Monday, 7 March 2016

Gunung Tahan Aku Daki (16 Jan-26 Jan 2016)



Assalammualaikum..

Post setelah sekian lama.. hahaha.. bila terpaksa menagih wifi kampus dan aku selalu tak bawak lappy.. bukan apa malas nak bawak tahap cipan sebab berat and kena bawak beg belakang.. Tak ada gaya la kan nanti mana la jodoh nak pandang kan.. haha.. ok azmiera dah merepak.. ok tajuk post aku ni dah lapuk dah pun tapi aku ni ha yang baru terhegeh nak post..

Percaya dengan tak tak sangka aku dapat peluang nak daki Gunung Tahan tahu tak.. Gunung tertinggi dekat semenanjung Malaysia.. semuanya bermula bila dulu waktu first aku join kelab rekreasi UNIKL ni.. ada di bagitahu tentang G7 tentang naik Gunung Tahan.. aku selalu cakap aku nak naik.. waktu dapat tahu sebenarnya dah penuh dah orang hantar nama.. lagi pun ada yang tak bagi aku pergi.. jeles la katanya.. sebab yang pergi tuh ada kawan baik merangkap orang yang ada perasaan pada aku.. tapi aku pergi niat nak merasa untuk naik Gunung dan tak sangka Gunung pertama aku Gunung Tahan dan aku selamat naik dan turun..

Pengalaman dekat sana yang aku nak kongsi bila kau ada dalam kelompok keluarga besar sangat yang kau tak kenal siapa pun.. tapi semua boleh layan kau sebaik-baiknya.. kau belajar erti sabar untuk hadap setiap jalan yang kau naik tuh.. lawan mental perasaan putus asa.. lawan perasaan takut.. perasaan jatuh bangun.. melecet, luka.. semua la.. walau nampak sakit tapi sangat la memberi pengalaman yang berguna.. sikap kerjasama kumpulan dan memahami antara satu sama lain tuh penting..

Perjalanan ambil masa selama 11 hari macam-macam benda jadi.. trek hiking sebenarnya tak ada la susah mana pun.. dan sangat best.. sbb bila orang dengar Gunung Tahan orang akan fikir extremenya tempat tuh.. sebenarnya dah pergi baru tahu.. oh macam ni.. rasa macam jalan  biasa jer... cewah.. nampak tak aku poyo dekat situ... tak tahu 3 hari terakhir tuh aku kenal perkataan PEWAI (tak larat/letih tahap paling tertinggi).. hahaha.. biasa la bila dah terlalu lama dalam hutan kan..

Ni gambar aku waktu kat Puncak dengan kelab KRUM..




Setiap gambar ada cerita.. aku share apa yang aku mampu share jela.. sebab terlalu banyak nak di sharekan.. kat sana la aku jumpa banyak benda pelik yang ternyata memang aku tak pernah jumpa..
dekat sebulan lebih dah masa berlalu.. kenangan tetap terpahat dalam hati.. in sha ALLAH lain kali ada rezeki naik lagi kan.. mungkin gunung lain pulak yang aku daki.. Aaminn.. aku nak kenal banyak lagi benda dalam hidup nak tengok indahnya ciptaan ALLAH yang masih belum aku teroka.. Pada semua walau aku senyap.. tapi jangan risau.. korang sentiasa ada dalam ingatan seiring doa untuk korang.. Rindu Tuh Pasti.. :)


No comments: