Wednesday, 31 January 2018

Menjadi Terbaik Untuk Menyempurna


Assalammualaikum..

Post kedua kalini aku nak share pasal cerita "Jodoh Tak Salah Alamat".. pelakon dia Akim dengan adik tiri nelydia yang aku lupa nama dia.. hahaha.. cerita tu kelakar dan logik keadaan zaman sekarang ni.. situasi orang sekarang ni bercinta dan nak move on tu kan.. yang menarik aku suka kata-kata yang Akim cakap dekat last part cerita tu.. hujung betul.. macam ni ayat dia :

"Jika kita cintakan seseorang
Jangan cuba jadi yang paling terbaik
Tetapi jadilah yang paling ikhlas
Kerana jika kita cuba jadi yang terbaik
Kita akan hidup dengan penuh pura-pura
Dan jika kita ikhlas
Kita akan menghargai makna kebahagiaan"

Kata-kata ni sangat simple tapi penuh dengan makna yang setiap orang akan faham dengan cara berbeza mungkin.. tapi pada kefahaman aku.. dalam apa je yang kita buat "IKHLAS" tu membawa pada keberkatan.. dari ikhlas la kita tak akan ada wujud UNGKIT dalam apa-apa yang kita buat.. sebab percaya balasan tu ALLAH yang akan beri dalam bentuk apa semua kita tak akan tahu tapi percaya pasti ada..



Dan dengan ikhlas juga aku maafkan apa terjadi semua walau hakikat kisah sebenar hanya ALLAH Maha Mengetahui.. semoga kehidupan kau lebih baik walau lepas apa yang dah kau buat pada hidup aku.. dan aku bersyukur ALLAH tunjuk segalanya sebelum terlambat.. dan aku berjumpa manusia yang ikhlas terima aku seadanya walau kisah dan hakikat sebenar dah diketahui.. aku bersyukur dan aku akui baiknya tuhan pada aku walau aku selalu terleka..

Sejujurnya kejadian tu banyak mengubah aku dan aku belajar lebih makna REDHA tu sendiri.. sebab tak semua kekal atas dunia ni.. sampai masa kita juga akan jumpa pencipta yang Esa.. tapi dengan cara yang macam mana kita sendiri yang susun cerita nya kan?



Sesungguhnya REDHA ALLAH SWT yang aku kejarkan.. bukan cinta manusia yang dulu buat aku terleka dan cinta yang sekarang aku mohon membawa aku ke syurganya sampai satu ketika.. semoga hubungan aku dengan yang sekarang ada berkat atasa redha family kami.. aaminn..

Cyber Security Malaysia Permulaan Langkah Terbaik


Assalammualaikum..

Setelah sekian lama menyepi.. gittue permulaan ayatnya.. hahaha.. macam ramai reader sangat kan? feeling lebih aku ni.. hahaha.. sebenarnya lama menyepi sebab aku dah pakai laptop company kan.. so aku sebenarnya lupa email untuk blog aku jadi aku tak dapat nak buka dapat sign in harini pun sebab pepagi aku da buka laptop aku untuk check email aku semula... hahaha nampak kegigihan disitu..

Berbalik pada tajuk utama macam biasa la kan.. hahaha.. aku nak share cerita tempat aku intern untuk degree kalini.. kalau dulu diploma pengalaman aku intern dekat UTHM.. sekarang aku dekat CyberSecurityMalaysia.. nak dijadikan cerita waktu mohon ni aku dengan munie sama-sama mohon tapi yang dapat aku sorang je.. serba salah jugak dibuatnya tapi bak kata munie sendiri rezeki dan kalini aku memang struggle sendiri semua tanpa kawan-kawan.. and aku sewa rumah pun dengan manusia yang sorang pun aku tak kenal.. mungkin ini pengalaman hidup aku yang baru.. dan satu langkah yang baru jugak untuk aku mulakan kehidupan baru dan cari kembali diri aku yang dulu dah lama hilang dan hanyut..



Ok permulaan hari aku dekat sini disambut dengan orang yang kurang ada dekat ofis ni.. hahaha.. nasib la ada intern yang ramah untuk borak dengan aku and cerita semua benda dengan aku.. hehehe so boleh la buat geng kan.. 4 bulan je dekat sini.. so apa pun layan jela.. hehehe.. hari kedua aku pulak baru la aku terima task aku yang sebetulnya dan jumpa supervisor aku.. Cik Zaharudin.. orangnya sangat sempoi dan nak dijadikan ceritanya.. muka dan gaya dia iras si Mr Airforce.. dah la dengan panggil aku Myra.. dekat sini dia sorang je panggil aku Myra sedangkan aku dah kenalkan sebagai Az.. mungkin susah nak sebut kot.. hahaha.. Paksa rela aku terima jela panggilan tu.. tapi dia sangat baik... syukur..

Aku dekat sini untuk sebulan pertama aku kenal baca journal untuk buat literature review bagi sistem yang diaorang build.. sistem data hapus.. aku kena baca 30 journal dan aku baru ade 19 je.. tak lalu woi nak baca naik juling mata aku.. tapi nasib la kan cik Din suruh aku buat dalam table untuk ambil point je dan itu sangat keje mudah tapi nak journal yang kena dengan sistem tu yang bukan keje senang.. hahaha sebab aku malas nak kaji banyak-banyak dan journal free susah nak cari.. hahaha

Untuk aku berada dekat sini satu peluang baik untuk aku tulis dalam resume aku cecantik aku intern sini sebab atas satu nama yang agak besar company ni kan.. lagi pulak under MOSTI.. so untuk diletak dalam resume nampak indah belaka je.. hehehe.. 3 bulan lagi nak habis.. tak sabar aku nak settel intern sebab aku ada banyak benda nak settel dan ada benda yang dirancangnya.. hehehe.. semoga apa je yang dirancang menjadi la kan dengan team The Dara's aku tuh..

Semoga team The Dara's aku pun bahagia dekat tempat intern masing-masing walaupun sebenarnya ada cerita yang tak best tempat diaorang harap diaorang kuat la nak hadap untuk berapa bulan ni jer.. aku so far staff dekat sini ok lah untuk first month tak nak expect lebih.. aku fikir nak habis je.. dan aku tak nak menyerlahkan diri aku.. sebab nanti terlalu menyerlah masalah yang akan datang.. so baik aku jadi diri aku waktu poli dulu.. buat hal sendiri dan banyak diam.. once aku da keje nanti baru la aku jadi balik diri aku.. bukan nak jadi hipokrit tapi dah sampai masa simpan perangai aku tuh yang akan buat orang salah faham..

Ok dah habis membebel so jom la kita bekerja ayuhhh... adios.. hahaha

Monday, 15 January 2018

Gerbang Baru Kehidupan



Assalmmualaikum..

Sejak-sejak ada kelapangan ni aku rajin la nak update terkininya setiap hari.. feeling reader blog aku ramai je ni.. hahaha... lepas segala kejadian yang jadi dan aku pun dah 2 bulan lebih dah sembuh dari excident tu tinggal parut je dan parut yang sangat nampak.. tapi nak buat macam mana.. kalau ayah aku datuk dah lama pergi buat rawatan parut yang beribu tu.. hahaha so kena la letak kesabaran yang tinggi dengan keyakinan yang tinggi..

Entah kenapa walau kejadian tu menyebabkan benda aku paling jaga sekali jadi teruk terutamanya bahagian  muka la kan for sure semua orang akan jaga muka yang utama sebab itu pandangan orang pertama atas kita.. dengan parut jahit atas dahi.. parut tergahar tar dekat pipi.. hati aku masih dapat terima.. sedangkan sebelum ni jerawat pun aku dah bising.. hahaha.. itulah kan sesuatu kejadian betul merubah seseorang antara arah lebih baik atau sebaliknya dan aku bersyukur ALLAH berikan aku jawapan sebelum terlambat..


Dan secara jujurnya lepas kejadian aku menjadi manusia yang lebih kenal dan hargai diri sendiri dan lebih memahami erti keikhlasan bukan sekadar dari kata-kata manusia yang tengah bahagia tapi kata-kata manusia yang aku pernah bunuh jiwa dia secara kejam tapi masih tetap menyayangi dan menerima aku seadanya dan hati aku semakin kuat untuk nampak semuanya.. yang terima aku seburuknya sekarang ni dengan parut yang ada banyak.. seriusly i'm falling in love again n again dengan Aizad Izwan Mohd Fauzi..

Dia selalu cakap aku ni manusia kuat.. lepas apa semua jadi pun aku masih kuat.. dengan rupa yang dah macam ni, parut tangan dengan kaki.. tetap confident aku ada dan dia tak sangka aku hadapi dengan tenangnya.. sebab dari mula sampai sekarang dia nampak perjalanan aku macam mana.. struggle yang aku hadapi merungut itu ini jugak kadang tapi yes hidup perlu diteruskan.. ni baru nikmat kecil ALLAH tarik.. ada lagi manusia yang teruk pada aku tapi jadi manusia berjaya jer dan itulah yang membakar semangat dan kasih sayang semua yang sentiasa ada buat aku bahagia apa adanya.. Ayah mama yang paling aku cinta.. sampai bila-bila aku tak mampu nak balas segala... itulah makna kehidupan dan apalah makna kehidupan tanpa ujian.. mungkin kerinduan ALLAH memanggil aku untuk lebih dekat pada dia dari memikir cinta manusia..

Azmiera Aznieyza Bt Roslan.. aku bangga dengan kau yang dah menempuh segalanya dan semoga 2018 kau lebih kuat untuk semuanya.. sesungguhnya hanya kau yang mampu melawan semuanya dan hanya diri kau penentu semuanya.. semoga kau dah memahami setiap pengajaran dari pengalaman.. sampai bila-bila aku bangga dengan diri aku yang kuat walau rapuh sebenarnya tapi sekurangnya buat orang lain bahagia.. aaminn

Wednesday, 10 January 2018

Ramai Masih Sayang..


Assalammualaikum..

Untuk memenuhi masa kelapangan yang ada sementara tak banyak benda nak buat.. then aku curi masa untuk tulis ini semua.. hehe penat kot nak hadap kerja je kan? cewah baru intern dah bercakap pasal kerja... aicehhh.. hahahaha..

Ramai masih sayang.. iya post aku kalini aku nak cerita kisah manusia-manusia yang sentiasa ada dengan aku dari aku jatuh sampai sekarang yang tak tinggal aku walau seinci.. and aku sayang diaorang semua.. lepas semua yang jadi aku baru tahu menilai siapa dan kenapa aku perlu hargai seseorang tu berdasarkan apa yang orang tu sanggup buat untuk kita diwaktu keadaan kita paling ada dekat bawah..


Nak disenaraikan nama takut ada yang tertinggal dan terasa tapi aku tahu ramai sayangkan aku dan aku sangat hargai itu.. yang mendoakan dari jauh bertanya khabar.. bila aku fikir semula orang yang betul aku jaga hatinya itulah yang paling buat aku sakit.. hari pertama aku balik rumah.. aku baring dan cuba untuk scroll apa-apa info dan sebenarnya rutin aku untuk stalker Fakhrulllah Hazziq punya news feed fb.. then lepas dia melawat aku dia update lagi.. dan benda yang dah bincang tentang perangai yang suka update social media tu sumpah menambah sakit yang aku ada.. "Dah nampak depan mata, apa lagi nak tipu".. dia baru balik melawat aku dan baru nampak kesakitan aku.. sikit dia tak ambil pusing sakit aku dan cuma fikir sakit hati dia lebih utama.. aku tanggung segala rasa dan pendam semua..

Aku dengan sakit gigih la WS dia.. tanya kenapa.. serius la waktu tu dia yang aku harap ada.. dan dialah yang penambah luka.. habis je aku WS yang terdaya.. boleh dia WS dengan akak and abang ipar aku dan aku rasa dia tak tahu dia ingat aku dan bahasakan aku ni "BABI".. itu semua aku marah dan mengamok dengan semua.. end up dia block aku segala.. ok aku terima dan itu terakhirnya.. saat tu aku betul sedar.. dia bukan manusia yang sebetulnya dan aku silap.. mungkin aku yang terlalu jahat pada mata dia tapi dia tak pernah terima salah yang dia buat.. ceritalah segala kesalahan dan keburukan aku satu masa aku harap ALLAH balas setimpalnya..

Betul sangat bila orang cakap waktu indah tak payah berjanji apa sebab janji akan tinggal janji hanya pada saat indah tuh.. dan lebur saat dah tak suka segalanya.. dulu aku pernah tanya dia.. kalau aku masuk hospital dia akan jaga tak.. then dia jawab dia kan jaga aku tuntut tu.. tapi akhirnya manusia yang aku tak pandang tu lah yang ada saat aku paling teruk dan terima aku seadaanya walau dah tahu hakikat kisah aku dengan Fakhrullah Hazziq.. selama sebulan even sampai harini dan saat ni manusia tulah yang jaga aku bersungguhnya.. Aizad Izwan Mohd Fauzi.. terima kasih atas segalanya..

Saat aku tak boleh jalan dia yang angkat aku depan family aku mintak izin nak angkat sebab waktu tu ayah aku kerja dan ayah aku dekat johor sorang-sorang.. takkan abang ipar aku nak angkat aku sebab aku memang tak boleh berjalan langsung.. untuk pijak boleh.. jalan tuh menangis la aku.. ulang alik kerja.. dari rumah akak aku ke KLIA2.. then shift malam balik trus hantar aku pergi klinik.. rutin yang tak tahu nak cakap.. kegigihan dia nak menjaga aku sebaiknya dan manusia yang menangis dan orang pertama aku nampak waktu aku keluar bilik bedah..


Aku bersyukur ALLAH hadirkan dia dan buka mata aku seluasnya untuk aku berfikir perjalanan jauh yang dah aku hadap sampai saat ni.. bermacam manusia aku jumpa tapi tak seteguh dia yang tunggu aku dan biarkan aku pilih jalan aku yang akhirnya ALLAH pusingkan kembali jalan aku pada dia.. sungguh hebat segala perancangan ALLAH untuk manusia macam aku ni dan aku bersyukur sampai saat ni semua pergerakan aku ada dia yang teman.. motor jangan harap nak bagi aku usik.. naik dengan orang boleh tapi nak aku bawak.. bising dari malam sampai pagi mulutnya.. dengan satu ayat dia "Dia tak faham and tak rasa macam mana orang rasa malam tu" then aku sekarang rasa serba salah nak menyusahkan dia.. semoga hubungan ni diredhai ALLAH SWT dan segala perancangan dipermudahkan sebaiknya.. aaminn..


Satu aku dapat simpulkan dari segala suka duka dan semua manusia yang aku dah jumpa.. hargai manusia yang paling sentiasa nak ada kau dalam hidup dia.. manusia yang tak putus asa dan terus meyakinkan kau.. dan terbukti kata-kata orang yang kita perlu pilih manusia yang sayang kita lebih dan ustaz pun dah ada bagi ceramah biar lelaki sayang kita lebih.. ambil peduli cuma pada manusia yang ambil peduli pasal kau.. buang segala negative vibes dan teruskan kehidupan tanpa perlu kesiankan manusia lain yang tak hargai kau.. belajar untuk sayang diri sendiri dulu dan bila sampai masa bahagia tu hanya kau yang dapat rasa dan kau serah semua pada Maha Esa sebab DIA yang susun setiap cerita sebaiknya.. spread more positive vibes..  much love from me..

Kenangan Hospital Putrajaya..


Assalammualaikum..

Rasa lamanya aku tak update ni setelah cuti panjang yang lama.. Dekat Johor pun lepas habis semuanya.. aku balik dengan kesibukan tolong mama aku dekat rumah dan tak buka langsung la aku punya bumblee bee aku ni.. hehehe.. sebenarnya banyak nak dicerita dalam blog aku yang berhabuk ni tapi kemalasan melanda teruk jadikan aku macam ni la.. nak ada blog tapi tak terjaga.. hahaha aicehh macam la pulak banyak reader aku kan... hahaha.. ok part merepek dah habis.. kita balik semula dengan tajuk utama.. kenangan Hospital Putrajaya..

Kalau nak dicerita sebenarnya aku banyak lupa dan tak ada pun kenangan tu.. sebab hentakan dan kesan ubat.. dalam previous post pun rasa aku dah ceritakan tapi aku nak share dari apa yang orang ceritakan pada aku.. waktu dekat hospital.. aku cuma duduk 1 malam.. dan segala moment aku tak ada.. even kalau orang tanya aku.. macam mana rasa duk hospital.. aku tak akan dapat jawab.. orang yang datang melawat pun cakap.. aku macam bukan diri aku dekat sana..

Aku sangat hargai manusia-manusia yang datang melawat aku walaupun ada yang datang melawat yang kemudiannya menyakitkan hati aku.. tak apa aku terima segala yang dia buat berharap satu masa ALLAH balas segalanya.. siapa aku nak jatuh hukum sedangkan aku pendosa yang masih berdosa yang tak tahu kesudahan aku apa tapi aku terima pengajaran dan perkenalan proses menghapus dosa-dosa kecil aku dengan kejatuhan sakit excident ni sebagai qada dan qadar aku.. alhamdulillah.. ini pun salah satu rezeki aku.. dan aku bersyukur masih diberi peluang untuk membuat kebaikan atas dunia ni..


Yang aku dapat ingat sepanjang aku dekat sana.. ALLAH permudahkan urusan aku walau aku di duga dengan hadirkan manusia-manusia yang sangat baik.. doktor-doktor banyak bagi nasihat dan layan kerenah aku dengan baik giler tak dapat nak cakap dengan kata-kata tapi aku sentiasa doa sesiapa yang tolong aku dari mula sampai la aku jadi macam sekarang sentiasa dilimpahkan kebaikan sejuta kali lebih baik.. in sha ALLAH.. dan dari start excident aku kena buat daily dressing sebab luka tangan dan buku lali aku sangat teruk.. sakitnya bila cuci tu ALLAH je yang tahu azabnya.. setiap hari aku datang dengan perasaan takut nak tahan sakit cuci tuh..

Tapi macam aku cakap ALLAH permudahkan urusan aku sebaiknya.. nurse yang dressing aku dekat klinik kesihatan sendayan tersangat baik dan memahami.. kalau aku sakit sangat dia akan suruh rileks dulu semua.. dan ikut flow aku tanpa paksa dan buat dengan teliti bia luka aku tak kena infection.. seminggu aku pergi cuci jumaat last aku buat pulut kuning sebab ALLAH beri kesembuhan yang cepat jugak untuk aku dan sebagai tanda syukur aku sedekah pada satu klinik kesihatan tu ada la 15 bungkus aku sedekahkan sebab staff situ tak ramai pun.. alhamdulillah satu niat aku yang mama and ayah aku tunaikan untuk aku.. dari terbaring sampai aku boleh jalan sikit-sikit.. berkat doa mama ayah yang tak putus sentiasa mengiringi aku..


waktu aku balik rumah untuk hari pertama aku memang sangat lemah sebab aku dah tak masuk air direct dan ubat direct so kat situ lah baru aku rasa kesakitan sebenarnya semua orang aku nak marah dan moment awal keluar hospital pun aku dah tak ada.. sebab banyak aku lupa.. susah aku nak definisikan lupa aku tu macam mana.. tapi lepas dari excident sampai sekarang ada benda kecil pun aku lupa.. dan ulang cakap benda sama sedangkan dah cakap benda tu.. mungkin ALLAH nak aku lupa sesuatu yang aku tak patut ingat kot.. bila aku kenang balik boleh menitis airmata aku dan terfikir apa aku dah buat dengan menyusahkan semua orang.. tapi aku ikhlas terima semua dugaan ni dah ini satu titik permulaan perubahan aku untuk jadi manusia lebih baik.. in sha ALLAH..