Sunday, 8 February 2015

Please Dont Come Back..



Assalammualalaikum..

Apa yang aku cerabih ni kan pasal please dont come back? benda apa yang aku tak nak datang lagi? benda apa lagi.. sejenis benda yang berkaki dua.. bernama aizad izwan.. entah kenapa setelah lama menyepi sekarang kembali menuntut tempatnya disisi... layak kah lagi??

Ye memang aku akui yang aku banyak halau dia supaya pergi.. tapi kalau dia nak dia akan stay kan? dan tak akan give up.. banyak benda yang dia boleh buat... ada dengan aku time senang dan susah... bukan datang and pergi suka hati..


aku setuju dengan kata-kata ni.. kalau dia tak ada effort untuk letakkan aku dalam kehidupan dia kenapa mesti aku nak berusaha bagi peluang pada dia? salah aku lagi ker?? dia datang balik macam tak ada apa yang jadi.. and persoalkan kenapa aku yang nak rasa sakit sedang dia yang ditinggalkan?? ingat aku tinggalkan dia perasaan tuh boleh hilang sekelip mata ker? tak semudah tuh.. aku bagi dia masa dalam kejauhan ni untuk membuktikan apa yang dia janji.. tapi dia tak buktikan apa-apa and yang aku tahu.. lebih ramai lagi kawan perempuan yang dia ada.. tahniah... hahaha..


Maybe sebab ni jugak dia berani untuk datang and pergi... dia tahu perasaan aku masih ada walaupun sikit pada dia.. jadi dia tahu aku tak akan sesekali untuk menolak dia.. kadang aku rasa bodohnya aku.. tapi kadang aku rindu saat tuh... entahla kadang aku keliru... kehidupan aku yang sekarang.. tanpa dia.. tanpa kenangan aku dan dia.. aku cuba padamkan semua tuh...

Salah aku ker semua permainan ni terjadi.. salah ker aku nak jaga hati aku sendiri? salah ker semua yang aku buat ni.. semuanya aku serahkan pada ALLAH.. aku pasti hanya DIA yang ada jawapannya.. aku tahu pasti akan ada jalan buat aku akhirnya nanti..  aku sentiasa doakan dia akan bertemu perempuan yang selayaknya buat dia.. in sha ALLAH.. sebab aku tak akan pernah sekali pun kembali disisi dia.. tak akan... maaf..





No comments: