Sunday, 28 February 2016

Peristiwa 3 JAN 2016



Assalammualaikum..

Lama betul menyepikan diri.. bukan apa sebab kesibukan yang melampau dan talian internet yang semakin terhad, makanya aku pun secara tak langsung menghabukkan blog aku dan terbiar.. sebenarnya banyak benda nak share dan update.. kalau boleh hari-hari nak bercerita banyak benda sebab dengan cara ni aku mampu meluahkan rasa.. hahaha.. tetiba buat drama ayat sendu sekejap.. ok jauh melalut biasa la kalau dah  nama seorang Azmiera memang tak akan lari dengan merepeknya dia.. hahaha..

Ok apa yang terjadi dengan tarikh kat atas tuh? Nak dijadikan cerita tarikh ni la merupakan tarikh aku tak akan lupa langsung dalam hidup aku sampai bila-bila.. dihalau dari rumah sewa dengan cara yang sangat la hina dan melampau.. hanya sebab salah faham kecik, berkira sesama sendiri, macam ni la jadi..

Dalam keadaaan tuh tak tahu nak hadap keadaan tuh macam mana, malam kena halau esoknya paper paling hard tuk final aku, alhamdulillah nasib lah aku dengan ika dapat lepas walaupun cukup makan.. hari yang kena halau tuh satu bilik aku kena halau sama, bergaduh macam nak gila, memang aku mengaku baran aku malam tuh memang tak mampu dibendung kan lagi, tahap kesabaran aku pun betul-betul diuji, kalau ikutkan rasa dan hasutan syaitan memang tak kemana la perginya kan..


Malam tuh jugak la akak aku dengan abang ipar aku gigih untuk angkut barang kiteorang bertiga, nasib ada lori,. kalau tak nak mengangkut barang yang tak dikemas dengan betul berapa kali pulak nak berulang alik.. itulah pengalaman and dugaan hidup yang paling aku terasa sekali.. betul-betul ujian yang ALLAH  bagi.. tapi sekurang kita tahu siapa yang akan sentiasa ada waktu susah dan senang kita kan..

Seminggu jugak la aku duduk dengan akak aku ulang alik dari Selayang ke KL.. lepas tuh dugaan lain pulak bila nak gerak ambil exam, tayar motor pecah pulak waktu on the way tuh, memang dugaan betul.. tapi usaha gigil jugak nak pergi amik paper, dan alhamdulillah yang jaga exam pun bagi masuk walaupun lewat..

Nak dijadikan cerita dan kesimpulan.. kalau nak menyewa tuh, sikap tolak ansur, matang dan berbincang, sebab tak semua satu kepala dan boleh faham kita kan?? pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak... peace :)

No comments: