Wednesday, 11 April 2018

Neraca Dunia..



Assalammualaikum..

Terlalu banyak kepahitan yang di pendam dalam diam buat aku menghasilkan sesuatu tak terjangka..

-NERACA DUNIA-
Ditimbang neraca dunia itu kejam
Perit yang tak berhenti menikam
Tidak dipersoal mahupun dibicara
Dengan senang hukuman menimpa

Apa penilaian tanpa penjelasan itu adil
Adakah satu kegigihan itu cuma nampak kerdil
Beban yang dipikul bagai batu menghimpit
Tersepit dalam jiwa yang bingit

Dunia akan sentiasa menyakiti
Walau berjuta kali nikmat yang diberi
Mudah menghukum membuta tuli
Tanpa mendalami ikhlas dengan hati

Tak akan ada yang faham dan hadam
Sebab sibuk menilai segala tanpa khatam
Sedangkan asal sendiri tak tersingkap
Sebab akan malu kalau diungkap

Berbahasa aku bukan dendam
Tapi terlalu banyak rasa dipendam
Raga dirobek rasa berantakan
Namun semua itu tak ternampakkan

Akhir kata aku serah pada yang ESA
Keadilan yang nyata hanya dari DIA
Sampai masa semua akan rasa
Dari apa yang dihukum tanpa kata

Apa yang membanggakan aku.. satu karya yang banyak penambah baikan dari segi ritma ayat dan juga makna ayat yang semakin halus dan penuh makna.. pada yang membaca.. benda ni terhasil dari apa yang aku terima dan dari apa yang dicerita walau tak segala tapi aku tahu semua.. penilaian yang hanya dari mata dan penceritaan yang didengar buat aku dihukum tanpa aku perlu menerangkan..

Sukar untuk aku percaya.. tapi aku tahu semua itu mungkin hanya seketika.. memikirkan aku? sedangkan tak peduli apa berlaku dulu.. hahaha.. apakah itu lawak atau play victim yang kau cuba sampaikan.. kita berdua salah.. kau dan juga aku.. kita masing-masing kalah dengan sikap sendiri.. tak mampu tahan apa yang perlu hadap.. aku terima segala salah silap aku.. tapi aku tak menjaja mengungkap hanya aku betul semuanya.. aku akui aku cuma manusia biasa yang tak lari dosa dan silap.. aku bukan sempurna nak jaga semua..


Aku dan kau bersama buat pilihan ni.. kau pergi alasan ruang dan masa.. kita sama ego.. tapi aku juga yang dihukum kerana aku pilih jalan mana yang aku rasa lebih menghargai, menerima dan bertahan walau bagaimana aku sekalipun.. kalau bercakap tentang struggle.. kita sama struggle bentuk hidup baru tanpa bayang silam kita berdua.. hanya kerana aku tak mengungkap.. seolah aku tak rasa apa? aku juga punya hati.. yang pernah kau buang tanpa ehsan dari kau sendiri..

kau bukan manusia yang ada sebetulnya waktu aku terbaring.. tak boleh pakai tangan nak makan bila balik rumah.. yang tolong suap aku bila mulut aku tak boleh nak disuap seeloknya.. bukan manusia yang tenangkan aku bila aku terjaga setiap malam meracau menangis merintih apa yang jadi.. yang mendukung aku selama berhari-hari luka aku dicuci.. dan kau nak claim dan buat segalanya? kau tak layak untuk semua tu.. untuk hukuman aku terima atas cerita kau.. aku dendam dalam diam.. moga kau faham satu benda.. kita tak sempurna.. untuk tak terlepas dari rasa kehilangan.. aku penat mengejar benda tak pasti dulu.. biarlah aku ada dengan apa yang pasti dan yang meyakinkan aku tentang makna bahagia..

aku sakit tapi aku mendoakan kau dapat juga bahagia yang kau cari.. untuk mula semula atas segalanya pun.. itu tak mungkin terjadi.. bekas dah berdarah parah.. dan aku sudah ada dengan manusia yang aku pernah tak hargai tapi tak henti mendoakan aku dan saat paling sukar dalam hidup aku.. dia sentiasa ada.. semoga kau jumpa yang sama dan lupakan aku sebaiknya.. kau dan aku tak ditakdirkan bersama walau kita pernah bahagia.. sebab ada sesuatu yang ALLAH nak kita tahu.. hikmah atas semua yang berlaku.. semoga bahagia dengan jalan kau.. ikhlas aku doakan.. tapi satu benda.. cukup la burukan aku dan letak beban atas aku dari segalanya.. aku penat.. jiwa aku tersepit memberontak yang ingin membalas... sebelum ia berlaku aku harap kau ubah laku.. terima kasih kenangan.. terima kasih masa silam.. moga kau dapat apa kau kejar.. seperti mana dulu pernah kau idam..

Wednesday, 4 April 2018

Kebab Kebum, Kebab Kebum.. Tahniah Kak Ain..



Assalammualaikum..

Semalam katanya nak buat sambungan entry kata nak dua entry penyudahnya tak ada pun kan.. hahaha.. sebab sibuk buat benda lain so aku pun nak transfer gambar dari fon malas.. dan rezeki harini gambar dari camera dah dapat so quality gambar lebih theeee booomm la kan.. hahaha ok balik pada tajuk utama.. Tahniah Kak Ain.. 30/03/2018 dengan rasmi Kak Ain dah pun jadi isteri kepada abang Azmi Sidek.. Alhamdulillah.. salah satu wishlist Kak Ain dah tercapai..

Waktu hari pernikahan Kak Ain.. aku dengan yang lain tak dapat nak datang sebab situasi intern dan juga jatuh waktu jumaat bekerja.. Ika pun nak datang dari Melaka tak sempat la kan.. lagipun ketiadaan kami tak bagi effect pun sebab Kak Ain kahwin jugak macam mana pun.. hahahaha.. kitaorang pun datang 31/03/2018 waktu majlis persandingan.. apa yang aku dengan budak ni kena buat.. adalah untuk menabur bunga di laluan pengantin.. gittue.. hahaha.. and the besttt and keje gila aku dengan budak-budak ni buat.. karaoke dekat majlis.. confident level memang tahap apa dah... hahaha.. aku dah pernah 2 kali budak ni la first time dan sebelum ni pun aku dekat majlis yang family orang tuh da kenal aku jugak.. ini memang rare la.. hahaha..







Some Advice And Wish From Us :

      

Kak Ain dah selamat bertemu separuh lagi jiwa Kak Ain.. Semoga mahligai yang Kak Ain bina sentiasa dibawah keberkatan ALLAH SWT hendakNya.. dan perkara tak sangka.. ramai jugak budak kelas BSE Unikl yang datang.. sebab kalau nak dicakap.. aku and the gang ni satu group yang rasa budak BSE macam tak senang.. ada je cakap belakang.. tak tahu la kenapa.. tapi bukanlah semua dan disebabkan ada mulut-mulut tak sedap tuh la yang buat dulu salam faham atas aku ni.. tapi lama-lama ALLAH nak tunjuk kan segala.. huhuhu..




Apa pun itulah pengalaman belajar aku dekat Unikl ni yang ajar aku untuk jadi kuat dan kenal mana satu kawan dan lawan.. yang penting kesayangan aku tetap jugak la yang bertiga ni dekat Unikl tuh.. huhu.. and kitaorang pun tunggu sampai habis majlis ikut outdoor dan sebelum tuh Farah, Atyn and Jun sempat jugak datang.. tu aku tak sangka.. tapi sumpah aku sayang kesayangan aku ni.. semua kawan-kawan aku boleh jadi kawan dan aku bersyukur tu..



Aku bersyukur sentiasa dikelilingi dengan manusia yang penuh dengan kasih sayang tanpa kebencian yang penuh aura positif.. Alhamdulillah.. semoga setiap dari kami mendapat bahagia yang selayaknya dan persahabatan sentiasa kekal dunia akhirat.. much love from me.. arz_weird..

Monday, 2 April 2018

Bonding Time Housemate..



Assalammualaikum..

Agak lama aku menyepikan diri dari sini kan.. sebab aku sendiri tak tahu nak share apa sebab rutin harian aku yang agak sama dan macam tak ada benda menarik nak share sedangkan ada je nak cerita tapi aku busy la lagi sejak rumah sendiri tak ada line sangat so aku jadi manusia tak update sangat.. dekat tempat kerja pun dah busy buat benda lain kan.. hahaha.. acah banyak kerja.. yela banyak tolong kerja orang atleast ada la benda nak tulis yang menarik dekat logbook.. hahaha.. so aku akan share 2 entry harini.. so aku nak share yang first dulu  ni.. huhu


Semalam nak dijadikan cerita.. housemate aku Sharifah nak buat bbq.. aku pada mulanya ingat dia nak main-main jelakan sebab selalu bergurau sekali betul.. then aku pun semalam jugak la beli barang dapur dah alang-alang sebab tak akan aku nak buat keras tak bawak pape.. macam selamba badak je kan makan free.. segan aku.. tu bukan cara aku.. aku pun beli la cekedis dan jugak eskrem.. makanan lain semua untuk aku bahan dapur nak msak2  bawak bekal... dan mula penjimatan berganda sebab nak kumpul duit road to big day katanya.. hahaha..

So semalam first time la kan aku bonding dengan budak rumah.. aku sangat la malu mulanya.. sebab rumah tuh memang macam buat hal masing-masing tapi sekali dah borak semua.. aku rasa diaorang semua sangat baik dan boleh dapat borak banyak benda.. lagi la aku ni muda jauh dari diaorang.. so aku macam adik-adik la dalam rumah tu.. aku pun tak banyak sangat cakap sebab adab and rasa hormat dengan orang lebih tua.. senang cerita.. masuk rumah orang kita kena la ikut rules orang kan.. so aku pun selesa je dengan diaorang.. sebab jenis tak amik kisah jangan hal masing-masing tapi ambil berat la satu sama lain kalau pape.. inform and diaorang ok je.. cuma aku la segan kan tak biasa.. huhu..

Untuk overall semalam.. aku rasa seronok dengan diaorang tuh semua dan makanan sangat best kebabom.. sebab marinate die sangat sedap dengan siap ada spageti bolognise lagi.. kenyang jugak la perut aku yang puasa semalam.. rezeki betul.. alhamdulillah.. semoga untuk yang akan mendatang.. aku semakin selesa untuk berborak and share cerita dengan diaorang.. aaminn..