Tuesday, 29 March 2016

Perhentian Kami Datang..



Assalammualaikum..

Setelah sekian lama kesibukan melanda dengan aku pun kerja Part Time.. masa untuk diri sendiri tuh dah tak ada.. ni pun last minit jugak kepala aku cakap aku nak join ika.. kalau tak.. aku pun tak kesini.. sebab ika kata nak rileks lepas apa jadi.. aku pun fikir.. aku nak jugak rileks... self reward gittuew katenya... hahaha..

Planning ni ika pergi dengan kawan-kawan POLI dia.. and sebenarnya dah jadi kawan aku dah gelak tak hingat dunia punya.. gosip jumpa, bahan membahan.. so tak ada la istilah AKWARD MOMENT kuar dengan kawan-kawan ika bila sedia maklum mulut aku sendiri pun dah cukup banyak cakap.. hahaha..







Nak cakap pasal keindahan kat sana.. susah aku nak nyatakan.. memang Subhanallah cantiknya.. tapi sampai sana boleh pulak jumpa resort nama MOHSIN.. kau raseee sampai kesana nama dia sentiasa ikut aku.. hahaha.. dah la takut fikir apa jawapan yang bakal aku dapat.. hailaaa.. serammm akak fikirkan semua tuh...

Dekat sana first time aku snorkeling, berenang tengok ikan nemo, abang guide yang sangat la comel dan satu part aku berenang follow dia... sampai budak ni tertinggal dia yang tarik tangan aku and aku takot gilerr sebab dah jauh berenang dia genggam tangan aku sebab tengok aku da risau... aku pulak yang segan sendiri.. gigih cari ikan nemo macam tuh la kan..

Makanan dekat sana so far sangat la Fail.. so sila bawak bekalan sendiri dan kat sana sangat mahai nooookkk... hahaha.. dekat sana pun malam kitaorang akan bersembang luah rasa and gelak sebab buat helium video... paling tak tahan dengar gelak aku sendiri and diaorang suka suruh aku gelak..

Walaupun baru kenal kawan-kawan ika ni.. memang tersangat la satu kepala... dah la aku ni paling muda.. tapi rileks aku kau jer.. orang lain maybe dah panggil akak2.. hahaha... so ak jadi makin dah biasa tak panggil orang atas aku akak...

Apapun terima kasih korang atas semua moment ni dan terima kasih banyak atas nasihat korang... tunggu jela jawapan balik nanti... takottt....

No comments: