusan kami kesana.. tinggal bertiga.. jadi la D'Ginger sebab halia lebih pedas dari biasa.. hahaha.. Semoga persahabatan kita bina kekal sampai akhir usia.. dan trip-trip ni mesti ada walaupun kita dah jumpa teman hidup.. sebab friendship goals tuh impian kita.. in sha ALLAH.. love you more my D'Ginger.. hahaha..

Malaysia Memilih..



Assalammualaikum..

Setelah sekian lama betul aku sepi tapi aku dah senaraikan tajuk-tajuk untuk aku bercerita.. kesibukan mencari kerja tetap dan bekerja sepanjang ramadhan tu bukan mudah.. tapi itulah rezeki yang ALLAH kirimkan buat aku.. alhamdulillah.. ok berbalik pada tajuk yang aku nak share harini pengalaman yang perlu aku simpan kemas buat kali pertama aku mengundi untuk negara Malaysia..

Malaysia memilih.. untuk yang pertama kali dan pertama kalinya gelombang perubahan berlaku setelah 60 tahun.. Aura macam ni dah dapat dirasai bila PM yang sekarang Tun M, melibatkan diri semula dalam politik dengan usia 93 tahun.. atas tekanan dan rasa payah yang mengigit rakyat.. rakyat mahukan perubahan dan aku antara manusia yang melihat perubahan sejarah peralihan kuasa yang selama ini di pegang oleh UMNO telah bertukar tangan.


Selama 2 jam jugak la aku beratur untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara.. tidak disalahkan parti itu.. tapi sebab haloba manusia buat parti itu dibenci.. kerana terang-terangan rakyat di kerah dan diperah duitnya untuk sesuatu yang tak memberi pulangan kepada rakyat kembali... fitnah dan salah menyalah sehingga harini masih berterusan.. untuk janji 100 hari yang tak dapat ditunaikan lagi semuanya juga ditunding jari mencari sebab dan salah..

Bagi pandangan peribadi aku.. janji atau manifesto itu adalah perancangan yang boleh menjadi jangka masa pendek atau panjang mengikut situasi.. aku bagi satu situasi logik akal.. bila kita sendiri berpindah rumah baru yang mana sebelum ni rumah baru tu disewa oleh orang lain.. banyak perubahan dan pembetulan perlu dibuat untuk keselesaan kan? andai penyewa lama merosakkan banyak benda dalam rumah tu.. adakah mungkin dalam masa sehari kerosakan itu boleh dibetulkan seperti kehendak kita? semua orang ada cara..

Pemilihan ni 5 tahun sekali.. sekali perubahan berlaku tak mustahil juga perubahan akan berlaku lagi.. beri peluang beri jalan.. bukti kuasa rakyat lebih besar dari pemimpin.. jadi jangan takut untuk sebarang perubahan.. kadang kit perlu merasa jatuh untuk baiki kesilapan diri dan apa pun kesilapan sebab itu lumrah hidup.. cuma aku tak berapa suka pergaduhan antara anak-anak buah parti yang kadang logik akal tak relevan apa yang diucapkan..

Semua kesilapan akan ada balasnya.. biarkan ALLAH tentukan segalanya kerana makin banyak diperkata makin akan banyak fitnah berleluasa.. kita juga tak suka orang yang tak mengenali kita bercakap mengenai kita apatah lagi mereka.. ALLAH itu sentiasa melihat dan tahu segalanya.. kita perbanyak serah pada dia.. andai ini jalan takdir untuk negara kita..

Semoga Malaysia dalam keadaan baik dan terus kukuh berdiri di mata dunia.. dan perubahan kali ni bukan sia-sia tapi penuh makna untuk kegemilangan Malaysia seperti suatu masa dulu.. Tun M.. terima kasih untuk perjuangan ini.. Sungguh setiap kejadian ada hikmah dan takdirnya sendiri.. semoga takdir yang baik dibawa oleh Tun M..