Tuesday, 15 March 2016

11 Hari Bulan Madu Di Tahan Bersama Teman Lelaki Upahan



Assalammualaikum..

Kalau post aku sebelum ni pasal seharian yang tak disangka sebelum aku naik tahan.. ni pulak part aku nak cerita 11 hari sepanjang aku ada kat sana siapa yang ada dengan aku sentiasa tak jangka dan tak terduga..

Nak kata aku kenal dia lama tak adalah.. Aku mula rapat dengan dia bulan 10 tahun lepas selama ada dalam satu kelab dia tak pernah pun nak pandang aku.. tapi entah macam mana tiba dia mula nk kenal aku dan terus terang sangat suka kat aku waktu mula kenal dulu... seiingat aku tarikh pertama kali aku keluar dengan dia bila dia sudi datang teman aku waktu ejam naik flight aku menangis tak henti and lepak sensorang dekat NU Sentral.. aku tak sangka dia datang sebab aku harapkan si senged tuh yang datang..





Dilema sungguh aku selama ada dekat sana.. kena usik panggil pengantin baru apa semua... sebab dia jaga aku gila-gila kat sana.. banyak benda tak sangka dia buat untuk aku... kalau orang fikir kitaorang kapel pun memang tak boleh nak salahkan... makan,mandi,treking.. semuanya sama-sama.. oppss tapi depan orang ramai la ok... fikiran tuh betulkan sikit yer..

Paling aku tak sangka kesanggupan dia nak share berus gigi dengan aku gara-gara berus gigi aku hanyut dek arus,beg aku dia yang kemaskan dan tolong punggahkan, tempat tido dia selasakan untuk aku, kalau pakaian aku tak kena and sexy sangat mula la kena tegur and dia suruh tukar, sabar jer kena marah dengan aku.. pastu aku kena marah balik sebab tinggal dia waktu makan.. tak pasal aku melalak malam last.. sebab pertama kali dia marah aku... waktu sejuk aku dia la orang yang pegang tangan aku biar aku tak mengigil, sanggup sejukkan air sebab tahu aku tak minum panas.. argh semua tuh buat aku serba salah pada si senged tuh tau.. si senged tuh dari awal lagi dia tak bagi aku naik sebab adik ni.. eh lupa pulak aku nak kenalkan dia la Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi aka Adeq..

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih selama ada kat sana kau jaga aku macam aku adik kau.. apa semua tentang kebaikan aku kau tegur, kau sabar dengan setiap  kerenah aku.. jujur aku cakap kau ni kadang aku rasa ibarat salinan kedua Ejam... cara kau semua sama macam dia.. aku dapat rasakan semua tuh..

Malam otw balik KL dengan tak sangka dia luahkan perasaan.. aku hanya mampu gelak jela dan aku sendiri keliru dengan benda yang jadi... balik ke dunia realiti.. hanya ada si Mohsin.. kat sana dunia aku dengan dia.. aku pun tak tahu... harap aku akan jumpa jalannya satu hari nanti... sebab aku yakin pasti ramai hati yang akan tersakiti...

No comments: