Friday, 16 October 2015

Pengapit Yang Tersepit.. Tahniah Nadia..



Assalammualaikum..

Firstly aku nak ucapkan tahniah atas perkahwinan Siti Nadia Mohsin.. merangkap BFF, buah hati pengarang jantung aku.. lepas ni kau kena behave la kan. no more scandalious... mentang-mentang kau lawo macam miss uniberse.. bukan universe... hahahaha.. kau deserve yang terbaik dan akhirnya Faris jugak jodoh terbaik kau.. perkenalan yang tak di sangka membawa sampai ke jinjang pelamin.. tak perlu masa yang lama.. jodoh kan.. semua rahsia ALLAH yang tak mampu disangkal oleh akal fikiran kadang-kadang.. eh sedih pulak.. hahaha.. aku doakan jodoh kau berkekalan till jannah gittuew.. haha..

Disebabkan BFF yang tersayang ni nak aku jadi pengapit dia.. aku pun turutkan jela... pakai baju hijau emerald green macam dia nak.. susah payah tau aku pergi hutan cari baju warna yang macam kau nak tuh tau.. hahaha.. ok tuh tipu jer.. disebabkan nak pergi ni jugak la aku teersepit... ejam tiba buat perangai pulak.. bila aku tanya dia semua tak ada confirmation semua... last-last aku ajak la orang lain teman aku.. lepas tuh dah bergaduh teruk.. entahlah... pengapit yang tersepit.. aduh.. sakitnya tuh disini.. tak mampu nak nyatakan bila semua benda nak jadi dalam satu masa.. rasa macam jatuh ditimpa bangunan dah.. bukan jatuh ditimpa tangga lagi dah... toink.. toink.. haha..

Aku share sikit pic aku dekat sana yang banyak berangan lebih dari pengantin.. haha..


oh lupa jugak nak cerita nadia ni satu poli waktu diploma dulu.. so inilah sebahagian keluarga PUO Jabatan Teknologi Maklumat.. huhuhu..


Nampak tak aku fefeeling sorang tuh menunggu putera raja mengambil beta di singgahsana... jangan singgahsini yer.. hahaha.. pinjam kejap aura pengantin orang mintak seri katenya.. almaklum sejak balik dari vacation PD haritu kulit dah macam orang nigeria da... berbelang macam kuda belang pun ada jugak aku tengok.. hahaha..


Gambar yang menimbulkan kontroversi tahu tak.. kalah retis tau.. hahaha.. disebabkan aku punya screen fon pakai privacy punya.. konon sangat bila aku edit..aku tak nampak pulak la yang jelas sangat si budak tuh ade kat belakang aku... sekali tengok balik memang jelas.. mengamok la sorang lagi yang jeles tuh.. aku pun tak faham aku kawan jer dengan semua orang.. kawan yang hanya kawan.. apa masalahnya pun aku tak tahu silapnya semua.. aku hanya mampu iyakan jela kan sampai dia puas hati.. terima kasih untuk semua kata-kata tuh ye...

Gambar ni sebenarnya nak tunjuk yang aku berjaya make up kan diri aku sendiri tanpa bantuan ajaa.. sebab biasanya kemana jer majlis aku pergi dia la mangsa mak andam aku.. kesian dia kan.. sorry ajaa dapat kawan keras kayu yang baru nak belajar jadi perempuan ni kan.. hahaha..

So dikesempatan yang ada.. aku pun pergi lah singgah dekat R&F Tanjung Puteri.. aku panggil HAWAII.. hahaha.. sebab tempat tuh nak dibangunkan macam ala-ala Hawaii.. so bahasa senang pada aku... tempatnya hakikat dalam pembinaan lagi.. baru separuh siap.. so apa yang dilihat dan rasa adalah dua benda yang berbeza yer.. eh tetiba.. haha.. tapi pergi lah untuk snap pic, selfie ala-ala tuh kan.. boleh la... sekurang nya nanti tepat tuh dah siap nak kena bayar semua... kau da dapat pergi waktu tengah free.. hahaha... jimat kate kau... hahaha...


Abaikan subject dalam gambar tuh... nampakkan permandangan dekat situ.. haha..itulah yang aku cuba sampaikan.. sangat cantik.. kalau kau ada masalah... rasa nak lari sorang-sorang boleh la nak singgah sini... fikirkan ketenangan sekejap.. walau benda tuh tak akan habis.. huhu.. panjang pulak berceloteh.. maafkan saya.. haha..

Apapun tahniah Nadia and Faris.. and Sorry pada Mohamad Izham Ismail kalau selama berkawan ni aku banyak tak jaga hati kau.. *Friendzone detected.. hahaha.. adios..




No comments: