Tuesday, 20 December 2016

Terasa Dan Merasa..



Assalammualaikum..

Apa yang terasa dan merasa ni sebenarnya? entah susah nak aku rungkai masalah yang melanda ni.. mengenali die pada mulanya dia bukan insan yang macam sekarang ni.. aku pun tak faham.. yang pasti pergaduhan antara kami mesti gaduh besar yang gila-gila besar dan semua benda nak di luahkan dan semua benda nk di ungkitkan.. keadaan tak sama macam dulu.. dua-dua dah berubah dan masing-masing tak tahan satu sama lain even sebagai kawan..

Nak kata kami dulu tak bahagia tipu la kan.. banyak ketawa bersama.. dia ada untuk aku sebagai kawan dan peneman.. tapi segalanya berubah... phhhufff.. entah terbang melayang dan hilang..

manusia berubah, perasaan mula berubah tapi tak bermakna perasaan ikhlas dulu yang pernah ada dulu tu hanya permainan semata.. ikhlas dari hati.. tapi makin lama... perangai masing-masing saling dah tak memahami macam dulu.. dua-dua nak menang.. saling menyalahkan satu sama lain.. manisnya dulu dah hilang.. sebab tuh masa diperlukan.. mungkin dengan menjauh.. tapi andai dalam masa menjauh.. masing-masing punya jalan masing-masing.. tak bermakna.. kena saling membenci.. kegagalan buat kita belajar kelemahan diri dalam hubungan.. mungkin takdir tak mampu bawa kita ke jalan yang sama..



Selagi masih dekat.. masing-masing cuma akan saling menyakitkan.. jadi mungkin kali ni aku tak mampu lagi terima.. even sebagai kawan.. bukan buang.. tapi merawat rasa terkilan yang ada.. dan aku harap macam tuh jugak buat dia.. andai rasa membenci dia yang hanya ada pada aku.. aku terima kalau segala kesalahan letak atas bahu.. sebab dah terbiasa sejak dahulu.. dengan apa yang di share dekat fb kalini.. betul buat aku rasa aku perempuan murahan yang ada bawah tapak kaki dia.. serius kali ni aku terasa sangat.. walau alasan dia dah bagi.. tapi mungkin cukup..


Harap semua ini akan jadi pengajaran.. mungkin ALLAH nak tarik aku balik pada DIA yang satu.. sebab terlalu berharap pada manusia yang pastinya memang sudah lama dinyatakan.. pengharapan kepada seorang manusia hanya akan mendatangkan kekecewaan.. aku kena kembali semula.. betulkan apa sepatutnya dan sedayanya aku cuba berdikari tanpa susahkan sesiapa lagi.. kegagalan datang dari sifat aku sendiri.. jadi banyak yang perlu aku cari.. hei awak kat sana.. kita tetap kawan baik sampai bila-bila.. cuma sekarang.. kita rawat apa sepatutnya dulu yer.. andai satu masa berjumpa semula.. mungkin ada hikmah.. jaga diri budak.. and keep smiling as usual you do.. :)



No comments: