Saturday, 2 June 2018

Perjuangan Sudah Tamat..



Assalamualaikum..

Selepas sekian lama dah lama betul aku tak update apa-apa ni.. nampak tak betapa busynya seketul Azmiera.. hahahaha.. ni pun kelapangan yang ada dengan pakai data orang untuk update.. aku pulak pakai baru tukar pakej data upgrade line.. sekali tukar no semua.. senang hati untuk lupakan semua.. sekali silap ambil pakej memang lepas bayar bil ni aku nak ambil terus la pakej unlimited data tapi hotspot 20gb.. ok la kan.. lagipun rumah sewa aku pun sendu line nya.. sesendu aku jugak sekarang ni.. ok apa yang sendu nya ni aku nak story setelah sekian lama kan.. hahaha..

Perjuangan sudah tamat..28 April yang lepas dengan rasminya aku dah berjaya menghabiskan internship aku dekat Cybersecurity Malaysia maka dengan itu dengan rasminya juga la aku berjaya menamatkan perjuangan ijazah sarjana muda aku.. Alhamdulillah walau penuh onak liku, drama petang-petang tv3, sinetron semua aku tetap teruskan sampai ke saat nya.. tepuk bahu sendiri sambil cakap Good Job Arz!.. hahaha



26 April aku kena present segala kerja aku dan pengalaman aku selama aku intern dekat situ.. alhamdulillah.. susah aku nak cakap melalui kata-kata jujur aku akui.. lepas kejadian besar tu.. setiap perjalanan aku dipermudahkan dan ditemukan dengan manusia yang penuh ikhlas curahkan kasih sayang tanpa minta.. SV aku En Din, aku akui aku sangat takut dengan dia sebab dia ada aura dia yang susah nak cakap.. tapi once kau dah sembang borak dengan dia.. sangat selesa dan dia bagi kau aura positif yang buat kau semangat untuk tempuh hari esok dan seterusnya.. dan benda yang suprise kan aku lagi bila.. Madam yang datang dari UNIKL adalah Madam yang aku tak pernah kenal dan berurusan tapi guess what.. dia sangat suka dengan cara En Din dan cakap aku untung dapat En Din and lepas settel present semua, dan urusan semua sebelum dia balik aku salam dia and dia peluk and cium aku.. sejuta perasaan yang susah nak gambar terlalu banyak aura dan limpahan kasih sayang aku dapat sampai harini dan aku bersyukur semua itu dari ALLAH...

28 April pula ada lagi suprise yang aku sangat tak sangka.. aku dengan semua budak intern pergi makan sesama yang aku tak sangka semua gigih nak sambut kepergian aku dengan Adda.. Budak UNIKL yang habis sama dengan aku jugak..


Berjumpa lagi dengan semua staff sebelum aku pergi yang tak akan jenguk lagi CSM.. huhu.. then lepas sesi snap gambar and tunggu budak lelaki habis solat jumaat.. and on that day juga la aku bertegur dan ajak abbas budak intern baru yang diploma dari US and anak orang ado-ado.. sebab aku fikir aku malu tuh malu sekali je.. lepas tu tak jumpa.. aku pun tegur borak and aku dapat gain satu value baru pandangan and pemikiran orang yang dah keluar dari Malaysia and bila aku tanya pandangan dia US dengan Malaysia.. aku nampak letaknya mentality orang dekat Malaysia ni termasuk aku sendiri..




Aku akui diaorang semua manusia paling happening aku pernah kenal dalam masa singkat.. yang boleh terima aku, kasar aku, cakap lepas aku, kuat membahan cakap macam tak ada otak kekadang.. to be honest aku sayang giler kat diaorang ni.. ada yang ikhlas tolong aku siapkan task coding aku yang gigih serius.. memang aku tak akan lupa moment mengenali diaorang ni.. semoga kita berjumpa lagi akan datang dalam keadaan yang masing-masing dah berjaya.. dan aku harap korang tak lupakan aku minah senged yang buat kecoh and bising hari-hari kat sana.. hahaha..

Untuk segala ilmu dan kenangan ni.. tak terucap dengan kata-kata.. ALLAH je tahu macam mana aku sentiasa mendoakan manusia-manusia yang membantu aku dan menyayangi aku dengan ikhlas untuk mendapat kebaikan dunia akhirat.. dan untuk segala rezeki ni aku percaya ini yang terbaik buat aku walau pada awalnya aku tak berapa yakin untuk intern sini.. tapi alhamdulillah aku berjaya menamatkan semua dengan kenangan indah dan perjuangan aku sudah tamat..