Monday, 23 March 2015

Drama Talak..



Assalammualaikum..

Rindunya aku untuk menulis.. cuti seminggu mid sem aku habiskan dekat rumah.. aku habiskan dengan makan, tido, siapkan assignment aku jela.. yang lain.. memang tak ada la aku nak buka sangat dengan kerenah budak-budak kecik yang mak aku jaga tak ada la kesempatan aku nak menulis nya pun... hehe..

Siapa ada tengok drama Talak yang baru je disiarkan dekat TV3 ahad malam haritu.. mesti ramai yang tengok kan??.. gandingan pelakon Diana Daniella dengan Fizo Omar sebagai watak utama dalam cerita ni.. cerita ni pasal Fizo sebagai seorang suami yang sangat la tak percayakan isteri dia.. disebabkan Diana ada kawan baik lelaki yang dari kecik dan dari kampung yang sama.. kemesraan tuh jadi punca untuk Fizo melafazkan taklik yang akhirnya memakan diri dia sendiri..

3bulan diaorang tetap hidup bersama sebab Fizo yang takut untuk berterus terang.. dan perempuan yang tidur dengan Fizo pun dah mengandungkan anak Fizo disebabkan ketelanjuran diaorang.


Lafaz taklik tuh menyebabkan jatuhnya talak kepada isteri dia... dan akhirnya.. rumahtangga diaorang pun berkecai... haish... takut bila benda macam ni memang ada dalam realiti kehidupan kita ni kan.. dalam kes ni.. aku sangat salahkan lelaki ni.. bila dalam kes ni tak nak bertanggungjawab, siap suruh perempuan tuh gugurkan kandungan tuh.. aku paling benci keadaan ni...

Semua lelaki ni tak bagi kepercayaan pada perempuan tuh disebabkan pentingkan diri dan rasa cemburu... si isteri dah sanggup tukar profession kerja demi nak turut apa je kemahuan suami and demi kebahagian rumahtangga diaorang tapi tak dihargai.. arghhh... sangat emosi aku kat sini..

Hati perempuan sekali dah terluka... memang tak ada maaf.. dan pengajaran dari cerita ni... Talak bukan satu permainan dalam rumahtangga.. kejujuran dan kesetiaan tuh penting dalam perhubungan... tapi.. andai semua dugaan ni terjadi... yang mampu pun jadi terkuat Ikhlas and Redha dengan semuanya dan pasti akan ada hikmah.. in sha ALLAH..

No comments: