Saturday, 2 April 2016

Gantung..



Assalammualaikum..

Disebabkan harini aku cuti bekerja dan aku mereput dalam kelas ganti SRE dihari sabtu yang indah ni.. aku mereput dekat kampus.. aku pun dengan secara tidak langsung mencuri sedikit wifi tau.. bukan curi hati awak.. hahaha.. cia cia cia.. sementara menunggu part aku untuk tulis semua benda dalam word.. aku pun nak sambung kesinambungan cerita aku yang tak terhabis..

Baliknya aku ke dunia realiti dari perhentian aku pun tak tahu nak rasa apa dengan apa yang aku nak hadap for sure jawapan dari Mohsin la kan.. nak dijadikan cerita.. aku pun dapat la respon dari dia... aku pun keluar makan sama malam tuh.. sebenarnya hati aku macam nak jatuh lantun-lantun kuar dengan dia.. segan semua ade wei.. giler lepas bagi surat semua dengan kondifen nya kau boleh kuar dengan dia.. memang tak la aku nak buat muka cool.. entahla aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. lepas kejadian tuh... benda sama jer jadi lagi aku dengan dia tetap dua insan yang sama yang selalu ego dengan masing2.. aku pun tak tahu nak buat apa dah..



Keadaan sekarang ni tergantung yang dapat aku rasakan... sama ada aku nak terus menunggu ikut kata hati ataupun aku mahu sahaja pergi dari dia... aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia dan apa yang dia mahukan.. maaf andai aku tak dapat memahami kau.. tapi jauh dari sudut hati aku.. aku rindu kita yang dulu.. maaf hati tak mampu menipu..

No comments: