Monday, 3 April 2017

Ukuran Kematangan



Assalammualaikum..

Sekian lama kesepian.. ceh tak ada la kesepian sangat..  baru seminggu aku biarkan blog aku ni berhabuk kan.. banyak benda nak share tapi masa lapang pulang kurang.. hahaha.. almaklum busy tahap Menteri.. Menteri pun tak sebusy aku mungkin.. hahahaha..

Sebelum aku merepek balik pada tajuk utama.. Ukuran kematangan.. Mengikut kamus dewan, matang bermaksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau keddewasaan pemikiran..

Umur bukan penentu kematangan, usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan seseorang.. Setiap orang perlu berusaha membangkitkan kematangan dalam diri masing-masing dan sentiasa menjaga kematangan diri walau umur baru belasan tahun, dan sepatutnya sudah tahu dan mula merancang kematangan dalam hidup.

Kenapa topik ni yang aku fikirkan dan aku nak share.. sebab perasaan membuak nak meluah rasa bila diri ni untuk pertama kali berhadapan dengan manusia-manusia yang tak berapa nak matang dalam menguruskan banyak benda dalam hidup dan yang pasti aku jugak terpalit..

Waktu diploma dulu adalah peringkat umur yang mana perkenalan pada manusia-manusia yang ada pertama kalinya keluar rumah.. tapi alhamdulillah aku tak pernah menghadapi kesukaran macam mana yang aku hadapi waktu peringkat degree ni.. peringkat yang sepatutnya lebih tinggi tapi aku perlu menghadap pelbagai perangai yang macam budak sekolah, baik dari berkawan sampailah bercinta..

Dari berkawan aku dah hadap bila kawan sendiri cakap aku CEMBURU dengan hubungan dia and kekasih dia.. haa kan dah keluar ayat baku aku.. hahaha.. lepas tuh aku hadap pulak bila aku lagi jadi mangsa tuduhan punca perubahan kawan baik orang lain berubah sejak kenal aku.. AKU lagi yang kena.. macam-macam cakap belakang aku terima dan hadap.. sedangkan orang yang bercakap tentang aku adalah manusia yang tak tahu banyak benda pasal aku.. dan aku redha.. sebab akhirnya sikit-sikit.. ALLAH bagi nampak keburukan sendiri orang yang bercakap tentang aku tuh tanpa perlu banyak benda keluar dari mulut aku.. dan aku bersyukur sangat.. ALLAH mendengar setiap keluhan aku dan sabar tu kadang nikmatnya lebih..

Dari segi bercinta pulak aku jumpa 2 orang.. bercinta tak adalah bercinta sangat senang cerita persahabatan dengan kawan lelaki yang special la dari orang lain... sebab tak rasa tuh macam percintaan sangat.. first lelaki bernama MOHSIN (nama panggilan bukan nama sebenar) hahaha.. yang sebenarnya mencari tempat melepaskan kebosanan dan sebenarnya dah ada awek yang diperam.. kira nak test market.. selama aku dengan dia.. sebab dia pendengar yang sangat baik kot tuh buat aku rasa senang dengan dia.. dia sendiri yang kata aku ni awek dia, siap share bab kahwin dengan aku.. end up ALLAH nak tunjuk semua.. banyak benda terbongkar dan aku bersyukur.. diselamatkan di awal waktu sebelum sakitnya tuh disini.. hahahhaa...

Yang kedua nya aku kenal adalah satu pengalaman lain yang mungkin ALLAH nak aku jalani dan hadapi sebab selama ni aku jumpa orang yang dah cukup besar untuk bezakan baik dan buruk.. aku tak menolak segala kebaikan.. sebab masih ingat setiap kebaikan.. aku tetap terima walau berpuluh juta kali banyak benda yang dia perkatakan dan burukkan tentang aku.. die share banyak benda dekat FB dia pasal aku semua benda dia nak post and share.. yang buatkan aku rasa kalau macam ni pun tak dapat handle banyak benda lagi nak hadap.. die jugak tak dapat nak membezakan keperluan dan kehendak yang mana keperluan yang dia nak tuh tak sesuai dengan situasi yang dia tengah jalani sekarang.. aku nasihatkan untuk kehidupan dia sebagai kawan.. masa depan.. tapi tak nak dengar.. dia pulak nak kata aku tak dengar sebab dia kata aku tak dengar cakap die sebab nasihat die tentang teman hidup... and aku macam...WHATTTTT.. memang usia sekarang ni perlu tapi dia sendiri tak mampu nak jadi matang banyak benda macam mana nak faham situasi perhubungan tuh.. bila aku terangkan A die faham B.. bila aku buat ayat lain sikit.. fahaman die dah berubah dah.. aku yang pening..

Nak dijadikan cerita sampai sekarang perangai sama tak berubah yang buat aku rasa aku nak buat apa semua tersekat punca sebab aku berkawan balik dengan EX aku waktu diploma.. dan die letak kesalahan tuh semua pada bahu aku and aizad.. aku dicakapnya kuat melayan, kejar aizad sebab harta, aizad lak dituduhnya perampas.. sedangkan sebab sebenar atas sikap aku and dia sendiri.. aku ada perangai buruk aku yang dia tak tahan pun tapi dia cakap dia tahan.. aku baran dia lagi baran dan penyudah tak jadi apa.. bila aku marah benda pasal die share kt FB die tanya aku apa beza FB and twitter.. twitter tuh tak sentiasa naik balik bila org like or komen,. tak macam FB dia kan boleh naik balik bila ada komen or like.. tapi dia tak faham.. end up aku jugak yang bersalah... susah aku nak terangkan banyak benda.. yang buat aku give up.. dia bercakap tentang pengorbanan dia, tapi tolak habis semua kebaikan aku macam tak ada secebis kebaikan langsung aku buat..



Jadi aku cuma diamkan diri dan malas nak terangkan banyak benda.. aku ada mencari kawan dia untuk bagi dengar cerita di sebelah pihak aku pulak... tapi kawan dia seolah mengelak pulak.. jadi aku biar jela andai orang keliling dia nak pandang aku lain or fikir aku lain.. sebab aku dah terbiasa macam tuh ada jer orang nak bercerita pasal aku dan aku kecewa sebab dia salah sorang orang yang aku harapkan untuk faham dan hargai aku dari awal aku terima die sebagai kawan tapi tak sangka dia jugak akan burukkan aku sebanyaknya..


Aku kenal ramai orang dah aku tak mampu puaskan hati semua orang.. tapi orang yang aku kenal dulu tak pernah nak buat perangai macam ni.. ALLAH dah tulis setiap perkenalan bersebab jadikan kita lebih baik atau tak.. dan manusia datang dan pergi dalam hidup.. bila kita terlalu rasa cinta atas manusia adalah segalanya tu jadi macam ni.. tak yakin dengan jalan yang ALLAH tentukan.. Rasa tak puas hati banyak benda.. bila aku buat keputusan malas fikir dulu habiskan degree dulu tak boleh terima dia sendiri terumbang ambing habiskn diploma aku bagi semangat untuk tu tapi tak faham apa aku cuba buat.. bagi die nak fikir pasal hubungan, aku tetap kawan dia.. sebelum aku kenal dia.. ada jugak hati yang aku tak hargai dan kecewakan.. tapi tak pernah nak update pape kt sosial media menunjukkan sakit hati or rasa buruknya aku lukakan hati dia.. tapi masih boleh berkawan dan tolong aku bila aku perlukan pertolongan.. sentiasa bersangka baik dan selalu cakap dengan aku.. biarlah kawan dia nak cakap apa.. dia yang kenal and kawan dengan aku dan semua benda dia buat untuk aku ikhlas dia yang nak buat, tak ungkit banyak benda.. sebab aku sentiasa risau bila aku cuma mintak tolong die bila susah bila aku tak ada pape aku tak cari die.. and die sendiri faham and hormat aku sebagai perempuan yang die suka dan sayang (pada yang aku nampak la.. kalau salah tak tahu lah.. hahaha).. sebab die memang tak pernah burukan aku pape.. dia REDHA..


Sekarang aku pegang satu benda.. SABAR.. dan aku tunggu sampai masa ALLAH tunjuk segalanya.. biarlah dia dapat berfikir sejenak apa yang dia buat ni betul ke tidak.. kematangan dia dalam menguruskan peribadi dan keutamaan hidup macam mana.. and aku doakan supaya satu masa.. dia akan jumpa perempuan macam apa dia nak yang terlalu sempurna, ikut cakap dia, mungkin lebih kurang matang untuk senang dia handle.. bukan macam aku yang akan fikir satu benda dari pelbagai sudut.. dan kefahaman aku dan dia berbeza.. aku doakan yang baik-baik.. moga yang baik-baik juga datang untuk hidup aku.. bersikap positif dan benda positif yang datang bak kata Prof Muhaya.. yang buruk tuh sikap manusia yang sempurna hanya ALLAH yang esa.. dan aku cuba kuat hadap segala.. in sha ALLAH.. sebab kawan yang mengenali dan keluarga masih disisi kekal bersama.. 




No comments: