Wednesday, 6 April 2016

Bertabahlah Duhai Hati..



Assalammualaikum..

Kenapa pulak dengan tajuk aku ni kan?? Tajuk aku ni mengenai jawapan untuk selama ni aku menunggu.. akhirnya aku dah dapat jawapannya.. macam mana aku tahu?? Luahan dia pada orang.. Terima Kasih..

Benda ni jadi bila ika pergi jumpa dia and ada benda sebenarnya budak-budak ni tak bagitahu aku... satu sikap aku.. aku bukan jenis suka stalker nak tengok pasal orang even pasal siapa-siapa melainkan orang bercerita and aku nak tengok benda tuh..

Malam tadi selama 2 jam lebih jugak ika berborak dengan dia aku rasa... ika mulakan cakap dengan aku semua benda jugak malam tadi.. sebenarnya mohsin ada masukkan gambar dengan perempuan lain dekat insta dia.. and selama ni aku tak tahu langsung.. huhu.. bodohnya aku kan??

Benda dia baru masukkan ika kata, Munie, Kak ain, and Tikah tahu and nampak tanya dengan ika... aku?? seriusly tak tahu apa-apa.. sampai la tadi dengan sendiri aku rasa aku  nak tengok gambarnya.. hahaha.. aku dah nampak..

Untuk kesekian kali aku dikecewakan.. akhirnya aku dah penat dengan semua ni dah.. apa yang aku cakap memang betul.. Lelaki yang datang dalam hidup aku ni semua sama jer... datang cuma singgah sekejap, bagi aku rasa bahagia.. then pergi.. Untuk diaorang bertahan dan sabar tuh.. Memang tak ada untuk aku..

Mohsin cakap aku banyak tak jaga hati dia.. dan dia dah tawar hati.. maaf mohsin untuk kali ni.. bukan aku tak jaga... tapi kadang untuk menduga tuh tinggi... mengenali aku baru berapa bulan.. kau tak mampu untuk bertahan.. apatah lagi untuk terus berjalan..

Kurangnya komunikasi antara kita jadi sebab dan punca.. kau suka memendam.. bagi kau semua benda kau nak lupakan... tapi dalam kita meningkat dewasa.. bukan masa jadi macam tuh.. ada benda kita kena ubah dan suarakan..

Jujur aku cakap.. aku ingat kau yang terakhir.. tapi mungkin ni bukan jalan kita kan? kau persoal pasal adeq semua... maaf kadang aku terleka... bersuara andai aku terlalu meluka... ada silap aku jugak.. terlepas pandang benda yang kecil bagi aku besar pada kau..

Sebab kalau kau ada prinsip kau.. prinsip hidup aku cuma satu JUJUR.. aku jujur dengan siapa aku berkawan dan aku cuba jadikan separuh hidup aku dengan kau.. tapi aku tak sangka benda tuh jadi terlalu sakit buat kau.. maaf..

Pasal post gambar.. aku tak jaga batas aku dengan kawan laki.. maaf dalam setiap situasi.. bukan niat aku sakitkan hati kau.. tapi.. kau sendiri tak pernah pasti.. kenapa dengan perempuan ni kau boleh masukkan gambar.. dengan aku dulu? tak pernah? Mungkin silap aku lagi.. maaf..


Aku benci sangat dengan kau Mohsin lepas apa semua jadi sampai sekarang ni.. untuk aku maafkan kau.. ada banyak benda aku nak cakap :

Mampu kau hilangkan rasa suram dalam hati aku lepas kau pergi?
Mampu kau ukir balik senyuman dari tangisan yang aku lepaskan?
Mampu kau betulkan balik janji yang kau lafazkan?
Mampu kau hilangkan rasa sakit yang bergerak disetiap nafas aku?
Mampu kau ubah sesak dalam dada bila aku tak mampu gapai kau?

Andai aku memaafkan sekalipun..
Semua bukan kerana kau..
Tapi sebab diri aku sendiri..
Bergerak tanpa kau..

Pintu yang terbuka dulu dan kembali tertutup kemas
Dan aku pun dah campak kan kunci tuh jauh kelangit ketujuh..
Terima Kasih Cinta..


Merindui kau tuh pasti.. dan membuang kau juga pasti.. aku doakan kau bahagia Mohsin.. Maaf atas segalanya... aku akan anggap kau datang dalam hidup aku sebagai satu pengajaran buat aku.. aku lepaskan kau dengan ikhlas..


No comments: