Monday, 22 May 2017

Pretending People Is Suck !



Assalammualaikum..

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika.. hahahaha dah kenapa kan kemain menyanyi di pagi hari yang indah.. macam biasa setiap hari selasa rutin harian aku untuk update blog.. boleh la kan seminggu sekali aku rangkumkan dan update apa yang penting terjadi dalam seminggu.. kalau tiap hari nak update semua nanti orang bosan pulak.. ceh macam blogger terkenal pulak.. yang membaca pun 2,3 kerat orang je ada hati nak cakap orang akan bosan.. hailaa azmiera kau ni lawak ok boleh masuk maharaja lawak.. hahaha ok itu hambar.. masuk point utamanya..

Pretending people is suck.. entah kenapa makin besar ni aku kenal dengan manusia-manusia yang sangat la suka acah baik konon cakap tak terus terang menjaga hati bagai semua tapi sebenarnya belakang aku banyak benda dia putar belit cerita dari apa yng dia cakap bila depan aku and that one of perangai is soooo suck..


Sebenarnya dari pengajaran ni aku dapat sesuatu yang lepas ni aku dah tak boleh lagi nak sesuka hati untuk bercerita dengan orang yang KONON baik dengan aku tapi sebenarnya menggunakan cerita aku sebagai satu bahan untuk memburukkan aku dan jugak satu kebahagiaan untuk tengok aku jatuh.. haish manusia-manusia kenapa la dalam diri tu ada hasad dengki dendam semua?? aku still baik dengan dia sebab dia baik dengan aku tapi tak sangka sebenarnya apa dia cakap depan aku lain dari apa yang jadi belakang aku..

Depan aku dia cakap dia tak suka orang ni.. cerita pada aku apa yang dak tu buat semua tapi belakang aku boleh baik dengan dak tu semua malah siap puji-puji lagi apa yang dak dia tak suka tu buat.. kau ghasssee??? Aku pun tak tahu kenapa aku ni selalu jadi manusia yang mudah kena tipu oleh manusia-manusia yag aku rasa baik dengan aku tapi tak rapat la kan.. macam kawan baik aku semua.. sebab sangka baik aku dengan orang sebab tu la aku macam ni.. dengan hati aku lembut senang nak maafkan orang semua.. so macam ni la yang akhirnya aku rasa orang gelakkan jer aku kat belakang aku.. ceh..


Aku tak kisah kau nak burukkan aku belakang aku semua.. apa yang kau pernah bagi aku pernah nak bayar dan aku tak mintak semua ni.. tapi kau yang kata kau kawan yang akan ada susah aku.. tapi kau lebih teruk dari plastik... bagus la kau dah ada awek yang mana better la untuk kau dan moga kau berubah.. if apa kau nak cakap tu biasa sama dengan perbuatan kau dan kau sibuk cakap buruk orang lain lama-lama ALLAH akan bukak juga buruk kau.. kesimpulan jadi manusia yang perasan bak malaikat.. kita sama-sama hina.. nak jadi penasihat pun jangan la sampai tukar-tukar cerita kau.. kau tu lelaki.. tak padan dengan apa kau sampaikan kat aku.. kalah perempuan perangai kau.. dan kau sangat choiii, annoying and suck..

Mulai saat ni jangan nak bermimpi la kan aku nak bertegur even nak cari kau lagi ye.. boleh pergi MATI.. ok tu marah sangat sebab aku rasa aku kena tipu hidup-hidup dan macam kena game.. ergh.. so nasihat aku berhati-hati la dengan manusia yang buat baik dengan kau,, setiap manusia ada agenda sendiri antara baik atau tak sendiri menilai... adios..

Monday, 15 May 2017

Chemerong Berembun Langsir (CBL) Aku Tawan !



Assalammualaikum..

Trip ni dah sepuluh hari lepas kalau nak dikirakan tarikh harini.. 3-6 May 2017.. Baru harini lah macam biasa setiap pagi selasa memang aku akan mula nak update blog sebab inilah masanya yang mana aku curi waktu tengah lecturer tengah mengajar dan aku tak masuk langsung apa yang di ajar.. so memang dasar kurang ajar aku ni.. hahaha.. #dahkenapa.. dah mula mengarut la aku ni kan.. back to the point dan tajuk utama..

Trip ni first time aku hiking without him by my side.. firstly aku memang berdebar gila sangat tak tahu aku mampu ke tidak tanpa dia.. tapi sebabkan aku saja nak pergi hasil ajakan ikhwan.. sebab nak borak masalah-masalah negara kami berdua.. so aku pun gagahkan untuk naik.. sebab  aku memang akan ada masalah keyakinan diri bila nak naik gunung.. aku akan fikir apa dan macam mana keadaan trek tu.. yang aku tahu dari cerita mulanya.. memang berganda dari Gunung Datuk yang pacak tu dan bila aku tiba dekat tempatnya.. sumpah memang 3x ganda Gunung Datuk.. dan dengan bawak beban yang seriusly sangat berat.. aku pewai teruk.. 12 jam berjalan nak sampai ke puncak air terjun langsir.. bila kena OT(berjalan malam) nasib mental aku tak macam aku dekat Gunung Tahan.. sebab aku dah sediakan barang yang lebih complete nak ke CBL ni berbanding waktu aku naik Gunung Tahan..

Bercakap pasal barang yang complete.. sampai kat sana.. dekat atas puncak air terjun langsir lepas siapkan tempat tidur, makan, mandi semua.. aku dapat cerita pulak yang pihak sana update yang aku ni untung di payung atas bawah.. and waktu tu rasa amarah aku susah nak digambarkan.. aku tak tahu hakikat tuh sebenarnya sebab aku memang dah stop untuk stalk dia dan aku pun dan cakap dengan kawan-kawan aku untuk aku tak nak tahu sebab aku akan sakit nanti.. walhal malam sepanjang perjalanan aku nak ke sana.. aku tak boleh tidur dalam bas memikir banyak benda dan for sure pasal dia dan aku rasa takut nak hiking tanpa dia.. aku fikir beriya rindu semua tapi belakang aku dia cakap aku macam tu.. dan aku sakit..

Hakikat sebalik payung atas bawah dia tuh.. beg yang jadi isu tu duit mama aku bayar kan lebih dari aku separuh harga beg tuh.. dan aku guna duit aku sendiri cuma yang jadi isu orang tolong belikan.. tapi aku bayar ok... sebab aku bukan perempuan yang nak sangat duit lelaki.. tak pernah mintak.. barang hiking sampingan ayah aku bank in rm200 untuk aku beli semua sebab sekarang yang aku nampak lepas aku dapat beg ni mama dengan ayah support betul minat aku yang satu ni.. mungkin lepas kekecewaan teruk aku kalini.. mama dengan ayah bagi aku masa dan sokongan untuk aku ubat hati aku sendiri dengan sokong apa aku nak buat.. aku syukur di kurniakan keluarga yang sangat memahami aku.. aku redha andai buruk aku pada mata dia tak habis.. terserahlah.. aku tutup mulut jela..

Sambung balik cerita gunung.. malam pertama aku.. first time aku tido dalam hammock dan keadaan tuh tak selesa rupanya.. mungkin tak biasa mungkin.. aku dekat sana kalini dijaga oleh semua orang dan aku rasa aku lebih jaga diri aku sendiri.. aku bercampur dengan semua orang dekat sana.. dan dekat sana juga aku dapat jawapan pasal KRUM dengan aku.. berterus terang dengan abang Zul pasal isu yang dia tak suka aku dan aku dapat jawapan aku.. aku sejenis manusia yang suka bertanya depan dan andai ada salah aku.. aku terima dan bila rasionalnya aku.. aku boleh fikir semua benda balik semula.. dan aku sejenis manusia yang lembut hati.. walaupun aku marah gila nak mati tapi bila tiba masa aku dah ok.. aku tak simpan dalam hati dan mudah memaaf.. mungkin sebab tu orang suka pijak hati aku dan suka datang dan pergi..

Pasal bebanan pulak beg yang aku bawak dengan ration.. serius sampai harini biru pada bahu aku masih tak hilang lagi dan kesan bengkak masih ada sikit.. first time aku kena macam tuh dan bengkak teruk orang semua rasa dan pelik bahu aku jadi macam tu.. sampai ada cakap macam span baju.. boleh imagine tak betapa bengkak bahu aku dan itu  kali pertama jugak aku bawak beg 70liter.. aku cuba lawan apa yang mampu dan aku berjaya lawan apa yang aku rasa aku tak boleh buat..




Pengalaman dan pengajaran yang aku dapat waktu aku kat sana.. keupayaan diri kita.. kita jangan limitkan hanya sebab masalah sekeliling.. dalam hidup kebergantungan atas manusia lain ni tak akan kekal lama.. sebab manusia datang dan pergi.. bila kau dah rasa pencapaian kau berseorangan kau akan rasa puas sebab penat lelah kau sendiri.. and i did it.. dan aku mula rasa bersemangat dengan semua sokongan dan semangat dari orang-orang yang tak nak aku berfikir lagi..

Penghargaan terakhir sekali aku memang bagi pada Ikhwan terima kasih banyak atas sokongan dan juga nasihat yang melekat dalam fikiran aku dan terima kasih banyak untuk hantar aku pergi airport sebab nak balik johor and yang part last bila aku punya bahu betul-betul give up.. kau tolong angkatkan sikit nak ke pondok bawah.. terasa menyusahkan tapi pinggang and bahu aku tak dapat nak tahan lagi waktu tuh.. thanks alot kawan dan thanks untuk faham apa aku rasa..