Wednesday, 14 March 2018

03-03-2018.. New Phase Of My Life



Assalammualaikum..

Kalau seminggu yang lepas untuk post aku.. aku ada ceritakan pasal sesuatu yang aku nak sharekan dan ceritakan sikit kan.. so seperti yang dijanjikan meh aku ceritakan segalanya.. retis sangat statement.. hahaha.. aku busy sangat untuk development graph aku kena siapkan kalau sebaiknya before end of this month la kan untuk digunakan terus.. so masa aku tu tertumpu tempat lain dan jugak bila balik rumah sendiri pulak line kureng.. setakat lepas untuk whatssap itu pun dah cukup bersyukur.. huhu.. ok kita teruskan dengan tajuk utamanya.. macam berita pulak.. hahaha..

Ok dipendekkan ceritakan walaupun mukadimah aku je dah panjang kan.. pada tarikh yang tertera.. 03/03/2018.. aku sudah dengan selamat dan penuh berkat redha kedua keluarga antara aku dan juga Aizad Izwan Mohd Fauzi telah pun mengikat tali pertunangan dan bermula la fasa kehidupan aku yang baru sebagai tunangan orang yang mana aku tak perlu lagi untuk memikirkan banyak benda yang aku perlu hanya fokus pada hati aku sendiri dan juga Aizad Izwan dan juga kedua keluarga sahaja.. In sha ALLAH..






Untuk Setiap moment aku ditangkap dengan menggunakan khidmat budak UNIKL aku sendiri.. nama dia Ikie.. so siapa yang nak kan nice photografer boleh la try usha dia dekat ig and dm untuk dapatkan khidmat yang best.. supposely aku deal dengan Mustika.. but last minit dia kena pergi follow bos dia outstation.. so ni pun last minit cari and alhamdulillah la ada juga yang sudi memberikan khidmat.. and tak sangka dia pun orang kluang dan jadilah cerita yang senang juga.. alhamdulillah..

Nak share cerita sepanjang nak menuju persiapan majlis tak dinafikan.. dugaan memang banyak tapi dalam masa sama ALLAH permudahkan.. pada mulanya yang kau rasa masalah akan tiba kau tak sangka akan ada penyelesaian dengan tiba-tiba.. Contoh macam photografer tu la kan dan juga ada yang memudahkan macam mak Ajaa yang mana  pada mulanya aku nak sewa tapak hantaran dan mak dia dengan senang hati cakap tak payah mak dia sponsor just mintak doakan kesihatan je.. aku bersyukur gila aku di kelilingi orang-orang yang sangat baik dan kenal sisi diri aku yang ada baiknya walau aku tak baik mana..

Then waktu nak beli baju tunang juga.. waktu hari yang aku pergi tu ada pulak la offer so dengan lebih senang nya aku terus la grab satu tudung  terus dan complete satu set tanpa perlu fikir dah.. perjalanan tu walau sakit tapi ada je jalan mudah akan tiba.. jadi aku bersyukur berkat doa mak ayah aku juga banyak membantu yang kenal anak dia macam mana.. ok lupa aku nak bagitahu aku beli baju tunang aku dekat Minimalace Shah Alam.. so dengan bajet yang dah cut kitaorang pergi la GM Klang pulak cari headband untuk aku dan juga sikit lagi barang hantaran..

Secara jujurnya kewangan aku tak ada la sebaik mana sebab aku pun still study and ada pun simpanan sikit aku dah keluarkan la untuk menjayakan majlis ni dan aku sangat bangga segala hantaran aku dan dia kami berdua beli segalanya sendiri.. dia memang dah kerja so kewangan ok la dari aku ni.. so aku nak bangga dengan diri sendiri dan bersyukur sangat atas segalanya dipermudahkan sampai majlis..



Waktu majlis cincin aku disarungkan dari nenek dia untuk cincin merisik dan ibu dia untuk cincin bertunang.. alhamdulillah penerimaan untuk keluarga aku dan dia sama-sama baik untuk kami.. dia selesa dengan keluarga aku dan aku selesa dengan keluarga dia yang mana sangat sayangkan aku.. ni bukan perasan tapi memang ibu dia sangat melayan aku dengan penuh kasih sayang yang susah nak dinyatakan.. benda paling menyentuh hati aku bila waktu aku excident dulu tu.. sebelum aku balik kg.. aku ada duduk rumah dia 2 hari sebelum balik johor.. dan ibu dia yang cuci luka aku yang urut kaki aku yang mana aku sendiri segan dan tak suka sangat kaki aku dipegang sebab aku rasa xselesa dan kurang adab lak.. tapi ibu dia buat semua benda tuh ikhlas sangat.. tak tahu nak cakap perasaan tuh.. cara family dia menyambut baik kehadiran aku buat aku rasa bahagia sangat dan bersyukur..








Secara ringkas family Aizad.. dia ada dua mak dan dua ayah.. sebab Ibu and ayah dia bercerai dulu tapi alhamdulillah dua-dua family masih dalam keadaan baik even nenek dia sendiri selalu makan rumah ibu dia walaupun itu bekas menantu.. kasih sayang macam tu aku nampak dalam keluarga dia dan benda tu sangat ikhlas.. adik beradik yang seibu bapa ada 4 orang 3 lelaki dan sorang perempuan.. dia ada adik tiri sorang je perempuan.. waktu majlis adik dia yang angah tak dapat ikut sebab bekerja..  so serba sedikit pasal diri Si Sihat aku.. hahahaha..








Dan kehadiran manusia-manusia yang sentiasa ada waktu susah senang dan juga yang tahu diri aku segalanya juga memeriahkan majlis dan menyempurnakan hari yang mengembirakan aku.. dari jauh datang untuk ada sama-sama dan aku bersyukur satu benda.. kawan-kawan aku.. semua boleh sama-sama berkawan walau berlainan tempat aku kawan.. macam semua saling kenal satu sama lain sebab aku bawak masing-masing lepak sama.. nak bergurau nak bahan sama je kepala.. aku gembira semua tu sama jugak macam diaorang ada kawan dan aku berkawan baik dengan kawan-kawan diaorang dan keikhlasan berkawan tu memaniskan perkenalan yang ada.. sejujurnya.. aku sayang gila nak mati dengan semua manusia-manusia ni..




Yang paling terutama yang sentiasa dalam hati jiwa dan raga... semestinya.. family yang aku cintai.. sangat penuh warna warni.. gelak tawa.. kasih sayang melimpah ruah.. tapi tak cukup korum sebab akak aku tak dapat balik sebab last minit abg ipar aku ada kerja.. so kefahaman la disitu.. alhamdulillah kejayaan majlis ni dengan ada orang kuat aku dan tulang belakang aku dari dulu.. dengan waktu aku intern.. 60% semua family aku uruskan.. semoga segala yang diberikan aku dapat balas seadanya dan sebaiknya untuk family aku.. mama ayah terima kasih banyak untuk segala dan setiap benda.. sentiasa doakan kak ngah dapat yang terbaik dan berjaya dunia akhirat.. sumpah ni harta paling berharga aku ada dunia akhirat.. dah tak lama.. kak ngah habis belajar dan kak ngah akan balas semampunya untuk gembirakan dan senangkan hati mama ayah.. love you..

So dengan segala kisah.. dengan rasminya.. aku sudah pun diikat dengan tali pertunangan yang mana in sha ALLAH.. jodoh yang ALLAH hadirkan ini yang terbaik dan manusia yang aku nak habiskan hidup hingga hujung nyawa aku ni adalah manusia yang mampu sama-sama membimbing masing-masing kearah yang lebih baik dan diredhai ALLAH SWT dunia akhirat.. aaminn.. doakan yang baik-baik.. semoga datang yang baik-baik.. dan ini adalah satu titik permulaan diri aku sebenar selepas semua drama dan cakap-cakap orang pasal diri aku.. ALLAH lebih mengetahui segalanya dan semoga segalanya akan ada balasan oleh ALLAH SWT.. aaminn..




Thursday, 8 March 2018

Fasa Dalam Bercinta



Assalammualaikum..

Kerajinan melanda so ni post no 2 sebab ada topik yang berkenaan saja la nak kupas sikit.. bak kupas bawang yang mana sekarang si dua eko, ika and munie dah panggil aku gosip advance.. semua aku tahu sekarang dengan bantuan youtube.. hahahaha.. semua gosip aku tahu and semua jenis socmed juga membantu aku la kan.. hahahha..

Ok semalam dekat insta story ramai sangat orang share pasal fasa-fasa dan jenis-jenis cinta yang akan seseorang alami dan supposely akan ada 3 jenis cinta la kan.. soo meh aku share apa jenis-jenis dan pengalaman cinta aku sendiri.. hahaha (nak jugak selit diri sendiri) pun boleh la.. hahaha..



So untuk fasa yang pertama ni.. macam yang korang boleh baca dan hadam.. semua pernah rasa kan.. aku pun sama.. dan first love aku dulu macam ade dua.. so macam tak first love kot.. entah complicated.. Sebelum si Rony Surya Hidayat ni ada Mr Air Force dulu..  Dengan Rony konon betul aku hadap fikir dan rasa dia dah macam memang confirm aku kahwin dengan dia.. hahaha.. betul fairytale.. tapi sayang dia tipu aku dan permainkan keikhlasan cinta aku.. dulu la.. tapi sekarang jumpa lepak-lepak boleh je.. sebab dia kawan sekelas dan sekepala je.. profesional la.. dah lama kan.. hahahha.. Dengan Mr Air Force lak pengalaman first jugak la tapi tak macam dengan Rony tuh.. Sweet tapi dalam masa sama geng-geng dia nak menjatuhkan aku dan dah terjatuh dah dengan fitnah-fitnah yang mana aku tak akan lupa sampai bila-bila... mulut kata maaf tapi hati masih teringat.. ok tutup pengalaman pertama.. proceed seterusnya..


Untuk fasa yang kedua ni yang memberikan dua tamparan besar.. Mr Air Force datang balik dan banyak konflik dan drama yang sangat gila yang susah nak cakap kan la.. yang libatkan mama aku sekali dia telefon semua.. lepas perginya dia.. datang MFH yang mana drama lagi teruk yang susah nak cakap macam apa ditulis kat gambar tu la.. kita cuba bertahan dan bertahan pada benda tu dan berharap pengakhiran yang baik tapi kesudahan semua benda cuma jadi makin teruk dan teruk..


Dan untuk fasa yang terakhir ni sesuatu yang tak di jangkakan.. munculnya manusia yang mana sentiasa ada tapi aku buta.. Aizad Izwan Mohd Fauzi.. Dia ni terlibat juga dalam cinta fasa kedua tapi pengakhirannya berbeza dengan dua makhluk ALLAH tu.. pengakhiran yang lebih baik masih berkawan walau aku yang selalu menolak dia dulu dan aku cuma cari dia bila aku nak luahkan rasa je sebab pada aku aku tahu dia akan selalu ada dan kefahaman dia buat aku lega untuk aku luahkan walau aku bersama yang lain.. drama kan ayat.. hahahhaa.. tapi alhamdulillah.. kehadiran dia adalah apa yang ALLAH dah tentukan untuk aku dan kami pun dah one step closer.. opppss.. aku tak post apa-apa lagi kan pasal benda ni.. nanti aku share kan.. sebab aku menunggu gambar dari photografer kami.. mesti la gambar nak yang cantik-cantik kan.. hahaha..

Dalam perjalanan ni juga ada je yang aku jumpa orang lain.. aku jumpa juga Mohsin, aku jumpa Din.. macam-macam watak aku jumpa untuk aku sampai kesini.. aku jumpa Donut.. yang mana semua kehadiran tak banyak sikit ada yang mengoncang jiwa aku kan.. hahaha.. tapi dengan Mohsin pengakhiran tak baik sebab dia tipu aku dia ade awek sebenarnya sama macam Rony dulu.. yang Din.. aku yang sepikan diri sebab aku rasa dia ada benda tak jujur pada aku jugak.. dan last Donut pun sama.. dengan perempuan lain jugak.. so benda-benda yang menguji ni kelemahan aku..

ALLAH tak akan menguji kalau sesuatu tu yang kita tak mampu dan apa yang di uji tu semua kelemahan aku.. dan aku bersyukur lepas kejadian aku dapat jawapan pada doa aku.. dan aku sentiasa doakan semua yang pernah ada dengan aku lebih bahagia dengan kehidupan masing-msing dan Mr Air Force pun dah ada sepasang dah anak.. hahahaha.. bila mak kau yang jadi reporter untuk aku.. dan sejujurnya aku dah move on dari semua senarai tu dan MFH ada la masih kesan pada aku.. tapi in sha ALLAH sikit demi sikit benda ni akan pergi sendiri dengan sokongan keluarga dan keikhlasan Aizad izwan...

Sekian la drama sinetron free dari azmiera aznieyza.. sungguh pengalaman itu mengajar aku jadi apa aku sekarang dan semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat untuk aku dan si dia.. aaminn..

Wednesday, 7 March 2018

In Sha ALLAH, Sampai Masa Kita Ketemu Jua



Assalammualaikum..

Di petang yang sungguh menguji iman aku dari menahan ngantuk dan lapar walau dah makan ni.. aku cuba la menyibukkan diri untuk aku buat sesuatu yang nampak busy.. hahaha.. ini la terjadi bila coding yang cuba nak runkan tak dapat so menangis jela tepi bucu.. hahaha.. lama juga aku tak updatekan sebab busy la... ceh apa yang busy pun tak tahu... hahaha.. balik pada tajuk utamanya.. siapa yang aku nak ketemu nya tu kan.. so biarlah aku ceritakan sedikit.. hehehe

Kalau perasan or entah aku ada post ke idok pun aku tak tahu sebab aku jenis tak rajin nak baca post sendiri sebab kadang rasa nyampah nak baca semula entah apa aku tulis tapi aku memang saja nak menulis.. hahaha merepek lagi kan.. hahaha..

Kalau seperti yang dirancangkan 6hb sepatutnya aku da berlepas ke sabah untuk hiking Gunung Kinabalu yang mana juga salah satu impian aku kesana.. nak merasa kesana.. sikit demi sikit aku dah sediakan barang dan aim nak beli lagi banyak benda nak completekan barang aku sendiri.. tapi rezeki tak menyebelahi dan ada hikmahnya.. jadi aku ikhlaskan la segalanya..



Kalau tak termasuk harini aku dah ada 3 hari dekat sana kan.. tapi nak buat macam mana dan sepatutnya perjanjiannya aku naik dengan MFH kan.. kesana sebab janji kitaorang nak kesana sama-sama katanya.. tapi entahla kan.. ALLAH dah tuliskan takdirnya begini dan aku terima sebab hikmah yang lebih baik ALLAH beri pada aku yang aku sangat bersyukur..

Lagi pun ankle aku sendiri belum baik sepenuhnya.. kadang bila tekanan yang terlalu banyak pada kaki kiri ni pun akan buat aku rasa dah tak selesa sangat rasa macam sakit-sakit yang kebas dan memerlukan aku untuk rileks sekejap yang tak akan semua faham kot.. hahaha itulah yang sampai kena maki babi dengan MFH siap dengan bodoh.. hahaha tengah sakit tuh kena maki..

Terima kasih ALLAH berikan apa yang aku ada sekarang dan aku bersyukur.. Alhamdulillah.. in sha ALLAH ada rezeki.. akan ketemu juga aku dengan Gunung Kinabalu.. sebab aku yakin.. ALLAH lebih tahu mana perancangan terbaik dan mungkin bila aku masih lagi dengan MFH.. aku akan terus rasa keliru dan keliru untuk pertahankan benda yang tak pasti hala tuju yang mana aku bukan sesiapa pun sebenarnya pada dia.. hahaha

Gunung kinabalu impian aku dan semoga Aizad Izwan yang sentiasa usaha dan cuba buat aku bahagiakan sama-sama jadikan impian aku, sebagai impian dia.. ni pun nak start juga hiking.. kemanakah itu.. nak naik Gunung Datuk katanya.. ok nanti kita pergi sama-sama ok.. hehehe.. semoga satu hari nanti aku merasa apa yang aku impikan.. pada ALLAH aku serah, dan pada DIA aku ikhlaskan segalanya, sungguh DIA sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui.. aaminn..