Sunday, 1 March 2015

Mama Turns 46..



Assalammualaikum..

Kesibukan yang melanda.. membuatkan aku jarang lagi nak menjenguk ke blog aku ni kan.. mama turns 46.. kelas kan tajuk aku.. hahaha.. memandangkan hari ni hujung minggu... segala urusan mendobi dan mengemas aku dah pun siapkan awal sebab sabtu pun aku ade kelas so ade la masa aku harini nak menulis kan..

1 MAC setiap tahun merupakan hari yang paling aku and adik beradik aku akan lumba-lumba nak wish dulu or lumba untuk bagi ucapan paling best kat mama aku sebab hari lahir dia kan.. sama jugak la macam harini.. hehehe..


Kau..
Insan istimewa dalam hidupku..
Sentiasa ada disebelahku..
Membesarkan tanpa mengharapkan balasan buatmu..
Ikhlas melentur insan yang banyak laku.
Kau..
Pendorong semangat diriku..
Membangkitkan aku diwaktu aku mengalah kaku.
Sentiasa mendoakan kejayaan aku..
Tidak pernah meninggalkan aku diwaktu kegagalan datang meluru..
Tanpa jemu kau sentiasa berada dibelakangku..
Kau..
Bagaikan bintang dikala malamku..
Bagaikan matahari disiang hariku..
Terima kasih untuk semua itu..
Kau satu tiada pengganti dalam hidupku..
Dan kau adalah mamaku..

-Kak Ngah-

Ini jela yang mampu aku coretkan khas untuk mama aku.. Tiada yang lebih indah bila aku dapat berikan kejayaan kepada kedua orang tua aku.. mereka nyawaku di dunia.. in sha ALLAH akan aku balas segala penat lelah mereka.. Terima Kasih ALLAH.. kurniakan aku insan istimewa...

SELAMAT HARI LAHIR MAMA... I LOVE YOU..

No comments: