Sunday, 10 April 2016

Unknwon



Assalammualaikum..

Kalau post aku dulu pasal ika pergi jumpa dia bincang dan nak tahu apa dia kata.. Lepas beberapa hari akhirnya dia hantar dan luahkan apa yang dia nak cakap dalam whatssap pada aku.. 


Dan macam apa yang korang semua nampak.. semua kata-kata dia pada aku tuh ayat cliche.. konon pergi untuk kebahagiaan aku sangat.. please ok.. kau cakap jela kau dah ada perempuan lain.. then konon tak nak kecewakan hati sesiapa.. habis aku ni apa? tak ada hati? bercakap tuh fikir dulu brother..

Benda paling aku sakit sebab dengan banyak alasan dia pergi cari perempuan lain senangnya dia lupakan perasaan tuh.. aku buat salah semua dia terus nak buang.. tapi selama mana dia buat salah aku tetap bagi dia peluang salah ker untuk dia bagi aku peluang jugak itulah yang aku terfikirkan.. dia tak pernah luah benda dia nak luah pada aku... tiba dia buat aku macam ni... aku bukan malaikat untuk tahu semua benda..

Selama ni aku bertahan untuk dia.. walaupun aku makan hati tapi aku tetap nak dia... yelah macam nadia cakap siapa tak bahagia dengan orang kita suka dan sayang.. dan for sure selama ni aku sorang jer yang sayang dia lebih.. dia?? hanya perasaan suka jer maybe... dia halau aku, dia cakap aku ni, block aku tiba-tiba, aku tetap terima walau mulut cakap tak nak.. tapi hati aku tetap cakap tak apalah.. tak apa.. untuk silap aku... phuuuffff.. tiada maaf bagiku.. eerghhh..

Jangan pernah suruh aku cari yang terbaik bila hanya kau yang aku pilih.. tapi tak apa.. aku akan pastikan aku buktikan sesuatu pada kau yang kau sendiri tak terjangka.. dan aku paling pasti satu ketika kau menyesal dan kau akan rasa apa yang aku rasa.. rasa terkhianati, rasa dilukai, rasa harapan dihancurkan...

Yes tahniah.. kalini kau menang dengan jayanya.. kau berjaya runtuhkan tembok ego aku yang selama ni kukuh.. tapi untuk kau aku cuba.. tapi sekarang tembok tuh perlu untuk aku tampal balik.. dan aku cuba gapai bahagia aku...bila kau dah bahagia.. jangan cari aku lagi.. sebab saat kau cari aku... saat tuh aku akan hamburkan segala dendam dan kebencian dalam hati ni.. Janji ALLAH pasti.. kifarah tuh ada.. what goes around comes around.. dan kau.. boleh blah!!

No comments: