Tuesday, 27 February 2018

Logik Yang Bermakna..



Assalammualaikum..

Dikelapangan yang ada sementara nak tunggu kawan ika si amin menengokkan coding aku untuk graph development untuk kegunaan internal SV aku dekat department ni... aku ambil la masa ni sikit untuk aku update satu ayat yang menyentuh hati tapi logik dan bermakna.. untuk aku ada dekat sini hari-hari la aku layan perasaan dengar lagu-lagu feeling gittue.. hahahha..

Untuk sekarang ni kan memang tengah hot cerita pasal sufian suhaimi dengan elfira loy yang putus tunang tuh kan.. and dalam masa sama pian ni pun keluarkan lagu dengan tajuk "Di matamu".. aku bukan la peminat lagu dia ke apa.. tapi untuk lagu ni.. satu baris ayat dia memang buat aku rasa benda tuh logik dan bermakna untuk mana-mana orang yang patah hati..

"Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu didunia ini"

Penyesalan bagi setiap orang yang berharap.. setiap pertemuan ada pengakhiran yang baik tapi.. untuk pengalaman cerita aku ni.. beberapa banyak pertemuan yang terjadi sampai aku kembali semula pada tempat yang aku dah tak layak ada kali kedua.. aku jumpa dengan bermacam ragam dan watak.. serius apa yang aku nak cakap dengan yang semua pernah ada dengan aku.. aku nak cakap ayat sama.. tak sepatutnya kita berjumpa.. tapi siapa kita nak menyangkal ketentuan ALLAH swt kan?



Kalau boleh aku nak baik dengan semua orang tanpa ada dendam dan hidup aman damai.. tapi siapa aku nak tentukan semua benda kan.. sehari demi sehari aku mula nampak hikmahnya dan aku bersyukur.. bila sekeliling aku adalah kawan dengan orang-orang yang sama.. terkadang ternampak muka yang dulu tu buat aku rasa nak marah tapi aku pasti dia pun lebih bahagia dan pasti senang tanpa adanya aku kan.. apa pun aku doa semoga yang baik-baik juga datang buat aku.. aaminn

Monday, 26 February 2018

Semoga Selamanya Bersahabat..



Assalammualaikum..

Kesibukan dengan task dari cik din (SV intern aku) buat aku lama xjenguk sini.. bila perlu je aku datang.. hahaha.. sebab tak ada kejadian yang best asyik benda sama je seharian hidup aku kan.. hahaha.. pergi intern balik then tido.. hahaha.. dekat rumah pulak line fon kurang sikit.. dalam bilik aku je sebab bilik aku kat belakang sangat.. so kena la nanti pemasangan wifi dibuat ke apa kan.. senang untuk aku buat kerja bila aku bekerja nanti.. nak duduk situ lama.. in sha ALLAH.. huhu

Ahad lepas reunion kecilan.. reunion sangat macam la tak jumpa bertahun.. hahaha.. xjumpa berapa bulan je.. tapi sebab dah duduk rumah sesama.. susah senang sama-sama.. kalau nak jumpa tu akan excited sangat.. setiap hari gosip tak pernah habis.. borak benda-benda semasa pun jadi isu besar dalam group.. lawak bila tengok perangai memasing..


Permulaan kisah aku hanya bermula dengan ika je.. pergi mana berdua semua bagai.. sebab perangai kiteorang memang mostly sama dan minat aktiviti-aktiviti lasak yang sama juga.. then tak lama lepas tu.. munie ada dengan kak ain.. jadi 4 orang yang berlainan watak tapi boleh faham banyak benda alhamdulillah.. walau bergaduh banyak benda juga sebab masing-masing pun kepala angin terutama aku.. tapi semua terima baik buruk..

Diaorang kesayangan aku yang bila nak travel ke apa semua sekepala share duit sesama tak berkira dan apa-apa just cakap je.. orang lain mungkin ada tak suka cara kitaorang yang outspoken jugak kadang-kadang tapi lebih baik dari depan lain belakang lain.. and jenis profesional.. masalah dah settel then habis tak payah nak meleret cerita sambungan belakang.. annoying dan sangat budak-budak tahu... hahaha

Tak banyak aku nak cakap.. aku sayang diaorang ni dan bonding kiteorang makin rapat lepas excident tu.. dari segi penjagaan semua.. sentiasa ada satu sama lain susah senang.. semoga sampai masin-masing jumpa pengakhiran cerita masing-masing kita tetap boleh pergi travel dan buat apa kita suka sama-sama.. aaminn..

Thursday, 22 February 2018

Pengorbanan : Korban @ Terkorban



Assalammualaikum..

Bila aku ada kelapangan macam ni.. aku pun ambil la masa yang ada untuk aku update blog aku ni kan.. blog aku ni dibuat bukan lah nak kejar famous ke nak jadi tumpuan ke apa.. tapi sebab menulis tu satu benda yang mendatangkan kepuasan pada jiwa aku sekaligus segala cerita dalam ni aku boleh jadikan pengajaran dan pengalaman masa akan datang.. even kalau aku tak ada nanti ada suatu benda yang orang boleh kenang pasal aku kan.. tetiba sendu kan.. hahaha dah kenapa kan.. saja share je kenapa blog ni ada.. huhu

Ok balik pada tajuk utama.. pengorbanan.. kalau dari segi makna.. semua ada definisi sendiri sebab dari jalan kehidupan yang lain-lain kan.. persepsi juga akan berbeza.. even dalam islam pun ada makna yang lainnya.. tapi pada aku.. pengorbanan tu kita akan hilang satu benda untuk dapat satu benda.. kenapa tajuk  ni aku cuba coretkan dalam blog aku ni sebab kata-kata dari kawan aku


Aku ni sentiasa bagi nasihat yang kalau dari segi berkata-kata pun ayat memang hiperbola tapi bila kena diri sendiri aku jadi macam bodo.. tapi aku rasa semua orang pun sama je kan.. tapi entah lepas apa jadi aku jadikan pengalaman aku sebagai nasihat sebenar aku dan cuba faham orang lain sebaiknya... sebab aku pernah rasa banyak benda.. betul orang cakap.. pengalaman mendewasakan.. dan aku bersyukur sebelum lagi panjang segala benda.. ALLAH berikan aku jalannya..

Pengorbanan tu memang menyakitkan tapi pasti ada hikmahnya.. mulanya kita akan rasa sakit yang macam jantung dengan hati rasa nak terbakar sebab rasa sakit tu.. tapi bila kita nampak hasil dari pengorbanan tu perlahan-lahan rasa tu akan sembuh sendiri.. tak semua benda yang kita nak dalam hidup kita akan dapat.. sebab kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita.. hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahu




Pengorbanan buat kau rasa kehilangan tapi itu mungkin terbaik untuk diri sendiri dan juga yang terlibat dalam pengorbanan kita tu kan.. Walau dalam sudut hati kau ada banyak benda kau pendam dan cuba untuk tak rasa lagi benda tu tapi itulah pengorbanan demi kebaikan.. dan aku tahu ni jawapan dari doa-doa aku dan aku bukanlah apa yang ada dalam doa yang dulu tuh.. jadi ini la akhir jalan cerita aku dan semoga apa je aku nak buat lepas ni dipermudahkan dunia akhirat.. aaminn..

Sunday, 18 February 2018

Lebih Sempurna (Syamel ) - Buka Kisah Lama



Assalammualaikum..

Selamat pagi yang tak berapa nak pagi ni kan.. Ok harini aku ada kesempatan yang sangat banyak sebab dekat ofis aku department R & D semua tak ada sampai esok sebab ada kerja dekat luar so secara tidak langsung budak-budak intern akan menjadi bos terhadap diri sendiri.. hahaha.. Emosi aku yang tak menentu pagi ni elok la ALLAH tuh letak keadaan harinya seperti hari  ni.. mood buat kerja tak ada sebab kepenatan semalam menempuh jem dari Kluang ke KL dah macam nak pergi utara da lamanya.. so mood aku agak nak melayan perasaan sendiri.. bukan tiap hari aku layan perasaan ke? hahaha..

Ok balik pada topik utama.. disebabkan sebab-sebab diatas.. aku  layan youtube je harini dan aku harini baru perasan sesuatu.. video clip syamel - Lebih Sempurna.. jalan cerita sama macam keadaan yang aku dah lalui.. cuma aku dengan yang dulu MFH bukanlah sebab ada orang ketiga.. tapi sebab Perangai masing-masing sendiri dan syamel dalam tu ibarat Aizad Izwan.. yang selama ni ada tapi aku pandang tak berharga..


Penceritaan dia sangat mendalam.. lagi pulak situasi perempuan excident dan yang bersungguh jaga is Syamel.. sama sangat dan sangat berdosa gila rasa bila aku still mencari orang lain sama macam perempuan tu buat.. jalan yang ALLAH beri sungguh unik.. aku terima dengan hati yang redha dan ikhlas.. tipu andai tak teringat.. teringat kenangan just kenangan.. bukan orang didalamnya.. kerana kenangan itu seperti angan-angan berharap indah seperti itu lagi sedangkan realiti adalah yang lebih jauh lagi baik kerana ini semua susunan perjalanan ALLAH kepada cerita aku..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah :216)

Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biarku derita
Menangis di dalam jiwa 

Kau terluka akulah peneman

Kau bahagia aku ditinggalkan
Mudahnya kau berubah
Sepiku berteman air mata
Berlalulah kau masa
Aku tidak berdaya
Temukannya yang lebih sempurna

Bertahun kenal dari zaman poli.. jujur aku nak akui.. walau dalam keadaan apa paling sakit pun.. aku mesti contact dia dan bercerita even dulu aku ada Mr Air Force aku akan cerita semua.. dan aku sendiri pergi bila aku tak perlukan dia.. bila dia datang mencari aku dengan yang lain sebab alasan aku tak nak pandang kebelakang lagi yang penyudahnya aku sendiri dalam kesakitan.. sebab tak semua akan terima kita seadanya..

Yang aku dapat rasa semua yang kenal aku mulanya expect aku sempurna sebagai mana aku berkawan mulanya.. mulanya mesti la tak banyak sikit kita akan simpan buruknya kita.. bila dah bersama kita selesa kita akn tunjuk diri kita sikit demi sikit.. tapi bila kekurangan aku tak diterima macam ni la yang aku dapat.. apa pun aku bersyukur dengan segala yang indah ALLAH dah aturkan.. sebab setiap yang jadi bersebab dan aku ikhlas apa adanya.. semoga yang baik-baik datang untuk semua juga.. aaminn.. adios..

Sunday, 11 February 2018

09 Feb, 25 years and still counting..



Assalammualaikum..

Dah lama rasanya aku tak update apa-apa kan? so harini dikelapangan yang ada aku singgah la sekejap memandangkan ada sedikit masalah internet so banyak la limitation nak search and download apa-apa pun jadi masalah dan bila kebosanan melanda dan rasa mengantuk datang ibarat sepoi-sepoi bahasa baik aku cuba cari alternatif tak biarkan aku terbuai mimpi kalau tak susah la aku kan.. hahaha..

Seperti biasa la.. aku akan menceceh benda yang lari dari tajuk utama dan sekarang aku nak balik pada tajuk utama.. wah 25 years and still counting.. apakah.. ok saja poyo nak acah suprise kan.. hahaha.. 9 feb lepas..  so dengan rasminya aku dah separuh dari zaman 20an aku la kan.. alhamdulillah aku masih diberikan peluang dan ruang untuk aku membetulkan segala salah silap dan mengumpul sebanyak mungkin pahala sebelum aku dibawa ke dunia sebelah sana..

Tahun ni tak banyak yang aku harapkan.. cuma apa yang aku harap segala yang baik-baik datang buat aku dan orang-orang yang aku sayang dan sayangkan aku.. Aku bersyukur tahun ni aku dapat sambut dengan family aku.. walau tak semeriah mana macam dulu sebab tak ada cuti besar.. sebab kalau dulu setiap kali tarikh lahir aku akan dekat dengan tahun baru cina.. so terus akan buat makan-makan besar dekat rumah aku.. kadang malu sebab dah tua tapi ada majlis untuk aku.. tapi best sebab dapat hadiah and duit poket.. hahaha sebab dah tua nak bagi hadiah beriya pun tak ada apa kan so duit jela.. untuk menjana masa-masa akan datang.. hahaha



First aku balik jumaat aku mintak cuti sebab aku memang nak balik kg hantar barang mak aku dan sekaligus la spend time dengan family aku dah lama jugak aku tak balik kan.. aku gerak petang lepas asar dan magrib macam tu aku sampai dan aku balik dengan mintak bantuan dia la hantar aku kan.. sebab aku ni sejak excident haritu ada masalah sikit fokus bawak kenderaan so memang bahaya dan nak naik bas barang menimbun.. akak aku pulak ahad ada majlis tunang adik ipar dia so nak buat macam mana pun dia jela yang sudi teman dan tolong aku dari segala hal..

Malam lepas magrib semua tiba-tiba adik keluar bawak kek and nanyi.. macam-macam perasan ada dalam hati aku.. nak nangis aku control macho aku la kan.. sebab dekat rumah aku watak berbeza sikit.. aku garang dan jenis malu la nak cakap-cakap emosi ni sebab aku panas baran dan itulah kekurangan aku.. entah kenapa aku ada penyakit baran yang susah nak kawal.. tapi buruk baik itulah kesayangan dunia akhirat aku yang paling terima aku seadanya walau macam mana pun keadaannya.. jadi hargailah keluarga kita sebaiknya..


Mama ayah.. terlalu banyak mama ayah dah buat untuk kak ngah selama 25 tahun kak ngah dibesarkan.. kak ngah harap dengan umur yang makin meningkat.. kak ngah dapat banyak berbakti pada mama ayah.. Sebab kak ngah sedar macam mana kak ngah buat tak akan mampu balas segalanya.. cukup kak ngah jadi anak yang melapangkan dada mama dan ayah.. terima kasih dan terima kasih.. me love both of you so much..

Nak ditambah sedap perasa cerita.. malam bufday aku.. Aizad Izwan cakap dia mimpi.. si MFH datang wish bufday aku dan aku pergi balik pada dia.. sebab MFH dah berubah semua.. aku gelak jelakan.. benda yang die insecure tu sampai jadi masuk dalam mimpi dia.. aku kenal dan tahu MFH macam mana.. selama aku dengan dia.. tak ada sekali pun dia yang berusaha 100% untuk aku dan ego dia yang dia rasa sebab dia ada rupa.. dia tak akan pernah paling pada aku.. aku yakin tu semua.. dan walau dia ada kehidupan seribu kali lagi baik pun.. aku tak akan kembali pada dia lepas apa yang terjadi.. itulah adalah rezeki dan bahagian dia.. aku doakan yang terbaik dan semoga ALLAH berikan keadilan yang seadilnya.. kerana hanya ALLAH tahu segalanya..

Sungguh 2018 menjadikan aku manusia lebih keras hati dan tak mudah untuk memberi pada manusia-manusia yang tak menghargai.. yang datang cuma untuk menyinggah sebab keramahan aku dan sebab layanan aku jadi salah sangka banyak benda.. dan itu silapnya aku.. dan semoga tahun ni banyak rezeki yang datang baik-baik untuk aku bagi membahagiakan mama dan ayah aku itu nawaitu aku yang satu.. aaminn..


Sunday, 4 February 2018

Bangi Avenue, Merasa Sementara Mencapai


Assalammualaikum..

Sementara masa yang ada dengan line tenet yang laju aku nak rehatkan sekejap kepala dan mata aku ni dengan ambil masa untuk update my blog untuk luahan rasa sendiri je untuk aku simpan segala cebisan kisah suka duka manis dan pahit aku untuk aku kenang satu masa dan mungkin untuk kenangan orang lain satu masanya.. feeling sangat aku ni kan.. hahaha siapalah aku untuk dikenangi.. gittue..

Ok balik pada tajuk utamanya la kan.. jauh dah merepek ni.. ok untuk harini aku just nak share je satu benda yang aku rasa satu kejayaan yang paling best dalam hidup aku dan permulaan yang baik bila aku berjaya sendirinya sewa rumah sendirian tanpa kawan dan tanpa yang mengenali.. buat semua benda dengan sendirinya selepas kejadian excident tuh dan aku berjaya lawan ketakutan untuk hidup dengan manusia yang aku tak kenal semua kan.. tapi apa pun masih bawah pantauan Aizad Izwan Mohd Fauzi.. sebab dia memang trauma lepas apa jadi semua tu..

Aku stay dekat Bangi Avenue.. kawasan baru dekat sebelah Bangi Wonderland and nak bagitahu untuk sesiapa yang lahir januari dan februari ada kemasukan percuma selama 2 bulan tu.. dan aku nak masuk tapi masa pulak tak ada.. hujung minggu pun sibuk nak uruskan banyak benda.. hahaha.. ok just buat promotion sikit.. harap Bangi Wonderland bayar sikit la atas iklan yang aku buat.. hahaha



Inilah rumah yang aku duduk sekarang.. aku pinjam la gambar google kan.. hehehe.. rumah aku duduk sekarang ada 7 bilik dan 7 bilik air dan 3 tingkat.. penghuni aku tak tahu la brapa orang sebab aku memang masih tak bertemu lagi dengan semua penghuninya.. wah baku sangat bahasanya tuh.. hahaha tapi jujur memang aku tak jumpa lagi semua yang aku jumpa orang yang nak keluar rumah tu dan sharifah.. setakat ni sharifah tu ok je dengan aku senyum semua tak ada la kerek ke apa..

Aku duduk sewa sorang je bilik tu dan aku sangat selesa la luas kot biliknya sorang dan lagi selesa tandas sendiri-sendiri kan so tak ada la geli share dengan orang tak kenal.. kalau sebelum ni aku dengan orang kenal tak kisah la kan walau penghuni yg rumah lama aku lepas yang baik-baik dulu tak ada dan ade penghuni yang macam nakharom perangai layankan jela da tandas pun satu kan..

Dulu aku selalu cakap cantiknya rumah pattern macam ni.. bestnya kalau nak duduk, besarnya rumah and alhamdulillah.. aku dapat merasa dan aku dapat rasa hidup dah bekerja.. bilik pun duk sorang kan.. jadi privacy tuh ada la untuk diri sendiri kan.. sewa sebulan Rm220 dan sangat dekat dengan KTM Bangi.. menyenangkan aku untuk naik KTM pergi ke Serdang.. dan aku ulang alik ke tempat intern pun naik KTM je.. penjimatan perlu ada di zaman Najibun ni kan.. hahaha..

Alhamdulillah perlahan-perlahan ALLAH bagi aku rasa apa yang aku nak dan impi.. ALLAH datangkan yang baik-baik dengan berkat keSABARAN dan keREDHAan lepas dugaan yang aku terima.. sungguh cinta ALLAH itu lebih besar dari segalanya dan hanya dia sebaik-baik perancangNya..

Tapi kalau ikutkan lagi best kalau hidup rumah macam ni dengan kawan baik sendirikan.. semoga nanti satu masa aku dapat duduk dengan kawan baik aku sendiri dan rumah siap swimming pool sebab aku akan berendam dalam air bila aku stress ketenangan tu tak tahu nak dicakapkan.. ke mana nak tau rumah sendiri ke nanti kan ada swimming pool.. heavennya.. hahaha.. semoga doa-doa yang baik ni ALLAH permudahkan segalanya.. Aaminn.. adios amigos.. hahaha