Tuesday, 5 April 2016

People Come and People Go...



Assalammualaikum..

Kalau tadi aku post pasal apa yang dah jadi minggu lepas.. ini apa yang benarnya terjadi minggu ni.. Entah apa dan aku tak tahu mana silap.. tiba angin timur laut dia sampai dekat aku.. sampai harini aku dengan dia tak contact.. jumpa dia apatah lagi kan... dia siapa tuh? siapa lagi la kan yang suka sangat bagi angin timur laut die kat aku.. si Adeq la kan..

Memang aku mengaku satu malam tuh aku mood swing sebab aku rindu giler dengan family aku and korang mesti ada satu masa yang korang nak sendirian kan?? aku tak reply text die tapi malam tuh dia yang hantar aku sampai rumah walaupun muka aku tak payah cakap la.. nak senyum pun susah la kan sebab kau tak ada mood... tibe die pun tak ada mood terus hantar aku balik and aku macam biasa la kan drama aku... aku suruh dia pergi jer kalau dia dah penat nak layan aku... so sampai la sekarang ni kan dia diam and dia update yang entah apa-apa dekat FB die.. cakap aku nak la, merungut la, apa la.. dia cakap dia kenal aku, kata dia nak ada dengan aku, tak nak jadi sama dengan orang-orang yang pernah ada dalam hidup aku... tapi dia sama jer... dia baru jer kenal aku baru kerenah aku sikit tak bercakap la contact la.. 

Tipu la kalau aku tak terasa kan... sebab setiap hari dia yang ada dengan aku.. tiba tak ada... dia datang bagi aku harapan.. aku perempuan... tipu la tak terasa harapan tuh kan... tercuit sikit... hari-hari aku sentiasa ada dia.. apa aku nak, kerenah aku semua.. macam mana ejam jaga aku dulu... macam tuh dia jaga aku.. tapi sekarang entah silap mana dah semuanya hilang lesap..





Kalau dia pun nak buat macam mana mohsin buat aku..  memang dia silap besar sebab aku tak akan cari dia lagi dah.. cukup la aku dah rasa terhegeh-hegeh dengan mohsin nak mencari dia nak buat benda sama ker.. kalau dia betul nak ajar aku.. cakap and jujur  bukan nak buat macam mana mohsin buat aku.. apa laki ni semua sama jer ker perangai and sifat diaorang.. datang nak gila-gila lepas tuh pergi ikut suka.. kalau dia ada hati.. aku pun punya hati..

Aku akui mungkin kerenah aku ni sangat la payah nak handle and ada satu part aku ni sukar difahami lanngsung.. tapi itulah hakikat seorang perempuan.. mana-mana makhluk kalau dah nama perempuan kerenah nya mesti sama..

Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi... Terima kasih untuk hari-hari yang kau terbazirkan untuk aku.. betul la.. saat yang terindah tuh hanya sementara... baik aku dengan diri aku sendiri dari nak memikir semua pasal hati orang jer.. stop, stop and stop,,,
 

No comments: