Sunday, 16 April 2017

Broken Inside..



Assalammualaikum..

Menulis kerana perlu menulis mungkin.. masa semacam biasa.. ia berlalu dan berlalu tapi banyak benda masih tersekat di benak.. masa yang aku ada sekarang aku guna untuk meluahkan apa yang aku rasakan..

Seharian aku dalam rumah.. terbaring.. pandang kiri dan kanan mencari jawapan bagi kekosongan yang aku rasa.. entah aku rasa separuh jiwa aku kosong.. tak dapat nak digambarkan perasaan yang aku hadapi tu sendiri..

Macam - macam yang aku dengar.. orang kiri kanan datang, menyampaikan berbagai versi cerita yang datang nya dari mulut pihak sana mengenai aku.. aku bercerita bukan sewenangnya dengan sembarangan orang.. dia boleh bercerita kekurangan aku pada mata dia pada orang yang pernah bermasam muka dengan aku dan dia tak pernah nak peka dengan semua tu.. nasib ada yang sudi mendengar dari pihak aku jugak..

Aku tak pernah harap orang untuk backup aku atas kegagalan perjalanan kisah aku dengan pihak sana.. tapi cukup orang tahu benda ni jadi atas kelemahan aku dan juga dia.. bukan atas kesalahan sesiapa.. diri sendiri.. keputusan dan setiap pilihan adalah atas diri sendiri.. antara nak jadi lebih baik atau sebaliknya..

Bercakap tentang balasan ALLAH.. berkata seolah aku permainkan dia.. kalau aku nak permainkan dia.. buat apa pilihan aku dia.. dari aku pilih dia.. aku boleh permainkan orang lain yang dia mula label aku mata duitan semua.. kalau aku nak harta semua.. bukan dia yang aku pilih pada mulanya.. aku sakit orang yang tahu banyak tentang aku adalah orang sama akan sakitkan aku..

Kenapa aku pilih dia.. sebab kebaikan yang ada pada dia.. kesanggupan die pada mulanya.. nasihat dia.. cerita dia.. semua berubah, aku berubah, dia, kami.. aku nak dia berubah jadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.. utamakan apa yang utama.. tapi makin lama keyakinan aku goyah.. terlalu goyah... bila semua benda dia nak ungkit pengorbanan dia semua.. aku bukan buta untuk tak nampak semua.. aku nampak tersangat nampak.. tapi tak sebanyak usaha die menjaga hati aku terutamanya bila dia dah ada dengan aku tanpa orang lain..

Salahnya bila aku sebagai perempuan untuk nakkan perhatian, buat perangai semua, kalau aku keras macam tuh je.. nanti cakap aku tak feeling lak.. bila aku layan lain dari lain cakap aku buat dia macam ni, macam tuh.. tipu la kalau aku tak rindu kenangan-kenangan manis dulu.. sebelum wujudnya KITA.. adanya kau dengan aku.. so aku rindu kisah kau dengan aku.. first orang yang datang bila aku mental breakdown.. hantar ejam naik flight.. emosi tak stabil.. tak pernah aku fikir kau orangnya yang akan datang teman aku dengan lawak bongok kau tu kan... bercerita banyak benda.. makan KFC.. kau belanja sebab aku belanja wayang.. yess permulaan kita yang macam tuh.. semua hilang.. kenapa kau burukkan aku? sedangkan aku tak bercerita kelemahan kau pada semua.. orang yang aku percaya dan bercerita habis setakat tu jer..

Banyak benda aku ingat terlalu ingat.. kau manusia yang separuh ejam... yang susah nak jangka.. tiba penuh dengan suprise.. tuh aku akui dan aku rindu kesungguhan kau tuh.. itulah yang aku nak sampai bila-bila.. kesungguhan.. macam tuh jugak dalam kehidupan kau.. aku cuma nakkan yang terbaik untuk kehidupan kau.. sekurangnya aku boleh berbangga kau lelaki yang aku pertahankan dari dulu.. kenapa aku tak pertahankan kau.. sebab USAHA.. kau tak USAHA dari semua segi.. kau tak nak dengar sikit pun aku punya pandangan dan nasihat.. bila tiba masa kau ikut apa yang kau rasa.. aku nak KITA usaha untuk KITA dan setiap keputusan kau cuma ada KAU.. bukan KITA.. tuh yang kau tak faham.. aku harap kegagalan KITA buat kau belajar dari kesilapan..kau sempurna.. aku tak cakap kau buat jahat dengan aku sampai la kau malukan aku dengan status2 kau update.. aku terima dan telan tapi kau kena ingat aku bukan manusia tahan tekanan..

Untuk kau tahu.. setiap malam aku nangis memikir macam mana aku nak hadapi hari esok dengan pandangan orang atas aku.. aku sakit.. aku rasa tekanan teruk.. dengan life sendiri yang sememang penat, family, kawan.. kau terus-terusan buat aku.. aku tahu kau pendendam.. tapi hati kau.. tak ada sikit langsung titik putih.. fikir pasal sakit orang lain.. kau tahu kenapa ALLAH jarakkan kita.. sebab kau sendiri selalu lupa dia.. jangan salahkan orang lain.. dengar pandangan dan nasihat orang untuk kebaikan hidup sendiri jugak..


kalau iman aku dah tak ada.. mungkin aku tak menulis lagi waktu ni.. kau tak tahu apa yang aku fikir tiap masa.. aku fikir lebih baik aku mati dari dimalukan, diaibkan macam ni rupa.. ingat balik waktu kau susah aku langsung tak ada untuk tolong kau ker? aku tak pernah langsung ada waktu jatuh kau ker?? aku tak mampu tunjuk macam mana kau tunjuk pada semua orang perlakuan kau atas aku.. tapi macam kau cakap.. ALLAH tu akan membalas.. kau rasa ALLAH tak nampak semua benda kita lalui sama2 selama ni??


Semoga satu hari kau akan tahu.. perbuatan kau adalah apa yang semua orang tak suka.. bercerita kat media sosial.. tak mention tapi semua orang boleh nampak siapa.. Harta tak boleh bawak mati.. dan harta tu tak akan datang kalau tak ada usaha.. kalau kau sedar balasan ALLAH.. buat baik dibalas baik tapi buat jahat dibalas jahat... mungkin balasan atas mengaibkan aku tuh.. tak datang dalam bentuk sama.. tapi aku takut kesusahan pada kau akan datang menimpa.. sebab doa orang teraniaya paling dimakbul ALLAH..

Kau cakap aku pergunakan kau selama ni.. kalau aku perguna kan kau selama ni.. aku tak pernah hulur duit minyak, belanja kau makan, bantu kau waktu kita sama-sama susah... kita sama-sama.. ingat benda tu.. kawan kau tak pernah nak amik kisah apa terbaik untuk kehidupan kau... aku pernah ada kat sisi kau bagi apa terbaik untuk kau tapi kau tak hiraukan dan biarkan aku pergi.. tapi kesalahan kau letak atas aku.. jadi aku terima.. terima kasih untuk semua benda yang memalukan dan mengaibkan aku.. macam apa kau cakap.. semoga ALLAH membalas segala.. pesanan terakhir.. sekali sekala.. tunduk pada DIA untuk cari ketenangan hati.. bukan bercerita pada media sosial yang akhirnya menambah dosa.. aku tetap sayang kau.. dari awal kita kenal dan sampai bila-bila.. sebab baiknya kau sebagai satu ciptaan yang MAHA ESA.. tapi sayang kau merobek indahnya ciptaan tuh.. maafkan segala dosa aku pada mata kau.. ingat satu masa kau akan menyesal dengan semua benda dan anggap satu pengajaran dalam kehidupan sebagai makhluk pendosa..




No comments: