Friday, 30 December 2016

Perasaan Sakit Menghadap Si Cakap Belakang..



Assalammualaikum..

Makin lama hidup ni aku tak tahu mana silapnya membesar sebagai manusia yang bila ada salah silap aku jenis kehadapan.. aku akui aku memang akan bertanya straight bukan pada mata orang lain yang kata aku tak matang.. aku bukan jenis suka cakap belakang so apa yang aku dengar aku suka tanya depan orang tuh untuk mintak penjelasan.. sekurangnya aku dah bagi peluang untuk orang tuh bercakap apa yang betul sebab lumrah manusia suka menilai dan aku tak suka menilai orang sesuka hati walhal aku selalu tertipu dengan manusia-manusia durjana yang suka cakap depan aku lain hakikat belakang lain..

Untuk sem ni aku rasa penat nak berhadapan dengan BACKSTABBER yang entahla.. kau pernah jadi kawan aku.. so dah tahu buruk baik aku.. even sekarang yang nampak hanya buruknya aku pada mata kau.. sebab kau tak boleh terima salah diri kau sendiri.. dan kau nak burukkan aku depan orang dengan seolah kau yang menjadi mangsa.. stop jadi innocent boleh?



Betullah macam orang cakap.. BACKSTABBER ni adalah bukan dari musuh kita.. tapi sebenarnya dari kawan kita sendiri.. sebab tuh dont trust people easily kan.. and aku menyesal kenal dengan manusia yang hanya berani cakap belakang tapi bila cakap depan tak mengaku dan penuh dengan alasan.. hey bullshit la... masalahnya sekarang yang tak pernah kenal aku pun.. nak share benda apatah lagi tiba kau nak mencanang cerita.. yang kau nak buka segala cerita.. sedangkan hakikat sebenarnya cerita kau tak tahu pun.. siap cakap aku ni GILA KUASA.. kalau si GILA KUASA ni tak bersuara tak berbunyi.. kau rasa event tuh boleh jalan macam kau nak siap cakap aku nak caras jawatan assistant.. pergi mampus la.. aku bersuara sebab tuh markah KITA.. bukan sendiri.. kalau sendiri PERGI MAMPUS aku tak heran nak tunggang terbalik ke apa.. siapa kenal aku tahu cara aku bekerja..


Bila aku dah jumpa depan tanya depan.. cakap aku tak matang pulak sebab hal remeh.. kalau benda ni hal remeh kau mencanang cerita kat orang buat apa. pastu boleh pulak cakap "BILA ORANG BERCAKAP PASAL KITA.. CARI SALAH DIRI SENDIRI".. hei perempuan.. kalau kau mencanang cerita yang kau dah dengar dari dua belah pihak aku boleh terima... kau tak dengar situasi aku.. tiba pulak nak cakap pasal aku.. rasa nak sepak jer kau.. nasib anak orang kalau anak kera.. melayang saiz 5 kat muka.. so lepas jumpa kau haritu.. harap mulut kau lagi jaga la sebelum nak berkata.. maaflah aku bukan manusia bermuka.. depan baik belakang lain.. aku jenis habis situ settel situ.. tapi aku percaya ALLAH akan balas tiap apa yang kau buat.. aku tunggu masa tuh..


Tuesday, 20 December 2016

Terasa Dan Merasa..



Assalammualaikum..

Apa yang terasa dan merasa ni sebenarnya? entah susah nak aku rungkai masalah yang melanda ni.. mengenali die pada mulanya dia bukan insan yang macam sekarang ni.. aku pun tak faham.. yang pasti pergaduhan antara kami mesti gaduh besar yang gila-gila besar dan semua benda nak di luahkan dan semua benda nk di ungkitkan.. keadaan tak sama macam dulu.. dua-dua dah berubah dan masing-masing tak tahan satu sama lain even sebagai kawan..

Nak kata kami dulu tak bahagia tipu la kan.. banyak ketawa bersama.. dia ada untuk aku sebagai kawan dan peneman.. tapi segalanya berubah... phhhufff.. entah terbang melayang dan hilang..

manusia berubah, perasaan mula berubah tapi tak bermakna perasaan ikhlas dulu yang pernah ada dulu tu hanya permainan semata.. ikhlas dari hati.. tapi makin lama... perangai masing-masing saling dah tak memahami macam dulu.. dua-dua nak menang.. saling menyalahkan satu sama lain.. manisnya dulu dah hilang.. sebab tuh masa diperlukan.. mungkin dengan menjauh.. tapi andai dalam masa menjauh.. masing-masing punya jalan masing-masing.. tak bermakna.. kena saling membenci.. kegagalan buat kita belajar kelemahan diri dalam hubungan.. mungkin takdir tak mampu bawa kita ke jalan yang sama..



Selagi masih dekat.. masing-masing cuma akan saling menyakitkan.. jadi mungkin kali ni aku tak mampu lagi terima.. even sebagai kawan.. bukan buang.. tapi merawat rasa terkilan yang ada.. dan aku harap macam tuh jugak buat dia.. andai rasa membenci dia yang hanya ada pada aku.. aku terima kalau segala kesalahan letak atas bahu.. sebab dah terbiasa sejak dahulu.. dengan apa yang di share dekat fb kalini.. betul buat aku rasa aku perempuan murahan yang ada bawah tapak kaki dia.. serius kali ni aku terasa sangat.. walau alasan dia dah bagi.. tapi mungkin cukup..


Harap semua ini akan jadi pengajaran.. mungkin ALLAH nak tarik aku balik pada DIA yang satu.. sebab terlalu berharap pada manusia yang pastinya memang sudah lama dinyatakan.. pengharapan kepada seorang manusia hanya akan mendatangkan kekecewaan.. aku kena kembali semula.. betulkan apa sepatutnya dan sedayanya aku cuba berdikari tanpa susahkan sesiapa lagi.. kegagalan datang dari sifat aku sendiri.. jadi banyak yang perlu aku cari.. hei awak kat sana.. kita tetap kawan baik sampai bila-bila.. cuma sekarang.. kita rawat apa sepatutnya dulu yer.. andai satu masa berjumpa semula.. mungkin ada hikmah.. jaga diri budak.. and keep smiling as usual you do.. :)



Thursday, 15 December 2016

Selamat Hari Lahir My Hero..



Assalammualaikum..

Sedikit throwback dari 26 nov haritu bersempena ulang tahun kelahiran ayah.. aku pun cuti yang lama la jugak dari bekerja.. sebab aku sendiri dah lama tak balik kampung kan.. so aku pun balik.. tak banyak yang boleh aku buat sebab tak semua adik beradik aku ada.. termampu sahaja.. bawak pergi makan shell out.. jenjalan kluang... ingat mak ayah aku tak rare ke lepak memalam pergi dataran.. jiwa muda masih ada gitue.. hahaha..

video



Sedikit video dan ucapan khas untuk My Hero.. Apa yang kami buat ni tak sebanyak apa yang ayah dengan mama korbankan kan.. besarkan kami sampai harini.. in sha ALLAH andai ada rezeki kak ngah masa hadapan.. banyak benda kak ngah nak buat untuk ayah mama.. balas segalanya.. dan berharap umur ayah dan mama masih panjang untuk sentiasa ada dalam perjalanan kami adik beradik.. aaminn.. kami sayang ayah mama sampai hujung nyawa.. LOVE YOU..

Wednesday, 7 December 2016

Pengakhiran Yang Sama..



Assalammualaikum..

Sebenarnya cerita ni dah lama aku nak share.. banyak yang indah sebenarnya.. tapi tak ada masa yang banyak buat aku tak sempat nak update story banyak pasal dia.. hanya few cerita yang berkisah tentang dia ni kan.. kalau yang semua penah baca dan tahu pasal lelaki upahan dekat Tahan yang layan aku macam puteri raja kat sana.. itulah yang aku nak cerita kat sini harini..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan.. surely dia sendiri pernah terasa sebab aku tak banyak nak update story pasal dia... kekangan internet buat aku jarang sangat nak update sampai banyak benda hanya jadi cerita yang throwback sahaja.. semua nak di throwback susah jugak kan?

Entah mana silap.. keadaan kitaorang makin lama makin parah.. sebab dah terlalu kenal ker.. sifat dia yang overprotetctive sangat ker, kuat cemburu sangat ker yang buat aku sendiri rasa pergi aku pun tak tahu hala tuju... tipu lah aku tak rindu KAMI yang dulu.. first mengenali dia.. dia ada sifat yang macam Mr AirForce.. tapi entah kenapa makin lama keadaan tuh hilang mungkin atas dasar perangai aku jugak yang tak semua boleh tahan.. dari awal aku dah pesan.. tapi makin lama... keadaan makin parah.. semua benda jadi ungkitan antara kitaorang berdua sampai tahap.. nak membenci satu sama lain.. tipulah kalau dalam lubuk hati aku  yang paling dalam.. aku tak sayang dia... bila ingat kenang semua.. dia sahabat, peneman dan seseorang yang ada waktu aku betul-betul jatuh terhempas.. tapi entah kenapa.. keadaan dan masa mengubah.. kiteorang saling menyalah..

Sampai letak kesalahan atas muncul orang lain.. tapi sikap masing-masing menjadi masalah.. ada benda yang indah.. tapi entah kenapa semua tuh bagaikan tak nampak.. aku rindu persahabatan yang mula dulu.. kau jadi penasihat aku yang memahami tanpa paksa.. bukan diri kau yang ada sekarang.. aku akui terkadang aku jadi manusia yang sukar difahami.. mood berubah dalam masa sesaat dan sedetik.. pengalaman dulu buat aku sentiasa menjauhkan kau.. dan juga mungkin membezakan kau.. maaf aku cuma manusia yang penuh kehendak.. dan mungkin kau juga sama.. terkadang bukan kita tak faham tapi sendiri yang nak meragam.. kerenah berlebih dari sewajarnya.. entahlah aku hilang akalnya..

Kejauhan terkadang itu lebih baik untuk saling memperbaiki.. aku tak tahu nak rasa apa yang sepatutnya aku rasa sebab berbanyak kali dicerita pengakhirannya tetap sama.. tiada siapa yang akan tetap ada dan kekal.. entahla.. aku jadi manusia yang tak berhati.. cukuplah ini yang terakhir.. tiada lagi dah pilihan hati walau dah berkali aku cuba menguji.. biarlah aku sendiri kalini.. capai apa yang aku cuba capai.. tanpa sakitkan hati sesiapa lagi.. walau pada mata dia aku ni yang salah biarlah aku tetap yang salah.. biarlah aku dibenci.. satu ketika dia akan berfikir semula.. dan mungkin dia lebih bahagia apa adanya.. dan aku doakan dari jauh sahaja.. entahla aku putus asa.. sebagaimananya dia.. maaf..

Semoga kau bahagia dengan apa yang dialami kini.. dan kau akan terus melupakan aku.. bila sampai waktunya.. jaga diri Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi..


Monday, 5 December 2016

SMTPD In Memories 09/10



Assalammualaikum..

Sedikit throwback dari zaman sekolah dulu kala.. berpunca dari aku attend wedding andak merangkap abang Farah yang juga family dia dah aku anggap macam family sendiri dah.. dah alang2 majlis buat dekat SMPTD.. so kesempatan aku ler untuk throwback.. snap gambar dan yg pasti sempat la aku buat short video yang deep message yang aku nak sampaikan kot.. hehe.. tapi dengan respon yang aku dapat rasanya.. berjaya la kan apa yang aku cuba buat... hehe.. meh aku share sikit video aku..

video

Entah kenapa bila aku teringat pasal SMTPD ni.. yang indah sangat indah yang pahit tersangat pahit sampai tak tertelan.. tapi kat sini lah aku belajar banyak benda yang jadi pengajaran aku dan maybe ada langkah2 yang aku buat jadikan diri aku macam sekarang ni la kan.. kat sekolah ni lah aku jumpa CINTA PERTAMA maybe yang mungkin dengan bahasa mudah CINTA MONYET.. yelah mungkin aku bercinta dengan manusia berperangai KERA kot waktu tuh la... hahaha.. sebab dekat UNIKL sendiri aku jumpa perangai yang sama.. hahahaa.. kejamnya bunyi.. #guraujer.. sebab game aku sedangkan ade awek.. ceh.. huhu.. tapi tuh semua cerita lama la kan.. biasa la umur 16tahun apa nak tahu lagi pulak manusia macam aku ni kan.. blur2 katak jer dulu.. hahaha.. dan aku dengan First couple aku tuh pun dah jadi kawan baik sebab dua2 perangai KERA jugak.. suka gelak tak henti kalau borak ada jer benda nak jadi bahan gelak gila2.. Rony kau tetap kawan aku sampai bila.. hehehe.. so tak payah la nak rasa berdosa sangat dengan apa yang pernah jadi dulu..

Zaman ni lah aku kena game teruk giler pasal CINTA.. entah apa silap aku.. rupanya dah ade awek.. 9bulan dah couple dengan aweknya end up aku baru tahu... nasib la aku tahu.. kalau tak tahu bodoh buta percaya dengan indah yang die tunjuk... menangis sebab aku .. setiap malam gayut nanyikan lagu untuk aku.. pergh kalau diingat balik.. memang cerita korea yang sekarang ni kalah la wey.. hahaha.. drama sangat semua tuh.. dan moment paling aku ingat bila aku dah jadi manusia yang dengan dunia sendiri.. dak laki boleh bertaruh untuk game and dapatkan aku dengan cara couple and tinggalkan aku alasan aku tak layan diaorang.. ingat dalam Lagenda Budak Setan jer ade.. kat sekolah tuh lebih dari setan ade tau.. hahaha.. bila dah besar ni.. ade jugak yang mencari dan aku tengok dah berubah tapi aku manusia yang terkena mana mungkin lupa..

Disebabkan kantoi dan plan diaorang tak dapat game aku.. nak tutup salah ramai2 serang aku.. untuk paksa aku bagitahu siapa yang buka cerita.. siap maki hamun aku.. dan ada yang nak pukul aku lagi.. memang sampai bila aku tak akan lupa.. hahaha.. orang2 yang buat aku tuh pun aku ingat sampai sekarang and ada yang aku tengok life diaorang tunggang terbalik.. kifarah ALLAH tuh kan ada.. huhuhu.. tapi nasib aku ada manusia2 yang pegang erat aku waktu aku jatuh.. terutamanya Farah sentiasa ada dan backup aku.. dan kenal aku macam mana.. sebab tuh utuhnya persahabatann kitaorang sampai sekarang...



Farah tuh manusia yang ada kat tengah dalam dua2 gambar.. dan paling seronok bila kawan2 dia dengan senang terima aku dan sikit tak rasa kekok untuk lepak dengan diaorang dari mula kenal.. sedangkan aku ni jarang sekali ada dengan diaorang.. dan bukan kalangan satu sekolah dengan diaorang.. tapi diaorang ohsem.. huhu.. thanks always be there even kita tak selalu jumpa.. love youu.. muahhh...


Terkadang dalam hidup setiap yang jadi dan mendatang jadikan kita lebih kuat pada masa akan datang dan jadikan pengajaran penting untuk dikongsikan.. jadi untuk setiap benda yang dah jadi.. pedih tapi aku simpan sebagai memori pengajaran terpenting dalam hidup.. tapi tak semua sikap aku boleh ubah.. sebab diri aku sendiri manusia yang lembut hati.. marah macam mana end up satu masa aku akan maafkan semua dan terima.. cuma keadaan kadang buat kita tak selesa dengan apa yang ada depan mata.. harap satu masa aku jumpa penghujung untuk apa yang aku cari dan harap selama ni.. aaminn..




Tuesday, 29 November 2016

Terluka Lebih Parah Dari Biasa..


Assalammualaikum..

Entah kenapa rasanya harini aku rasa teruk sangat dengan apa yang jadi semalam.. sebab kan aku terpaksa minta tolong orang yang cuma aku boleh nak mintak tolong.. tapi aku tak difahami.. untuk aku puaskan hati semua pihak.. aku penat la.. memang paling utama jaga hati sendiri.. kalau dah kena layan macam tuh.. siapa la yang tak sakit kan? beribu kali aku minta maaf.. bukan aku tak rendahkan ego aku.. rasa lebih dari segala.. aku cuba ubah untuk lebih baik.. tak marah-marah walau masih ada lagi sisa.. tapi aku usaha..


Aku faham perasaan cemburu marah semua.. aku kalau jahat kejam.. mungkin aku akan fikir apa yang aku buat semua tuh betul.. tapi aku tahu ada silap.. situasi memerlukan aku macam tuh.. aku manusia ada hati perut lagi.. aku minta maaf.. sebanyak mungkin.. pujuk sehabis daya.. aku bukan manusia pandai pujuk dari dulu.. tapi demi nak betulkan keadaan dan mengaku salah sendiri aku cuba sebaiknya..

Aku tak tido malam menunggu.. entah kenapa perasaan ni sama sakit macam mana yang pernah Mr Air Force buat aku dulu... rasa macam sekejap kata sayang.. tiba kau berubah untuk membenci sedangkan kau tak cuba memahami... dalam situasi dengan umur yang makin meningkat aku cuba pertahankan segala.. cuba hadap masalah tanpa perlu lari dan diam.. bila aku cuba tempuh.. aku jugak yang dilayan macam sampah... cuba letak sebawahnya ego aku..


Bila kau buat silap kau tahu apa yang kau harap.. tapi bila orang lain buat silap.. kau rasa kaulah manusia paling banyak buat baiknya... untuk tak ada dalam situasi dan hidup aku ni... banyak benda yang aku pendam... fizikalnya mungkin aku tersenyum seriangnya.. tapi dalaman kalau otak aku ni boleh bersuara mesti banyak benda dia nak suruh aku berhenti fikir.. aku bukan jugak jenis manusia mudah buang orang semudahnya.. cuma perlu ambil masa... andai ada yang buat silap.. lama-lama aku akan maafkan jugak walau mulut kata tak nak maafkan.. sebab hati aku tak la kejam mana.. sebab aku tahu tak semua sempurna.. aku ni pun entah sebenarnya dah patut lama diambil nyawa.. tapi sebab banyak dosa.. aku dibagi peluang untuk baiki segalanya...

aku memang bersalah tapi jangan buat aku macam sampah.. jangan pandang usaha aku cuba buat.. kau letak bawah kaki kau.. satu tahap dan masa.. mungkin keadaan yang dulu akan berulang semula.. sebab tuh peluang kedua dibagi dan guna sebaiknya... tak pernah lagi aku tengok.. mana-mana manusia yang cuba pertahankan aku bila ada dengan diaorang.. yang nampak cuma salah aku yang diaorang tak de dalam situasi aku..

Tak apa kalini aku redha andai ni balasan yang aku dapat atas salah dan silap aku yang mungkin aku terlepas pandang.. tapi sekali lagi terkena lagi dan sentiasa terkena.. ternyata aku cuma manusia yang bodoh tak tahu menilai apa yang sebaiknya.. dan begitu mudah memaafkan dan jangan satu masa.. aku jadi manusia terlalu keras hatinya.. waktu tuh.. mungkin tak akan ada yang datang untuk kesekian kali nya.. aku bukan tempat persinggahan.. dan aku bukan malaikat untuk sentiasa buat baik sahaja.. aku manusia dan satu ketika aku akan ada dendam yang aku pendam..

aku ikhlas semua benda.. mungkin ni jawapan istikharah aku cari.. melepaskan diri dari semua.. dan redha tanpa sesiapa..


Monday, 28 November 2016

Azmiera Turns 23..



Assalammualaikum..

Rasanya tarikh lahir aku dah lama berlalu.. berbulan-bulan lamanya.. dan tinggal dua bulan jer lagi rasanya aku nak tempuh umur 24 tahun pulak.. terlalu banyak cerita lama yang nak dikongsi tapi kesempatan tuh tak ada.. jadi aku share la throwback sikit2 yer.. sebagai tanda aku menghargai semua usaha orang sekeliling aku untuk sentiasa buat aku bahagia walau kadang aku terpaksa mengalah banyak benda.. tapi aku tahu ada hikmah menanti aku... so just keep smiling..








Sekitar majlis makan-makan sambutan bufday merangkap cuti raya cina hari tuh.. so alang-alang buat makan2 kumpul ramai2 satu keluarga.. kadang malu jugak bila dah besar2 sambut bufday lagi.. rasa tak layak jer.. hahaha.. tapi suka.. wakaka.. tak apa tunggu next year makan2 jugak mungkin tapi tiap tahun pun sama jer... maybe lagi besar... hahahah.. berangan lebih ni.. hahaha.. sekadar throwback and share.. terima kasih mama and ayah.. untuk segalanya... in sha ALLAH satu masa kak ngah akan balas semula segalanya.. harap kesempatan tuh masih ada.. aaminn..

Terima kasih atas doa-doa yang dikirimkan.. moga yang baik2 sahaja mendatang hendaknya.. aaminn.. dan semoga doa yang baik2 jugak melantun sama.. aaminn..

Monday, 21 November 2016

Jelajah Utara.. ( Throwback )..



Assalammualaikum..

Rasanya dah memang terlalu lama aku tak update apa-apa dekat blog aku ni.. kalau boleh hari-hari aku nak update banyak cerita nak share.. tapi kesempatan tuh tak ada.. kesibukan melampau sebab aku ni kan kerja sambil belajar.. so masa untuk aku hadap ni memang tak terluang la kan.. so sis bertabah jela banyak benda tak dapat nak story..

Apa yang aku nak share harini memang cerita yang tersangat lama.. cuti sem lepas punya cerita.. sekarang dah pertengahan sem baru dah.. nampak tak betapa berhabuknya aku punya blog ni kan.. ok dari aku terus membebel kearah yang lebih mengarut jom fokus dengan cerita yang aku nak share.. wah macam serius sangat pulak kan? hahaha.. ok la sambung cerita.. cuti sem lepas aku dengan kengkawan aku yang diberi nama The Dara's pergi first vougecation bersama... so kami pun jelajah Utara.. first pergi Perlis, then Kedah dan last sekali Penang..

Untuk first timenya kami gerak pukul 10 malam turun dekat Georgetown, Penang untuk ambil kereta sewa kitaorang sebab last day kitaorang akan berakhir dekat Penang so untuk memudahkan sewa jer kereta dekat Penang siap-siap.. masa yang diambil untuk planning and booking dalam masa sebulan sebab macam biasa la adat merancang makin lama rancang makin tak jadi.. hahaha.. so dengan pantas guna jer duit yang ade so terus planning.. bab booking aku serahkan pada Ika and Munie.. tapi sampai sana aku yang pegang semua duit untuk pembelanjaan minyak,tol,bayaran hotel dan jugak kereta..

So first day sampai pukul 5 pagi tapi abang yang deal untuk sewa kereta datang dalam pukul 6 lebih, lepas setel semua bayaran dan dokumen semua.. kitaorang pun terus gerak pergi Perlis, berhenti mandi semua dekat RnR Gurun.. dekat sana kitaorang semua jumpa adik aku yang belajar dekat UNIMAP.. so dia merangkap tour guide kitaorang dekat sana.. banyak tempat dengan pemandangan menarik dia bawak kitaorang berjalan.. for sure tom yam utara memang lain macam rasa dia... aku pulak hantu tom yam memang tak lepaskan peluang untuk rasa sebab Munie kata tom yam Perlis lain macam rasa dan memang terbaik.. huhu.. Lepas seharian penat melepak snap gambar sana sini.. malam pulak lepak dengan kawan Munie dari Poli sebab Munie study DIP dekat Poli Perlis.. so itulah salah satu sebab kenapa nak kesana.. huhu.. Lepas lepak pulak ALLAH betul nak menguji.. dugaan pertama bermula... sesat nak cari highway nak pergi Sg Petani tumpang tido rumah mak cik sedara merangkap sepupu ayah.. sebab dulu tuh lah kampung aku.. tapi atok nenek dah ikut sekali anak-anak berhijrah so memang jarang balik Kedah.. Dahla dengan sesat, lepas tuh boleh pulak akak sepupu aku tuh tak angkat col, dan nasib baik berkat otak aku yang masih kuat ingatan slow2 cari rumah walau waktu tuh aku dah berangin sebab banyak kali salah jalan sampai sesat dan semua waktu tuh keadaan stress sebab penat kan..so malam tuh kami jumpa jugak rumah dan selamat tido dengan jayanya..

Hari kedua pulak kitaorang meneruskan perjalanan terus pergi Penang seawal paginya.. sampai jer penang terus check in hotel.. kitaorang book Burmatel.. kalau rajin search la.. harga murah tapi hotel memang selesa.. then next plan dan aktivti yang utama sebenarnya nak buat adalah.. jeng jeng jeng.. Escape Extreme Park Penang.. itulah hari yang sangat memenatkan dan sangat mengecutkan perut.. rasanya waktu tuh dah ada la six pack,, sebab kecut perut punya pasal.. menjerit tak tentu hala.. merawat luka dihati katanya... gittue.. huhuhu.. konpius jugak apa yang terluka agaknya.. hahaha.. so malam tuh lepas seharian buat aktiviti berlapar teruk.. misi mencari makanan la nampaknya tapi malam tuh nak gerak jauh sangat pun tak boleh sebab hujan lebat giler end up makan terus tido jer balik sebab kepenatan teruk kan..

Hari ketiga pulak merangkap last day.. pagi2 dengan penuh semangat dan tawaduk gigih mandi bersiap.. terus pergi Penang Hill atau dengan nama yang diketahui.. Bukit Bendera.. so satu hari tuh hari cantik la untuk kitaorang sebab hari sebelum dah cukup selekeh dengan peluh busuk masam.. eh.. hahaha.. lepas turun bukit bendera kitaorang teruskan perjalanan pergi Penang street art.. dekat sana kitaorang sewa basikal bagi memudahkan perjalanan maklum penang penuh dengan kenderaan.. nak parking pun payah.. so bermuscle la betis masing2 sebab hilang penat tak lagi kena exercise kayuh basikal pulak.. tak apa asalkan enjoy.. tapi misi mencari makanan pun tak habis lagi.. macam-macam ditelan.. nasi kandar, rojak, kalau perut tu boleh bercakap mesti mintak aku berhenti makan.. so seharian lepas penat bergambar.. kiteorang pun balik malam tuh pukul 12 malam.. dan berakhirnya misi jelajah utara by The Dara's.. so aku share gambar sikit yer.. gambar pun dah berhabuk..





So sesiapa yang nak pergi bercuti tuh disarankan untuk tahu kemana korang nak pergi dan hala tuju sebab tak nak buang masa sia-sia..pesanan ikhlas dari akak.. peace..

Tuesday, 2 August 2016

Khas Untuk Kau Si Stalker..



Assalammualaikum..

Lama rasanya aku tak update blog aku ni akibat kesibukan melanda kan maklum la aku kerja kan.. even masa untuk diri sendiri pun dah tak ada sekarang.. tapi malam ni aku curi sikit masa sebelum aku tido ni atas sebab besar yang aku nak luahkan.. Aku ambil masa tido aku sekejap walau sebenar mata rabak teruk sekarang ni kan.. ok azmiera melalut lagi... back to the first point aku.. nak luahkan sesuatu yang besar?? apakah itu?? ok sambung baca ye..

Post ni aku tujukan khas untuk seseorang yang suka sangat stalker life aku sampai ke blog aku ni pun berjaya dia cari dengan jayanya.. sedangkan aku tak pernah kenal dengan dia dan kacau hidup dia.. tapi aku sendiri tak pasti kalau memang sebenarnya aku yang kacau hidup dia.. maafkan aku kalau sebenarnya aku pernah terusik kau punya life seinci.. aku tak tahu la kalau post ni dia akan baca bila.. tapi one thing for sure aku tahu dia akan baca sebab aku dah terjebak dalam life die and BF die.. siapa BF die?? siapa lagi Mohsin la..

First of all, aku tak sangka yang selama ni kau dah lama follow aku dekat insta.. aku tak tahu apa motif kau sampai sanggup nak follow aku pakai insta kau yang entah ke berapa kali kau buat... sebab Mohsin ker? dan yang paling aku tak boleh terima post aku yang lama dengan Mohsin kau dapat baca.. maknanya kau memang stalker terbaik la kan.. kalau kau nak sakit hati dengan post aku means.. sebenarnya kau dengan Mohsin dah lama and aku sebenarnya jadi mangsa permainan BF kau?? dia gunakan aku untuk hilangkan bosan dia kat sini ker macam mana? aku bukan manusia yang suka nak bergaduh terlebih utama pasal lelaki..

Dari pertama kali aku kenal Mohsin dia tak pernah bercerita dengan aku psal diri kau.. so aku memang anggap dia tak ada siapa-siapa.. sampai la dia upload gambar korang.. itu pun aku tak tahu sebab aku bukan kaki stalker yang nak tengok life orang 24 jam sebab life aku sendiri pun banyak yang aku nak uruskan.. kawan-kawan aku pun diamkan tak bagitahu pada aku.. benda paling aku benci adalah orang yang menyibuk life aku and bercakap pasal aku yang mana aku tak pernah kenal kau pun..

Yang aku kenal nama kau bedah gojes semua tu pun kawan aku yang cerita pasal kau... sampai la aku dapat tahu kau boleh baca post aku dekat blog.. aku jadi macam memikir.. kenapa sampai tahap blog aku kau stalker? maknanya aku yang ada antara kau dengan BF kau kan? aku minta maaf kalau manusia bernama Azmiera ni dah cuit kehidupan kau.. tapi tolong aku nak kau jauhkan diri kau dari life aku... sebab kau belum kenal aku dan kegilaan aku.. jaga life kau elok-elok.. jangan nak stalker aku dengan fake acc insta kau ke apa ker.. sebab tak berbaloi.. life aku tak ada apa yang menarik untuk manusia macam kau nak ambil tahu sebab kita saling tak mengenali..

Aku harap satu masa post ni kau baca kau faham sendiri and jangan pernah lagi cari aku.. dan aku pun tak nak nampak kewujudan kau dalam hidup aku.. lepas puas BF kau mainkan perasaan aku dan buat aku kehilangan orang yang tunggu aku selama 9tahun.. yang akhirnya sekarang jadi suami orang sebab semata pertahankan Bf kau tuh.. aku nak rasa bersalah dalam diri dia sentiasa ada sebab dia dah rampas kebahagiaan aku yang aku sia-siakan sebab dia... bukan aku tak redha dengan jalan  ALLAH tapi untuk manusia macam Bf kau tahu... dekat atas muka bumi ni bukan dia sorang ada hati.. aku pun punya hati.. semoga bahagia hingga akhir hayat korang... adios..


Sunday, 10 April 2016

Unknwon



Assalammualaikum..

Kalau post aku dulu pasal ika pergi jumpa dia bincang dan nak tahu apa dia kata.. Lepas beberapa hari akhirnya dia hantar dan luahkan apa yang dia nak cakap dalam whatssap pada aku.. 


Dan macam apa yang korang semua nampak.. semua kata-kata dia pada aku tuh ayat cliche.. konon pergi untuk kebahagiaan aku sangat.. please ok.. kau cakap jela kau dah ada perempuan lain.. then konon tak nak kecewakan hati sesiapa.. habis aku ni apa? tak ada hati? bercakap tuh fikir dulu brother..

Benda paling aku sakit sebab dengan banyak alasan dia pergi cari perempuan lain senangnya dia lupakan perasaan tuh.. aku buat salah semua dia terus nak buang.. tapi selama mana dia buat salah aku tetap bagi dia peluang salah ker untuk dia bagi aku peluang jugak itulah yang aku terfikirkan.. dia tak pernah luah benda dia nak luah pada aku... tiba dia buat aku macam ni... aku bukan malaikat untuk tahu semua benda..

Selama ni aku bertahan untuk dia.. walaupun aku makan hati tapi aku tetap nak dia... yelah macam nadia cakap siapa tak bahagia dengan orang kita suka dan sayang.. dan for sure selama ni aku sorang jer yang sayang dia lebih.. dia?? hanya perasaan suka jer maybe... dia halau aku, dia cakap aku ni, block aku tiba-tiba, aku tetap terima walau mulut cakap tak nak.. tapi hati aku tetap cakap tak apalah.. tak apa.. untuk silap aku... phuuuffff.. tiada maaf bagiku.. eerghhh..

Jangan pernah suruh aku cari yang terbaik bila hanya kau yang aku pilih.. tapi tak apa.. aku akan pastikan aku buktikan sesuatu pada kau yang kau sendiri tak terjangka.. dan aku paling pasti satu ketika kau menyesal dan kau akan rasa apa yang aku rasa.. rasa terkhianati, rasa dilukai, rasa harapan dihancurkan...

Yes tahniah.. kalini kau menang dengan jayanya.. kau berjaya runtuhkan tembok ego aku yang selama ni kukuh.. tapi untuk kau aku cuba.. tapi sekarang tembok tuh perlu untuk aku tampal balik.. dan aku cuba gapai bahagia aku...bila kau dah bahagia.. jangan cari aku lagi.. sebab saat kau cari aku... saat tuh aku akan hamburkan segala dendam dan kebencian dalam hati ni.. Janji ALLAH pasti.. kifarah tuh ada.. what goes around comes around.. dan kau.. boleh blah!!

Piala Sukan Dekan 2016



Assalammualaikum...

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu paling sakit dan paling penat dan paling kelam kabut.. hahaha.. sebabnyaaa... jeng jeng jeng..




Haaa.. apa itu.. ok nak cerita la ni kan.. minggu lepas aku dengan tak sangka aku join piala dekan..apa tuh? kiranya kalau dulu sekolah sukan tahunan ni bagi U untuk benda sama jugak dalam masa sama nak selected untuk pergi KSSU.. apa pulak KSSU (Kejohan Sukan-Sukan Unikl).. Game haritu aku main netball.. da lama sangat aku tinggalkan bidang kesukanan ni.. cewah gittue.. aku ingat kan perlawan bodoh-bodoh jer aku pun tak pernah lagi turun training.. ni main redah sekali amik kau.. mendapat banyak kenangan...

Kenangan apa? lutut aku dengan jayanya lebam dan luka gara-gara sliding berebut bola.. dan mulanya game pertama aku dengan team aku kalah teruk sebab aku dengan team aku masing-masing baru nak dapat chemistry tuh..

First game aku dapat position WA(Wall Attack) sekali Center aku boleh pulak krik-krik dan memang dalam game tuh jadi macam blur giler.. aku tak pernah main tahap macam tuh sekali.. sampai la second, third, fourth and last game sebelum masuk final aku lak yang tukar jadi position Center... baru la dapat catch up balik tempo.. tapi itulah rugi pada game pertama.. markah sia-sia hilang kat situ..

Tapi berkat usaha gigih... berjaya... orang kata Rezeki kan.. so ALHAMDULILLAH.. dengan jayanya team aku dapat tempat ketiga.. boleh la kan untuk first timem group and game besar.. satu permulaan yang baik la kan..

Dan aku tak sangka game tuh sampai dua hari dan selama dua hari tuh la aku punya jadual kerja tunggag terbalik.. tak tahu la bos aku nak fikir apa yang penting aku jujur.. aku tak tipu.. tapi asalkan aku masih datang kerja... tapi bulan ni jer aku sibuk... bulan depan nak Final dah ada la busy sikit.. lepas tuh dah boleh kerja dengan jayanya macam biasa... in sha ALLAH ada rezeki dapat la aku capai apa yang aku nak.. hehehe..

Kenapa aku tiba-tiba aktif sukan balik?? sebab aku memang nak sibukkan diri aku dan aku tak nak lagi fikir pasal dia.. atleast aku boleh move on cepat.. Azmiera kan kuat dan sadoo.. mesti boleh.. ok ni dah luar topik.. aku harap lepas ni aku ada lagi peluang bermain untuk game lagi besar.. aaminn..

Wednesday, 6 April 2016

Bertabahlah Duhai Hati..



Assalammualaikum..

Kenapa pulak dengan tajuk aku ni kan?? Tajuk aku ni mengenai jawapan untuk selama ni aku menunggu.. akhirnya aku dah dapat jawapannya.. macam mana aku tahu?? Luahan dia pada orang.. Terima Kasih..

Benda ni jadi bila ika pergi jumpa dia and ada benda sebenarnya budak-budak ni tak bagitahu aku... satu sikap aku.. aku bukan jenis suka stalker nak tengok pasal orang even pasal siapa-siapa melainkan orang bercerita and aku nak tengok benda tuh..

Malam tadi selama 2 jam lebih jugak ika berborak dengan dia aku rasa... ika mulakan cakap dengan aku semua benda jugak malam tadi.. sebenarnya mohsin ada masukkan gambar dengan perempuan lain dekat insta dia.. and selama ni aku tak tahu langsung.. huhu.. bodohnya aku kan??

Benda dia baru masukkan ika kata, Munie, Kak ain, and Tikah tahu and nampak tanya dengan ika... aku?? seriusly tak tahu apa-apa.. sampai la tadi dengan sendiri aku rasa aku  nak tengok gambarnya.. hahaha.. aku dah nampak..

Untuk kesekian kali aku dikecewakan.. akhirnya aku dah penat dengan semua ni dah.. apa yang aku cakap memang betul.. Lelaki yang datang dalam hidup aku ni semua sama jer... datang cuma singgah sekejap, bagi aku rasa bahagia.. then pergi.. Untuk diaorang bertahan dan sabar tuh.. Memang tak ada untuk aku..

Mohsin cakap aku banyak tak jaga hati dia.. dan dia dah tawar hati.. maaf mohsin untuk kali ni.. bukan aku tak jaga... tapi kadang untuk menduga tuh tinggi... mengenali aku baru berapa bulan.. kau tak mampu untuk bertahan.. apatah lagi untuk terus berjalan..

Kurangnya komunikasi antara kita jadi sebab dan punca.. kau suka memendam.. bagi kau semua benda kau nak lupakan... tapi dalam kita meningkat dewasa.. bukan masa jadi macam tuh.. ada benda kita kena ubah dan suarakan..

Jujur aku cakap.. aku ingat kau yang terakhir.. tapi mungkin ni bukan jalan kita kan? kau persoal pasal adeq semua... maaf kadang aku terleka... bersuara andai aku terlalu meluka... ada silap aku jugak.. terlepas pandang benda yang kecil bagi aku besar pada kau..

Sebab kalau kau ada prinsip kau.. prinsip hidup aku cuma satu JUJUR.. aku jujur dengan siapa aku berkawan dan aku cuba jadikan separuh hidup aku dengan kau.. tapi aku tak sangka benda tuh jadi terlalu sakit buat kau.. maaf..

Pasal post gambar.. aku tak jaga batas aku dengan kawan laki.. maaf dalam setiap situasi.. bukan niat aku sakitkan hati kau.. tapi.. kau sendiri tak pernah pasti.. kenapa dengan perempuan ni kau boleh masukkan gambar.. dengan aku dulu? tak pernah? Mungkin silap aku lagi.. maaf..


Aku benci sangat dengan kau Mohsin lepas apa semua jadi sampai sekarang ni.. untuk aku maafkan kau.. ada banyak benda aku nak cakap :

Mampu kau hilangkan rasa suram dalam hati aku lepas kau pergi?
Mampu kau ukir balik senyuman dari tangisan yang aku lepaskan?
Mampu kau betulkan balik janji yang kau lafazkan?
Mampu kau hilangkan rasa sakit yang bergerak disetiap nafas aku?
Mampu kau ubah sesak dalam dada bila aku tak mampu gapai kau?

Andai aku memaafkan sekalipun..
Semua bukan kerana kau..
Tapi sebab diri aku sendiri..
Bergerak tanpa kau..

Pintu yang terbuka dulu dan kembali tertutup kemas
Dan aku pun dah campak kan kunci tuh jauh kelangit ketujuh..
Terima Kasih Cinta..


Merindui kau tuh pasti.. dan membuang kau juga pasti.. aku doakan kau bahagia Mohsin.. Maaf atas segalanya... aku akan anggap kau datang dalam hidup aku sebagai satu pengajaran buat aku.. aku lepaskan kau dengan ikhlas..


Lata Medang, Done Wishlist..



Assalammualaikum..

Minggu lepas aku dengan THE DARA's (group whatssap gegedik aku) berjaya menawan Lata Medang.. setelah sekian lama tak  naik bukit and masuk hutan.. ada satu perasaan lega and seronok nak mati kat situ.. hahaha..

Benda ni memang dah plan lama cuma nak cari waktu and tarikh cantik tuh susah sangat.. biasa la kan kebusyan melanda diri kan.. akhirnya apa yang dirancang jadi jugak..





Lata Medang? kat mana ni kan?? dekat jer jangan risau.. dekat Kuala Kubu Bharu jer.. Perjalanan dari rumah sewa sampai ke Lata Medang ni cuma sejam lebih tapi sebab jalan memang track drift.. perjalanan akan jadi lambat la... macam siput sedut.. huhu

Selama 2 jam trecking akhirnya sampai jugak la kan.. dengan semangat semua yang ada.. gigih walaupun Munie ada rasa nak give up kot la kan.. Sebab memang ada part pacak tuh aku nampak air muka dia da berubah.. tapi aku bangga dengan semangat dia.. Good Job Munie.. kau berjaya lawan kelemahan diri kau yang akhirnya berbaloi..

Sebelum hari nak pergi kiteorang ada google and cari info pasal Lata Medang ni.. sedia maklum pacat and tebuan ada katenya.. tapi bersyukur sangat tak ada time tuh sebab cuaca panas and kering.. kalau tak aku tak dapat bayangkan keadaan budak-budak ni and aku.. Gigihnya semangat diaorang sampai sanggup beli stocking bola sebab kan pacat.. and berjaya jugak lawan..

Kiteorang pun pergi hujung minggu.. memang ramai orang sangat so tak ada la rasa takot walalupun semua perempuan jer kan yang pergi... yang buat kitaorang semangat nak naik Lata Medang sebab kan air terjun dia yang boleh buat main slide.. dan benda tuh aku berjaya buat dengan jayanya... aku paling takut dengan benda-benda tak nampak.. aku fikir kalau aku slide buatnya sakit, terhantuk, hilang ingatan?? hahaha.. ok yang last tuh drama melayu sikit.. tapi serius seberani aku banyak benda aku takot sebenarnya..

Kitaorang satart trecking pukul 10 dan berjaya sampai dalam pkul 12 ker awal sikit entah... hahaha.. lepastuh port sliding tuh memang kitaorang punya la kan.. ramai jugak orang kitaorang kenal.. kawan baru yang nak ajak sekali join aktiviti macam ni.. teruja sangat.. sebab tak sangka.. ada orang sudi nak tegur siap tukar no telefon lagi.. hahaha

Kitaorang lepak mandi sampai pukul 2 jer sebab port tuh makin ramai pulak lepas semua orang nampak kitaorang buat slide dekat situ.. trecking turun.. pukul 4 sampai bawah... pukul 6 sampai rumah.. hehe.. aku pulak yang bawak kereta... ngantuk lepas kena air memang tak ingat dunia la kan,, hahaha.. nasib budak-budak ni melayan dan semua tak tido.. korang lepas ni next trip pulak... in sha ALLAH...

Hasil lepas mandi rehat semua.. aku baru perasan aku sunburn lagi.. dan tangan aku macm pakai stocking balik.. baru nak hilang kesan dari Gunung Tahan.. ada balik.. nak kata panas tuh tak ada la sangat kat atas tuh... susah betul kulit mahal ni... opsss.. hahaha..

Pesanan ikhlas pada orang-orang nak naik Lata Medang... pergilah serius syooookkk... hahaha

Tuesday, 5 April 2016

People Come and People Go...



Assalammualaikum..

Kalau tadi aku post pasal apa yang dah jadi minggu lepas.. ini apa yang benarnya terjadi minggu ni.. Entah apa dan aku tak tahu mana silap.. tiba angin timur laut dia sampai dekat aku.. sampai harini aku dengan dia tak contact.. jumpa dia apatah lagi kan... dia siapa tuh? siapa lagi la kan yang suka sangat bagi angin timur laut die kat aku.. si Adeq la kan..

Memang aku mengaku satu malam tuh aku mood swing sebab aku rindu giler dengan family aku and korang mesti ada satu masa yang korang nak sendirian kan?? aku tak reply text die tapi malam tuh dia yang hantar aku sampai rumah walaupun muka aku tak payah cakap la.. nak senyum pun susah la kan sebab kau tak ada mood... tibe die pun tak ada mood terus hantar aku balik and aku macam biasa la kan drama aku... aku suruh dia pergi jer kalau dia dah penat nak layan aku... so sampai la sekarang ni kan dia diam and dia update yang entah apa-apa dekat FB die.. cakap aku nak la, merungut la, apa la.. dia cakap dia kenal aku, kata dia nak ada dengan aku, tak nak jadi sama dengan orang-orang yang pernah ada dalam hidup aku... tapi dia sama jer... dia baru jer kenal aku baru kerenah aku sikit tak bercakap la contact la.. 

Tipu la kalau aku tak terasa kan... sebab setiap hari dia yang ada dengan aku.. tiba tak ada... dia datang bagi aku harapan.. aku perempuan... tipu la tak terasa harapan tuh kan... tercuit sikit... hari-hari aku sentiasa ada dia.. apa aku nak, kerenah aku semua.. macam mana ejam jaga aku dulu... macam tuh dia jaga aku.. tapi sekarang entah silap mana dah semuanya hilang lesap..





Kalau dia pun nak buat macam mana mohsin buat aku..  memang dia silap besar sebab aku tak akan cari dia lagi dah.. cukup la aku dah rasa terhegeh-hegeh dengan mohsin nak mencari dia nak buat benda sama ker.. kalau dia betul nak ajar aku.. cakap and jujur  bukan nak buat macam mana mohsin buat aku.. apa laki ni semua sama jer ker perangai and sifat diaorang.. datang nak gila-gila lepas tuh pergi ikut suka.. kalau dia ada hati.. aku pun punya hati..

Aku akui mungkin kerenah aku ni sangat la payah nak handle and ada satu part aku ni sukar difahami lanngsung.. tapi itulah hakikat seorang perempuan.. mana-mana makhluk kalau dah nama perempuan kerenah nya mesti sama..

Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi... Terima kasih untuk hari-hari yang kau terbazirkan untuk aku.. betul la.. saat yang terindah tuh hanya sementara... baik aku dengan diri aku sendiri dari nak memikir semua pasal hati orang jer.. stop, stop and stop,,,
 

Cemburu Tak Terkawal..



Assalammualaikum..

Post aku yang sebelum ni aku cerita pasal Kota Buku punya event and macam mana Adeq and Din dah mula bertegur.. Nak dijadikan cerita esoknya aku and Din pun keluar sebab aku pun dengan lesen tak renew lagi and aku sangat la malas nak drive.. sebab aku  nak pergi amik munie.. dah janji sebab aku nak amik barang aku yang sangat la berat mama aku kirim dekat si munie..

Aku pun keluar jela yela kan aku dah bagitahu awal la kan kat Adeq yang aku nak kuar dengan Din aku pun tak ada nak explain lebih sangat pun sebabnya apa.. just aku cakap aku memang dah lama tak kuar dengan Din... apa salahnya aku keluar sebagai kawan kan? Dia pun bukan de buat apa salah dengan aku pun untuk aku tiba rasa nak jauh ker apa semua.. dia baik dengan aku jer..

Aku keluar pun just pergi Times Square makan jer and lepak sembang sementara nak menunggu si munie sampai jer.. tak ada la nak pergi mana pun kan..


Thanks Din belanja makan.. selama aku kuar lepak dengan dia.. sangat la payah kalau aku nak keluar duit sendiri.. ada jer banyak alasan tak bagi aku bayar... hailaa Din... Thanks yer... and dalam masa sama jugak si Adeq pun nak mintak tolong aku buatkan surat absent die tak pergi kelas..

Malam sebelum tuh aku dah tersentap dengan die.. bergaduh aku diam jela kan.. menangis gak aku malam tuh sebab aku terasa sangat dengan apa dia cakap.. dan tak sangka waktu aku kuar dengan din dia tunggu aku dari pukul 8 lebih sampai la aku sampai kat rumah tuh.. sebab nak buat surat dia tuh.. mula dia cakap dia nak buat kerja kat rumah kawan dia so aku pun tak apa la kan... lagi pun munie and adik dia nak pergi makan.. jalan jauh kan.. sian lak..

Apa yang aku mendapat akhirnya muka begang dia la kan and mogok tak nak makan.. aku diam je and layan jela angin timur laut die tuh... cemburu yang gila-gila... sorry adeq.. aku tak sengaja... bukan salah aku lambat apa semua.. kau tunggu aku awal sangat..

Aku pun punya la tak makan sebab nak makan dengan dia... akhirnya.. dia yang ngalah ajak aku g mamak and setel keje dia.. and dia makan aku lak mogok lapar.. ingat dia jer boleh ngade-ngade?? aku pun ade angin aku gak...

Pesanan ikhlas.. adeq.. aku tahu kau sayang aku sangat tapi... please kawal cemburu tuh.. sebab buruk benooo ghupanya kau cemburu tuh... kan? bagi aku masa dan ruang jugak.. kalau kita tak end up dengan macam kau nak.. tak salah kalau kita nak berkawan sampai bila-bila kan??? peaceeee...

Saturday, 2 April 2016

Kota Buku @ Kota Kata



Assalmmualaikum..

Cerita kalini tak ada kaitan dengan yang cerita sebelum ni pun.. pasal kota buku.. event sabtu lepas 26/3/2016.. event tuh under company si Mustika Ratu aka nyet dak umah aku.. huhu.. sebabkan payment sehari rm100 aku pun pergi la kan sekarang ni memang dunia mengejar duit.. selagi boleh aku cari duit selagi mampu aku tak nak mintak dekat ayah aku.. aku usaha sebaiknya la.. huhu..

Event ni pasal support local indie band and juga pemuisi yang bergerak sendiri la kan... aku pun grab la satu buku untuk aku sendiri.. sebab satu masa aku memang nak sangat hasilkan buku aku sendiri.. tapi ilmu aku tak cukup lagi untuk aku pamerkan semua karya-karya aku dan semua tuh banyak berkisar tentang diri aku sendiri jer.. eh da melalut ke tempat lain pulak kan aku ni.. huhu..

Dekat event ni aku dapat jumpa Ismail arifiin aka Lepat yang sangat terkenal dengan nasihat dan kata-kata dia.. aku respect dengan ilmu yang dia ada.. jangan pandang luaran tapi kenal dalam dalaman.. huhu..


Paling aku tak sangka adik dengan si din haritu boleh bertegur dan lepak sesama.. unexpected tapi sekurangnya aku lega satu part yang aku boleh berkawan dengan dua2 dengan senang lenang kan..


Aku harap semua akan dapat penyelesainnya satu hari nanti.. semoga ALLAH bantu aku dalam membuat keputusan aku sendiri dan hati aku jugak..




Gantung..



Assalammualaikum..

Disebabkan harini aku cuti bekerja dan aku mereput dalam kelas ganti SRE dihari sabtu yang indah ni.. aku mereput dekat kampus.. aku pun dengan secara tidak langsung mencuri sedikit wifi tau.. bukan curi hati awak.. hahaha.. cia cia cia.. sementara menunggu part aku untuk tulis semua benda dalam word.. aku pun nak sambung kesinambungan cerita aku yang tak terhabis..

Baliknya aku ke dunia realiti dari perhentian aku pun tak tahu nak rasa apa dengan apa yang aku nak hadap for sure jawapan dari Mohsin la kan.. nak dijadikan cerita.. aku pun dapat la respon dari dia... aku pun keluar makan sama malam tuh.. sebenarnya hati aku macam nak jatuh lantun-lantun kuar dengan dia.. segan semua ade wei.. giler lepas bagi surat semua dengan kondifen nya kau boleh kuar dengan dia.. memang tak la aku nak buat muka cool.. entahla aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. lepas kejadian tuh... benda sama jer jadi lagi aku dengan dia tetap dua insan yang sama yang selalu ego dengan masing2.. aku pun tak tahu nak buat apa dah..



Keadaan sekarang ni tergantung yang dapat aku rasakan... sama ada aku nak terus menunggu ikut kata hati ataupun aku mahu sahaja pergi dari dia... aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia dan apa yang dia mahukan.. maaf andai aku tak dapat memahami kau.. tapi jauh dari sudut hati aku.. aku rindu kita yang dulu.. maaf hati tak mampu menipu..

Tuesday, 29 March 2016

Perhentian Kami Datang..



Assalammualaikum..

Setelah sekian lama kesibukan melanda dengan aku pun kerja Part Time.. masa untuk diri sendiri tuh dah tak ada.. ni pun last minit jugak kepala aku cakap aku nak join ika.. kalau tak.. aku pun tak kesini.. sebab ika kata nak rileks lepas apa jadi.. aku pun fikir.. aku nak jugak rileks... self reward gittuew katenya... hahaha..

Planning ni ika pergi dengan kawan-kawan POLI dia.. and sebenarnya dah jadi kawan aku dah gelak tak hingat dunia punya.. gosip jumpa, bahan membahan.. so tak ada la istilah AKWARD MOMENT kuar dengan kawan-kawan ika bila sedia maklum mulut aku sendiri pun dah cukup banyak cakap.. hahaha..







Nak cakap pasal keindahan kat sana.. susah aku nak nyatakan.. memang Subhanallah cantiknya.. tapi sampai sana boleh pulak jumpa resort nama MOHSIN.. kau raseee sampai kesana nama dia sentiasa ikut aku.. hahaha.. dah la takut fikir apa jawapan yang bakal aku dapat.. hailaaa.. serammm akak fikirkan semua tuh...

Dekat sana first time aku snorkeling, berenang tengok ikan nemo, abang guide yang sangat la comel dan satu part aku berenang follow dia... sampai budak ni tertinggal dia yang tarik tangan aku and aku takot gilerr sebab dah jauh berenang dia genggam tangan aku sebab tengok aku da risau... aku pulak yang segan sendiri.. gigih cari ikan nemo macam tuh la kan..

Makanan dekat sana so far sangat la Fail.. so sila bawak bekalan sendiri dan kat sana sangat mahai nooookkk... hahaha.. dekat sana pun malam kitaorang akan bersembang luah rasa and gelak sebab buat helium video... paling tak tahan dengar gelak aku sendiri and diaorang suka suruh aku gelak..

Walaupun baru kenal kawan-kawan ika ni.. memang tersangat la satu kepala... dah la aku ni paling muda.. tapi rileks aku kau jer.. orang lain maybe dah panggil akak2.. hahaha... so ak jadi makin dah biasa tak panggil orang atas aku akak...

Apapun terima kasih korang atas semua moment ni dan terima kasih banyak atas nasihat korang... tunggu jela jawapan balik nanti... takottt....

Bebas Meluah Rasa..



Assalammualaikum..

Lepas kejadian pilih memilih tuh jadi.. aku dengan diri aku sendiri yang hilang arah.. nasihat demi nasihat dari kengkawan aku tengok serabutnya aku.. aku buat keputusan untuk pertahankan apa yang aku nak siapa yang aku cinta..

Inspirasi ni pulak aku dapat dari cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.. aku tulis surat luahkan segala rasa tanpa sikit pun selindung sebab ayat dalam cerita tuh "Dengan menulis kita bebas meluahkan rasa"..


Rasa hilang sekejap beban dekat dada.. macam-macam aku luah.. aku rasa cinta rasa rindu.. apa yang jadi ape yang pergi.. lagipun aku bagi ni lepas tuh aku dengan ika larikan diri pergi Pulau Perhentian.. aku nak tenangkan kepala dengan apa yang jadi.. aku pun tak tahu apa yang aku serabutkan oh.. pastinya dengan apa yang jadi,  kena pindah rumah kesekian kali sampai la dah duduk yang rumah sebiji sendiri,, sendiri handle senang, dengan masalah hati so aku pun bawak la diri ni jauh, pergi... hahaha... 

Jawapan kepastian yang aku mintak dari dia lepas aku balik ni.. so apa pun aku tunggu dengan redha dan bertabah la.. hahahaha... doakan kebahagiaan aku gittuew... apa pun yang pasti aku dah cuba kejar cinta aku sendiri sekurang aku dah berjuang.. kan?

Memilih.. Dipaksa Atau Terpaksa?



Assalammualaikum..

Harini aku dapat update sebab curi sikit wifi kampus.. yeay dapat la aku sambung cerita drama sinetron ber episod 360.. hahahaha.. Kenapa lagi tajuk aku macam ni.. sebenarnya semua post ni post lama yang dah patut aku update tapi aku tak update.. huhuhu..

Kalau siapa yang baca kisah Si Senged and Adeq.. korang akan tahu la kenapa aku dalam dilema.. bila aku turun dari Tahan.. benda ni yang aku paling jangka.. PILIHAN.. aku tak boleh mainkan perasaan orang kan... aku sendiri keliru dengan apa yang aku nak.. hailaaa Azmiera...

Aku banyak jarakkan diri aku dengan Mohsin dan ternyata masa aku banyak untuk adik sahaja... aku rasa aku sangat la tak adil kan.. disebabkan semua ni la aku dengan Mohsin bergaduh besar teruk... sampai Mohsin suruh aku buat pilihan aku sendiri... aku tak boleh tamak..

Tapi kalau dalam aku memilih... kalau dia pilihan aku mampu dia berubah untuk bahagia kan aku? dan kalau aku pilih adeq mampu ker pulak aku nak bahagiakan dia orang yang ternyata perasaan aku jatuh..


Disebabkan ni jugak akhirnya aku dengan Mohsin beubah 360 darjah.. dalam hati rindu.. tapi dia yang halau aku.. aku nak buat apa.. aku pun punya ego aku.. tapi effort dia untuk aku?? sekejap cuma.. dia tak tahu betapa aku rindu..

Setiap kali terserempak dekat kampus macam nak giler mengelak dan kalau terserempak.. tangan aku punya sejuk and gigil aku tuh.. jantung aku macam nak melantun keluar jantung aku.. toink toink.. hahaha.. tapi dia tak akan pernah faham pun kan.. Mohamad Ikmal Nasir.. kau ni aku sendiri tak faham macam mana kau sebenarnya.. aku nak pergi tapi hati aku giler nak jugak berdiri kt sisi kau.. moga aku jumpa la jalannya...

Adeq.. dia tetap dengan cara dia dan tak akan pernah berubah dan aku tahu sampai satu ketika.. dia dengan ejam akan sama jugak... akan pergi.. sebab aku tak pandai menghargai.. aku ni pun tak faham.. hati gila tak tahu yang mana... hailaa hati.. be strong untuk kau sendiri boleh?? jangan mudah sayang orang.. pleaseee...

Pendam, Rindu itulah yang aku hadap sampai harini.. Mohsin.. kau tetap dalam hati aku sampai la nanti aku jumpa orang yang mampu aku sayang lagi macam aku sayangkan kau.. moga kau tahu tuh..


Tuesday, 15 March 2016

11 Hari Bulan Madu Di Tahan Bersama Teman Lelaki Upahan



Assalammualaikum..

Kalau post aku sebelum ni pasal seharian yang tak disangka sebelum aku naik tahan.. ni pulak part aku nak cerita 11 hari sepanjang aku ada kat sana siapa yang ada dengan aku sentiasa tak jangka dan tak terduga..

Nak kata aku kenal dia lama tak adalah.. Aku mula rapat dengan dia bulan 10 tahun lepas selama ada dalam satu kelab dia tak pernah pun nak pandang aku.. tapi entah macam mana tiba dia mula nk kenal aku dan terus terang sangat suka kat aku waktu mula kenal dulu... seiingat aku tarikh pertama kali aku keluar dengan dia bila dia sudi datang teman aku waktu ejam naik flight aku menangis tak henti and lepak sensorang dekat NU Sentral.. aku tak sangka dia datang sebab aku harapkan si senged tuh yang datang..





Dilema sungguh aku selama ada dekat sana.. kena usik panggil pengantin baru apa semua... sebab dia jaga aku gila-gila kat sana.. banyak benda tak sangka dia buat untuk aku... kalau orang fikir kitaorang kapel pun memang tak boleh nak salahkan... makan,mandi,treking.. semuanya sama-sama.. oppss tapi depan orang ramai la ok... fikiran tuh betulkan sikit yer..

Paling aku tak sangka kesanggupan dia nak share berus gigi dengan aku gara-gara berus gigi aku hanyut dek arus,beg aku dia yang kemaskan dan tolong punggahkan, tempat tido dia selasakan untuk aku, kalau pakaian aku tak kena and sexy sangat mula la kena tegur and dia suruh tukar, sabar jer kena marah dengan aku.. pastu aku kena marah balik sebab tinggal dia waktu makan.. tak pasal aku melalak malam last.. sebab pertama kali dia marah aku... waktu sejuk aku dia la orang yang pegang tangan aku biar aku tak mengigil, sanggup sejukkan air sebab tahu aku tak minum panas.. argh semua tuh buat aku serba salah pada si senged tuh tau.. si senged tuh dari awal lagi dia tak bagi aku naik sebab adik ni.. eh lupa pulak aku nak kenalkan dia la Muhammad Fakhrullah Hazziq Masnawi aka Adeq..

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih selama ada kat sana kau jaga aku macam aku adik kau.. apa semua tentang kebaikan aku kau tegur, kau sabar dengan setiap  kerenah aku.. jujur aku cakap kau ni kadang aku rasa ibarat salinan kedua Ejam... cara kau semua sama macam dia.. aku dapat rasakan semua tuh..

Malam otw balik KL dengan tak sangka dia luahkan perasaan.. aku hanya mampu gelak jela dan aku sendiri keliru dengan benda yang jadi... balik ke dunia realiti.. hanya ada si Mohsin.. kat sana dunia aku dengan dia.. aku pun tak tahu... harap aku akan jumpa jalannya satu hari nanti... sebab aku yakin pasti ramai hati yang akan tersakiti...