Wednesday, 7 December 2016

Pengakhiran Yang Sama..



Assalammualaikum..

Sebenarnya cerita ni dah lama aku nak share.. banyak yang indah sebenarnya.. tapi tak ada masa yang banyak buat aku tak sempat nak update story banyak pasal dia.. hanya few cerita yang berkisah tentang dia ni kan.. kalau yang semua penah baca dan tahu pasal lelaki upahan dekat Tahan yang layan aku macam puteri raja kat sana.. itulah yang aku nak cerita kat sini harini..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan.. surely dia sendiri pernah terasa sebab aku tak banyak nak update story pasal dia... kekangan internet buat aku jarang sangat nak update sampai banyak benda hanya jadi cerita yang throwback sahaja.. semua nak di throwback susah jugak kan?

Entah mana silap.. keadaan kitaorang makin lama makin parah.. sebab dah terlalu kenal ker.. sifat dia yang overprotetctive sangat ker, kuat cemburu sangat ker yang buat aku sendiri rasa pergi aku pun tak tahu hala tuju... tipu lah aku tak rindu KAMI yang dulu.. first mengenali dia.. dia ada sifat yang macam Mr AirForce.. tapi entah kenapa makin lama keadaan tuh hilang mungkin atas dasar perangai aku jugak yang tak semua boleh tahan.. dari awal aku dah pesan.. tapi makin lama... keadaan makin parah.. semua benda jadi ungkitan antara kitaorang berdua sampai tahap.. nak membenci satu sama lain.. tipulah kalau dalam lubuk hati aku  yang paling dalam.. aku tak sayang dia... bila ingat kenang semua.. dia sahabat, peneman dan seseorang yang ada waktu aku betul-betul jatuh terhempas.. tapi entah kenapa.. keadaan dan masa mengubah.. kiteorang saling menyalah..

Sampai letak kesalahan atas muncul orang lain.. tapi sikap masing-masing menjadi masalah.. ada benda yang indah.. tapi entah kenapa semua tuh bagaikan tak nampak.. aku rindu persahabatan yang mula dulu.. kau jadi penasihat aku yang memahami tanpa paksa.. bukan diri kau yang ada sekarang.. aku akui terkadang aku jadi manusia yang sukar difahami.. mood berubah dalam masa sesaat dan sedetik.. pengalaman dulu buat aku sentiasa menjauhkan kau.. dan juga mungkin membezakan kau.. maaf aku cuma manusia yang penuh kehendak.. dan mungkin kau juga sama.. terkadang bukan kita tak faham tapi sendiri yang nak meragam.. kerenah berlebih dari sewajarnya.. entahlah aku hilang akalnya..

Kejauhan terkadang itu lebih baik untuk saling memperbaiki.. aku tak tahu nak rasa apa yang sepatutnya aku rasa sebab berbanyak kali dicerita pengakhirannya tetap sama.. tiada siapa yang akan tetap ada dan kekal.. entahla.. aku jadi manusia yang tak berhati.. cukuplah ini yang terakhir.. tiada lagi dah pilihan hati walau dah berkali aku cuba menguji.. biarlah aku sendiri kalini.. capai apa yang aku cuba capai.. tanpa sakitkan hati sesiapa lagi.. walau pada mata dia aku ni yang salah biarlah aku tetap yang salah.. biarlah aku dibenci.. satu ketika dia akan berfikir semula.. dan mungkin dia lebih bahagia apa adanya.. dan aku doakan dari jauh sahaja.. entahla aku putus asa.. sebagaimananya dia.. maaf..

Semoga kau bahagia dengan apa yang dialami kini.. dan kau akan terus melupakan aku.. bila sampai waktunya.. jaga diri Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi..


No comments: