Thursday, 15 December 2016

Selamat Hari Lahir My Hero..



Assalammualaikum..

Sedikit throwback dari 26 nov haritu bersempena ulang tahun kelahiran ayah.. aku pun cuti yang lama la jugak dari bekerja.. sebab aku sendiri dah lama tak balik kampung kan.. so aku pun balik.. tak banyak yang boleh aku buat sebab tak semua adik beradik aku ada.. termampu sahaja.. bawak pergi makan shell out.. jenjalan kluang... ingat mak ayah aku tak rare ke lepak memalam pergi dataran.. jiwa muda masih ada gitue.. hahaha..




Sedikit video dan ucapan khas untuk My Hero.. Apa yang kami buat ni tak sebanyak apa yang ayah dengan mama korbankan kan.. besarkan kami sampai harini.. in sha ALLAH andai ada rezeki kak ngah masa hadapan.. banyak benda kak ngah nak buat untuk ayah mama.. balas segalanya.. dan berharap umur ayah dan mama masih panjang untuk sentiasa ada dalam perjalanan kami adik beradik.. aaminn.. kami sayang ayah mama sampai hujung nyawa.. LOVE YOU..

No comments: